Friday, March 9, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 14...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Abang bukan apalah, abang sunyilah Dira tak boleh bercakap. Eh, kejap! Dira jawab apa tadi?"tanya Aamir yang masih terpinga-pinga.

"Dira takkan ulang dua kali, walaupun abang memang betul-betul tak dengar,"jawab Dira sambil mencebik muka.

"Ya Allah, Dira dah boleh bercakap! Syukur Alhamdulillah!"jerit Aamir yang kegembiraan.

"Yang itu nanti dulu, kita tengah bincang pasal kahwin lain kan? Abang ni nak tambah ke tak?"tanya Nadira, serius.

"Abang memang perkenan dengan perempuan itu, tapi abang tak pernah janji nak kahwin dengan dia. Dia pun tak tahu abang perkenan dengan dia,"jelas Aamir.

"Jadi?"tanya Nadira.

"Abang tak jadilah nak kahwin lain, lagipun sayang dah boleh bersuara,"jawab Aamir sambil tersengih.

"Takkan abang nak kahwin lain semata-mata sebab Dira tak boleh cakap? Kalau abang betul-betul sayangkan Dira, abang takkan ada yang lain!"bentak Nadira lalu bangun dan ingin keluar dari bilik tidur mereka.

Namun, langkahnya terhenti apabila Aamir menarik tangannya untuk menahannya. Dia berhenti namun dia tidak berpaling untuk memandang suaminya itu. Tindakan Nadira itu menyebabkan Aamir bangun lalu berdiri membelakangi isterinya. Dia tahu Nadira begitu berang dengan permintaannya.

"Kalau Dira tak nak bagi abang kahwin lain, kenapa tak terus terang dari mula tadi?"tanya Aamir.

"Dira izinkan, tapi alasan abang itu yang Dira tak boleh terima. Hanya sebab Dira tak boleh bersuara? Lima tahun lalu, abang tinggalkan Dira sebab mulut Dira, abang ingat Dira tak tahu?"bentak Nadira lagi, kali ini dalam nada yang tidak tinggi.

Mendengar jawapan Nadira, Aamir tersentak. Sangkanya Nadira tak tahu sebab sebenar dia tinggalkan wanita itu dahulu memandangkan Nadira selalu mendesaknya untuk memberikan sebab sebenar dia bertindak sebegitu dulu.

Melihat tiada respon daripada si suami, Nadira berpaling dan merenung Aamir. Mata mereka berdua mula bertentangan.

"Kenapa? Terkejut?"tanya Nadira, selamba.

"Macam mana Dira tahu? Abang rasa sebab yang ini abang tak pernah beritahu siapa-siapa,"jelas Aamir.

"Memanglah. Abang beritahu Ira, abang dah penat berusaha untuk betulkan keadaan. Abang beritahu adik-adik abang itu, abang dah ada orang lain. Abang beritahu ex-housemate abang dulu, abang tak nak Dira terus terluka. Abang beritahu Dira, abang dah bosan. Tapi pada hakikatnya, sebab abang memang dah tak tahan dengan mulut lancang Dira itu kan?"tanya Nadira selepas memberi penerangan yang panjang lebar.

Aamir hanya mendiamkan diri. Dia tak sangka isterinya dapat menghidu makna di sebalik tindak-tanduknya itu.

"Kenapa diam, abang? Tak tahu nak jawab apa? Abang nak tahu kenapa Dira desak abang supaya jelaskan pada Dira kenapa abang buat Dira macam itu? Sebab abang tak berikan jawapan yang sama untuk semua orang. You are lying to yourself, abang cuma nak lepaskan genggaman abang pada Dira walaupun abang tak pernah sekalipun buang Dira dari hati abang,"luah Nadira, geram.

"Abang tak nak beritahu sebab abang tahu abang akan kalah dengan Dira. Abang tak nak kalah lagi, jadi abang ingat dengan lari, abang boleh buat Dira putus asa,"jawab Aamir, lemah.

"Ingat lagi tak Dira pernah mesej abang cakap nak jumpa kat tempat biasa pukul 2 petang?"tanya Nadira.

"Yang abang datang dengan kawan abang untuk makan pukul 2.30 petang itu? Ingat, kenapa? Abang terkejut sangat bila nampak Dira tunggu abang lagi kat situ,"jawab Aamir.

"Abang ingat Dira hairan sangat ke nak dengar penjelasan abang waktu itu? Itu hanya perangkap Dira saja,"jelas Nadira.

Terbungkam Aamir mendengar penjelasan Nadira. Benarkah tembelangnya sudah pecah sejak 5 tahun lalu lagi?
"Abang tipu diri abang sendiri untuk 5 tahun, abang ini tak ada perasaan ke? Itulah yang Dira fikir tentang abang selama 5 tahun sampailah Dira dengar sendiri apa yang abang cakap dengan mama waktu Dira koma hari itu,"jelas Dira.

Tanpa Aamir sedari, menitis air mata lelakinya di hadapan seorang isteri. Namun, sayang sekali itu tak melembutkan hati Nadira walaupun sedikit. Dengan pantas Nadira melepaskan pegangan tangan suaminya lalu menuju ke arah bilik tetamu dan mengurung diri di dalamnya.

*     *     *     *     *

Azhar sedang melayari Facebook menggunakan Samsung Galaxy Tab miliknya ketika Aamir duduk dihadapannya. Melihat kehadiran Aamir, Azhar menutup aplikasi tersebut lalu meletakkan tab miliknya di atas meja.

"Apa hal kau nak jumpa aku ini? Macam pelik saja bila aku dapat tahu kau nak jumpa aku. Selalunya kau akan jumpa Ira saja, tapi kali ini kau ajak aku saja. Let me guess, hal lelaki kan?"tanya Azhar.

"Yup, you are right. Bijak kau kan? Aku buntu sangat ini, jadi aku teringat Ida pernah cerita kat aku yang Ira merajuk dengan kau, jadi aku cari kau. Aku nakkan pendapat kau, is it okay for you?"jelas Aamir tentang tujuan perjumpaan mereka itu.

"Kenapa ini, bro? Aku tengok kau pun macam dah tak terurus saja. Okay ke tak ini?"tanya Azhar.

"Isteri aku merajuk dengan aku. Dah 2 hari dia bertapa dalam bilik tetamu kat rumah aku itu. Aku balik kerja semalam, tengok-tengok dia dah angkut laptop, handphone, baju dia pun ada yang dah hilang dari almari. Macam orang dah pindah bilik, kau tahu tak?"jelas Aamir.

"Then, apa pendapat yang kau nak dari aku? Aku ini pun masih tak dapat pujuk Ira lagi, dia tutup handphone dia, deactivate Facebook dia, aku tweet dia pun tak berbalas. Kau pula macam mana?"tanya Azhar lagi.

"Aku cuma nak tanya macam mana nak pujuk orang macam Ida. Ira pernah cerita dengan aku, kau adalah orang yang paling hampir sama dengan Ida. Ida masih on handphone dia, masih online lagi tapi apapun yang aku hantar pada dia, dia buat tak tahu saja,"terang Aamir, resah.

"Aku nak pujuk Ira pun tak dapat, macam mana aku nak tolong kau?"tanya Azhar lagi.

"Kau tolong aku, aku tolonglah kau balik. Ida selalu cakap aku dengan Ira sama saja perangai,"jawab Aamir sambil mengenyitkan sebelah matanya. Azhar yang memahami isyarat itu hanya tersenyum nakal.

*bersambung*



Foot print: Berdebar rasa di hati... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com