Wednesday, January 27, 2016

Kasih Tak Terbanding Part 2...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Alhamdulillah, masih diberikan nafas untuk aku teruskan hidup. jadi hari ni, aku ingat nak sambung cerpen bersiri baru aku. Bagi yang tak tahu, ini merupakan extended version bagi cerpen terdahulu aku, Hapuskanlah Egomu Sayang. untuk link part 1, klik sini.

"Mama dah penat nak tunggu kamu ada anak sendiri, Aamir. Orang lain cucu dah berduyun, mama baru ada lima orang."

"Tapi mama, bukannya mama tak ada cucu langsung kan? Lagipun, bukannya Dira tu tak pernah mengandung. Cuma belum rezeki kami lagi ma."

"Mama tak kira, mama nak juga kamu nikah dengan Rohana. Budaknya pun elok. Entah isteri kamu tu mandul gara-gara kemalangan tu, mana kita nak tahu?"

"Astaghfirullah hallazim, Aina. Cuba bawa mengucap. Mulut tu jangan celupar, Allah berikan dugaan ini pada mereka bersebab. Kamu pernah mandul ke? Tahu ke bagaimana rasanya mandul?"

"Sebab belum ada keturunan saya yang mandul, sebab itu saya suruh Aamir ini kahwin lain. Supaya dia boleh ada zuriat."

"Aamir tak nak, apapun jadi Aamir tetap akan terus mencuba."

Mak Aina merengus tidak puas hati dengan jawapan anak lelaki sulungnya itu. Panas hatinya bila anak yang disanjung itu sudah pandai melawan.

     *     *     *     *     *
"Abang, Dira rasa Dira tak sempurna. Dira mungkin tak boleh nak mengandungkan zuriat abang lepas ini. Kalau abang nak kahwin lain, Dira izinkan."

"Dira cakap apa ini? Kan doktor dah cakap, Dira masih boleh mengandung, cuma mungkin susah sikit. Itu saja. Jadi, kita tak boleh putus harapan," jawab Aamir sambil memaut tangan Nadira.

Nadira yang berbaring di atas katil hospital itu mengusap tangan suaminya lalu tersenyum. Agak tipis senyumannya itu. Seperti dipaksa.

"Bro! Fikir apa tu?" Kata-kata seseorang menyebabkan Aamir tersentak dari lamunannya. Dia memandang insan yang berada di hadapannya. Melihat insan itu, Aamir terkedu.

"Jay, bila kau balik? Aku memang tak perasan kau! Maaflah, tengah serabut ni," jawab Aamir, sedikit lemah.

"Kau ada masalah dengan Ida ke?"

"Aku dengan dia okay, tapi mak aku tu."

"Kenapa dengan mak teh?"

"Dia nak aku kahwin lagi satu."

"Kau serius? Kenapa? Macam tak percaya saja, dia okay apa dengan Ida, kenapa nak kahwin lain?"

"Dia syak Ida mandul gara-gara kemalangan dulu."

"Betul ke? Tak kan?"

"Entahlah, mungkin sebab dia tak lagi mengandung lepas kemalangan itu buat mak aku fikir macam tu."

"Alahai mak kau pun, kau orang baru kahwin dua tahun, pernah mengandung sekali. Kira okay dah tu."

Aamir tidak menjawab, hanya keluhan berat dilepaskan. Runsing hatinya, sangat.

     *     *     *     *      *
"Memang I ada orang lain, tahu kenapa? Sebab I dah letih nak layan kerenah U!" Bentak Azhar selepas ditanyakan mengenai status perhubungannya dengan gadis yang ditemui Syahira tempoh hari.

"Jadi U mengakulah U ada orang lain? I tak kira, I nak U ceraikan I! I tak boleh hidup bermadu!" Bentak Syahira pula, geram dengan sikap sambil lewa suaminya.

"U asked for it kan? Dengan ini, bersaksikan kawan-kawan I, I ceraikan U, Nur Syahira binti Abdul Razak, dengan talak satu. U kemas barang-barang U, I hantar U balik rumah parents U," lafaz Azhar, tenang. Sepertinya dia memang pulang ke rumah Syahira hanya untuk melafazkan talak.

"Tak payah, ini rumah I. Jadi, I will be staying here. Just please, get out of my sight now and return the keys," jawab Syahira, lalu dipalingkan mukanya ke arah lain.

Azhar meletakkan set pendua kunci rumah tersebut di atas meja kopi lalu keluar dari rumah itu ditemani dua orang kawannya, Saiful dan Imran.

Hilang saja Azhar dari pandangan matanya, detik itu jua berlinangan air mata seorang Syahira.

     *     *     *     *      *
Nadira hanya terdiam membisu setelah mendengar kata-kata Mak Aina. Sungguh, selama dia hidup, tidak pernah dia merasakan dunianya runtuh seperti ini.

"Mama serius ke?" Tanya Nadira, inginkan kepastian.

"Buat apa mama nak tipu Ida. Mama dah puas tunggu cucu dari Ida, tak nampak bayang pun. Jadi boleh kan?"

"Ida akan fikirkan, ya ma?" Jawab Nadira diiringi senyuman kelat.

"Baguslah tu. Lagi cepat Ida berikan keputusan, lagi cepat Aamir boleh bernikah."

"Apa semua ni, ma? Bukan ke Aamir dah beritahu mama, Aamir tak setuju!" jerkah Aamir yang baru saja tiba di rumahnya. Alangkah sakitnya rasa hati apabila melihat ibunya menyuruh isterinya membenarkan dirinya berkahwin lain.

"Habis itu, kau nak suruh mama buat apa? Tengok saja? Mama ni dah tua, entah bila kubur akan panggil. Mama nak anak mama ada zuriat sendiri, paling tidak seorang saja."

"Abang, kalau itu yang mama nak, Dira izinkan."

Aamir kaget dengan jawapan Nadira itu, manakala Mak Aina pula tersenyum lebar denan kenyataan menantunya itu.

*bersambung*

Foot print: Dah tak seronok kat sini. ;(

Sunday, January 24, 2016

Kasih Tak Terbanding (Samb. Hapuskanlah Egomu Sayang) Part 1...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Apa khabar semua? Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya masih diberikan segenap kekuatan untuk terus menulis di blog biru ini. Siapa buka pakai telefon bimbit, tak nampaklah kebiruan itu, padan muka! Hahaha...

Apapun, tujuan aku menulis ni bukan untuk menggelakkan sesiapa. Aku dengan tabah mencari ilham dan terus mencari, akhirnya aku rasa aku tahu dah nak buat apa. Cuma tak pasti ianya cerpen tunggal ataupun bersiri.

Baru-baru ni, aku kata aku nak buat extended version untuk cerpen terdahulu kan? Rasanya dah tahu nak buat yang mana. So, here we go:

"Abang, nampak tak mana cermin mata Dira? Dira rasa macam Dira letak atas meja solek, tapi tak adalah pula," jerit Nadira, agak lantang. Suara Nadira memang tak perlukan mikrofon, satu rumah boleh bergema!

"Cermin mata Dira? Abang rasa dalam laci meja solek tadi, cuba tengok," jerit Aamir pula dari tingkat bawah.

Nadira yang berada di dalam bilik tidur mereka di tingkat atas mula berjalan kembali dari pintu bilik menuju ke arah meja solek. Dia membuka laci di sebelah kanannya. Ternyata kata-kata suaminya benar, memang cermin matanya berada di dalam laci itu walaupun perasaan hairan menyelubunginya. Dia pasti dia memang meletakkan cermin matanya di atas meja, bagaimana pula cermin mata itu boleh berpindah?

Jawapan yang dicari akhirnya dia temui apabila matanya tertancap pada sebuat kotak hadiah beserta sampul yang terletak di sebelah cermin matanya. Dia mencapai sampul itu, lalu dibukanya. Terdapat sekeping kad itu bertulis "For my special person..." di hadapannya. Dia membuka pula kad tersebut dan mula membaca apa yang tertulis di dalamnya:

Untuk bidadari abang,

Selamat ulang tahun perkahwinan yang kedua, semoga perkahwinan kita akan diserikan dengan cahaya mata. Abang rindukan suasana rumah yang meriah. Abang akan sentiasa doakan yang kita akan menimang cahaya mata jua.


Dengan kasih sayang yang tak terbanding,
Aamir Arsyad

Senyuman yang terukir di bibir Nadira sedari tadi tiba-tiba hilang apabila matanya menangkap perkataan 'cahaya mata' dan 'anak'. Bukan dia tak mahu memberi, malah dia pernah mengandungkan cahaya mata miliknya dan suami, namun Allah lebih menyayangi. Dia keguguran ketika bulan keempat kerana kemalangan jalan raya. Sejak itu, doktor juga telah mengesahkan bahawa kemungkinan besar dia sukar untuk mengandung lagi.

Namun, itu tidak mematahkan semangatnya dan Aamir untuk terus mencuba. Namun, untuk melakukan persenyawaan luar, dia dan suami masih belum bersedia. Bagi mereka, mereka masih ingin mencuba cara semula jadi. Biar sampai hati mereka puas dan masih belum ada kurnia, barulah mereka akan mencuba cara terakhir itu.

Namun, ucapan yang diberikan suaminya kali ini benar-benar menyentuh hatinya. Sudah dua tahun mereka menjadi suami isteri, pasangan manalah yang tak mahu dikurniakan zuriat. Akan tetapi, dia mula berasa bersalah kerana dia merasakan yang dirinya seperti tidak mampu untuk memenuhi kehendak suaminya.

Sedang asyik Nadira melayan perasaan, Aamir muncul mendekati si isteri. Dia terlihat ada air mata mula gugur. Adakah dia tersalah tulis sehingga membuatkan Nadira sedih? Dia bertindak memegang bahu Nadira, lembut dengan harapan Nadira akan berasa tenang.

Namun, semuanya hampa apabila Nadira mula menangis selepas Aamir memegang bahunya. Aamir mulai panik lalu melutut di sebelah isterinya yang sedang duduk di hadapan meja solek itu.

"Kenapa ni, sayang?" Tanya Aamir, ingin tahu.

"Abang, Dira minta ampun abang," jawab Nadira dalam sedu-sedan tangisnya.

"Kenapa pula? Dira tak buat salah apapun," jawab Aamir, bingung.

"Dira ini isteri tak guna, abang. Dira tak mampu bagi zuriat pada abang. Dira..." kata-kata Nadira mati apabila Aamir bertindak meletakkan jari telunjuknya di bibir Nadira sebagai isyarat berhenti.

"Dira pernah bagi zuriat pada abang, walaupun hanya untuk seketika. Abang anggap anak kita tu bukan rezeki kita. Pasti ada hikmahnya, sayang. Benda nak jadi, bukan kudrat kita untuk menahan. Doktor bukannya kata sayang mandul, cuma sukar untuk mengandung sahaja. In shaa Allah, pasti ada rezekinya nanti."

Nadira tidak membantah, sebaliknya hanya tersenyum nipis. Ada benarnya kata-kata Aamir itu. Mungkin dia paranoid.

     *     *     *     *     *
Perhubungan jarak jauh benar-benar menguji perhubungan suami isteri antara Syahira dan Azhar. Syahira yang berada di Kuala Lumpur dan Azhar yang berada di Ipoh benar-benar menyukarkan keadaan mereka untuk bersama, malah untuk mempunyai zuriat jua.

Namun begitu, pada awalnya semuanya tampak indah. Walaupun mereka berjauhan, Azhar akan menghubunginya sekali sehari untuk bertanya khabar dan mereka akan bergilir pulang ke rumah masing-masing setiap minggu.

Akan tetapi, kebelakangan ini suaminya itu kerapkali sibuk tatkala hujung minggu. Apabila giliran Azhar untuk pulang ke rumahnya, pasti pelbagai alasan diberikan, manakala apabila gilirannya pulang ke Ipoh, Azhar akan melarangnya pulang atas alasan sibuk bekerja luar.

Dia tahu ada yang tak kena, maka dia mengambil keputusan untuk pulang ke Ipoh. Dia tidak memberitahu Azhar kerana ingin memberi kejutan, lebih-lebih lagi mereka akan menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama tiga hari lagi. Namun, dia tidak menyangka dia yang akan terkejut!

Luluhnya hati seorang isteri apabila terlihat suaminya sedang mesra berpelukan bersama seorang wanita di pusat membeli-belah Aeon Kinta City sebaik sahaja dia tiba di sana. Rancangannya dia ingin ke sana untuk membeli barangan yang diperlukan untuk memasak mi goreng kegemaran suaminya itu.

Dia membatalkan rancangannya untuk membeli-belah lalu memandu menuju ke rumah ibu bapanya di Batu Gajah yang jaraknya hanya lima belas minit dari Ipoh jika memandu kereta.

Dia mengambil telefon bimbit Samsung Note 5 yang baru dibelinya itu lalu membuka aplikasi Whatsapp. Nama 'Nadira' dicari, lantas tangannya laju menaip memandangkan ketika itu lampu isyarat masih merah. Dia akan berhenti menaip apabila lampu isyarat bertukar hijau dan menyambung semula apabila bertemu lagi dengan lampu merah.

Me: Azhar ada orang lain, babe. What should I do now?

Beberapa saat selepas dia selesai menghantar mesejnya, kedengaran bunyi tanda mesej masuk. Dia membuka peti masuknya, terlihat Nadira sudah menjawab mesejnya.

Nadira: Ask him who are you to him and why he did this to you.

Syahira menaip semula untuk menjawab mesej Nadira. Ketika itu, dia sudahpun berada di hadapan rumah ibu bapanya.

Me: Dia takkan mengakulah wey. Kau tak rasa macam itu ke?

Tak lama selepas itu, Nadira menjawab.

Nadira: Tak salah mencuba kan?

Ada benarnya kata Nadira. Tak salah mencuba bukan? Nadira menaip sesuatu bagi menjawab mesej Nadira lalu membuka pintu kereta Honda City berwarna perak miliknya untuk keluar. Sebelum dia berjuang, dia memilih untuk memohon restu ibu dan abahnya supaya usahanya diberkati Allah. Syahira seorang anak yang sangat manja, masakan dia akan membelakangi ibu dan abahnya dalam hal ini?

     *     *     *     *     *
"Ada apa mama suruh Aamir balik ni? Sudahlah mengejut, suruh balik seorang pula. Rahsia sangat ke?" Tanya Aamir, hairan. Dia memilih untuk duduk berhadapan Mak Aina, ibu kepada Aamir manakala Pak Zaini pula duduk di sebelah kiri Aamir.

"Sebelum mama kamu cakap, abah nak kamu tahu yang abah tak ada kena-mengena dalam hal. Ini semua mama kamu punya idea," terang Pak Zaini.

"Kalau nak harap abang, memang sampai sudahlah benda ini tak selesai!" Sindir Mak Aina.

"Apa semua ini, mama, abah?" Tanya Aamir yang masih lagi bingung.

"Mama dah pinangkan anak kepada kawan mama."

"Untuk siapa? Abah ke?"

"Ke situ pula kamu! Taklah, untuk kamulah. Mama nak kamu kahwin dengan dia. Keluarga Raihana dah tahu masalah kamu, Raihana pun dah setuju nak berkahwin dengan kamu. Jadi, mak ingat nak nikahkan saja kamu terus," terang Mak Aina panjang lebar.

"Apa?!" Separuh menjerit Aamir dengan penerangan ibunya itu. Dia kaget.

*bersambung*

Foot print: Adakah aku harus pasrah?

Wednesday, January 20, 2016

Mungkin Dulu Bukan Masanya...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Hari ini, setelah sekian lama, aku kembali menaip di blog yang serba comel ni. Bukan apa, agak bosanlah bila kadang-kadang tak ada kerja, at least ada juga benda nak buat kan? Jadi, selepas puas berfikir apa yang aku nak post, akhirnya aku dapat idea nak mengarang semula. Akan tetapi, amaran aku: kisah ini tak ada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah tiada. So, here you are:

Pagi itu aku terbangun lagi, semuanya gara-gara mimpi yang sama. Sudah sepuluh tahun ianya berlaku, namun igauannya masih menghantui setiap pelusuk sanubari ini. Aku hanya mampu beristighfar untuk menghilangkan rasa terkejutku yang masih tak hilang meskipun sudah acap kali aku menghadapinya.

Namun pagi itu ternyata berbeza. Sedang aku beristighfar, telefon bimbitku berdering. Dengan segera aku mencapai telefon bimbit Samsung S6 Edge+ aku lalu melihat nama siapakah yang tertera pada skrin telefonku itu. Tertera nama "Mak" membuatkan aku berasa cemas lalu menjawab panggilan itu.

"Assalamualaikum, mak."

"Wa'alaikumussalam, Una. Mak nak minta kamu balik kampung ni."

"Bila, mak? Kenapa? Bukan ke abang ada di kampung?"

"Itulah sebabnya mak nak Una balik. Feiruz, dia dah tak ada."

"Mak jangan bergurau pagi-pagi buta ni mak. Baru saja saya berbual dengan abang tengah malam tadi," tegasku yang masih tak mahu percayakan berita itu meskipun aku tahu mak takkan menipu aku.

"Betul, nak. Dia dah meninggal dunia, kemalangan semasa perjalanan balik ke rumah kamu tadi. Mak tak sangka itulah kali terakhir mak bercakap dengan dia," esak tangis mak mula kedengaran.

Mendengar ayat terakhir mak, aku hilang kata-kata. Duniaku terasa gelap seketika dan aku tak ingat apa-apa selepas itu.

     *     *     *     *     *
Lama aku tenung sehelai kertas yang mulai basah dengan air mataku. Kertas yang mengandungi pesanan terakhir abang Feiruz sebelum dia meninggalkanku. Ya, seolahnya dia sudah tahu yang dia akan pergi.

Salah satu pesanannya membuatkan aku bingung. Abang memintaku untuk berkahwin lain. Abang bergurau ke apa? Kahwin lain tak semudah yang disangka, apatah lagi dalam masa enam bulan seperti yang abang mahukan. Gila!

"Boleh mak duduk sebelah kamu?" Tanya mak. Aku memandang ke arah mak, entah sejak bila mak sudah berada di depan aku.

"Duduklah, mak."

"Mak tahu mak bukan mak kandung Una, mak cuma mak mentua saja. Tapi mak nak Una bahagia tak kiralah Una dengan siapa, sebab mak sayang Una macam mana mak sayang arwah Feiruz."

"Tapi mak, Una masih tak boleh lupakan abang. Terlalu susah, dia sangat sempurnakan hidup Una. Una tak tahu sama ada Una boleh terima orang lain ataupun tak.

"Mak tak suruh kamu kahwin esok. Aduhai Maya Husna, mak nak kamu cari kebahagiaan kami sendiri. Ambillah berapa lama masa sekalipun, asalkan kamu jumpa kebahagiaan kamu," panjang mak berceramah.

Aku terdiam. Abang Feiruz selalu panggil aku dengan nama penuh aku, Maya Husna. Aduhai, rindunya aku pada abang. Macam manalah aku nak teruskan hidup aku tanpa abang?

     *     *     *     *     *
"Betul ke apa yang aku buat ni?" mengomel aku di dalam hati.

Aku dapat melihat Khairiyah, rakan sekelasku ketika zaman pengajian sarjana muda di Universiti Sains Malaysia.

"Ya Allah, babe! Kurusnya kau sekarang! Patah hati ke?" seloroh Khairiyah kerana teruja melihat kehadiranku. Sudah hampir 7 tahun kami tak ketemu. Aku tak dapat menghadiri perkahwinannya 5 tahun lepas kerana keguguran. Mujur dia mengerti.

"Boleh dikatakan begitulah. Suami aku pun baru saja meninggal," jawabku, hambar. Bila menyebut tentang arwah, boleh gugur jantung aku rasanya. Sebak.

"Maaf Una, aku tak tahu. Aku baru nak tanya mana laki kau tapi kau dah jawab dulu."

"It's okay, dah sampai masa dia. Aku redha."

"Assalamualaikum ladies, long time no see Khairiyah dan Maya Husna. How are you?" kedengaran suara yang entah dari mana menganggu perbualanku dengan Khairiyah. Kami sama-sama menoleh ke arah suara itu datang, berdirilah seorang lelaki berkemeja putih bersama blazer biru gelap dan berseluar biru gelap sedang tersenyum manis ke arah kami.

Khairiyah membalas senyuman lelaki iti, namun tidak aku. Aku kaget. Entah kenapa hati aku terusik dengan kehadirannya, lebih-lebih lagi apabila dia menghampiri kami.

"Wa'alaikumussalam, sir. Long time no see you too. Saya sihat, Alhamdulillah. Sir pula?" jawab Khairiyah dalam nada teruja. Aku pula? Masih kaku dan membisu.

"Una, kenapa tak jawab salam saya?" Pertanyaan itu menyentakku. Astaghfirullah hallazim, aku tak jawab salam dia!

"Wa'alaikumussalam sir, saya pun sihat," jawabku sekadar berbasa-basi. Kalau boleh aku nak lari dari sini.

"Yaya, boleh kamu tinggalkan saya dengan Una sekejap? Ada benda saya nak bincang," pinta lelaki itu, Zahri.

Aduhai, dia dah mula dah. Yaya, jangan tinggalkan aku! Aku tak nak berdua dengan dia.

Khairiyah nampaknya tidak mendengari kata hatiku apabila dia meninggalkanku bersama Zahri. Aku mulai resah.

"Saya dengar suami kamu meninggal dunia bulan lepas. Takziah ya," ucap Zahri tak lama selepas Khairiyah berlalu pergi.

"Terima kasih. Sudah sampai masanya, masa kita tak tahu lagi."

"Mesti dia sangat istimewa sampai awak pilih dia kan?"

Dia tanya soalan maut nampaknya. Jangan menyesal, sir.

"Istimewa sangat sebab dia ada dengan saya ketika saya ditolak mentah-mentah oleh seorang lelaki 10 tahun lepas selepas dia dapat tahu yang saya sukakan dia. Bukan senang nak lupakan lelaki itu, saya akui tapi dia sentiasa ada disisi saya, bagi saya sokongan moral untuk saya menerima hakikat yang saya dan lelaki itu tiada jodoh,"jawabku, sinis.

"Saya minta maaf sebab lukakan hati awak dulu."

"Tak perlu rasanya, sir sebab itu hak sir. Sebagaimana saya berhak untuk menyimpan perasaan pada orang yang tak sepatutnya dulu."

"Saya tahu saya berkasar pada awak, tapi awak tahu saya bagaimana kan?"

"Tak, sebab sir bukan orang yang saya kenal waktu itu. Saya berani jamin tak ada sesiapapun akan percayakan saya kalau saya ceritakan pada mereka apa yang sir cakap pada saya 10 tahun lepas."

     *     *     *     *     *
"Kenapa awak belanja saya makan ni?" Tanya Zahri selepas selesai makan tengahari. Aku yang sedang menghirup air sirap bandung terhenti seketika lalu memandangnya.

"Salahkah, sir?" Tanya aku balik.

"Tak salah kalau awak tak ada perasaan pada saya, tapi masalahnya sekarang awak ada. Saya tak selesa."

"Apa maksud sir?"

"Tak perlu berdalih, Una. Sejak bila benda ni berlaku? Bukankah saya dah beritahu kamu yang saya tak mahu berkahwin, apatah lagi bercinta!"

"Apa yang ada dalam hati saya adalah hak yang Allah berikan pada semua manusia. Saya tak minta apa-apapun."

"Saya rasa setakat ini sahaja hubungan baik kita. Jangan jumpa atau hubungi saya lagi. Saya tak suka!" Tegas Zahri sebelum beredar dari restoran itu. Aku hanya mampu melihat kepergiannya. Kelu. Buntu. Keliru.

     *     *     *     *     *
"Maya Husna!" Suara Zahri mematikan lamunanku. Aku memandangnya, riak wajahnya cuba menagih simpati, tapi sayang hati aku sudah mati. Mati untuk seorang lelaki bernama Zahri.

"Apa dia?" Tanyaku, hambar.

"Saya susah nak buka hati saya, setelah bertahun-tahun saya kunci pintu hati saya. Saya tak sedar bila awak ada dalam hati saya. Bila saya sedar, saya cuba nafikan perasaan saya tanpa saya sedar saya telah melukai hati awak. Saya minta maaf, Una."

"You don't even try to know my situation before you gave the punishment, so what makes you think I will do the opposite?"

Aku melangkah pergi meninggalkan Zahri yang masih terpinga-pinga dengan jawapanku. Setelah kakiku terasa lama berjalan, aku berhenti dan bertinggung. Hati aku tak mampu menyembunyikan kesedihan lalu aku memilih untuk menangis. Segala perit yang aku simpan bertahun-tahun kuleraikan dengan air mataku.

     *     *     *     *     *
"Una, ada lelaki suruh aku berikan surat ni pada kau. Bila aku kata dia old fashion, dia iyakan saja. Katanya kalau dia guna teknologi, kau tak dapat mesejnya," pesan Inara selepas aku menutup pintu rumahnya. 

Aku hanya mengangguk lemah lalu mengambil surat itu daripada Inara. Penat balik kerja pun belum habis, Inara ni dah tambah kusut aku.

Aku membuka surat tersebut. Aku sudah boleh duga siapa pengirimnya sebab cara dia memang old fashion. Aku mula membaca surat tersebut.

Buat Husna,

Maafkan saya. Itu saja saya pinta.

Ikhlas daripada,
Zahri.

Aduhai, dugaan apakah ini? Surat kot, janganlah hantar serupa whatsapp! Aku mula meroyokkan surat tersebut lalu melontarkannya ke dalam tong sampah yang letaknya semeter dari tempat aku berdiri.

"Kalau tak suka saya sekalipun, apa salah kertas itu?" Aku menoleh ke arah datangnya suara itu. Terlihat Zahri sedang bersandar di tepi dinding tak jauh dari tempat aku berdiri. Ada pula dia ni!

"Kalau hantar surat serupa Whatsapp, baik tak payah! Saya tak ada masa nak layan kerenah sir, sir tahu tak?"

"Awak memang tak suka saya ke Una? Memang dah tak boleh nak buka pintu hati awak untuk saya dah ke?" Tanya Zahri, mencari kepastian.

Aku tersenyum, sinis. Dulu kau suruh aku hormati kau sebagai seorang pensyarah, sekarang kau marah pula aku hormati kau? Manusia, tak pernah puas kan?

"Suka ataupun tidak, aku terus memendam rasa, ingin sekali aku pergi bawa diri, tapi kemana arah."

Dia terkesima mendengar nyanyianku. Seingat aku, aku memang tak pernah menyanyi depan dia. Terkejut ya?

"Lagu Nora kan tu? Saya tanya baik-baik, kamu jawab main-main."

"Itulah jawapan saya, saya lontarkan dalam bentuk nyanyian. Itupun salah ke sir?"

"Jadi awak suka saya ataupun tidak?"

"Saya tak pernah ada hak untuk sukakan sir, apatah lagi sayang. Sudah lupakah sir?

"Atas sebab itulah, saya nak minta maaf. Saya tak tahu prinsip saya akhirnya akan makan diri saya balik."

"Semudah itukah sir datang minta maaf pada saya? Dulu sir buat saya macam anak patung, bila nak sir cari, bila tak nak sir buang. Sekarang sir cari saya balik sir? Selepas 10 tahun? Untuk apa?"

"Untuk awak."

"You can lived for the past 10 years without me, what makes you can't now?" Tanyaku, sinis.

"Who says? Saya buat macam-macam cara untuk lupakan awak, saya tak nafikan tapi semakin saya buat, semakin ingat saya pada awak. You have something that other girls out there never had. Saya tahu awak menderita kerana saya, bila awak terima arwah suami awak, dia pergi tinggalkan awak. Luka di hati awak itu, berilah peluang pada saya ubati hati awak."

"Tengoklah dulu, saya nak buat solat istikharah dulu ya. Cuma sementara saya nak cari jawapan, boleh tak saya minta satu perkara?"

"Apa dia, Una?"

"Tolong jangan cari saya, hubungi saya sepanjang waktu itu. Boleh?" Tanyaku, lembut. Bukan apa, aku tahu apakah perasaannya ditengking, tak tegar rasanya ingin berbuat seperti itu kepadanya.

"Baiklah, saya akan tunaikan. Saya minta diri dulu. Pesan saya, jaga hati. Assalamualaikum," kata Zahri sebelum beredar keluar dari rumahku.

Aku tidak menghantarnya pulang, hatiku masih rasa terkilan dengan apa yang dilakukan dulu.

"Una, kenapa kau tak beri peluang pada dia? Dia ikhlas nampaknya."

"Sebab dia tak pernah berikan aku peluang, sedangkan aku tahu dari dulu lagi dia ikhlas dengan aku."

"Kenapa pula dia tak pernah bagi peluang pada kau kalau dia ikhlas dengan kau?"

"Ego."

Aku tak mendengar apa-apa lagi dari mulut Inara yang berada dibelakangku ketika itu, hanya keluhan berat yang kedengaran. 

     *     *     *     *     *

Enam bulan kemudian...

Alhamdulillah, dengan limpah karunia-Nya, aku masih mampu menikmati keindahan pantai Cenang yang tak pernah kosong tanpa pengunjung ini. Terasa nyaman, memang inilah kegemaranku setiap kali hari cutiku yang tak menentu setiap minggu itu sejak aku berkhidmat sebagai penyambut tetamu di salah sebuah hotel lima bintang di Pulau Lagenda ini.

Kalau orang nak kata aku lari, maka aku larilah. Akan tetapi, hakikat sebenar yang ku simpan ialah aku tidak lari. Sebaliknya hanya menantikan jawapan istikharahku hadir sendiri. Tanpa usaha, maka tidaklah kita menghargai apa yang kita ada, bukan?

"Maya Husna, lama betul awak beristikharah, sampai sempat tukar kerja lagi?" muncul satu suara yang telah lama tak kudengar. Aku menutup mata. Alangkah rindunya aku pada suara itu.

"Assalamualaikum Maya Husna..." suara yang tadinya agak jauh kini bunyinya seperti bersebelahan daripadaku. Aku membuka mata, mengharapkan ianya bukan mimpi seperti minggu-minggu lepas.

Benar, aku tidak bermimpi kali ini. Memang dia. Dia yang telah lama tidak kutemu. Dia yang telah lama aku rindu. Dia yang selalu hadir dalam mimpiku. Dia yang menjadi jawapan istikharahku.

"Wa'alaikumussalam, Encik Zahri," jawabku lalu memandang ke arah matanya. Mata yang penuh dengan harapan.

"Tak perlu rasanya 'encik' itu, Una. Saya berdiri dihadapan awak, bukan sebagai seorang encik, tapi sebagai seorang lelaki. Lupakan saya yang awak kenali dulu, kerana insan itu telah mati bersama penderitaan awak."

"Baiklah," jawabku lalu menutup mataku buat seketika. Aku ingin membuang semua memori keruh yang berkelana dalam mindaku selama lima tahun ini. Setelah aku berasa puas hati, aku membuka mataku semula.

Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sejambak bunga tulip pelbagai warna berada di hadapanku. Bagaimana dia tahu aku sukakan bunga tulip? Takkanlah mama beritahu kot! Bila dia jumpa mama ini?

"Ini bunga untuk awak, cik adik manis. Saya ingin perkenalkan diri saya. Saya, Zahri bin Abdul Aziz, seorang pensyarah di Universiti Sains Malaysia. Berusia 38 tahun. Masih bujang. Awak?"

Aku memandangnya. Dia memberikan senyuman yang paling manis sambil mengangkat-angkat kedua-dua belah keningnya. Gatal!

"Saya Maya Husna binti Ahmad Daniel. Berusia 34 tahun. Seorang penyambut tetamu di Hotel Seri Malaysia. Masih bujang. Eh, silap! Seorang balu, pernah berkahwin selama 7 tahun,"jawabku sambil tersipu malu.

"Terima kasih kerana sudi menerima saya dalam hidup awak, Una."

"Saya tak cakap pun saya terima awak!"

Wajahnya berubah setelah mendengar kata-kataku. Tampak terkejut dari riak wajahnya. Dia pasti menyangka aku tak akan berkata begitu bukan? Padan muka!

"Tak adalah, saya gurau saja!" jeritku lalu berlari selaju yang boleh. Aku dapat merasakan dia mengejarku dari belakang.

"Kalau saya dapat awak, siaplah awak nanti!" jeritnya dari belakang.

Aku ketawa besar mendengar kata-kata itu. Terasa seronok apabila diberikan peluang untuk merasai nikmat kasih sayang sekali lagi. Terima kasih Allah, walaupun mungkin dulu bukan masanya.

*TAMAT*

Tuesday, August 18, 2015

Rasa yang Sama Part 13 (Akhir)...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Untuk cerpen "Rasa yang Sama", link part sebelumnya, ada di bawah ya:

"Maksud Inspektor, isteri saya letakkan telefon bimbit dia dalam kereta saya? Saya sendiripun tak pernah terfikir nak buat begitu," ujar Asyraf selepas mendengar penjelasan Inspektor Ismail.

     "Ada satu lagi perkara yang memudahkan kami untuk mengesan Encik Asyraf sebenarnya," terang Inspektor Ismail.

     "Apa dia, Inspektor?" tanya Asyraf, bingung.

     "Ada orang buat laporan bahawasanya dia tahu kedudukan Encik Asyraf ketika itu. Dia telah membongkar semua jenayah yang Cik Rania lakukan bersamanya, termasuklah kes gelapkan wang syarikat Encik Halim."

     "Nazrin?" teka Asyraf.

     Inspektor Ismail mengangguk tanda mengiyakan. Asyraf tak mampu untuk berkata apa-apa kerana terkejut dengan jawapan yang diberikan.

     "Saya nak jumpa dia, boleh?" tanya Asyraf.

     *     *     *     *     *
"Kenapa kau nak jumpa aku, Asyraf? Aku ini tak layak dipanggil kawan, aku ini manusia jenis makan kawan," ujar Nazrin sebaik sahaja dia duduk berhadapan Asyraf.

     "Sejahat-jahat kau, kau tetap kawan aku. Kau cuma buat silap, semua orang buat silap bro. Kau, aku, kita semua buat silap. Yang bezanya, kau jumpa jalan pulang atau tidak sahaja."

     "Aku yang buat kau dengan Nisa kemalangan dulu, sampai kau orang hilang ingatan. Aku yang curi duit syarikat, aku yang buat kau kena tahan polis dulu, semuanya aku! Kau tak faham-faham lagi ke?" Nazrin mula meninggikan suaranya.

     "Aku tahu, aku tahu juga kau yang rancang kecurangan isteri aku."

     "Kau tahu dan kau masih berkawan dengan aku? Kau gila ke bro?"

     "Hak menghakimi kau atas apa yang kau pernah lakukan itu bukan hak aku, bro. Itu hak Allah. Aku yakin pasti ada sebab kenapa Dia rancangkan semuanya. Setiap kejadian ada hikmah, bro. Cuma bezanya cepat atau lambat hikmah itu akan tiba saja."

     Mendengar kata-kata Asyraf, air mata Nazrin mengalir laju. Terkenangkan khilaf dan kebodohan sendiri yang akhirnya memakan diri.

     *     *     *     *     *
5 tahun kemudian...

"Bro, mana serai untuk renjis minyak ni? Kau nak aku renjis minyak guna apa ni, guna kain kau yang ada kat ampaian itu ke?" sindir Nazrin.

     "Nah, aku lupa bro! Maaflah, janganlah nak buat ayat sarkastik sangat bro!" jawab Asyraf yang berlari-lari anak menyerah serai yang telah diikat kepada Nazrin yang sedang mengipas ayam yang dibakar.

     Nazrin hanya menggelakkan Asyraf yang berlari-lari itu. Yang lebih menggelikan hati adalah kelibat budak lelaki yang turut sama berlari di belakang Asyraf seolah-olah mengejar lelaki tersebut.

     "Bro, tu anak kau kat belakang kau itu kau ajak sekali ke? Tahan ke dia asap-asap ini? Dia kan macam ibunya," sindir Nazrin lagi.

     Asyraf menoleh lalu mendukung budak lelaki tersebut. Aiman bin Asyraf Rasyid, kini berusia empat tahun setengah merupakan anak sulung Asyraf dan Annisa. Rupanya ketika dia berdepan dengan Rania, Annisa telahpun mengandungkan anaknya.

     "Abang, lambat lagi ke? Nisa lapar!" jerit Nisa dari pintu dapur sambil mengusap perutnya yang buyut itu. Semenjak Nisa mengandungkan anak keduanya, selera makannya naik mendadak sehinggakan hampir setiap jam dia akan mengunyah sesuatu.

     "Nisa baru saja makan roti tadi, dah lapar balik ke? Aduhai, botaklah kepala abang begini!" seloroh Asyraf.

     "Tak apalah, abang kan sayang Nisa, kenalah terima. Betul tak Nazrin?" Perhatian Nisa beralih kepada Nazrin pula.

     "Siapa tak sayang bini oi?" seloroh Nazrin pula.

     Pecah tawa Nisa dan Nazrin akibat lawak Nazrin tadi. Asyraf hanya mampu menahan malu akibat dikenakan oleh kawan baik sendiri.

     "Bro, isteri ini amanah Allah. Dalam rumahtangga, bukan hanya rasa yang sama itu kena ada, tapi sifat saling melengkapi itupun kena ada juga bro. Apa yang dia kurang, kau tambahkan. Apa yang kau kurang, dia tambahkan. Jujur aku cakap, aku cemburu dengan kau sebab kau ada Nisa. Aku sentiasa berdoa agar satu hari nanti aku dapat isteri macam Nisa. Boleh melengkapkan aku," terang Nazrin, panjang lebar.

     "Terima kasih, bro. In shaa Allah, aku akan ingat nasihat kau itu," jawab Asyraf lalu memeluk Nazrin. Keduanya tak mampu menahan sebak lalu mengalirkan air mata.

     Nisa yang melihat drama sebabak di hadapannya hanya mampu tersenyum bertemankan air mata yang tiba-tiba gugur.

*Tamat*

Foot print: Tak nampak hala tuju... :'(

Friday, August 14, 2015

Rasa yang Sama Part 12...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...

Untuk cerpen "Rasa yang Sama", link part sebelumnya, ada di bawah ya:

"Pilihan pertama, you datang di alamat yang bakal I whatsapp you nanti bersama Nisa. Jadi, apa-apa jadi pada you atau Nisa, you guys were together. Pilihan kedua, you datang di alamat yang sama, but alone. If you chose this option, I cannot guarantee the safety of Nisa if I am not satisfied with you later. Mungkin you tak berpeluang nak tengok muka dia buat kali terakhir," arah Rania di hujung talian.

     Nisa sudah mula diulit rasa bimbang. Dia tahu Asyraf mungkin dalam bahaya. Bukan sahaja Asyraf, malah dia juga dalam bahaya tidak kira di mana dia berada sekalipun.

     "Apapun pilihan you, I nak ingatkan you satu perkara. Jangan ada sesiapapun cuba hubungi pihak polis. Kalau I dapat tahu, I akan pastikan Nisa takkan dapat hidup lagi," sambung Rania lagi.

     Asyraf memandang isterinya. Dia tahu, apa saja tindakannya, dia perlu menyelamatkan isterinya terlebih dahulu. Namun, dia perlu ada rancangan yang teliti.

     "Baik, I datang."

     "Good boy, Asyraf. See you later, alligator," kedengaran bunyi Rania memutuskan talian.

     Tak lama kemudian, kedengaran bunyi tanda Whatsapp masuk. Asyraf mengambil telefon bimbit lalu membuka Whatsapp tersebut. Selepas selesai membaca, dia meletakkan semula telefon bimbitnya di tempat tadi.

     "Abang bawa Nisa balik, abang rasa Nisa lebih selamat di rumah ayah dan mama Hajar. Abang akan maklumkan perkara ni pada abah supaya hantar polis ke tempat ni andai sebelum tengah malam abang masih belum pulang. Okay, sayang?"

     Nisa hanya mengangguk lemah. Dalam hatinya sudah terbuku kerisauan yang teramat kerana dia tahu wanita yang menghubungi suaminya tadi boleh meragut nyawa suaminya.

     "Apa-apapun, abang be careful. I don't want to lose you."

     "I will, my dear. I will."

     *     *     *     *     *
"Lambat betul you ni. Jenuh I tunggu. Roy, bawa dia ke sini!" Arah Rania setelah melihat Asyraf berjalan menuju ke arahnya.

     Roy mendekati Asyraf. Asyraf yang mengerti hanya mengangguk lalu mengikuti langkah Roy mendekati Rania. Asyraf disuruh Roy untuk duduk berhadapan Rania.

      "You mesti tertanya-tanya kenapa I suruh you datang sini kan? I suruh you datang sini sebab I tak puas hati kenapa hidup you masih tak rosak lagi? I sangka lepas you kena tahan, you akan dipenjarakan. Lepas itu, apa yang you cakap pada Nazrin sampai dia boleh rasa bersalah ha?" tengking Rania bagi melepaskan kemarahannya yang terbuku selama ini.

     Asyraf tidak menjawab, sebaliknya hanya kekal membatu sedari dia duduk tadi. Tindakan Asyraf benar-benar menggugat kesabaran Rania. Dia mengambil pistol dari tangan Roy yang berdiri di sebelahnya lalu mengacukannya ke arah kepala Asyraf.

     "Kalau kau nak selamat, aku nak seluruh bahagian kau dalam syarikat! All of them! Di depan kau ada surat pemindahan hak milik, aku cuma nak kau tanda tangan sahaja. Itupun kalau kau nak nyawa kau dan Nisa terjamin. Kau ingat aku tak boleh bunuh dia walaupun dia berada di rumah mak ayah dia?" arah Rania.

     "Apa jaminan kau yang kau akan lepaskan aku andai aku tanda tangan surat ini? Tak ada kan? Jadi, kenapa aku harus tanda tangan?"

     Mendengar pertanyaan Asyraf, Rania ketawa besar. Ternyata Asyraf lebih arif akan perancangannya. Dia memang mahu menamatkan riwayat hidup seorang Asyraf Rasyid, geram rasanya apabila insan itu tidak termakan godaannya.

     "Mungkin kalau kau tanda tangan, aku akan selamatkan nyawa Nisa. Who knows?" duga Rania.

     Asyraf terdiam. Dia harus memikirkan jalan agar dia tidak perlu memindahkan semua hak miliknya kepada gadis di hadapannya ini. Jalan yang akan menyelamatkan nyawanya dan juga isterinya. Tak lama selepas itu, dia terfikir satu jalan. Dengan pantas, Asyraf menandatangani surat yang berada di hadapannya.

     Rania yang melihat tindak-tanduk Asyraf hanya tersenyum sinis. Ternyata Asyraf telah jatuh ke dalam perangkapnya. Selepas Asyraf selesai menandatangani surat itu, Rania mengambil surat tersebut lalu diserahkan kepada Roy.

    "Sekarang, ucapkan selamat tinggal pada dunia, wahai Asyraf Rasyid Halim," ucap Rania lalu menarik picu pistol yang dipegang.

     Asyraf hanya mampu menutup matanya dan berserah kepada Tuhan atas ajal dan mautnya. Kedengaran bunyi tembakan, namun dirinya tidak berasa apa-apa kesakitan pun. Dia membuka matanya, kelihatan Rania telah terbaring di atas lantai berlumuran darah, manakala Roy dan konco-konco Rania yang lain sedang digari oleh pihak polis. Asyraf bingung, bagaimanakah pihak polis dapat menjejakinya?

     "Encik Asyraf Rasyid?" tanya seorang polis kepadanya.

     "Ya, saya. Bagaimana tuan boleh cari saya?"

     "Encik Asyraf, saya Inspektor Ismail daripada bahagian siasatan jenayah IPD Dang Wangi. Saya akan jelaskan semuanya nanti, tapi saya perlukan Encik Asyraf untuk ikut kami ke balai polis. Kereta encik di luar bukan? Anggota kami akan pandu kereta encik," terang Inspektor Ismail.

     Asyraf hanya mengangguk lemah.

*bersambung*

Saturday, August 8, 2015

Dekat tapi Jauh...

Nama aku Maizatul Nadrah, orang panggil Maizatul. Ada juga yang panggil aku Nadrah tapi tidaklah ramai. Sekarang ini aku bukan nak bercerita tentang nama aku, itu tak penting sebenarnya. Aku nak bercerita tentang cinta. Aku pasti semua orang pasti ada kisah cinta tersendiri, sama macam aku. Bezanya, aku tak nak bercerita tentang kisah cinta aku ketika aku sudah dewasa, sebaliknya kisah cinta ini hadir ketika aku masih di alam persekolahan. Bukan sekolah menengah tahu? Kisah cinta ini hadir tatkala aku berada dalam sekolah rendah.

            Bila bercerita tentang kisah cinta ketika zaman persekolahan, ramai yang menggelarkan ia sebagai cinta monyet. Ya, aku tak nafikan semua itu tapi ada beberapa perkara dalam kisah aku yang membuatkan aku tak pernah lupa akan kisah ‘cinta monyet’ aku ini. Hingga saat ini, tatkala usiaku menginjak 26 tahun, kisah itu masih tersemat utuh di dalam benak fikiranku.

                        *                      *                      *                      
Aku memandang lelaki yang berdiri di hadapanku ini. Dia merupakan salah seorang rakan sekelasku yang boleh dikatakan agak rapat denganku. Kami sekelas sejak tahun ini, namun di manakah dia pada tahun lepas aku tak berapa pasti. Lagipun bukan dia sahaja orang asing dalam kelas aku ini, masih ada beberapa orang lagi. Jadi, perkara itu tidak aneh bagiku.

“Ustazah ini memang saja nak tarik ramai orang kan? Nasib baik kita memang dah masuk kelas mengaji itu, jadi boleh abaikan surat ustazah ini kan?” ujarnya lalu menggulung kertas yang dipegangnya sedari tadi.
Aku hanya memandang wajahnya. Kami boleh dikatakan kerap bertemu, kerana kami sekelas di sekolah agama, kelas kami bersebelahan di sekolah kebangsaan dan kami juga mengikuti kelas mengaji yang sama pada waktu malam. Ramai orang mengatakan bahawa dia menyimpan perasaan padaku, tapi aku sengaja memilih untuk tidak percaya. Bukan kerana aku tidak menyukainya, tetapi kerana perasaan yang sangat matang itu hadir tatkala usia kami berdua masih di alam kanak-kanak. Jujur aku katakan, aku juga menyimpan perasaan yang sama tetapi belum masanya untuk aku luahkan.

Oh ya, terlupa aku nak cerita. Namanya, Zulqarnain. Orangnya mempunyai raut wajah yang tidaklah sekacak mana, namun sejuk mataku memandang. Dia ini memang nakal, sampai para ustazah, ustaz dan cikgu di sekolah memang mengenalinya kerana kenakalannya di dalam kelas. Akan tetapi, dia akan menjadi kurang nakal jika aku berada berhampirannya.

Dia pernah membuat ustazah kami menjerit kerana dia ingin memelukku yang sedang memadam papan hitam di hadapan kelas. Mujur kawan-kawan perempuan kami menjerit memanggilku, kalau tidak alamatnya aku ini dah kena peluk lelaki ajnabi seawal usia lapan tahun!

Dia juga sangat menyukaiku sehinggakan semua kawan baiknya terpaksa menjadi penyiasat bergeraknya. Semua tindak-tandukku, semuanya dilaporkan kepadanya. Kadang-kadang aku sengaja menggunakan kawan-kawan baikku untuk memberitahunya khabar-khabarku bagi mengelakkan kawan-kawannya mengganggu keamananku. Kasihan aku pada kawan-kawannya, kerana mereka juga adalah kawan-kawanku. Sudah pasti aku memahami kesusahan mereka.

Namun, apabila terlalu lama aku memilih untuk tidak berterus-terang akan perasaanku padanya, dia mulai resah. Tambahan pula, ada lelaki lain yang juga menyimpan perasaan padaku di kalangan kawan-kawannya. Dia bimbang aku tidak membalas perasaannya dan memilih insan lain sebagai yang teristimewa dalam hidupku. Bagaimanalah seorang budak lelaki berusia sembilan tahun ketika itu boleh berfikir sehingga ke arah itu sedangkan aku masih lagi memikirkan berapa banyak anak patung yang mahu dibeli nanti?

            *                      *                      *                      
“Maizatul, Zul minta aku tanya kau sesuatu. Boleh tak?” tanya Diandra, kawan sekelasku sebaik sahaja dia duduk di sebelahku. Ketika itu, kami sedang berehat di kantin sekolah. Memang rutin kami untuk makan di kantin ketika rehat sebelum pergi bermain di dataran sekolah.

“Apa dia?” tanyaku pula. Namun, aku masih leka menikmati kuih karipap yang dibeli daripada makcik kantin tadi.

“Dia nak tahu kau suka dia tak? Dia dah setahun lebih sukakan kau, tapi kau buat tak tahu saja. Kadang-kadang nampak macam suka, kadang-kadang nampak macam tak. Aku nak tolong jawabkan pun aku tak reti. Jadi, aku tanya kau sendiri,” ulas Diandra, lebih daripada sekadar bertanya.

Aku kaget. Bagaimana aku hendak menjawab soalan yang aku tak ada jawapannya? Aku sukakan dia sepertimana dia menyukaiku, tapi aku merasakan masa ini kurang sesuai untuk berfikir soal cinta, kahwin dan seangkatan dengannya. Hilang terus selera aku nak menelan karipap makcik ini.

“Mai, jawablah soalan aku itu! Kau tak kasihan dengan aku ke? Aku letih nak dengar soalan Zul hari-hari. Dulu, aku tengok dia boleh saja tanya sendiri pada kau tapi sekarang, nak bercakap dengan kau pun dah malu. Bila dah malu, habis semua orang kena jadi mata-mata dia. Penatlah begini!” Diandra mula berasa bengang apabila melihat aku hanya mendiamkan diri.

Aku sedar hakikat itu. Kawan-kawan kami semuanya dah mula letih dengan kisah cinta bertepuk sebelah tangan seorang Zulqarnain. Hanya kerana aku tidak pernah berterus-terang tentang hakikat yang bertapak di dalam hatiku semenjak aku mengetahui isi hatinya. Dia menghukum kawan-kawan kami hanya kerana dia berasa dirinya terancam dengan sikapku itu. Memang aku tahu semua itu salah, namun berterus-terang juga kurasakan salah buat ibu bapaku yang mengharapkan kejayaan anaknya ini. Sungguh aku bingung.
“Macam inilah, Dian. Kau beritahu dia, kita ini muda lagi. Belum sampai masanya untuk kita fikir soal cinta. Kalau betul kami ada jodoh, dah terpisah lama pun jumpa juga. Bukankah ustazah pernah cerita tentang ini? Sekarang, kita semua fokus pada belajar dulu. Okay?” jawabku, sedikit tegas. Jawapan ini kurasakan jawapan selamat yang boleh aku berikan padanya tanpa aku mengetahui bahawa ada perkara yang lebih besar yang bakal berlaku.
            *                      *                      *                      
Setahun berlalu lagi, kami menjadi renggang sejak aku memberikan ‘jawapan selamat’ itu kepadanya. Namun, aku tahu dia masih lagi mengintip pergerakanku dalam diam. Sengaja aku biarkan kerana aku telah terbiasa dua tahun diperlakukan begitu. Lagipun, dia tidak mengganggu aku secara terang-terangan lagi sekarang. Itu sudah cukup selesa buat aku.

Dia tidak lagi menghadiri kelas mengaji yang kami berdua hadiri sebelum ini. Membuatkan aku mula berasa sunyi sedikit demi sedikit tanpanya. Bagi aku, aku hanya dapat berbual dengannya ketika kelas mengaji sahaja kerana tiada kawan-kawan yang menyakat kami berdua. Ketika itu sahaja, aku menjadi diri aku yang sebenar di hadapannya. Mengapa dia tidak perasan semua itu?

Andai dulu, dia yang rajin mengorek tentang diriku. Kini, giliran aku pula mengorek tentang dirinya. Aku mulai rajin bertanyakan perihal dirinya daripada kakak kepada kawan baiknya, Aina. Ini adalah kerana kak Aina juga mengetahui tentang kami daripada adiknya, Khairul. Maka, aku menggunakan kebetulan itu untuk mengorek tentang dirinya memandangkan mereka juga kebetulan merupakan jiran. Banyak yang telah aku ketahui tentangnya, seperti kedudukan rumahnya, keluarganya dan juga pelajarannya. Namun, aku meminta kak Aina agar tidak memberitahu sesiapa tentang tindakanku ini.

Setelah sekian lama aku tidak mendengar khabar beritanya, akhirnya hari tersebut telah berlaku seusatu yang telah mengubah segalanya buat kami berdua. Peristiwa itu bermula apabila kak Aina yang ketika itu bersamaku dipanggil oleh salah seorang rakan sekelas Zulqarnain. Aku mula terpinga-pinga apabila aku mendengar nama Khairul dan Zulqarnain disebut. Namun begitu, aku tambah hairan apabila kak Aina melarang aku mengikutinya apabila aku katakan aku ingin melihat apa yang berlaku.

Tanpa mempedulikan nasihat kak Aina, aku mengekori kak Aina dalam diam. Aku melilih untuk bersembunyi di sebalik dinding berhampiran dengan tempat mereka berada. Aku dapat melihat kak Aina sedang cuba meleraikan pergaduhan antara Zulqarnain dan Khairul, namun aku hanya dapat mendengar kak Aina acap kali bertanyakan mengapa mereka berdua bertengkar. Selebihnya, aku kurang jelas.

“Sedar diri kau itu sikit, Zul! Dia itu budak pandai, kau ingat dia nak ke pandang muka kau lagi? Jangan mimpilah! Kau itu dia pandang ibarat semut saja tau?” jerit Khairul. Jeritan itu dapat aku dengari dengan jelas sedangkan jarak aku dengan mereka agak jauh sebenarnya. Aku terkesima mendengar luahan hati seorang kawan baik buat insan yang sekian lama menyimpan perasaan padaku. Ya Allah, apa yang aku dah buat ini? Sungguh aku tak pernah memandang rendah padanya, kerana aku sangat menyukainya. Aku tahu semuanya salah aku, kerana aku memilih untuk berdiam diri. Namun, aku punyai sebab aku sendiri. Aku harap dia memahami aku.

Aku membuat keputusan untuk pergi dari situ. Aku sudah tidak sanggup lagi untuk mendengar pertengkaran hebat antara dua orang kawan baik hanya kerana aku. Cukuplah setakat itu. Perkara itu sahaja sudah mengganggu benak fikiran aku yang hanya berusia sepuluh tahun ketika itu, yang sepatutnya hanya perlu kisah akan mainan atau pelajaran sahaja. Bukan tentang perhubungan manusia yang kompleks ini.
            *                      *                      *                      
Beberapa hari kemudian, aku sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran mengejutnya di kelas mengaji. Malam itu, dia tidak seperti selalu, dia memilih untuk duduk di sudut dinding surau sehingga dia dipanggil oleh ustaz yang mengajar pada hari itu. Namun begitu, aku menyedari akan tindakannya memandangku apabila aku tidak memandangnya. Pada mulanya, aku memandangnya kembali apabila menyedari itu, namun dengan pantas dia menukar arah pandangannya. Namun selepas itu, aku biarkan sahaja dia memandangku sepuasnya. Aku dapat melihat dari ekor mata, dia merenungku lama. Hairan juga melihatnya begitu, namun aku memilih untuk tidak peduli tanpa mengetahui bahawa itulah kali terakhir aku bertemu dengannya.

Tak lama selepas itu, aku dikhabarkan oleh kak Aina bahawa dia telah berpindah sekolah kebangsaan dan berhenti sekolah agama. Kelas mengaji juga tidak lagi dihadirinya sejak hari itu. Kata kak Aina, dia patah hati dengan tindakanku yang tidak pernah berterus-terang dan semenjak pertengkarannya dengan Khairul itu, dia sudah tidak dapat menahan malu pada semua orang yang mengetahui tentang perasaannya yang tidak berbalas itu. Dia memilih untuk berpindah sekolah agar hatinya tidak bertambah luka apabila melihat diriku.

Aku terbungkam. Tiga tahun kehadirannya dalam hidupku yang selama ini kusangkakan rimas itu telah bertukar menjadi hari-hari sunyi selepas itu. Terasa berbeza tanpa dirinya yang seringkali menggangguku. Namun, aku ubah perhatianku kepada pelajaran dengan harapan aku akan melupakan semua ini suatu hari nanti.
            *                      *                      *                      
Enam belas tahun berlalu, kisah cinta ini masih jelas dalam ingatanku. Meskipun bagi orang lain, ini adalah cinta monyet namun bagiku inilah kisah cinta pertama yang sangat member pengajaran padaku. Sejak dia pergi dari hidupku, semua kisah cintaku selepas itu serba tak kena. Tak ada lelaki yang dapat bertahan lama dalam hidupku. Entah kenapa jadi begitu, aku juga tak tahu.

Walaupun rumah kami berdekatan, namun Tuhan tidak pernah menemukan kami sejak itu. Aku tak pasti sama ada dia masih mengingatiku atau tidak, tetapi aku tak pernah melupakannya. Biar rasa rinduku padanya aku simpan menjadi gulungan memori yang tak mampu aku persembahkan buat sesiapapun kerana aku tahu dia terlalu baik untuk insan seperti aku. Kali terakhir aku mendengar tentangnya adalah pada lima tahun lepas, ketika itu dia masih melanjutkan pelajarannya dalam bidang kejuruteraan di luar negara sedang aku yang dikatakan ‘budak pandai’ ketika itu hanya mampu melanjutkan pengajian dalam bidang perniagaan di dalam negara sahaja. Begitulah roda hidup berputar, sekejap kita di atas, sekejap lagi kita di bawah.

Mungkin ini adalah kifarah atas sikapku terhadap seorang Zulqarnain suatu ketika dahulu. Aku telah menyebabkan dirinya dipandang remeh oleh kawan-kawannya hanya kerana mereka semua menyangkakan cintanya itu tidak pernah berbalas, sedangkan aku ketika itu turut sama memendam rasa sepertinya. Perasaan bersalah yang aku rasakan kepadanya semenjak dia menghilangkan diri aku simpan sehingga saat ini. Jujur aku katakan, aku sangat mengharapkan kehadirannya sekali lagi dalam hidupku kerana aku ingin memohon sejuta kemaafan daripadanya di atas semua peristiwa yang berlaku sepanjang tiga tahun dia menyukaiku. Andai dia dapat memaafkanku, itu sudah cukup bagiku. Aku tak layak meminta apa-apa lagi daripadanya.


Sampai disini sahaja kisah cintaku yang dapat aku nukilkan. Kisah cintaku ini bukanlah kisah cinta yang biasa anda baca di dalam novel, dan cerpen. Bukan juga kisah cinta seperti yang terpapar di layar perak dan layar kaca. Akan tetapi, kisah cintaku ini hanyalah kisah cinta yang aku sampaikan ikhlas daripada sekeping hati yang masih mengharapkannya. Aku berharap kami tidak lagi berada berdekatan tapi pada hakikatnya jauh.

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com