Wednesday, September 11, 2019

Dalam Kesamaran Bahagian 10

Link terdahulu:
Bahagian 1
Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9

Rashdan memandang isterinya dengan perasaan bersalah. Ada benarnya kata-kata isterinya, tetapi dirinya tersepit di antara dua orang kawan.


"Pembedahan kali ini berisiko tinggi kerana ianya berbalik. Jadi, kemungkinan dia akan sembuh hanya 30% sahaja, dan jika selamat sekalipun, dia berisiko lumpuh atau tidak boleh bercakap secara normal. Bolehkah Lily hadapinya?" sambung Rashdan.

Terbungkam Zulaikha mendengar penjelasan Rashdan itu. Terlalu berat untuk Lily hadapi sesuatu seperti ini seumur hidupnya. Sekalipun dia sanggup, selama manalah dia mampu untuk bertahan?

"Bagaimana abang boleh hadapinya sendirian?" tanya Zulaikha sambil memegang tangan suaminya itu.

"Abang perlu hadapinya, supaya Lily tidak perlu hadapi semuanya sendiri. Pada abang, Lily akan lebih terkesan berbanding abang."

"Ika minta ampun, abang sebab fikir bukan-bukan. Ika bangga abang seorang kawan yang baik," jawab Zulaikha lalu mencium tangan Rashdan.

Sebaik sahaja Zulaikha selesai mencium tangannya, Rashdan bertindak menarik Zulaikha ke dalam pelukannya. Dia perlukan semangat dan sokongan dari isterinya untuk terus menjaga Aduka. Sedangkan dirinya yang hanya seorang kawan juga hari-hari berendam air mata melihat keadaan lelaki itu, bagaimana pula dengan kekasihnya?

Zulaikha yang memahami itu menyambut pelukan suaminya itu lalu menggosok-gosok belakang Rashdan supaya lelaki itu lebih bertenang.

     *     *     *     *     *

Suraya sedang menyusun jambangan-jambangan bunga di setiap meja yang ada di dalam dewan tersebut apabila telefon bimbitnya berbunyi. Dia melihat skrin, terdapat sebuah nombor yang tidak dikenalinya. Meskipun perasaan hairan itu ada, tetapi dia tetap menjawab panggilan tersebut.

"Hello, boleh saya bercakap dengan Puan Suraya Hani?" tanya seorang wanita di hujung talian.

"Ya, saya Suraya Hani. Boleh saya tahu siapa di talian?" tanya Suraya, selepas menjawab pertanyaan wanita itu.

"Ini akulah, Puteri. PA Encik Tarmizi. Ingat lagi tak?" jawab Puteri, ceria.

"Ya Allah, Puteri! Kau ke itu? Ingatlah, mana boleh aku tak ingat kau! Ada apa kau hubungi aku ini? Ini nombor telefon siapa?" tanya Suraya bertubi-tubi.

"Ini nombor telefon aku yang baru. Aku hubungi kau, sebab aku nak jemput kau ke majlis perkahwinan aku minggu depan. Nanti aku hantarkan butiran majlis di aplikasi Whatsapp," jawab Puteri, masih lagi dalam nada ceria.

"Baik, cik Puteri. In shaa Allah kalau tak ada aral melintang, aku datang ya?"

"Baik, Suraya. Oh ya, kau bagaimana? Sihat? Aku dengar kau sudah bercerai setahun yang lepas. Kenapa?"

"Mana kau tahu ini?" tanya Suraya, hairan. Setahunya penceraiannya diselesaikan secara senyap bagi mengelakkan ianya dicium pihak media. Almaklumlah, menjadi isteri seorang Pengarah Urusan bukannya mudah. Gerak-geri mereka suami isteri pastinya dipantau oleh netizen, tambahan pula setelah syarikat bekas suaminya mendapat anugerah Star Outstanding Business Award selama dua tahun berturut-turut.

"Tak serasi," jawab Suraya, ringkas. Baginya, belum sampai masanya untuk sesiapapun tahu sebab mengapa dia bercerai dulu. Sedangkan Lily pun tidak mengetahuinya, inikan pula orang luar.

"Kalau tak serasi, kenapa bernikah dulu?"

Belum sempat Suraya menjawab soalan itu, dia menyedari kehadiran Muhaimin di hadapannya. Muhaimin yang melambaikan tangan kepadanya membuatkan dia tahu dia harus memutuskan talian.

"Puteri, nanti kita berbual lain. Bekas suami ada di sini," jawab Suraya lalu memutuskan talian sebelum berjalan menuju ke arah Muhaimin yang berdiri di pintu masuk dewan.

"How's the preparation, my dear?" tanya Muhaimin, sinis.

"Tak payahlah nak my dear sangat, kita sama-sama tahu perasaan antara kita berdua tak pernah ada. I pun tak tahu macam mana I boleh jadi isteri 4 tahun you tanpa sekalipun you sentuh I," sindir Suraya pula.

"I lagi hairan, macam mana you boleh ada duit nak bayar yuran peguam untuk penceraian kita sedangkan I kawal semua perbelanjaan you semasa kita masih suami isteri?" jawab Muhaimin.

"You rasa I tak ada secret fund macam you? I banyak belajar benda baru sejak I jadi isteri you. Termasuklah semua helah kotor you yang you dengan papa gunakan selama ini. You ingat kenapa I nak masuk kandang naga sedangkan I tahu I yang akan binasa? You tak pernah terfikirkah?" tanya Suraya, bertubi-tubi.

Muhaimin terdiam mendengar pertanyaan Suraya itu. Dia seringkali memandang rendah pada bekas isterinya itu. Sepertimana dia terkedu apabila bekas isterinya memohon kepada mahkamah untuk mengadakan pemeriksaan doktor bagi membuktikan bahawa dirinya masih dara untuk memastikan penceraian mereka tiada tempoh Iddah.

Bagi mengelakkan isu ini terdedah kepada pengetahuan umum, dia terpaksa mengaku bahawa dia tidak pernah menyentuh isterinya selama 4 tahun perkahwinan mereka.

Dia harus mengakui, bekas isterinya sangat cekap mengatur strategi. Malah, kerana strategi isterinya itulah yang telah menyelamatkan dirinya daripada ditangkap khalwat tahun lepas.

"Apa semua ini? You sedar tak, you buat apa ini?" tempik Suraya apabila menemui dirinya sedang berasmaradana bersama teman wanitanya.

"I sedar! Selama ini I buat semua ini belakang you, you tak pernah kisah pun? Takkan tiba-tiba nak jadi isteri mithali pula!" tempik Muhaimin pula sementara dia menyarung kemeja-T yang ditanggalkan tadi.

"Kalau you tak buat depan mata I, I tak kisahlah! Ini masalahnya I dah nampak! Lagi satu, you sedar tak perempuan ini siapa?" jawab Suraya, berang dengan apa yang dilihatnya.

"So what kalau dia cousin you? I dah kenal dia sebelum I kenal you lagi!" jawab Muhaimin yang sudahpun berdiri di hadapan Suraya.

"Kalau hal you malam ini tak sampai ke pengetahuan orang luar, I nak you ceraikan I dan kahwini dia!" jerit Suraya sebelum loceng pintu pagar rumah mereka berbunyi.

"You buat apa ini? You panggil orang tangkap khalwat I?"

"You ini bodoh ke apa? Kalau I yang panggil, buat apa I balik? I balik tadi, I perasan ada jiran kita  asyik mengintai rumah kita. Camellia, ambil baju itu, pakai dalam bilik bawah itu. Jangan keluar sampai Kak Su panggil," ujar Suraya.

Dengan pantas, Camellia mengutip pakaiannya lalu berlari menuju ke bilik tidur yang terletak bersebelahan ruang makan rumah itu.

Suraya berjalan tenang menuju ke arah pintu masuk rumahnya sebelum menekan butang pintu pagar automatik rumah mereka.

Kelihatan beberapa orang pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan dua orang pegawai polis berjalan menuju ke arah pintu rumah mereka.

"Assalamualaikum, puan," sapa salah seorang pegawai yang berada di hadapan Suraya.

"Waalaikumussalam, encik. Ada apa ya?" tanya Suraya lagi.

"Kami terima laporan ada pasangan berkhalwat di dalam rumah ini. Boleh kami periksa?" jawab pegawai tersebut.

Suraya hanya mengangguk lalu membenarkan para pegawai itu masuk.

Suraya berpaling, dan melihat Camellia dan Muhaimin sedang duduk di atas sofa bertentangan antara satu sama lain. Para pegawai itu berpecah dan memeriksa kesemua bilik dan kembali ke arah ruang tamu itu selepas beberapa minit.

"Apa hubungan antara puan dan mereka berdua?" tanya pegawai tadi kepada Suraya.

"Lelaki ini suami saya dan perempuan ini sepupu saya," jawab Suraya, perlahan.

"Ada dokumen yang boleh sahkan hubungan puan dan suami puan?" tanya pegawai itu lagi.

Suraya yang memegang beg tangannya sedari tadi mengeluarkan kad nikahnya lalu menyerahkan kepada pegawai tersebut.

Pegawai itu memeriksa kad itu sambil membandingkan wajah dalam kad dengan wajahnya dan Muhaimin sebelum menyerahkan kembali kepada Suraya.

"Maafkan kami, Puan Suraya dan Encik Muhaimin. Kami mungkin telah menerima laporan palsu ataupun ada pihak yang salah faham dengan situasi puan. Terima kasih atas kerjasama anda semua. Kami minta diri dulu," ujar pegawai itu sebelum keluar dari rumah tersebut.

Suraya menutup pintu pagar dan pintu rumah mereka sebelum berjalan menuju ke arah sofa yang diduduki Camellia lalu duduk bersebelahan dengan gadis itu.

"Macam mana dengan tawaran I tadi? Setuju ataupun tidak? Kalau you tak setuju, I boleh panggil semula pegawai tadi," tanya Suraya, sinis memandang wajah suaminya.

"You nak panggil semula mereka untuk apa? Nak kata I bercumbu dengan perempuan lagi depan mata you?" tanya Muhaimin pula, sinis.

"You silap besar buat benda terkutuk ini dalam kawasan I, Muhaimin. You ingat I hanya omong kosongkah?" tanya Suraya, masih lagi sinis sebelum membuka sebuah aplikasi di telefon bimbitnya dan menunjukkan video suaminya bercumbu dengan Camellia tadi kepada suaminya.

Terkesima Muhaimin tatkala melihat video tersebut. Dia tahu dia sudah kalah. Sangkaannya, dengan mengawal setiap gerak geri isterinya, dia mampu mengunci isterinya di dalam sangkar yang dia ciptakan. Dia terlupa bahawa isterinya masih punya sekelumit kebebasan yang mana telah digunakan untuk mencipta perangkap yang akhirnya menjerat dirinya sendiri.

"Menyesal I hantar you pergi belajar dulu!" tempik Muhaimin, berang dengan apa yang dilihatnya tadi.

"You boleh kurung I dalam rumah ini sekalipun, you tetap akan kantoi suatu hari nanti. You ingat I tak ada mata-mata di luar?" sindir Suraya lagi.

"Baik, I akan ceraikan you kalau you boleh jawab semua soalan I malam ini juga!" ujar Muhaimin, geram.

"So, it is a deal? Camellia ada ini, jangan macam-macam. I akan pastikan you dengan Lia akan bernikah selepas kita bercerai, as your wish. Tentang papa, jangan risau. I akan pastikan dia setuju dengan pernikahan kau orang berdua. I cuma nak keluar dari sangkar you ini sahaja, keluar dari neraka yang papa dan you ciptakan untuk I atas hukuman yang bukannya salah I pun," jelas Suraya, tenang.

"You akan jawab soalan I ataupun tidak?" tanya Muhaimin, inginkan kepastian.

"I akan jawab semuanya, asalkan you ceraikan I," jawab Suraya, masih lagi tenang.

"Kenapa you nak sangat keluar dari sini, sedangkan I tak pernah paksa you terima I dulu?" tanya Muhaimin, sinis.

"Papa you, takkan you tak tahu perangai dia?" tanya Suraya tanpa menjawab soalan Muhaimin itu.

"Okay, faham tapi kenapa you ambil masa 4 tahun untuk keluar? I rasa kalau you minta cerai dalam tahun pertama sekalipun, I akan berikan. Tak ada masalah," ujar Muhaimin sambil tersenyum.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com