Monday, March 19, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 16...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Kenapa gelak?"tanya Nadira.

"Ingatkan nak berlakon sampai pengsan tadi,"sindir Aamir lalu menyambung tawanya.

Nadira terkesima mendengar sindiran suaminya kerana tembelangnya kini sudahpun pecah. Ligat kepalanya memikirkan bagaimana rahsianya boleh terbongkar setelah 7 tahun berbuat begitu.

"Sayang jangan tanya mana abang tahu sayang pura-pura merajuk, tapi sayang kena beritahu abang kenapa sayang buat abang begini?"tegas Aamir. Sengaja ditekankan perkataan "kenapa" supaya isterinya tahu dia kecewa.

"Dira mengantuklah, abang. Nantilah Dira beritahu, "ngelat Nadira sambil pura-pura menguap.

"Don't talk unless to give men the answer,"tegas Aamir lagi. Kali ini dia benar-benar marah.

Nadira memandang wajah suaminya yang marah itu. Dia ingat lagi kali pertama dia lihat wajah marah itu adalah ketika dia merosakkan telefon bimbit kesayangan Aamir enam tahun lepas.

Dia ingat lagi seminggu Aamir tak mahu bercakap dengannya akibat merajuk. Setiap hari dalam masa seminggu itu jugalah dia terpaksa memujuk dengan menghantar satu mesej mohon maaf. Namun, Aamir tidak pernah menjawab satupun mesej-mesejnya. Dia tahu Aamir sudahpun pulih apabila Aamir menghubunginya untuk memintanya temani Aamir makan tengahari.

"Sayyidah Nadira nak tenung abang ke nak berikan jawapan?"tanya Aamir setelah melihat isterinya hanya merenungnya.

Pertanyaan Aamir menghentikan lamunan Nadira. Dia kembali menundukkan wajahnya ke bawah. Melihat reaksi Nadira, perasaan bersalah muncul di benak hati Aamir.

"Nadira," panggil Aamir, lembut.

"Maafkan Dira, abang. Dira cuma nak abang hargai perasaan Dira. Kalau Dira tak berpura-pura merajuk, mungkin abang akan rasa Dira ini sentiasa okay. Tapi hakikatnya, hati Dira bukan kristal,"jawab Nadira tiba-tiba, seakan dipukau.

Mendengar jawapan Nadira, Aamir tersenyum. Lantas dia bertindak mencium dahi Nadira. Nadira hanya merelakan walaupun jauh di sudut hati dia terkejut dengan tindakan drastik suaminya itu.

"Sayang tak perlulah berpura-pura, abang tahu hati sayang itu walaupun selama ini abang buat-buat tak tahu saja. Sebab abang tak nak sayang asyik fikirkan perasaan sayang itu saja. Dari dulu lagi abang harap sayang boleh kuat untuk diri sayang, bukan untuk abang,"jelas Aamir.

"Sebab itu abang tinggalkan Dira dulu?"tanya Nadira, ingin tahu.

"Ada banyak sebab yang abang gunakan untuk itu. Terus terang, semua sebab yang abang beritahu orang lain semuanya betul dan ditambah dengan sebab-sebab yang abang dan Allah saja yang tahu,"jawab Aamir lalu tersenyum.

"Termasuklah abang ada orang lain?"tanya Nadira lagi.

"Ya, sayang. Termasuklah yang itu. Tapi bila lama-lama, abang sedar yang abang tersilap. Abang hanya sukakan dia, tapi perasaan sayang abang masih pada Dira. Sebab itulah Dira tak pernah nampak abang ada orang lain. Lagipun, buat apa abang nak cari Dira balik untuk sesuatu yang haram sedangkan abang tak pernah berusaha untuk jadi yang halal buat Dira?"luah Aamir.

"Sebab itulah abang beritahu dengan kawan-kawan kita yang abang nak kahwin cepat itu?"tanya Nadira, mahukan kepastian.

Aamir hanya mengangguk. Nadira tidak menjawab, sebaliknya hanya mengeluh.

*     *     *      *      *

Syahira sedang memasak makan malam apabila dia mendengar bunyi seperti orang sedang menyanyi di hadapan rumahnya. Pada mulanya dia sangkakan teman serumahnya memasak video youtube di laptopnya, maka dia tidak mengendahkan nyanyian itu.

Namun, tak lama selepas itu, teman serumahnya, Hidayah, datang menghampirinya. Dia baru saja menutup api dapur dan kemudiannya berpaling memandang Hidayah.

"Weh, Har ada kat depan rumah. Tengah nyanyi lagu favourite kau, Lucky. Tak dengar ke?"tanya Hidayah.

"Mengarutlah kau. Betul ke ini?"tanya Syahira lalu berjalan menuju ke pintu rumahnya dan membuka pintu.

Alangkah terkejutnya dia melihat Azhar yang sedang menyanyi dan diiringi oleh petikan gitar oleh rakan sekerjanya, Hasrul. Namun, yang paling mengejutkan adalah tersusun tujuh belas buah pasu bunga orkid di hadapan rumahnya.

Syahira menekup mulutnya akibat terlalu terharu. Selama 8 tahun perkenalan mereka, tak pernah sekalipun Azhar berbuat begini.

Syahira mendekati Azhar dengan harapan Azhar akan berhenti menyanyi tapi ternyata usahanya sia-sia. Azhar terus menyanyi walaupun jiran tetangganya sudah menjerit-jerit kemarahan.

"Har, berhentilah. Orang dah marah itu,"pinta Syahira.

Mendengar permintaan Syahira, barulah Azhar berhenti. Syahira mendekati Azhar dengan mata yang sudahpun bergenang.

"Maafkan I, Nur Syahira. I terlalu sayangkan U. Jangan tinggalkan I, sayang. I tak boleh kalau tak ada U,"pohon Azhar lalu mengesat air mata Syahira yang sudahpun mengalir di pipi.

Mendengar Azhar meminta maaf, Syahira hanya mengangguk tanda dia memaafkan tunangannya itu. Azhar yang terlalu gembira itu telah bertindak memeluk Syahira. Namun, Azhar melepaskan pelukan itu apabila Hidayah yang berdiri di belakang mereka sedari tadi mula berdehem.

"Ops, sorry. Tak sengaja,"seloroh Azhar selepas meleraikan pelukan itu.

"Tak apalah, tapi kena kahwin cepat ini. Dah over the limit dah, tak manis orang tengok,"sindir Hidayah sambil tersengih.

"Okay juga itu, bulan depan kita kahwin nak?"tanya Azhar pada Syahira pula.

Syahira tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk. Melihat reaksi Syahira, Azhar, Hidayah dan Hasrul memanjatkan syukur mereka kepada Illahi. Ternyata nasihat yang diberika oleh Aamir sangat berguna.

*     *     *     *     *

Akibat berpura-pura merajuk, Aamir mengenakan isteri kesayangan itu dengan merampas kunci kereta isterinya dan melarang isterinya keluar untuk sebulan kecuali dengan izin Aamir.

Akan tetapi, Nadira sudahpun bersedia dengan kemungkinan itu. Dia gunakan hukuman itu untuk memperhabiskan duit suaminya itu dengan belajar memasak dan meminta suaminya membelikan buku-buku ilmiah agama untuk bacaannya.

Suatu malam, ketika Nadira sedang membaca buku "Nota Hati Seorang Lelaki" karya Ustaz Pahrol Md. Juoi, Aamir tiba-tiba datang dan duduk berteleku di sebelah Nadira.

Melihat suaminya yang asyik memandangnya, Nadira menutup buku tersebut lalu diletakkan di atas almari sisi katil dan kemudiannya memandang suaminya lalu tersenyum sebagai isyarat menantikan bicara suaminya.

"Sayang ada hutang dengan abang,"ucap Aamir sambil tersenyum.

"Hutang? Hutang apa?"tanya Nadira sambil memandang suaminya dengan wajah yang sangat hairan.

*bersambung*



Foot print: Ana harap ana tak perlu lihat wajahnya lagi... :(

Wednesday, March 14, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 15...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Okay, deal. Tapi aku tak cakap semua yang aku rasa ini betul. Sebelum itu aku nak tahu, kenapa Ida merajuk dengan kau?"tanya Azhar lagi.

"Sebab aku nak kahwin lagi hanya kerana dia tak boleh bercakap. Aku bukan sengaja,"jawab Aamir sambil menggaru-garu kepalanya yang tak gatal.

"Kalau aku jadi dia pun, aku marah juga. Tapi aku taklah marah lama-lama, dalam beberapa jam saja. Kalau aku merajuk sampai dua hari tak keluar bilik itu, sama ada aku memang dah makan hati ataupun aku berlakon saja,"jelas Azhar.

Terkesima Aamir mendengar penjelasan Azhar. Ternyata dia tak pernah terfikirpun kemungkinan berlakon itu.

"Kenapa pula berlakon?"tanya Aamir.

"Sebab kitaorang ini jenis tak pandai merajuk pun. Memang rasa sakit hati bila dilukai, lebih-lebih lagi oleh orang yang kitaorang sayang, tapi kitaorang tak nak keruhkan keadaan,"jelas Azhar lagi.

"Habis itu, selama ini dia merajuk itu?"tanya Aamir, hairan.

"Mungkin dia nakkan perhatian kau ataupun dia nak kau tahu yang dia juga ada perasaan,"jawab Azhar.

Kata-kata Azhar membuatkan Aamir terbungkam. Ternyata selama 7 tahun perkenalan pun tak cukup untuk dia mengenali isterinya sendiri.

*     *     *     *     *

"Kau tahu Ira, hari-hari dia ketuk pintu bilik aku. Tanya aku nak makan apa,"cerita Nadira ketika sedang berbual dengan Syahira menggunakan telefon rumahnya.

"Ya ke? Aku pula bila on handphone saja, penuh handphone aku dengan mesej yang dia hantar dengan mesej dia missed call,"jawab Syahira di hujung talian.

"Sampai bila kau nak merajuk?"tanya Nadira, tiba-tiba.

"Selama yang boleh. Kenapa, Ida?"tanya Syahira pula.

"Tak adalah, nanti kot Har jumpa perempuan lain, kau yang gigit jari nanti,"jawab Nadira.

"Ida, kalau dah bukan jodoh aku, buat macam manapun tetap takkan bersatu. Macam kau orang, sejauh manapun kau orang lari dulu, kau orang tetap bersatu kan?"tanya Syahira semula.

Nadira terdiam mendengar jawapan Syahira. Belum sempat Nadira hendak menjawab, kedengaran bunyi enjin kereta dan bunyi pintu pagar dibuka di hadapan rumahnya. Dia tahu Aamir sudah pulang.

"Ira, aku call kau balik nanti. Aamir balik awallah pula. Okay, bye,"ucap Nadira lalu meletakkan gagang telefon.

Terus Nadira berlari naik ke atas dan masuk ke dalam bilik tetamu. Dari dalam biliknya, dia mengintai dari tingkap bilik dan melihat suaminya sudahpun keluar dari kereta. Dia juga dapat mendengar bunyi pintu rumah dibuka dan ditutup serta bunyi tapak kaki orang menuju ke tingkat atas. Makin lama makin dekat dan jelas bunyinya. Bunyi itu berhenti betul-betul di hadapan pintu biliknya.

Nadira sudah mula cuak apabila dia mendengar bunyi kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu. Dia terlupa suaminya ada menyimpan kunci pendua seluruh rumah di dalam keretanya. Dengan pantas dia melompat ke atas katil lalu berpura-pura tidur.

Aamir membuka pintu bilik tetamu yang dihuni isterinya sejak tiga hari lepas itu dengan perlahan. Dia terlihat Nadira sedang tidur di atas katil. Dia melihat jam tangannya, baru pukul 11.30 pagi. Sengaja dia pulang awal untuk menangkap helah isterinya tapi tak sangka apabila dia pulang, dia hanya melihat Nadira sedang tidur.

Dia mendekati isterinya, dia lihat isterinya itu tidur dalam posisi mengiring. Memang itu kebiasaan Nadira apabila tidur kerana isterinya itu mudah sesak nafas jika tidur terlentang atau meniarap.

Aamir duduk di sebelah isterinya. Lama dia menatap wajah yang dirinduinya itu. Namun begitu, Nadira yang berpura-pura tidur itu tak selesa direnung begitu. Ligat kepalanya memikirkan bagaimana dia boleh lari dari pandangan suaminya.

Aamir mula perasan kelopak mata Nadira bergerak-gerak. Dia tersenyum lebar kerana dia tahu isterinya cuma berpura-pura tidur.

"Macam manalah Dira boleh tahan berkurung dalam bilik ini? Abang tahu Dira bukan jenis manusia yang boleh tahan berkurung lama-lama,"ucap Aamir, cuba memancing isterinya untuk bangun.

Dia memandang Nadira, masih tiada respon. Puas dia memikirkan taktik yang boleh dia gunakan untuk memastikan isterinya itu bangun dari kepura-puraannya. Setelah puas berfikir, akhirnya dia mendapat satu idea.

Dia merapatkan bibirnya dengan bibir Nadira. Dia tahu Nadira tidak suka dicium tanpa kerelaan. Semakin lama semakin dekat bibirnya dirapatkan dengan bibir Nadira, namun masih tiada respon. Perasaab hairan mula bersarang di benak hati Aamir.

Namun, Aamir tidak berputus asa. Dia terus merapatkan bibirnya dengan bibir Nadira sehinggalah betul-betul rapat antara satu sama lain.

Akibat lemas dengan jarak yang dekat itu, Nadira bingkas menolak suaminya lalu bangun dan duduk dalam keadaan mencungap. Aamir yang mulanya terkejut dengan tindakan isterinya kemudiannya ketawa sekuat hatinya. Nadira memandang wajah suaminya yang sedang ketawa itu dengan hati yang bernanah.

*bersambung*



Foot print: Ana masih tetap akan menanti... =)

Friday, March 9, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 14...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Abang bukan apalah, abang sunyilah Dira tak boleh bercakap. Eh, kejap! Dira jawab apa tadi?"tanya Aamir yang masih terpinga-pinga.

"Dira takkan ulang dua kali, walaupun abang memang betul-betul tak dengar,"jawab Dira sambil mencebik muka.

"Ya Allah, Dira dah boleh bercakap! Syukur Alhamdulillah!"jerit Aamir yang kegembiraan.

"Yang itu nanti dulu, kita tengah bincang pasal kahwin lain kan? Abang ni nak tambah ke tak?"tanya Nadira, serius.

"Abang memang perkenan dengan perempuan itu, tapi abang tak pernah janji nak kahwin dengan dia. Dia pun tak tahu abang perkenan dengan dia,"jelas Aamir.

"Jadi?"tanya Nadira.

"Abang tak jadilah nak kahwin lain, lagipun sayang dah boleh bersuara,"jawab Aamir sambil tersengih.

"Takkan abang nak kahwin lain semata-mata sebab Dira tak boleh cakap? Kalau abang betul-betul sayangkan Dira, abang takkan ada yang lain!"bentak Nadira lalu bangun dan ingin keluar dari bilik tidur mereka.

Namun, langkahnya terhenti apabila Aamir menarik tangannya untuk menahannya. Dia berhenti namun dia tidak berpaling untuk memandang suaminya itu. Tindakan Nadira itu menyebabkan Aamir bangun lalu berdiri membelakangi isterinya. Dia tahu Nadira begitu berang dengan permintaannya.

"Kalau Dira tak nak bagi abang kahwin lain, kenapa tak terus terang dari mula tadi?"tanya Aamir.

"Dira izinkan, tapi alasan abang itu yang Dira tak boleh terima. Hanya sebab Dira tak boleh bersuara? Lima tahun lalu, abang tinggalkan Dira sebab mulut Dira, abang ingat Dira tak tahu?"bentak Nadira lagi, kali ini dalam nada yang tidak tinggi.

Mendengar jawapan Nadira, Aamir tersentak. Sangkanya Nadira tak tahu sebab sebenar dia tinggalkan wanita itu dahulu memandangkan Nadira selalu mendesaknya untuk memberikan sebab sebenar dia bertindak sebegitu dulu.

Melihat tiada respon daripada si suami, Nadira berpaling dan merenung Aamir. Mata mereka berdua mula bertentangan.

"Kenapa? Terkejut?"tanya Nadira, selamba.

"Macam mana Dira tahu? Abang rasa sebab yang ini abang tak pernah beritahu siapa-siapa,"jelas Aamir.

"Memanglah. Abang beritahu Ira, abang dah penat berusaha untuk betulkan keadaan. Abang beritahu adik-adik abang itu, abang dah ada orang lain. Abang beritahu ex-housemate abang dulu, abang tak nak Dira terus terluka. Abang beritahu Dira, abang dah bosan. Tapi pada hakikatnya, sebab abang memang dah tak tahan dengan mulut lancang Dira itu kan?"tanya Nadira selepas memberi penerangan yang panjang lebar.

Aamir hanya mendiamkan diri. Dia tak sangka isterinya dapat menghidu makna di sebalik tindak-tanduknya itu.

"Kenapa diam, abang? Tak tahu nak jawab apa? Abang nak tahu kenapa Dira desak abang supaya jelaskan pada Dira kenapa abang buat Dira macam itu? Sebab abang tak berikan jawapan yang sama untuk semua orang. You are lying to yourself, abang cuma nak lepaskan genggaman abang pada Dira walaupun abang tak pernah sekalipun buang Dira dari hati abang,"luah Nadira, geram.

"Abang tak nak beritahu sebab abang tahu abang akan kalah dengan Dira. Abang tak nak kalah lagi, jadi abang ingat dengan lari, abang boleh buat Dira putus asa,"jawab Aamir, lemah.

"Ingat lagi tak Dira pernah mesej abang cakap nak jumpa kat tempat biasa pukul 2 petang?"tanya Nadira.

"Yang abang datang dengan kawan abang untuk makan pukul 2.30 petang itu? Ingat, kenapa? Abang terkejut sangat bila nampak Dira tunggu abang lagi kat situ,"jawab Aamir.

"Abang ingat Dira hairan sangat ke nak dengar penjelasan abang waktu itu? Itu hanya perangkap Dira saja,"jelas Nadira.

Terbungkam Aamir mendengar penjelasan Nadira. Benarkah tembelangnya sudah pecah sejak 5 tahun lalu lagi?
"Abang tipu diri abang sendiri untuk 5 tahun, abang ini tak ada perasaan ke? Itulah yang Dira fikir tentang abang selama 5 tahun sampailah Dira dengar sendiri apa yang abang cakap dengan mama waktu Dira koma hari itu,"jelas Dira.

Tanpa Aamir sedari, menitis air mata lelakinya di hadapan seorang isteri. Namun, sayang sekali itu tak melembutkan hati Nadira walaupun sedikit. Dengan pantas Nadira melepaskan pegangan tangan suaminya lalu menuju ke arah bilik tetamu dan mengurung diri di dalamnya.

*     *     *     *     *

Azhar sedang melayari Facebook menggunakan Samsung Galaxy Tab miliknya ketika Aamir duduk dihadapannya. Melihat kehadiran Aamir, Azhar menutup aplikasi tersebut lalu meletakkan tab miliknya di atas meja.

"Apa hal kau nak jumpa aku ini? Macam pelik saja bila aku dapat tahu kau nak jumpa aku. Selalunya kau akan jumpa Ira saja, tapi kali ini kau ajak aku saja. Let me guess, hal lelaki kan?"tanya Azhar.

"Yup, you are right. Bijak kau kan? Aku buntu sangat ini, jadi aku teringat Ida pernah cerita kat aku yang Ira merajuk dengan kau, jadi aku cari kau. Aku nakkan pendapat kau, is it okay for you?"jelas Aamir tentang tujuan perjumpaan mereka itu.

"Kenapa ini, bro? Aku tengok kau pun macam dah tak terurus saja. Okay ke tak ini?"tanya Azhar.

"Isteri aku merajuk dengan aku. Dah 2 hari dia bertapa dalam bilik tetamu kat rumah aku itu. Aku balik kerja semalam, tengok-tengok dia dah angkut laptop, handphone, baju dia pun ada yang dah hilang dari almari. Macam orang dah pindah bilik, kau tahu tak?"jelas Aamir.

"Then, apa pendapat yang kau nak dari aku? Aku ini pun masih tak dapat pujuk Ira lagi, dia tutup handphone dia, deactivate Facebook dia, aku tweet dia pun tak berbalas. Kau pula macam mana?"tanya Azhar lagi.

"Aku cuma nak tanya macam mana nak pujuk orang macam Ida. Ira pernah cerita dengan aku, kau adalah orang yang paling hampir sama dengan Ida. Ida masih on handphone dia, masih online lagi tapi apapun yang aku hantar pada dia, dia buat tak tahu saja,"terang Aamir, resah.

"Aku nak pujuk Ira pun tak dapat, macam mana aku nak tolong kau?"tanya Azhar lagi.

"Kau tolong aku, aku tolonglah kau balik. Ida selalu cakap aku dengan Ira sama saja perangai,"jawab Aamir sambil mengenyitkan sebelah matanya. Azhar yang memahami isyarat itu hanya tersenyum nakal.

*bersambung*



Foot print: Berdebar rasa di hati... =)

Thursday, March 8, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 13...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Tapi kan Aamir, dia tak payah cakap pun dia boleh bantah apa,"jawab Syahira.

"Entahlah, itu juga yang aku fikir. Tapi dia tak bantah, dia ikut saja. Selalu ada juga dia mencebik muka dia itu, tapi kali ini dia senyum saja," jelas Aamir, hairan.

Mendengar jawapan Aamir, Nadira hanya mampu tersenyum. Padanya, ayat yang diungkapkan oleh suaminya itu sangat kelakar. Lalu, dia mencapai buku nota dihadapannya lalu menulis:

Kau dengan Har macam mana pula?

Apabila Syahira membaca tulisan Nadira itu, dia tergamam. Apa yang harus dia jawab?

"Kitaorang okay, jangan risaulah. Kau itu yang patut dirisaukan. Selagi kau tak boleh cakap, selagi iyulah kau itu belum cukup sihat,"jawab Syahira.

Nadira menulis lagi di dalam buku nota itu:

Aku okay, cuma Allah SWT nak ajar aku jaga mulut aku lepas ini, itu saja... :)

Terkedu Aamir dan Syahira membaca ayat hasil tulisan Nadira itu. Sesungguhnya pemikiran Nadira tak lagi seperti dulu.

*     *     *     *     *

Azhar yang sedang melihat budak-budak kecil bermain bola di kawasan padang itu terkejut apabila ada orang memeluknya dari belakang. Dia berpaling dan bertambah terkejut apabila dia melihat Inani yang memeluknya.

"Kenapa awak ini? Dah gila ke?"tanya Azhar, kasar.

"Tak adalah, saya tak boleh kawal diri tadi. Maafkan saya,"jawab Inani, serba salah.

"Lama Azhar berdiam, namun melihat wajah Inani yang begitu kasihan, Azhar mengalah.

"Yalah, saya maafkan,"jawab Azhar, lemah.

"Terima kasih. Sayang awak,"jawab Inani lalu menekup mulutnya dengan tangannya.

Azhar terkesima mendengar kata-kata Inani itu.

"Kenapa awak? Awak okay?"tanya Inani apabila melihat Azhar hanya diam.

"Saya tak selesalah awak begini. Kalau Ira dengar, apa pula dia fikir?"tanya Azhar.

"Kalau dia sayang awak, dia takkan percaya awak layan saja apa yang saya cakap tadi,"jawab Inani, selamba.

Semakin tak selesa Azhar apabila Inani duduk disebelahnya. Kedudukan mereka sangat rapat. Namun apa yang Azhar tak ketahui adalah Syahira sedang mengintai mereka berdua dari belakang.

"Oh ya, apa khabar kawan baik Ira itu? Yang namanya Sayyidah itu?"tanya Inani, cuba menarik perhatian.

"Dia dah lama keluar hospital tapi dia tak boleh bersuara,"jawab Azhar, acuh tak acuh.

"Kenapa pula?"tanya Inani.

"Sebab tekak dia ada kecederaan. Kena tunggu kecederaan itu pulih baru dia boleh bercakap semula,"jelas Azhar.

"Oh ya ke. Kasihan dia,"jawab Inani sambil memegang tangan Azhar.

Azhar hanya kaku akibat terkejut. Melihat Azhar yang tiada reaksi, Syahira bertindak mendekati mereka berdua. Azhar yang melihat kehadiran Syahira terkejut lalu melepaskan tangannya dari pegangan Inani.

"Kenapa baru sekarang nak lepaskan? Kenapa tak dari tadi?"tanya Syahira.

"Eh, Ira! Bila Ira sampai? Maaflah kalau Ira terasa hati Nani berbual dengan Har,"sapa Inani dengan riak wajah yang tak bersalah.

"Tak payah susah-susah, boraklah puas-puas. I'm leaving,"jawab Syahira lalu beredar meninggalkan mereka berdua.

"Kalau saya tak dapat pujuk dia sekalipun, saya takkan kembali pada awak,"tegas Azhar lalu mengejar Syahira dari belakang.

"Kita tunggu dan lihat, Azhar Khalid. Kita tunggu dan lihat,"ngomel Inani sambil tersenyum puas.

*     *     *     *     *

Sudah hampir sebulan Nadira tidak boleh bersuara, dan itu benar-benar merunsingkan Aamir. Pernah dia terfikir untuk mencari yang lain, namun memikirkan pengorbanan yang pernah Nadira lakukan untuknya, dia membuang perasaan itu jauh-jauh.

Namun, disebabkan perasaan itu, Aamir mulai dingin dengan isterinya dan ini menimbulkan perasaan hairan di benak hati Nadira. Atas sebab itu jugalah dia sengaja menyembunyikan hakikat yang dia sudah boleh bersuara. Dia minta doktor yang merawatnya untuk membantunya menyembunyikan hakikat itu supaya dia boleh menguji suaminya itu.

Suatu hari ketika Nadira sedang membaca majalah solusi yang dibeli suaminya baru-baru ini, tiba-tiba Aamir masuk dan duduk di birai katil berhampiran tempat dia sedang duduk berlujur.

"Dira, abang ada benda nak beritahu Dira. Abang harap Dira boleh terima,"kata Aamir, memulakan bicaranya.

Tak lama kemudian, telefon bimbit Aamir berdering. Nadira menjawab dalam mesej tersebut:

Nadira : Apa dia, abang?

Lama Aamir mendiamkan diri. Sesekali kedengaran dia mengeluh.

"Abang ada orang lain. Junior abang kat sekolah dulu. Abang ingat nak tanya pendapat Nadira, boleh tak abang nikah lagi satu?"luah Aamir, jujur.

Nadira merenung Aamir. Semudah itu Aamir luahkan segalanya, kerana dia tahu isterinya tak mampu untuk bersuara.

"Kalau abang nak kahwin lain, Dira izinkan,"jawab Nadira selamba. Niatnya ingin kelirukan suaminya. Namun, riak wajah suaminya yang tak berubah menyebabkan dia tahu suaminya tak perasan kelainan yang dia lakukan itu.

*bersambung*



Foot print: Allah SWT sudah tetapkan segalanya, hanya yakin dan percaya pada-Nya andai ianya berlaku tak seperti yang kita inginkan... =)

Tuesday, March 6, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 12...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


Pantas jari-jemari Aamir menaip mesej balas buat sang isteri yang tercinta dan beginilah perbualan mereka seterusnya:

Me : Ya , sayang. Atas semua ego yang sayang tunjukkan pada abang dulu. Walaupun Dira layan abang acuh tak acuh, abang tahu Dira masih sayangkan abang. ;)

Nadira : Macam mana abang tahu? I'm never said anything to you. :P

Me : Abang dah kenal Dira 7 tahun. Berani nak nafikan lagi? Dira kan manusia jenis pandai berkias, abang tahu Dira sebenarnya tak pernah abaikan tanggungjawab Dira pada abang.

Nadira : Haha... Susah juga dapat suami yang dah masak dengan kita. Tak ada thrill. :(

Me : Thrill tak thrill, Sayyidah Nadira, kamu dah buat abang setengah mati tau! :(

Nadira : Tahu... Hehe... ;)

Me : Mana Dira tahu?

Nadira : Adalah, tak surprise cakap sekarang. Bila Dira dah boleh cakap nanti, Dira cerita. :)

Me : Ala... cakap sekaranglah.

Nadira : Mana boleh, kan Dira bisu sekarang. :)

Me : Ish, kenapa cakap begitu? Abang tak pernah anggap Dira begitu.

Nadira : Abang memang tak anggap Dira begitu, tapi Dira sedar diri Dira begitu.

Me : Sekurang-kurangnya abang tak perlu risau Dira tak boleh terima hakikat. :)

Nadira : Waktu mula-mula Dira ambil keputusan nak menjauhkan diri daripada abang, Dira dah redha andai apa-apa jadi yang bakal menggugat diri Dira lepas ini.

Me : Kenapa Dira buat macam itu dulu?

Nadira : Nanti Dira akan beritahu segalanya. Satu hari nanti. Sudahlah, Dira dah mengantuk. Thanks sebab ampunkan Dira. Assalamualaikum. :)

Me : Sebab Dira adalah Ainul Mardhiah abang. Waalaikumussalam. :)

Dengan pantas Aamir meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja lalu mengambil pula telefon bimbit Nadira yang terletak di sebelah lengannya lalu diletakkan di meja sisi bersebelahan Nadira. Nadira yang menyedari tindakan suaminya itu tidak mengendahkan apa yang dilihatnya. Namun begitu, dia terkejut apabila Aamir bertindak menarik dirinya ke dalam pelukan suaminya itu.

*     *     *      *      *

Syahira sedang menghirup teh O yang dibancuh oleh Nadira apabila Aamir datang dan duduk di sofa yang berhadapan dengan Syahira.

Syahira memandang Aamir dengan riak wajah yang hairan. Aamir kelihatan sangat bahagia walaupun isterinya tidak boleh bercakap.

"Dira mana, Ira?"tanya Aamir, memulakan bicara.

"Dia cakap dia pergi tandas kejap. Tak tahulah kalau ada kerja lain kat dapur itu,"jawab Syahira.

"Cakap? Macam mana dia cakap? Musykil aku,"seloroh Aamir apabila mendengar jawapan Syahira tadi.

"Dia tulislah. Kau tak nampak ke buku nota dengan pen kat atas meja itu?"jawab Syahira lalu menuding jari ke arah buku nota yang terletak betul-betul berhadapan dengan Aamir.

"Oh ya ke. Yalah, mana aku nak tahu kot dia dah boleh bersuara,"jawab Aamir sambil tersenyum.

"Dia cakap tadi, eh silap. Dia tulis tadi dia dah cuba nak bercakap, tapi masih belum boleh lagi. Belum ada rezeki kot,"jawab Syahira.

Belum sempat Aamir menjawab, Nadira tiba lalu duduk bersebelahan dengan suaminya itu. Aamir hanya memandang Nadira dengan pandangan yang sangat dalam membuatkan wajah Nadira berubah merah akibat malu.

"Amboi, nak bercinta pun tunggulah aku balik dulu,"sindir Syahira lalu tersenyum simpul.

Mendengar sindiran Syahira, kedua mereka menghentikan aksi mereka tadi lalu berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Melihat telatah mereka berdua, Syahira hanya tersenyum menahan ketawa.

"Macam mana kau orang berdua sekarang? Okay dah?"tanya Syahira sambil tersenyum nakal.

"Alhamdulillah, untung pada aku juga,"seloroh Aamir sambil ketawa. Nadira hanya mampu memandang suaminya dengan perasaan hairan.

"Kenapa pula Aamir? Kau tak sunyi ke?"tanya Syahira, hairan.

"Sebab dia tak boleh nak bantah cakap aku. Dah tak ada suara kan?"seloroh Aamir lagi.

Mendengar jawapan Aamir, Nadira mencubit peha Aamir. Akibat kesakitan, Aamir menjerit kecil sambil menggosok pehanya yang dicubit itu. Melihat kemesraan mereka berdua, Syahira hanya mampu tersenyum lebar kerana jauh disudut hatinya, timbul perasaan cemburu dengan kemesraan mereka itu.

*bersambung*



Foot print: Ketenangan yang dicari... =)

Saturday, March 3, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 11...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Saya sudah memeriksa isteri encik. Memang peredaran darahnya sudah kembali normal tetapi saya bru saja dapati tekaknya terdapat sedikit kecederaan yang masih belum sembuh sepenuhnya. Jadi..."ucap doktor yang sudahpun berasa serba salah.

"Jadi apa, doktor?"tanya Aamir, resah.

"Jadi isteri encik tak dapat bersuara buat sementara waktu kerana kecederaannya itu memberi kesan kepada kotak suaranya. Saya harap encik bersabar,"jelas doktor lalu mengeluh.

"Macam mana doktor boleh tak sedar tekaknya cedera? Kata dah check semuanya,"luah Aamir, tak puas hati.

"Maafkan saya encik, saya tak perasan tekaknya mengalami kecederaan. Lagipun, saya tak tahu bagaimana Puan Nadira dilanggar. Andai saya tahu lebih awal pun saya tetaptak boleh lakukan apa-apa,"jelas doktor.

"Teknologi dah canggih, jangan berikan alasan kuno itu, doktor. Wang bukan masalah bagi saya,"bentak Aamir.

"Saya faham perasaan encik Aamir, tapi saya bukan Tuhan. Saya masih seorang manusia. Saya harap encik Aamir bersabar banyak-banyak. Buat solat hajat, semoga Puan Nadira cepat sembuh. Saya akan benarkan Puan Nadira keluar hospital esok, Encik Aamir bawa dia pulang dan tenangkan hatinya. Dia perlukan encik lebih dari segalanya,"pesan doktor itu sebelum dia beredar meninggalkan Aamir.

Aamir hanya mampu mengeluh panjang mengenangkan ujian Allah SWT padanya ini.

"Ya Allah, Kau sembuhkanlah isteriku dan berikanlah dia kesihatan yang baik. Amin..."doa Aamir dalam hatinya.

*     *     *     *     *

Syahira sedang duduk termenung di atas sebuah bangku di Taman Tasik Titiwangsa apabila Azhar duduk di sebelahnya. Syahira memandang Azhar, ternyata bakal tunangnya itu memang sejuk matanya memandang.

"Kenapa ini, Ira? U risau pasal apa ini?"tanya Azhar, lembut.

"Macam mana U tahu I risau?"tanya Syahira pula.

"Tengok muka pun I dah boleh baca. U risaukan apa, U risaukan Nani ke?"tanya Azhar.

"Of course I risau, makin lama makin berani dia serang I. Tak dapat cara kasar, buat cara halus. Beritahu orang sana sini kononnya I rampas U daripada dia. Semalam dia buat kecoh kat ofis I, cakap I ini perempuan jalang. I malu, Har. Malu! Kenapa U tak terus terang saja pada dia semuanya, Har?"luah Syahira sambil memandang ke arah lain.

"Sabarlah sayang, sikit saja lagi. Manalah tahu lepas kita bertunang nanti, dia akan berhenti kacau U. Dia akan berubah ke, mana kita tahu kan? Fikir positif okay?"pujuk Azhar.

"Yalah itu, I ini kan perampas U. Fakta itu akan berubah ke?"sindir Syahira, geram.

"Ish, kenapa cakap macam itu? Cukuplah U tahu yang I sayangkan U. Kenapa mesti pedulikan dia?"tanya Azhar yang hairan dengan pernyataan Syahira itu.

"Cakap senanglah, Har. Bukan U yang orang cakap perampas itu, tapi I! Malunya I hanya Allah saja yang tahu,"bentak Syahira lalu beredar dari situ.

Melihat reaksi Syahira, Azhar hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tipulah andai dia katakan dia tak rimas dengan kerenah Syahira dan Inani yang kadangkala menyesakkan nafasnya.

*     *     *     *     *

Sejak Nadira kehilangan suaranya, ternyata hidup Aamir dan Nadira bertambah sunyi. Nadira tak mahu memandangnya langsung, apatah lagi untuk cuba berkomunikasi dengannya. Fikir Aamir, mungkin Nadira masih tak dapat menerima hakikat yang dia tak mampu bercakap untuk sementara waktu.

Malam itu, selepas seminggu Nadira keluar hospital, Aamir yang sedang membaca buku "Dimana Dia Di Hatiku" karya Pahrol Md Juoi terkejut apabila telefon bimbitnya berdering tanda ada mesej masuk. Telefon bimbitnya jarang sekali masuk mesej pada waktu malam. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya itu lalu membuka mesej.

Tambah mengejutkan apabila mesej itu dihantar oleh Nadira. Dia menoleh ke arah Nadira yang berbaring disebelahnya. Sangkanya Nadira sudahpun lena memandangkan Nadira sedang tidur mengiring membelakanginya. Lantas pandangannya kembali ke skrin untuk membaca mesej yang dihantar oleh isterinya itu:

Nadira : Dira minta ampun atas semua salah silap Dira sebelum ini, abang.

Tidak berkelip mata Aamir membaca mesej itu. Abang? Selama 6 bulan perkahwinan mereka, sekalipun isterinya itu tak pernah memanggilnya "abang". Dia mula menjadi hairan pada mulanya, namun lama-kelamaan dia tersenyum lalu membalas mesej itu:

Me : Abang ampunkan Dira, atas segalanya. :)

Tak lama selepas itu, mesej Nadira masuk lagi. Sahlah isterinya itu hanya berpura-pura tidur.

Nadira : Atas segalanya? Termasuklah sepanjang kita kahwin?

Semakin lebar senyuman Aamir membaca mesej Nadira itu. Nak tergelak pun ada. Bila gila-gila isterinya datang, memang kerenahnya selalu buat Aamir tersenyum. Itulah keunikan Sayyidah Nadira yang telah mengunci hatinya dulu.

*bersambung*



Foot print: Alhamdulillah... Semuanya selamat... =)

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com