Thursday, August 2, 2012

Kasih Tercipta Part 8...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

Pagi itu, Syazwan pulang ke rumah atas arahan ibunya setelah semalaman bermalam di hospital. Lagipun, Arissa yang baru saja sedar juga menyokong permintaan ibunya itu. Setibanya dia di rumah, Datuk Shahrizal yang baru saja selesai bersarapan bangun menuju ke arahnya.

"Ibu kamu mana? Pagi-pagi lagi abah tengok dah hilang," tanya datuk Shahrizal, kasar.

"Ibu kat hospital, temankan Arissa,"jawab Syazwan, acuh tak acuh.

"Kronik sangat ke sakitnya sampai nak kena berteman?"tanya Datuk Shahrizal lagi, dengan nada sinis.

"Abah jangan hilangkan mood saya pagi-pagi ini. Saya tak ada masa nak layan sindiran-sindiran abah lagi. Saya nak keluar, abah marah. Jadi kalau nak saya dengan Arissa kekal kat dalam rumah ini, tolong jangan cabar kesabaran saya,"tegas Syazwan lalu meninggalkan Datuk Shahrizal yang masih terpinga-pinga.

"Abah ni kan, kalau ya pun meluat dengan Syaz itu, janganlah dibabitkan bini dia sekali. Nanti kalau Syaz mengamuk, kita juga yang susah. Abah lupa ke apa yang Syaz pernah buat masa dia mengamuk dulu?"tanya Ridhuan yang muncul entah dari mana.

Pertanyaan Ridhuan membuatkan Datuk Shahrizal teringat kembali apa yang telah berlaku dulu.

*     *      *      *      *

Datuk Shahrizal, Ridhuan dan Datin Rosnah sedang menonton televisyen apabila kedengaran bunyi kaca pecah berkali-kali dari bilik Syazwan. Mereka bertiga berlari naik ke tingkat atas dan seterusnya ke bilik Syazwan untuk melihat apa yang berlaku. Apabila Datuk Shahrizal membuka pintu bilik Syazwan, alangkah terkejutnya mereka bertiga apabila bilik Syazwan ibarat dilanda garuda. Semua barang tak berada di tempat yang sepatutnya dan Syazwan masih lagi melontarkan barang-barangnya ke lantai.

Dengan pantas, Datuk Shahrizal dan Ridhuan memegang Syazwan bagi menghentikan perbuatannya itu. Akan tetapi, Syazwan terus meronta dan meronta.

"Rosnah, kamu pergi ambil tali dan telefon ambulans,"arah Datuk Shahrizal.

"Abang nak hantar anak kita pergi hospital ke? Rosnah tak setuju!"bentak Datin Rosnah.

Habis itu, awak nak tengok anak awak ini jahanamkan rumah kita ke?"tanya Datuk Shahrizal.

Pertanyaan suaminya membuatkan Datin Rosnah tiada pilihan selain daripada mengikut arahan suaminya. Tali dihulurkan kepada Datuk Shahrizal dan ambulans juga dihubunginya.

Tanpa berlengah, Datuk Shahrizal mengikat anaknya itu dengan menggunakan tali yang diberikan oleh Datin Rosnah tadi dengan bantuan Ridhuan.

Selepas setengah jam, ambulans tiba dan Syazwan dibawa ke hospital. Hasil pemeriksaan doktor psikiatri di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya selama seminggu, Syazwan hanya mengalami stress yang hampir teruk dan boleh membawa kepada kemurungan jika tidak dikawal.

*     *      *      *      *

"Ibu, boleh Arissa tanya sikit tak?"tanya Arissa selepas dia lihat mood ibu mentuanya itu baik hari ini. Datin Rosnah yang sedang memotong buah itu hanya mengangguk tanda isyarat membenarkan menantunya itu bertanya.

"Betul ke abang Syaz pernah curi duit abah?"tanya Arissa.

Pertanyaan Arissa membuatkan Datin Rosnah berhenti memotong. Dia memandang menantunya, dilihat wanita itu benar-benar serius dengan apa yang ditanyakannya.

"Mana Arissa tahu pasal cerita ini?"tanya Datin Rosnah.

"Arissa terdengar perbualan abah dengan abang Rid. Abang Syaz masih tak tahu lagi yang Arissa dah tahu. Betul ke ibu?" tanya Arissa lagi.

"Ini ke yang mengganggu fikiran kamu sebelum ini, Arissa?"tanya Datin Rosnah.

Arissa hanya mampu mengangguk lemah. Melihat respon menantunya itu, Datin Rosnah mengeluh.

"Ibu tak ajar anak-anak ibu jadi pencuri. Memang betul duit abah hilang waktu itu, tapi bukan Syaz yang curi walaupun abah kamu tuduh dia,"jelas Datin Rosnah.

" Habis itu, siapa? Kenapa abang Syaz tak bela diri dia? Dia tak salah kan?"bertubi-tubi pertanyaan yang dikeluarkan oleh Arissa. Hatinya memang tak puas dengan penjelasan Datin Rosnah.

Datin Rosnah tidak terus menjawab, tetapi hanya mampu mengeluh. Keluhan ibu mentua Arissa itu membuatkannya berasa semakin resah dan keliru. Apa yang berlaku sebenarnya?

*bersambung*

Gambar sekadar hiasan


Foot print: Lengkap sudah kegembiraan ana... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... =)

Sunday, July 22, 2012

Kasih Tercipta Part 7...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

Syazwan yang terlelap terkejut apabila mendapati tempat tidur sebelahnya masih lagi kosong. Dia bangun dan melihat Arissa tiada di mana penjuru bilik tidurnya. Dia melihat jam di dinding, sudah pukul 3.46 pagi.

"Takkan Arissa dalam bilik air lagi?"fikirnya.

Syazwan melangkah menuju ke arah bilik airnya. Dia memulas tombol pintu bilik air, pintu itu terbuka menunjukkan pintu itu tidak berkunci.

Dia melangkah masuk ke dalam bilik air. Alangkah terkejutnya dia melihat Arissa terbaring di atas lantai bilik air. Dengan pantas dia mengendong Arissa lalu mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya di atas meja sisi katil mereka dan terus turun menuju ke tingkat bawah.

Setelah tiba di tingkat bawah, dia membawa Arissa masuk ke dalam kereta lalu mengunci rumah dan kemudiannya menghidupkan enjin kereta.

Bunyi enjin keretanya telah mengejutkan Datin Rosnah yang sedang tidur lalu dia bergegas turun menuju ke luar. Apabila dia melihat Syazwan di dalam kereta, dia melambaikan tangannya ke arah Syazwan lalu mendekati kereta Ford Escape berwarna perak milik anak keduanya itu.

"Syaz nak ke mana?"tanya Datin Rosnah setelah Syazwan menurunkan cermin tingkap keretanya.

"Syaz nak bawa Arissa ke hospital. Dia pengsan,"jawab Syazwan, resah.

"Ibu ikut ya?"tanya Datin Rosnah lagi.

"Tak perlulah. Nanti kalau abah cari nanti, susah. Ibu tinggal kat rumah, if anything I'll call you,"jawab Syazwan lalu mencium tangan Datin Rosnah dan menaikkan semula cermin tingkap keretanya.

Selepas itu, kereta itupun mula mengundur dan kemudiannya hilang dari pandangan. Datin Rosnah hanya menghantar pemergian anak dan menantunya itu dengan pandangan.

*      *      *      *      *

"Macam mana dengan isteri saya, doktor?"tanya Syazwan, sebaik saja di duduk di hadapan doktor.

"Alhamdulillah, isteri encik mengandung. Sudah 2 minggu,"jawab doktor.

"Alhamdulillah, tapi kenapa dia pengsan doktor?"tanya Syazwan lagi.

"Dalam usia kandungan yang begitu muda, Puan Arissa tak boleh stress. Kalau dia stress, boleh menjejaskan dirinya dan juga kandungan. Jadi, saya harap Encik Syazwan boleh jaga isteri encik dengan baik selepas ini,"jelas doktor panjang lebar.

"Insya-Allah doktor. Saya akan usahakan. Saya nak pergi tengok isteri saya boleh?"tanya Syazwan lagi.

"Boleh, encik. Silakan,"jawab doktor.

Mendengar jawapan doktor, Syazwan bangun lalu keluar dari bilik doktor lalu menuju ke arah bilik wad dimana Arissa telah ditempatkan. Dia berjalan menuju ke arah katil isterinya yang terletak di hujung bilik. Setibanya dia di tepi katil Arissa, dia mengambil tempat di atas kerusi yang terletak di sebelahnya lalu memegang tangan isterinya itu. Hanya Allah tahu betapa bersyukurnya dia apabila mengetahui bahawa isterinya itu sudahpun berbadan dua.

Tiba-tiba, telefon bimbitnya berdering tanda mesej masuk. Dengan pantas, dia membuka peti masuk telefon bimbitnya dan melihat ibunya menghantar mesej yang berbunyi:

How's ur wife? Anything text ibu tau.

Selepas dia membaca mesej tersebut, dia membalas:

Alhamdulillah, Arissa pregnant. 2 weeks. Need to monitor her within her early pregnancy.

Selepas dia menghantar mesej itu, dia meletakkan telefon bimbitnya di atas kabinet di tepi katil Arissa kerana dia tahu telefon itu akan berdering lagi. Seperti yang dijangka, selepas 3 minit, telefon bimbit itu berdering lagi kerana ibunya telah membalas mesejnya tadi yang berbunyi:

Alhamdulillah. Really? Dia stress kot. Tapi apa punca dia stress?

Mesej ibunya itu membuatkan dia berfikir. Apa sebenarnya masalah isterinya? Dia tahu kebelakangan ini ada perkara yang mengganggu fikiran isterinya tetapi dia tak tahu apakah ia masalah yang membelenggu fikiran Arissa itu.

Dia sudah nekad untuk mengorek masalah itu. Jika isterinya tidak mahu berterus terang, dia akan mencari daripada sumber-sumber lain pula. Sedang dia berfikir, dia baru teringat yang isterinya itu menyimpan sebuah diari. Fikirnya, masalah itu pasti ada di dalam diari itu.

Syazwan memandang wajah Arissa. Isterinya itu suka memendam perasaannya menyebabkan kadang-kadang dia merasakan masih ada jurang di antara dirinya dan diri Arissa. Isterinya banyak memilih untuk diam dan jika dia memarahi Arissa, isterinya pasti akan tunduk membisu.

"Ya Allah, apakah yang isteriku ini sembunyikan daripadaku?"Syazwan berkata sendiri.

*bersambung*



Foot print: Jangan ingat ana tak tahu apa-apa... ;)

Sunday, June 24, 2012

Kasih Tercipta Part 6...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

"Mungkin sebab abang tak sebagus abang Rid kot. Abang dah lama duduk asrama, jadi abang dah terbiasa hidup kat luar sana daripada duduk dalam rumah ini," bohong Syazwan lalu tunduk memandang lantai.

"Oh ya ke. Kenapa abang tak cuba ambil hati abah balik?"tanya Arissa lagi.

"Sebab abah tak pernah beri peluang itu pada abang. Dalam segala hal, abang Rid saja yang abah nampak. Kadang-kadang abang rasa macam anak angkat pun ada,"jawab Syazwan. Ada nada kesal dalam intonasi suaranya.

"Abang nak tahu satu rahsia tak?" tanya Arissa, ingin alihkan perhatian suaminya itu.

"Apa dia?"tanya Syazwan, ingin tahu.

"Abah Arissa sebenarnya hanya ayah tiri Arissa. Ayah Arissa dah meninggal waktu umur Arissa 3 tahun. Teruk mama sakit lepas arwah ayah meninggal, kebetulan abah yang sebenarnya sepupu arwah abah itulah yang selalu ulang alik hospital hantar mama. Itu sebab keluarga mama suruh abah kahwin dengan mama. Bila diberitahu pada mama, mama terpaksalah setuju sebab dia tahu Arissa perlukan seorang ayah,"cerita Arissa sambil tersenyum.

Syazwan terbungkam mendengar cerita Arissa. Dia menatap wajah isterinya itu, ada kilauan jernih di mata Arissa. Pasti isterinya itu sedang menahan air matanya. Tanpa membuang masa, dia menarik isterinya ke dalam pelukannya.

"Kita cerita lagi lain kali ya? Masa sekarang tak sesuai lagi nak cerita. Nanti bila abang suruh cerita, sayang buat ceramah ya?"seloroh Syazwan.

Mendengar kata-kata Syazwan, Arissa ketawa kecil lalu memukul peha suaminya itu. Lega Syazwan melihat respon positif daripada isterinya itu. Ternyata helahnya menjadi.

"Abang, terima kasih sebab jadi suami Arissa,"ucap Arissa, lembut.

"Sama-sama dan terima kasih juga sebab jadi isteri abang. Abang sayang Arissa,"jawab Syazwan lalu menguatkan pelukannya.

"Love you too,"jawab Arissa, pendek.

Tiba-tiba Syazwan dapat merasa ada air yang gugur di atas pehanya. Jadi dia tahulah isterinya itu sedang menangis. Dia tidak marah, tidak juga memujuk. Hanya membiarkan Arissa melepaskan rindunya itu.

*     *     *     *     *

"Kenapa abah duduk kat sini malam-malam ini? Tak elok berembunlah,"tegur Ridhuan apabila melihat abahnya termenung di luar seorang diri.

"Abah tengah fikir masalah abah. Rid pula, pergi mana sampai balik pukul 1 pagi ini?"tanya Datuk Shahrizal pula.

"Rid pergi kelablah, abah. Macam tak biasa. Masalah ofis ke rumah?"tanya Ridhuan lagi.

"Dah solat? Masalah rumah, Syaz nak pindah keluar,"keluh Datuk Shahrizal.

"Ala abah, rilekslah. Rid belum nak mati lagi. Syaz nak pindah, baguslah! Buat apa ditahan-tahan si panjang tangan itu? Nanti banyak pula duit abah yang hilang lagi kan?"jawab Ridhuan, dengan megah.

Datuk Shahrizal tidak menjawab kata-kata Ridhuan, sebaliknya hanya mengeluh. Mereka berdua sama sekali tidak menyedari yang perbualan mereka didengari oleh Arissa yang ingin turun ke dapur untuk mengambil minuman.

Puas Arissa menahan sebak mendengar kata-kata abang iparnya itu. Dek kerana tak tahan lagi, dia terus naik ke atas dan masuk semula ke dalam biliknya. Dia bingung, benar-benar bingung. Apakah benar apa yang diucapkan oleh abang iparnya tadi? Apa benar suaminya seorang pencuri?

Dia duduk di birai katil lalu memandang suaminya yang sedang nyenyak tidur. Selama sebulan dia menikahi suaminya, sekalipun duitnya tak pernah hilang. Setahunya andai benar suaminya pencuri seperti yang didakwa oleh abang iparnya, pasti duitnya juga menjadi mangsa. Namun, sesen pun duitnya tak pernah diminta oleh Syazwan, apatah lagi dicuri. Bingung kepalanya memikirkan.

Namun, fahamlah dia kini mengapa bapa mentuanya tidak pernah berpuas hati dengan suaminya tak kira apapun yang suaminya lakukan. Mungkin ada sesuatu yang telah berlaku sebelum ini yang merobek hati seorang bapa sehingga seperti itu dia perlakukan suaminya itu.

"Kenapa Arissa tak tidur lagi? Are you okay?"tanya Syazwan, mengejutkan Arissa dari lamunan.

"No, I'm okay. Haus tadi, turun minum air,"jawab Arissa.

"Oh ya ke, kalau macam itu jomlah tidur. Abang nak peluk sayang ini,"ajak Syazwan, nakal.

"Hold on, Arissa nak pergi bilik air kejap. Abang tidurlah dulu,"jawab Arissa lalu beredar ke bilik air.

Perbuatan Arissa membuatkan Syazwan terpinga-pinga. Dia tahu ada sesuatu yang isterinya terlihat atau terdengar yang mengganggu fikiran wanita itu. Namun, dia tahu dia tak boleh memaksa isterinya untuk membuka mulutnya.

Arissa pula membuka pili bilik air itu lalu menangis semahunya. Dia harus melepaskan kesedihannya dibelakang suaminya agar dia tidak membuatkan suaminya itu serba salah. Dia mahu membantu suaminya untuk menghadapi bapa mentuanya supaya Syazwan tak perlu merasakan apa yang dia rasakan.

*bersambung*



Foot print: Berita gembira... =)

Friday, June 1, 2012

Kasih Tercipta Part 5...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

"Syaz dah buat keputusan, Syaz nak duduk rumah sendiri dengan Arissa. Syaz akan pindah paling lewat pun minggu depan,"ucap Syazwan memecah kesunyian malam itu.

Mendengar kata-kata Syazwan, Datuk Shahrizal dan Datin Rosnah berhenti makan. Arissa pula memandang ke arah suaminya yang duduk di sebelahnya.

"Apa rumah abah ini dah tak cukup besar ke sampai nak kena keluar dari rumah ini?" tanya Datuk Shahrizal, berang.

"Syaz rasa kekok kalau nak beri isteri Syaz duduk serumah dengan abang Rid,"jawab Syazwan, selamba.

"Muhammad Syazwan! Kau ingat abang kau itu hadap sangat ke dengan bini kau itu? Kalau kau nak keluar sangat, keluarlah! Abah pun dah hilang sabar dengan kau!"tengking Datuk Shahrizal.

"Abang!"jerit Datin Rosnah setelah mendengar keputusan Datuk Shahrizal.

"Apa? Ros tengoklah sendiri perangai anak kita itu. Tak sedar diuntung! Sampai betul hati dia tuduh abang dia nak apa-apakan bini dia itu! Kalau cantik macam Aishwarya Rai, tak apalah juga. Ini biasa saja pun,"herdik Datuk Shahrizal.

Kata-kata Datuk Shahrizal benar-benar menyentap hati Arissa. Syazwan juga turut merasakan isterinya itu terasa hati. Menyesal pula menggunakan Arissa sebagai alasan, namun sudah terlanjur bicara.

"Abang sedar tak apa yang abang cakapkan ini? Yang abang hina itu, bukan anak abang tapi menantu abang. Abang ini kena sampuk hantu ke?"tanya Datin Rosnah.

"Tak apalah, ibu. Arissa tahu letak diri Arissa. Mungkin abah rasa Arissa tak cantik, itu hak dia untuk rasa begitu. Arissa tak boleh halang abah untuk beri pendapat dia. Abah, mama dengan abang selesaikan dengan elok, Arissa naik atas dulu ya,"sampuk Arissa lalu beredar meninggalkan Syazwan, Datin Rosnah dan Datuk Shahrizal.

Syazwan hanya memerhatikan pemergian isterinya naik ke tingkat atas. Setelah isterinya itu hilang dari pandangan, Syazwan merenung Datuk Shahrizal tajam.

"Kalau abah tak nak bagi Syaz keluar sekalipun, jangan hina isteri Syaz! Mungkin di mata abah, dia tak cantik, dia tak lawa, tapi dia jugalah pilihan yang ibu dan abah beri pada Syaz dan Syaz rasa dia dah cukup cantik dan lawa di mata Syaz!"bentak Syazwan lalu naik ke tingkat atas.

Melihat Syazwan yang naik ke tingkat atas dalam keadaan berang, Datin Rosnah memandang Datuk Shahrizal. Buntu dia memikirkan bagaimana untuk bercakap dengan suaminya itu di saat dia dalam keadaan yang marah.

"Haha, kamu pun nak cakap abang salah juga ke?"terjah Datuk Shahrizal apabila melihat isterinya merenungnya tajam.

"Salah tetap salah, abang. Saya tak halang abang nak marah Syaz buat keputusan itu, tapi perlu ke hina Arissa sampai macam itu sekali? Dulu, abang juga cakap Arissa itu cantik. Peliklah abang ini,"luah Datin Rosnah, lembut.

"Ros tahu kan abang kalau marah memang cakap lepas? Jadi, kenalah faham. Itu pun nak jadi isu ke?"bentak Datuk Shahrizal.

"Kalau yang abang hina itu saya sekalipun, abang cakap lepas pun saya boleh kecil hati tau? Inikan pula menantu kita yang baru saja bernikah dengan anak kita,"jawab Datin Rosnah.

"Dia patutnya kenalah biasakan diri. Nak emosi pula," luah Datuk Shahrizal.

"Oh, dia sajalah yang kena biasakan diri, nak kena ubah. Abang pula boleh buat sesuka hati saja ke?"sindir Datin Rosnah.

"Yalah, rumah abang kan? Suka hati abanglah!"tempik Datuk Shahrizal.

"Patutlah Syaz nak keluar dari rumah abang yang 'besar' ini... Harap besar saja, tapi tak ada isi! Kalau saya jadi Syaz, tak payah minta izin pun, saya keluar saja,"bentak Datin Rosnah lalu meninggalkan suaminya itu sendirian.

Datuk Shahrizal hanya menghantar pemergian isterinya itu dengan pandangan lalu menyambung makannya yang terhenti tadi. Ternyata pergaduhan besar itu tidak mematahkan seleranya.

*     *      *      *      *

"Arissa, abang minta maaf sebab guna Arissa sebagai alasan untuk keluar rumah. Abang tak tahu pula abah nak hina Arissa sampai macam itu,"luah Syazwan.

"Tak apalah, benda dah jadi. Tapi kenapa abah macam tak puas hati saja dengan abang? Dah banyak kali Arissa tengok, setiap kali pun mesti ada yang tak kena pasal abang di mata abah. May I know why?"tanya Arissa, ingin tahu.

Syazwan terkesima mendengar soalan itu. Mampukah dia menjawabnya?

*bersambung*



Foot print: Ya, ana masih menunggu... Tapi bukan lagi menunggu jawapan... =)

Wednesday, May 9, 2012

Kasih Tercipta Part 4...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:

"Sebab abah saya terima tanpa persetujuan saya,"jawab Arissa, selamba.

"Awak rela terima saya sebagai suami?"tanya Syazwan lagi.

"Pilihan mama dengan abah saya, insya-Allah terbaik. Saya mungkin kasar, saya mungkin tak tahu buat kerja rumah, saya mungkin tak seperti perempuan lain, tapi saya bukan anak derhaka,"jawab Arissa, tenang.

Jawapan Arissa membuatkan Syazwan tersentak. Dia sedar dia bukan seorang anak yang baik, jauh berbeza dengan bakal isterinya itu. Akan tetapi, dia memang sudah tawar hati dengan bapanya itu.

Syazwan memandang Arissa. Benar, Arissa memang kasar. Dia yang hanya berseluar jeans, t-shirt, cardigan dan bertudung bawal sahaja. Tiada mekap di wajahnya walaupun lipstick. Namun pemikirannya masih lagi lembut dan tak sekasar penampilannya.

"Sebelum awak sah jadi isteri saya, saya nak beritahu awak sesuatu. Saya minta maaf andai saya tak mampu nak jalankan tanggungjawab saya kelak. Saya hanya manusia biasa, saya bimbang saya tak mampu untuk memberi layanan yang sepatutnya kepada awak. Saya harap awak faham,"terang Syazwan, jujur.

Terkedu Arissa dan Umairah mendengar penjelasan Syazwan. Namun, Arissa adalah insan yang lebih terkejut. Seumur hidupnya, inilah kali pertamadia melihat seorang lelaki meminta maaf sebelum melakukan kesalahan.

"Perlukah kau cakap begini, Syaz? Relaks, kau orang boleh punya. Jangan beri persepsi bukan-bukan pada Arissa,"bangkang Umairah,

"Biar dia tahu situasi aku, Mai. Dia yang akan jadi isteri aku, tulang rusuk kiri aku. Aku tak nak tipu dia dan diri aku sendiri,"jawab Syazwan.

"Tapi Syaz, kau boleh buat dia takut,"jawab Umairah lagi.

"Tak apa, Mai. Aku lega dia beritahu aku siap-siap. Senang aku nak prepare. Thanks a lot, Syazwan. Saya hargai usaha awak itu,"sampuk Arissa tiba-tiba.

Mendengar jawapan Arissa, keduanya terdiam. Kelu lidah mereka kerana telah kehabisan kata-kata.

*     *     *     *      *

"Aku terima nikahnya Arissa Azalea binti Zawawi dengan mas kahwin RM300 tunai,"ucap Syazwan selepas Tok Kadi melafazkan Ijab sebelum itu.

Dengan sekali lafaz, Arissa telahpun sah menjadi isteri Syazwan. Arissa yang ayu berbaju kurung berwarna krim hanya mampu tersenyum tawar mengenang bahawa dia kini telahpun menjadi seorang isteri walaupun usianya baru menginjak usia 23 tahun bulan lepas.

Walaupun Arissa seorang yang tenang selalunya, tetapi tangan masih lagi menggigil kerisauan. Umairah yang memegang tangan Arissa juga turur merasakan getaran itu.

"Allah takkan sia-siakan pengorbanan kau, Arissa. Insya-Allah," ucap Umairah untuk menghilangkan kerisauan Arissa.

Arissa tidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum tawar.

Selesai bacaan doa oleh Tok Kadi dan solat sunat yang dilakukan oleh Syazwan, Syazwan mendekati Arissa untuk upacara penyerahan mas kahwin dan membatalkan wudhuk.

Syazwan menyarungkan cincin ke jari manis Arissa lalu Arissa yang seakan terpukau terus mencium tangan suaminya. Selepas 5 minit mereka kekal dalam posisi tersebut kerana memberi peluang kepada tetamu dan jurugambar untuk mengambil gambar, Syazwan bertindak mengucup dahi Arissa lembut.

Saat Syazwan mengucup dahi Arissa, Arissa dapat merasakan betapa hangatnya kucupan dari seorang lelaki yang memang halal untuk dirinya. Entah mengapa, Arissa sudahpun mula jatuh cinta pada suaminya itu.

Tanpa Arissa sedar, Syazwan juga turut merasakan tarikan itu saat isterinya mencium tangannya. Dia tak pernah menyangka Arissa boleh menjadi seorang perempuan sejati dan bukan hanya perempuan yang memiliki karakter ganas yang dilihatnya selalu.

*     *     *     *      *

"Assalamualaikum Arissa Azalea,"ucap Syazwan selepas keluar dari bilik air dan melihat isterinya sedang duduk di birai katil.

"Waalaikumussalam, Muhammad Syazwan,"jawab Arissa lalu tunduk memandang lantai.

"Boleh abang duduk?"tanya Syazwan lagi.

"Duduklah, katil ini luas lagi,"seloroh Arissa lalu tersenyum menahan ketawa.

Mendengar seloroh Arissa, Syazwan tersenyum lalu duduk di sebelah isterinya. Mereka bertentangan mata dan tanpa sedar, tangan Syazwan memegang tangan isterinya. Meskipun terkejut, namun Arissa hanya tersipu malu.

"Arissa nampak cantiklah malam ini,"puji Syazwan sambil menyelak rambut ikal mayang Arissa separas bahu itu.

"Oh, jadi selama ini tak cantiklah?"tanya Arissa lalu mencebik.

"Selama ini tak ambil peduli pun, bukan mahram kan. Sekarang baru ambil tahu, tak sangka abang dapat isterinya yang cantik di dalam,"jawab Syazwan lalu mendekatkan bibirnya dengan bibir Arissa.

Arissa yang memahami isyarat itu terus menutup lampu meja sisi yang terletak betul-betul di sebelahnya.

*bersambung*



Foot print: Ana bahagia begini, walaupun di mata nampak terseksa... =)

Sunday, May 6, 2012

Kasih Tercipta Part 3...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh...


Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana  mencoret dalam blog ana ini... Setelah 2 part cerpen bersiri baru ana, macam mana? Puas hati? Kalau puas hati, Alhamdulillah... Kalau tak, korang boleh berikan kritikan ataupun komentar kepada ana...Insya-Allah ana akan cuba ubah... =)

Jadi, hari ini ana nak sambung cerpen bersiri ana lagi... Untuk part sebelumnya, sila klik link-link dibawah:


"Maklang dengan paklang kaulah. Masuk meminang aku untuk sepupu kau,"jawab Arissa.

"Sepupu aku? Siapa?"tanya Umairah, hairan.

"Syazwan,"jawab Arissa, pendek.

"Syazwan? Wow, interesting!" ucap Umairah lalu ketawa.

"Kenapa gelak? Gila ke apa?"tanya Arissa, bengang.

"Tak adalah, sesuai sangatlah kau orang. Macam anjing dengan kucinglah kau orang nanti,"jawa Umairah lalu menyambung tawanya.

Kenapa pula?"tanya Arissa yang bertambah hairan.

"Aku boleh bayangkan, mesti korang macam Amir dengan Zara kan nanti?"jawab Umairah sambil mengenyitkan sebelah matanya.

"Tak payah nak Vanila Coklat sangatlah, gedik! Ini bukan drama swasta, ini realiti. Realiti, tahu?"bentak Arissa, geram.

"Apa-apapun redha sajalah. Mungkin ada hikmahnya nanti,"jawab Umairah sambil menepuk bahu Arissa lalu beredar meninggalkan Arissa sendiri.

*     *      *     *     *

"Apa masalah ibu ini? Kenapa ibu pergi meminang dia untuk Syaz? Syaz belum ready nak kahwinlah!"bentak Syazwan, tak setuju.

"Jangan kurang ajar boleh tak Syaz? Kami meminang diapun untuk kepentingan dan kebaikan kamu, Syaz!"tengking Datuk Shahrizal, hilang sabar.

"Abang, sabarlah sikit. Tak apalah, abang naik dulu. Biar Nah cakap dengan dia,"sampuk Datin Rosnah.

"Elok sangatlah itu. Abang pun dah hilang sabar dengan budak ini!"jawab Datuk Shahrizal, kasar lalu bangun dan beredar meninggalkan Datin Rosnah bersama Syazwan sendiri.

"Ibu, kenapa ibu buat Syaz begini?"tanya Syazwan, lembut.

"Sebab ibu nak Syaz faham apa ertinya berkeluarga. Ibu tak nak Syaz ikut jejak langkah abah,"jawab Datin Rosnah.

"Syaz dah tawar hatilah nak berkahwin. Syaz takut Syaz tak berlaku adil pada isteri Syaz. Sudahlah abah tak bersikap adil pada anak-anaknya, Syaz risau Syaz akan buat benda yang sama,"keluh Syazwan.

"Ibu faham, sebab itu ibu harap Syaz boleh cuba. Ibu tahu Syaz boleh jadi seorang suami yang bertanggungjawab,"jawab Datin Rosnah, cuba untuk yakinkan Syazwan.

"Entahlah ibu, Syaz risau Syaz rosakkan masa depan orang lain kerana Syaz,"keluh Syazwan lagi.

"Tolonglah ibu, Syaz. Syaz saja harapan ibu,"rayu Datin Rosnah menyebabkan Syazwan mula serba salah.

"Baiklah, ibu. Syaz akan cuba,"jawab Syazwan, pasrah.

Mendengar jawapan Syazwan, Datin Rosnah memeluk Syazwan lalu mengalirkan air matanya. Syazwan yang mengetahui ibunya sedang menangis, mula berasa sebak.

*     *     *     *     *

Kelas Calculus Prof. Bahyah berakhir lewat 10 minit hari ini menyebabkan Umairah dan Arissa berasa semakin mengantuk. Entah mengapa pensyarah mereka berdua hari ini terlalu rajin dan bersemangat untuk mengajar.

"Baiklah kelas, kita akan sambung pelajaran kita esok. Saya nak kamu siapkan assignment kamu dan hantar sebelum Jumaat ini ya. No excuse! Baik, boleh bersurai sekarang," pesan Prof. Bahyah sebelum menutup kelasnya.

Arissa dan Umairah berjalan keluar dari dewan kuliah tetapi keduanya berhenti apabila mereka ternampak Syazwan yang sedang duduk di atas bangku yang terletak berhadapan dengan bilik kuliah mereka.

Melihat dua orang gadis itu, Syazwan bangun lalu menuju ke arah mereka. Disebabkan wajah Syazwan yang agak kacak, kehadirannya di situ menarik perhatian pelajar-pelajar lain yang berada berhampiran.

"Well, well, well. What brings you here, my dear cousin?"tanya Umairah, sinis.

"I need to talk to my future wife. Tapi kau kena temankan kami, Mai. Boleh?"tanya Syazwan. Sengaja dia tekankan perkataan "future wife" itu supaya pelajar-pelajar wanita yang memerhatikan sedari tadi pergi meninggalkan mereka.

"Kenapa nak cakap dengan saya? Saya tak kacau hidup awak pun,"jawab Arissa, bengang dek perkataan "future wife" yang diucapkan oleh Syazwan tadi.

"Saya nak pastikan sesuatu sebelum kita bernikah. Saya tak nak awak terkejut nanti,"jawab Syazwan, selamba.

"Baiklah, kita ke kafe sajalah. Mai, boleh temankan kami?"tanya Arissa.

Umairah hanya mengangguk. Melihat respon Umairah, Arissa mula berjalan ke kafe seiring dengan Umairah dan diikuti oleh Syazwan.

Setibanya di kafe, Arissa duduk di atas kerusi yang boleh memuatkan 4 orang satu meja. Umairah duduk di sebelah Arissa manakala Syazwan pula duduk di hadapannya.

"Ada apa yang awak nak cakap? Saya ada kelas pukul 3 petang nanti. Nanti lambat pula,"ucap Arissa.

"Kenapa awak terima pinangan ibu saya?"tanya Syazwan, jujur.

Mendengar soalan Syazwan, Arissa menelan air liur. Tak tahu apa yang harus dia jawab. Umairah hanya mampu menggelengkan kepala.

*bersambung*



Foot print: Ana seorang yang degil, remember? ;)

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com