Sunday, February 17, 2019

Di Sebalik Kisah Cinta Biasa Part 3

Part sebelumnya:

Part 1
Part 2

***

"Apa dia?" tanya Amelia dengan mata yang terbeliak.

"Awak curi hati saya."

"Sir bergurau bukan?" tanya Amelia, inginkan kepastian.

"Tidak."

Amelia memandang Syafiq tajam. Lelaki itu masih lagi menyemak tugasan pelajar, sedangkan hatinya sudah dilanda garuda.

"Sejak bila?" tanya Amelia lagi.

Kali ini, Amelia dapat melihat Syafiq menghentikan kerjanya sedari tadi lalu memandangnya yang duduk di hadapan lelaki itu. Tak lama kemudian, lelaki itu tersenyum manis, membuatkan jantungnya mula berdegup kencang.

"Sejak mula lagi. Ketika hari pendaftaran awak, saya ada ternampak awak di fakulti.  Akan tetapi, sangkaan saya perasaan ini hanya minat biasa. Sampailah saya ditakdirkan mengajar awak."

"Habis itu, kenapa sir selalu marah-marah saya?"

"Takkan saya nak cium awak depan kawan-kawan awak pula? Sudah tentulah saya kena tunjuk yang saya benci awak, supaya mereka tak syak tentang hati dan perasaan saya."

Amelia terbungkam mendengar pengakuan Syafiq itu. Terasa lemah badannya saat ini.

"Saya hargai perasaan sir pada saya dan saya takkan paksa sir buang perasaan ini, tetapi saya minta maaf. Saya tak boleh terima sir lebih daripada seorang pensyarah buat masa ini. Saya tak ada sekelumitpun perasaan pada sir kecuali menyampah dengan sikap sir yang seringkali mencari kesalahan saya. Akan tetapi, perasaan itupun telah hilang tatkala saya mengetahui rahsia di sebalik tindakan sir ini. Saya minta maaf sangat-sangat," jelas Amelia.

Syafiq memandang gadis di hadapannya itu. Gadis itu tampak terganggu dengan luahan hatinya. Dia harus terima.

"Tak apa, saya faham. Saya tak paksa awak. Kalau awak jodoh saya, kita pasti akan bersatu," jawab Syafiq lalu tersenyum nipis sebelum mengeluarkan telefon bimbit milik Amelia dari dalam beg laptopnya dan dipulangkan semula kepada gadis itu.

"Terima kasih sir sebab memahami saya. Saya hargainya," jawab Amelia sebelum dia bangun dan melangkah keluar dari bilik pensyarah itu.

"Sama-sama Diyana," jawab Syafiq, perlahan tetapi masih didengari Amelia.

Entah mengapa, hati Amelia terasa perit bagai dihiris sedangkan dia adalah pihak yang melukai, bukan dilukai.

     *     *     *     *     *

Tiga tahun kemudian...

"Syafiq, mama peninglah dengan kamu ini. Dulu, kamu kata kamu tak suka Deena. Kemudian, tiba-tiba kamu kata kamu nak berikan peluang kedua pada dia. Sekarang ini, kamu kata kamu nak putus pula. Kamu nak apa sebenarnya?" tanya Puan Rasyida sambil mencedok bihun goreng ke dalam pinggan sebelum diserahkan kepada Syafiq.

"Mama, bukannya Syafiq tak cuba, tapi Syafiq tak boleh nak buka hati Syafiq untuk Deena. Syafiq sudah anggap Deena macam kawan biasa saja," jawab Syafiq sebelum menyuapkan bihun ke dalam mulutnya.

"Syafiq masih cintakan arwah Safa?" tanya Puan Rasyida, ingin tahu.

Syafiq hanya menggelengkan kepala.

"Habis itu?"

"Syafiq ada pilihan hati sendiri, tapi..."

"Tapi apa, Syafiq?"

"Syafiq kena reject, dia belum bersedia nak menerima sesiapa dalam hidupnya."

"Siapa orangnya?"

"Bekas pelajar Syafiq. Syafiq berhenti kerja pensyarah dulu sebab dialah. Cuma, tak sangka pula akhirnya dia muncul semula dalam hidup Syafiq."

"Dia sekarang bekerja di syarikat kita?" tanya Puan Rasyida lagi.

Syafiq mengangguk lemah.

"Sebagai apa?"

"Tea lady," jawab Syafiq sebelum ketawa terbahak-bahak.

"Mengarut betul anak mama ini! Nak bergurau pun biarlah kena tempatnya. Kamu ingat mama percaya bekas pelajar kamu akan jadi tea lady?"

"Zaman tengah susah ini ma, Syafiq tak terkejut dia boleh pilih untuk bekerja sebagai tea lady."

"Betul juga. Tak apalah, apa kata kamu gunakan peluang ini untuk tawan hatinya semula?" cadang Puan Rasyida.

Mendengar jawapan ibunya, Syafiq ketawa terbahak-bahak. Tindakan Syafiq mengelirukan Puan Rasyida.

"Apa yang kelakarnya, Syafiq?"

"Mama percaya dia tea lady?" tanya Syafiq sambil ketawa.

"Dah beriya kamu kata dia tea lady, mama pun percayalah."

Jawapan Puan Rasyida membuatkan Syafiq bertambah kuat tawanya. Puan Rasyida bertindak mencubit anaknya akibat geram.

"Dia bukan kerja itulah, dia eksekutif pemasaran," jawab Syafiq sambil tersenyum.

"Itu bukan bahagian yang kamu jaga ke? Dia tahu tak Syafiq ini bos dia?"

Syafiq menggelengkan kepala.

"Bila nak beritahu?"

"Tengoklah nanti. Mungkin hari ini," jawab Syafiq lalu bangun menuju ke dapur bersama pinggan yang dia gunakan untuk makan tadi.

Walaupun mereka keluarga berada, tetapi Puan Rasyida amat mementingkan disiplin dalam mendidik anak-anaknya. Atas sebab itulah, Syafiq dan abangnya, Syahir tidak berat tulang ketika di rumah.

     *     *     *     *     *

"Amy, malam ini kau free tak?" tanya Zaidah sebaik sahaja memasuki bilik tidur Amelia.

Amelia yang sedang bersolek untuk ke pejabat hanya menggelengkan kepala sebagai jawapan soalan Zaidah itu.

"Kau ingat tak lelaki yang nak berkenalan dengan kau dulu?" tanya Zaidah lagi.

"Ingat, kenapa?" tanya Amelia pula.

"Hari itu aku terjumpa dia, dia masih berharap nak berkenalan dengan kau. Nak jumpa tak?"

"Kalau malam ini, tak bolehlah sebab malam ini syarikat aku ada majlis penghargaan. Nanti bila aku free, aku beritahu," jawab Amelia yang sudahpun selesai bersolek dan membetulkan selendangnya yang senget tadi.

"Nanti aku beritahu dialah kalau begitu," ujar Zaidah sebelum keluar dari bilik Amelia.

Amelia pula mencapai beg tangannya yang terletak di atas katil sebelum berjalan keluar dari biliknya.

     *     *     *     *     *

"Assalamualaikum, Syafiq. Boleh Deena masuk?" tanya Deena yang menjengah di sebalik pintu bilik pejabat Syafiq.

"Waalaikumussalam, Deena. Memang tak reti ketuk dulukah? Nasib baiklah Deena bagi salam, kalau tak boleh naik darah Syafiq ini. Masuklah," jawab Syafiq yang sedang menyemak kertas-kertas cadangan bahagian pemasaran dan logistik yang menggunung di atas mejanya.

Mendengar jawapan Syafiq, Deena perlahan-lahan masuk ke dalam bilik lelaki itu lalu duduk di atas kerusi berhadapan dengan Syafiq.

"Syafiq telefon tadi kata ada hal penting nak bincang, apa dia?" tanya Deena, ingin tahu.

"Syafiq dah fikir masak-masak tentang hal kita, Syafiq rasa lebih baik kita berkawan biasa saja," ujar Syafiq lalu memandang wajah Deena yang anat terkejut dengan apa yang dikatakan.

"But why? Apa kurangnya Deena sampai Syafiq jadi begini? Kita okay saja selama ini!"

"Demi Allah, Syafiq dah cuba tapi hati ini masih tiada ruang untuk Deena. Syafiq minta maaf."

Deena mulai berdiri memandang Syafiq yang masih lagi duduk.

"Syafiq, arwah isteri Syafiq itu sebagus manapun dia, dia hanya mayat saja dalam kubur itu! Bukan boleh balik rumah pun!" jerit Deena yang berang dengan permintaan Syafiq.

Mendengar jawapan Deena, Syafiq mulai hilang sabar lalu bangun dan menampar pipi Deena.

"Tengok, sebab perempuan yang sudah tak ada dalam dunia ini, Syafiq sanggup tampar Deena! Sudah mati pun boleh bagi masalah lagi!"

"Cukup, Deena! Perangai Deena inilah yang buat Syafiq sedar sekarang kenapa Zayyan boleh pilih perempuan lain jadi isterinya! You don't know how to respect people, so what makes you think people will respect you? Hari ini Deena sendiri sudah letakkan martabat diri Deena serendah-rendahnya dengan sikap Deena sendiri!"

"Raja Mohamad Syafiq, you will pay for this!"

"Berapa kau nak, perempuan? Name the price and I will pay accordingly," jawab Syafiq, sinis.

"Deena tak ingin duit Syafiq itu, Deena cuma nak diri Syafiq! Deena akan pastikan Syafiq jadi hak milik Deena!" jerit Deena sebelum melangkah keluar dari bilik lelaki itu.

Syafiq pula hanya memandang pemergian wanita itu dengan senyuman sinis.

"Sebab inilah aku tak sukakan kau, perempuan. Because you are too cliche. Balik-balik ayat ini juga yang kau nak pakai, banyak sangat tengok Akasia ini," ngomel Syafiq sebelum menyambung kerjanya yang tertangguh akibat daripada drama swasta yang Deena hidangkan buatnya tadi.

Tiba-tiba, Syafiq terdengar ketukan pintu biliknya.

"Masuk!" jerit Syafiq tanpa berhenti daripada apa yang dilakukannya.

Sebaik sahaja laungan itu bergema, pintu biliknya dibuka lalu masuk dua orang wanita ke dalam biliknya itu.

"Tuan, pekerja yang bakal menerima anugerah malam ini daripada bahagian pemasaran ada depan tuan seperti yang tuan minta," ujar Aina, pembantu peribadi Syafiq.

"Baik, Aina. Awak boleh keluar sekarang dan cik Nur Diyana Amelia boleh duduk," jawab Syafiq yang masih lagi menyemak kertas-kertas cadangan itu.

Aina dan Amelia menurut sepertimana yang diperintah oleh Syafiq. Syafiq dapat melihat riak wajah Amelia yang kelihatan resah.

"Apa yang awak nak takut dengan saya? Saya makan nasi, bukan makan awak," ujar Syafiq, tenang. Dia masih tidak berhenti daripada kerjanya mahupun memandang Amelia.

"Ini kali pertama saya masuk bilik pengarah syarikat sepanjang setahun saya bekerja di sini, tuan."

"Betul, dan awak dapat peluang itu sebab awak layak. Jadi, saya nak awak bawak bertenang sikit boleh? Oh ya, boleh saya panggil awak Diyana?"

Syafiq dapat melihat Amelia terbungkam mendengar soalan terakhir sebab setahunya, ketika zaman Amelia masih belajarpun, hanya dia seorang sahaja yang memanggilnya Diyana. Apakah hakikat itu tidak pernah berubah?

"Nama Diyana itu setakat ini cuma seorang sahaja yang guna dan saya tak selesa orang panggil saya Diyana."

"Kenapa? Sebab awak akan teringat padanya kalau ada orang panggil awak Diyana, begitu?"

"Betul, tuan."

"Kenapa awak tak nak teringat padanya? Istimewakah tempatnya dalam hidup awak sehinggakan dia seorang saja yang panggil awak dengan nama lain?"

"Saya hanya pesalah dalam hidupnya, tak perlu ada orang lain panggil saya Diyana sekalipun setiap hari saya masih dibayangi dengan perasaan bersalah padanya," jawab Amelia, resah.

"Jadi, apa yang boleh buat awak hilang perasaan bersalah itu?" tanya Syafiq dengan perasaan berdebar-debar.

"Saya harap dia akan maafkan saya atas salah silap saya padanya dulu."

"Saya maafkan awak, Diyana atas semua kesalahan awak dulu," jawab Syafiq lalu berhenti daripada melakukan kerjanya dan memandang Amelia.

"Sir Syafiq?" tanya Amelia, terkejut.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com