Tuesday, February 28, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 10...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Maafkan ana sebab dah tak boleh nak update blog hari-hari sebab kesempitan waktu... So, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


Sudah seminggu Nadira koma, sepanjang seminggu itulah Aamir sentiasa disisinya. Sehinggakan dirinya sendiri pun sudah tak terurus lagi. Akibat daripada keadaan itu, Mak Aina dan Pak Zaini telah bertindak menginap di rumah anaknya di Shah Alam itu kerana melihat keadaan rumah anaknya yang tak terurus seperti tuannya juga sejak kemalangan yang menimpa puan besar rumah itu.

"Nak, baliklah rehat. Mama boleh tolong tengokkan Ida. Kamu itu mama tengok, dah teruk sangat dah ini. Dah naik cekung dah muka kamu. Balik ya, nak. Kalau ada apa-apa, mama hubungi kamu,"pujuk Mak Aina ketika dia dan Pak Zaini datang melawat Nadira yang sudahpun dipindahkan ke wad biasa setelah melepasi zon kritikal.

"Tak nak, mama. Aamir tak nak berganjak daripada Dira. Mungkin inilah balasan Allah pada Aamir sebab zalimi Dira dulu,"jawab Aamir.

Mak Aina terkesima mendengar jawapan Aamir. Lantas dia menarik kerusi lain yang terletak berhampiran dan duduk di depan Aamir.

"Apa yang kamu buat pada Dira, Aamir? Cuba cakap pada mama,"tanya Mak Aina, ingin tahu.

"Apa yang Aamir buat ini bukannya lepas kami dah jadi suami isteri, tapi 5 tahun lepas. Waktu Aamir buat keputusan nak lepaskan Dira dulu,"jelas Aamir, perlahan.

"Apa yang kamu buat waktu itu?"tanya Mak Aina lagi.

"Mama tahu kan dulu Aamir ada teman wanita? Diralah orangnya, mama. Tapi 5 tahun lepas, Aamir nekad nak lepaskan dia tapi Aamir berhutang dengan dia. Memang akhirnya Allah dah tunjukkan, dia adalah jodoh Aamir. Mungkin juga Allah beri Aamir peluang untuk tebus salah Aamir, tapi dalam masa yang sama Allah titipkan banyak dugaan pada Aamir, sepertimana Allah bagi dugaan pada Dira waktu kami bercinta dulu,"luah Aamir, sebak.

"Astaghfirullah hallazim, Aamir. Tapi mama tak faham, dugaan apa yang Aamir maksudkan pada Ida dulu?"tanya Mak Aina lagi.

"Dulu, Aamir duakan dia. Tapi Aamir tak lepaskan dia sebab Aamir dah janji nak berubah. Dia beri Aamir peluang, tapi Aamir buat kesalahan yang sama untuk kali kedua. Dia beri peluang lagi, Alhamdulillah selepas itu Aamir berubah tapi sebaik saja Aamir sedar yang Aamir hanya sayangkan dia, Aamir tinggalkan dia dengan alasan Aamir dah bosan. Dia tak percaya dan minta Aamir jelaskan, tapi Aamir tak jelaskan. Mungkin sebab itulah selepas Aamir sah jadi suami dia, dia layan Aamir acuh tak acuh, dia jadi macam orang asing. Banyak diam, bercakap bila perlu. Dia tahu Aamir tak boleh tengok dia diam, dia buat Aamir resah sangat. Tapi itulah yang dia lakukan, duga Aamir dengan kelemahan Aamir sendiri,"jelas Aamir, panjang lebar.

"Aamir, itulah yang kita panggil karma. Benar, Allah berikan jodoh kita itu orang yang kita sayang sekian lama tapi Allah takkan berikan dia dengan mudah sebab Allah tak nak Aamir sia-siakan dia sepertimana Aamir sia-siakan dia dulu. Matlamat tak menghalalkan cara, Aamir. Perasaan kamu berdua memang dah lama ada, tapi cara kamu berdua itulah yang salah. Mama kenal anak mama ini, kamu tinggalkan dia sebab kamu nakkan yang halal dengan dia. Tapi hati wanita ini lembut, walaupun pada luarannya dia ganas. Kalau Aamir terangkan situasi sebenar pada dia dulu, mungkin dia takkan ada untuk Aamir sekarang. Sebab dia dah lepaskan Aamir seluruhnya. Allah itu Maha Mengetahui, Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kita sejak kita dalam rahim lagi. Yakin dengan takdir-Nya, Dia tak pernah salah. Tapi mama pun tak salahkan Ida, sebab dia buntu lepas Aamir tinggalkan dia. Bayang-bayang Aamir sentiasa ada dengan dia. Mungkin sebab itu dia menduga Aamir selepas kahwin, sebab dia takut kehilangan Aamir untuk kali kedua,"nasihat Mak Aina, panjang lebar pula.

"Maksud mama?"tanya Aamir, hairan.

"Dia sayangkan kamu, sangat. Dari dulu sampailah selepas dia dah jadi milik kamu. Dia masih menjaga maruah kamu sebagai seorang suami walaupun dia tak layan kamu seperti isteri lain. Dia masih jaga makan pakai kamu, walaupun dia tak bermanja dengan kamu. Dia masih tahu setiap kegemaran kamu, walaupun dia macam tak endahkan kamu. Dia masih tahu apa yang kamu tak suka, walaupun dia mengelak nak bertentang dengan kamu. Sebabnya satu saja, sebab dia sangat sayangkan kamu dan dia paling takut kehilangan kamu,"jawab Mak Aina sambil memandang Nadira yang terlantar di atas katil disebelahnya.

Terkelu Aamir mendengar penjelasan ibunya itu. Kenapa dia terlupa yang Nadira memang pandai berkias? Kenapa dia hanya lihat pada perkara yang tersurat tetapi tidak pada yang tersirat? Astaghfirullah hallazim, kenapalah hamba-Mu ini lalai, ya Allah?

"Mama tahu hari-hari kamu mengaji untuk dia. Mama yakin Ida pun tahu itu. Kalau Allah masih merestui hubungan kamu, insya-Allah Dia akan pulangkan Ida untuk kamu. Banyakkan tawakkal, banyakkan berdoa. Serahkan semuanya pada yang kat atas itu, nak. Dia yang berikan segalanya buat kita,"pujuk Mak Aina.

Aamir tidak menjawab, sebaliknya hanya mampu mengalirkan air matanya kerana terharu. Sesungguhnya Allah sedang mengujinya sekarang, dan sebagai suami dia harus kuat kali ini. Demi Allah dan demi seorang isteri. Sekilas dia memandang isterinya, dia terlihat jari-jemari isterinya bergerak-gerak. Dengan pantas dia berlari ke kaunter jururawat untuk menjelaskan keadaan isterinya. Mak Aina hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.

"Alhamdulillah, Kau dah makbulkan doaku. Maka, Kau titipkanlah kebahagiaan buat anakku, Aamir Arsyad Ruzaini dan menantuku, Sayyidah Nadira Abdul Salim. Amin ya Rabbal 'Alamin..."doa Mak Aina, tanda syukurnya ke hadrat Illahi.

*bersambung*



Foot print: Cedera parah... =)

Friday, February 24, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 9...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Maafkan ana sebab dah tak boleh nak update blog hari-hari sebab kesempitan waktu... So, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


Entah mengapa hari itu ringan kakinya memasuki bangunan pejabat tempat Aamir bekerja. Bangunan yang tersergam indah di Jalan Tun Razak itu dia jejaki untuk membuat kejutan buat suaminya.

Sejak akhir-akhir ini, Nadira sudah mula boleh bercakap dengan mesra apabila bersama suaminya itu. Tiada lagi nada acuh tak acuh yang keluar dari bibirnya. Dia tahu, dia sudah tak boleh menipu Aamir dan dirinya sendiri. Dia harus akui yang dia sayangkan Aamir.

Selepas ditunjukkan bilik pejabat Aamir oleh penyambut tetamu, dia berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan. Baru sedikit pintu bilik dikuaknya, dia dapat mendengar Aamir sedang berbual dengan seorang lelaki. Pada mulanya dia menyangkakan mereka berbincang tentang kerja, namun apabila namanya disebut, dia membiarkan pintu itu terbuka sedikit.

"Aku tak boleh tipu Dira lagi, Man. Walaupun dia layan acuh tak acuh, dia tetap isteri aku. Aku tak boleh terus menduakan dia,"luah Aamir, resah.

Tergamam Nadira mendengar perkataan "menduakan" itu. Apakah sudah hilang perasaan sayang Aamir pada dirinya sehinggakan suaminya itu tegar menduakannya?

"Chill, bro. Lya ni kan stok hilang sunyi kau saja, buat teman-teman kau. No hard feelings kan bro, jadi apa nak takut?"tanya Erman, rakan sekerja Aamir.

"Aku takut dosa. Kau tahu kan benda ini cuma mainan hawa nafsu? Sebelum bini aku dapat tahu, aku nak berhenti,"jelas Aamir sambil mengangkat kedua belah tangannya.

Nadira sudah hilang sabar, lantas dia membuka pintu pejabat lalu berjalan ke arah kerusi tempat suaminya duduk. Melihat kehadiran Nadira, Aamir berdiri lalu menelan air liur.

"Sekarang saya dah tahu, awak nak buat apa? Saya ingatkan bila awak masih layan saya dengan baik walaupun saya tak layan awak begitu, awak ikhlas terima saya seadanya. Ternyata saya silap bila saya lupakan trauma saya atas apa yang awak buat pada saya dulu hanya kerana saya yakin awak sayangkan saya! Saya bodoh sebab pulangkan balik kepercayaan saya pada awak!"jerit Nadira, seakan wanita gila. Erman sudahpun keluar dari bilik meninggalkan pasangan suami isteri tersebut sendirian sedari awal lagi.

"Abang minta maaf, Dira. Abang khilaf,"jawab Aamir, perlahan.

"Saya boleh maafkan awak, tapi awak kena ceraikan saya. Gunalah alasan apapun, asalkan awak ceraikan saya!"bentak Nadira, lalu keluar dari bilik tersebut menuju keluar. Aamir bertindak mengejar Nadira sehingga ke luar bangunan. 

Melihat Aamir mengejarnya, Nadira mula berlari melintas jalan tanpa menyedari ada kereta yang sedang laju menuju ke arahnya. Belum sempat Aamir menjerit memberi amaran kepada isterinya, dia dapat melihat dengan matanya sendiri Nadira sudahpun tercampak ke hadapannya akibat dilanggar.

Aamir melutut lalu mengangkat kepala Nadira. Air matanya tak dapat ditahan lagi, dengan pantas dia memeluk isterinya itu sambil meraung.

Erman yang baru saja turun dan melihat kejadian itu bertindak pantas menghubungi ambulans. Mujur dia berasa tidak sedap hati, kalau tidak pasti tiada siapa yang akan menghubungi ambulans walaupun pasangan itu dikerumuni orang ramai.

*      *     *     *     *

Azhar dan Syahira yang baru saja pulang dari majlis nikah kawan karib Azhar sejak sekolah menengah berlari menuju ke arah wad kecemasan dimana dia melihat Aamir sedang berdiri di hadapan bilik pembedahan dan berlumuran darah.

"Macam mana Ida, Aamir?"tanya Syahira sebaik saja mereka tiba.

"Tak tahulah, dah dekat 3 jam dia ada kat dalam itu. Banyak juga darah dia keluar tadi, memang parah dah aku tengok,"jawab Aamir, perlahan.

"Sabar banyak-banyak, Aamir. Ini dugaan untuk kau. Kami berdua sentiasa ada untuk kau,"sampuk Azhar pula.

Mendengar kata-kata Azhar, Aamir hanya mengeluh panjang. Semoga Allah SWT selamatkan isterinya.

Tiba-tiba, seorang doktor keluar dengan seorang jururawat dibelakang. Melihat doktor tersebut, Aamir berjalan ke arah doktor itu.

"Siapa ahli keluarga Sayyidah Nadira?"tanya doktor itu.

"Saya suaminya, macam mana dengan isteri saya, doktor?"jawab Aamir, resah.

"Alhamdulillah, dia selamat. Kalau encik lambat 5 minit, mungkin dia sudah tiada lagi. Akan tetapi, akibat kehilangan banyak darah di kepala, dia mungkin akan koma sehingga darah dapat kembali ke bahagian otaknya. Saya tak boleh jamin berapa lama, jadi harap encik bersabar banyak-banyak. Encik boleh uruskan hal kemasukan isteri encik ke unit jaagan rapi,"jelas doktor lalu beredar.

Mendengar penjelasan doktor itu, Aamir terduduk di tepi dinding hospital. Dia dapat rasakan dunianya telah kelam separuh apabila mengetahui bahawa Nadira koma. Walaupun begitu, dia masih lagi bersyukur Allah SWT masih selamatkan nyawa isterinya itu kerana andai isterinya tiada, dia tak dapat bayangkan bagaimana dia hendak meneruskan hidupnya. Lebih-lebih lagi, Nadira adalah satu-satunya wanita yang dia sayangi selepas ahli keluarganya.

Azhar dan Syahira hanya mampu melihat Aamir yang ternyata sedih itu. Mereka berdua tahu betapa Aamir menyayangi Nadira, namun apakan daya itulah ujian Allah SWT buat Aamir dan Nadira. Allah SWT takkan memberikan ujian sebegini berat buat mereka berdua seandainya mereka berdua tak mampu hadapinya. Setiap kejadian Allah SWT aturkan pasti ada hikmahnya.

*bersambung*



Foot print: Alhamdulillah... Dapat sesuaikan diri sebagai wanita berkerjaya... =)

Monday, February 20, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 8...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Alhamdulillah, hari ini ana telahpun mendapat IC baru ana dan juga pekerjaan. Maaflah kalau lepas ini ana tak dapat nak update blog selalu. Anyway, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Sayang, bangun. Mandi, boleh solat Asar,"ayat itu telah mengejutkan Nadira dari lenanya. Dia menggosok matanya, kelihatan Aamir sedang tersenyum.

"Dah berapa jam saya tertidur?"tanya Nadira, mamai.

"Sejam saja. Lupa ke apa yang jadi tadi?"tanya Aamir sambil tersenyum nakal.

Nadira cuba mengingatkan kembali. Oh tidak, adakah dia telah menyerahkan dirinya kepada suaminya?

"Aduhai, Sayyidah Nadira. Kalau kau dah serahkan diri kau pun, bukan dapat dosa. Dapat pahala lagi ada,"bisik hati kecil Nadira.

"Ingat, ingat. Belum hilang ingatan lagi,"jawab Nadira, selamba.

Aamir memegang tangan Nadira, lembut. Nadira tersentak dengan tingkah suaminya itu.

"Terima kasih kerana buat abang rasa sayang milik abang,"ucap Aamir lalu tersenyum.

"Sama-sama,"jawab Nadira, acuh tak acuh.

"Cepat mandi, lepas sayang mandi, kita solat ya,"arah Aamir, lembut tapi tegas.

Seperti dipukau, Nadira bertindak mengikut apa yang di arah. Hairan Aamir melihat tindak-tanduk Nadira yang sama sekali berlainan dengan sebelum ini.

*     *     *     *     *

"Awak nak lauk apa untuk piknik itu?"tanya Nadira yang sedang membelek-belek ayam di rak sejuk beku. Aamir hanya mengiringi Nadira manakala Suriani, kawan baik mereka berdua sedang mencari barang untuk rumahnya.

"Saya nak lauk hati boleh?"tanya Aamir sambil tersenyum nakal.

"Sejak bila pulak awak makan hati ini, Aamir? Hari itu waktu kenduri kahwin sepupu Syahira, awak kata awak tak makan hati pun,"tanya Nadira, hairan.

"Saya nak hati awak,"jawab Aamir, selamba.

"Aamir Arsyad!"Nadira menjerit kecil lalu memukul Aamir dengan beg tangannya. Aamir pula sudahpun ketawa besar.

"Ala, janganlah marah. Okay, serius. Saya tak kisah apapun, asalkan boleh telan masuk mulut,"jawab Aamir.

"Kalau macam itu, saya masak kegemaran awak, ayam goreng. Okay tak?"cadang Aamir.

"Anything will do, my dear,"jawab Aamir lalu tersenyum manis.

Entah kenapa semakin dia menolak Aamir, semakin banyak kenangan manis mereka menerjah fikiran Nadira. Entah kenapa malam itu dia benar-benarkan rindukan suasana dahulu. Bukan dia tak boleh nak kembalikan suasana itu, tapi hatinya benar-benar terluka atas apa yang Aamir lakukan padanya. Air mata sudahpun mencurah-curah.

"Abang tak kahwin dengan Dira untuk tengok air mata Dira lagi. Cukuplah abang tengok dulu, please don't make it fall again,"ucap Aamir yang datang entah dari mana lalu mengelap air mata isterinya itu.

Nadira terkesima mendengar kata-kata suaminya, entah mengapa hatinya terusik mendengar kata-kata itu. Semakin laju air mata yang jatuh ke pipinya.

Melihat isterinya begitu, dengan pantas Aamir menarik Nadira lalu mereka berpelukan. Tiada suara kedengaran, hanya tangisan Nadira yang jelas terdengar.

*      *      *      *      *

"Maaf lambat, traffic jam tadi," kata Azhar yang duduk di hadapan Inani dan Syahira duduk di sebelah Azhar.

"It's okay. Eh, Ira pun ada? I thought awak datang seorang,"sindir Inani yang tak selesa dengan kehadiran Syahira.

Wajah Syahira sudahpun berubah masam. Perubahan wajah Syahira itu dapat dilihat oleh Azhar.

"Saya bawa Ira sebenarnya ada hal nak beritahu awak. Saya risau saya tak kuat nak beritahu, jadi saya terpaksa bawa Ira sekali,"jawab Azhar.

"Apa yang susah sangat awak nak beritahu saya sendiri sampai awak kena bawa Ira?"Inani sudah mula meninggikan suaranya.

"I guess awak dah salah faham dengan saya. Memang saya layan awak baik, tapi hubungan kita hanya sekadar kawan. Saya harap awak faham,"terang Azhar, perlahan.

"So, awak nak cakap awak pilih Ira, macam itu?"tanya Inani.

"Yes, you are right. Saya pilih dia, bukan sebab dia yang sentiasa ada untuk saya. Bukan sebab dia saja yang sayang saya, tapi sebab dia dah sentuh hati saya,"luah Azhar.

"Habis itu, kenapa panggil saya sayang? Kenapa bagi saya harapan, Azhar Khalid? Kenapa?"bentak Inani.

"Sebab saya tak sampai hati,"jawab Azhar.

"Habis, sekarang sampai hatilah?"bentak Inani lagi.

"Nope, sekarang saya dah muak dengan perangai awak yang asyik salahkan Ira for everything sejak dari mula lagi. Jangan salahkan cinta yang tak berlabuh pada tempatnya, Nani. Mungkin kita tak ada jodoh,"jelas Azhar.

"Kau orang belum kahwin lagi, ada apa dengan jodoh?"sindir Inani.

"Kalau kami tak ada jodoh, saya terima. Tapi untuk saya kembali pada awak untuk kali ketiga, mungkin tidak. Cukuplah awak permainkan hati saya sebelum kita putus 5 tahun lepas,"tegas Azhar.

Syahira tidak mampu bersuara, hanya mampu melihat. Dia benar-benar terkejut dengan semua yang diucapkan oleh Azhar.

Inani yang berang dengan kata-kata Azhar bangun lalu mencurah air limau ais yang dipesannya ke arah lelaki itu.

"Terima kasih atas harapan palsu itu, I hope you like it,"ucap Inani lalu berlalu pergi.

Azhar terkejut dengan tindakan bekas teman wanitanya itu manakala Syahira terkelu melihat bakal tunangnya sudah basah lencun dengan limau ais.

"Kat sebelah itu ada kedai baju kan?"tanya Azhar, lembut.

"Ada, nak I pergi belikan baju ke? U tunggu sini, I pergi,"jawab Syahira lalu berjalan keluar dari kedai makan itu. Azhar hanya memerhatikan Syahira dari jauh.

"Thanks sebab ada untuk I,"Azhar bermonolog sendiri lalu mengeluh panjang.

*bersambung*



Foot print: Ana rindu.... :'(

Thursday, February 16, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 7...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Alhamdulillah, ana dapat tahu cerpen ana yang ini dapat sambutan yang tak kurang hebatnya seperti yang pertama... Syukran jazzilan kawan-kawan... So, ana ingat nak sambung lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Terima kasih sebab masakkan bubur untuk saya. Siap suapkan lagi,"ucap Nadira setelah habis semangkuk bubur ayam disuapkan oleh Aamir ke dalam mulutnya.

"Sama-sama. Nah, makan ubat pula,"jawab Aamir lalu menghulurkan gelas berisi air dan dua biji ubat demam kepada Nadira. Nadira mengambil ubat itu lalu memasukkan ke dalam mulut dan mengambil gelas pula lalu meneguk air di dalamnya. Selepas itu, dia menyerahkan kembali gelas itu kepada Aamir.

"Awak, saya nak solat Isyak dengan qada' Maghrib dulu boleh?"tanya Nadira.

"Yes, you may tapi lepas itu terus tidur. Abang nak kemas dapur sekejap. Kalau abang tahu Dira keluar bilik, siap Dira,"arah Aamir.

Nadira hanya mengangguk lemah lalu berjalan menuju ke arah bilik air.

Aamir hanya menghantar pemergian isterinya ke bilik air dengan pandangan yang tajam. Sedari dulu, memang dia tak pernah beri muka pada Nadira bila Nadira sakit. Tambahan pula, Nadira mengalami gastrik dan resdung yang agak teruk.

*     *      *      *     *

Syahira membuka blog milik Nadira dengan harapan dia boleh mendapat jawapan yang dia cari. Sejak 5 tahun lepas, Nadira tak lagi mengemaskini blognya secara umum. Benar jangkaannya, entri terakhir Nadira yang bertajuk "Maafkan isterimu ini" menjelaskan segalanya. Syahira membaca satu persatu hasil luahan hati kawan baiknya itu:

Saban malam aku menangisi khilafku ini... Aku telah cuba melenyapkan peristiwa hitam 5 tahun lepas hanya untuk suamiku ini... Namun aku gagal, gagal lagi. Kesannya sehingga termimpi-mimpi, saban malam aku hanya mampu bangun pagi-pagi buta hanya untuk menangis.

Aku hanya mampu menatap wajah suamiku dan menyentuhnya kala dia tidak menyedarinya. Ketika dia di kejauhan, aku pasti akan menatapnya. Ketika dia sedang tidur, aku akan mengusapnya. Itu saja yang aku mampu lakukan untuk lepaskan sayangku padanya. Tapi untuk membuat ketika dia sedar, belum masanya lagi. Aku perlu pastikan tempat aku terjamin, mungkin sebab terlalu fobia kot.

Aku harap suamiku akan maafkan aku, sungguh aku masih tak mampu untuk menjadi isteri mithali untuknya. Aku hanya seorang wanita biasa... Encik Suami, maafkan isterimu ini... :'(

Dari hati,
Puan Isteri

Berlinang air mata Syahira membaca luahan hati Nadira, meskipun ringkas namun dia dapat memahami apa yang ada di dalam hati kawan baiknya itu. Kerana berbeza manapun dia, mereka berdua tetap sama, tetap seorang wanita.

*     *     *     *     *

Tidur Aamir terganggu apabila dia mendengar bunyi dari dapur. Dengan pantas dia bangun dari sofa lalu menuju ke arah dapur dan terkejutnya dia melihat Nadira sedang memotong sayur.

"Dira buat apa ini?"tanya Aamir, tegas.

"Saya masaklah, takkan bertukang kot,"seloroh Nadira sambil ketawa kecil.

"It's not funny, Sayyidah Nadira. Demam lagi tak?"tanya Aamir sambil memegang dahi Nadira.

"Ish, panas lagi ini! Sudah, berhenti buat kerja, now!"arah Aamir yang berang dengan tingkah laku Nadira.

"Alahai, demam saja pun. Bukan nak mati pun. Bagilah saya masak, saya bosanlah duduk dalam bilik itu,"jawab Nadira menyebabkan wajah Aamir bertukar merah menahan marah.

"Demam tak demam, kalau sakit, abang tetap takkan bagi Dira masak and it's final! Pergi naik atas sekarang!"bentak Aamir lalu menuding ke arah luar dapur.

Nadira tidak menjawab kerana dia lihat wajah Aamir memang macam nak telan dia. Ternyata Aamir sudah mengamuk tahap maksimum.

"Yalah, saya naik. Pinjam buku awak kat rak buku itu boleh?"tanya Nadira.

"Anything but in the room only. Abang tak izinkan Dira keluar sampai abang panggil,"arah Aamir lagi.

Nadira berpaling untuk keluar lalu memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Jangan nak buat mulut itik itu. Abang tak suka,"ucap Aamir tiba-tiba menyebabkan Nadira terkejut kerana dia membelakangi suaminya.

Nadira tidak menjawab lagi lalu terus naik ke dalam bilik tidurnya. Dia mula mencari buku yang menarik milik suaminya yang boleh dia baca. Tiba-tiba dia terjumpa buku "Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW" karya Abdul Malik bin Muhammad al-Qasim. Dengan pantas dia mencapai buku itu lalu berlujur di atas katil dan mula membaca.

Sedang dia leka membaca, dia langsung tak menyedari Aamir mengintainya dari belakang. Aamir tahu isterinya memang suka melawan, sejak dari dulu lagi. Namun, dia memang tahu yang isterinya tahu dia  takkan menang kerana sifatnya yang mahukan hitam, hitamlah yang dia akan dapat dan kerana itulah dia bersyukur dikurniakan Nadira sebagai isterinya.

*     *     *     *     *

Setelah sejam memasak makan tengahari, dia kembali ke bilik untuk memanggil isterinya makan. Namun, tersenyum lebar dia melihat isterinya sedang terlena dengan buku terletak di atas dada. Nadira yang dia kenal memang kuat tidur, dia ingat lagi dia pernah menengking Nadira di hadapan kawan-kawan sekelasnya kerana Nadira mencadangkan agar dia balik tidur saja ketika waktu tiada kelas.

Sayyidah Nadira yang dikenalinya cukup tabah. Wanita itu ketika dikenalinya, sangat-sangat suka menggembirakan orang lain tetapi apabila dia bersama wanita itu, barulah dia tahu apakah yang tersimpan di sebalik kegembiraan yang dia berikan pada orang lain, termasuklah dia. Wanita itu menyimpan 1001 masalah yang melanda dirinya hanya untuk melihat orang sesekelilingnya gembira.

Satu fakta yang Aamir tak pernah akui, dialah insan yang telah mengubah Nadira seluruhnya. Daripada seorang gadis yang periang, positif, tak mudah sensitif, suka melawak dan mengambil berat, dia telah mengubah gadis itu menjadi seorang gadis yang beremosi, sering menangis, sensitif, pentingkan masalahnya sendiri dan juga negatif. Ya, selama ini dia hanya tahu menyalahkan gadis itu kerana berubah, malah meninggalkannya terkontang-kanting tetapi sebenarnya, semua itu berlaku kerana salahnya juga. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?

"Dah berapa lama awak jadi tugu kat situ?"soalan Nadira menghentikan lamunannya. Dia memandang Nadira, wanita itu sudahpun duduk di birai katil, menghadapnya.

Aamir bertindak duduk di sebelahnya. Lama dia menatap wajah isteri yang dinikahi 3 bulan lepas, tetap sejuk matanya memandang.

"Abang minta maaf sebab tengking sayang tadi. Abang tak sengaja,"ucap Aamir, perlahan.

"Tak apalah, dah lupa dah pun. Awak lupa ke saya cepat reda marah kalau dapat tidur?"jawab Nadira lalu tersenyum.

Aamir memandang Nadira yang masih memandangnya. Mata mereka bertemu. Tanpa disedari, Aamir mendekatkan bibirnya dengan bibir Nadira. Nadira tidak meronta, malah matanya dipejam tanda dia merelakan.

*bersambung*



Foot print: Tak tahu nak rasa apa sekarang... Hahaha... =)

Wednesday, February 15, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 6...


Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Malam ini ana ingat nak mula sambung cerpen bersiri ana... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"I tanya U ni, U dengar tak?"tanya Azhar, sekali lagi.

"Dengar. Tapi I tak tahu macam mana nak jawab,"jawab Syahira.

"Okaylah, yang sebenarnya Aamir itu tinggalkan Ida dulu sebab sayang ke sebab tak sayang?"tanya Azhar, lagi.

"Sebab terlalu sayang,"jawab Syahira.

"Then, what's the problem? Kira okaylah Ida dapat kahwin dengan orang yang dia sayang selama 5 tahun ini,"kata Azhar.

"The problem is Ida itu sendiri. Dia macam dah tawar hati dengan Aamir tapi pilih nak kahwin dengan Aamir. Tak ke seksa orang dan diri sendiri itu?"luah Syahira, tak puas hati.

"I don't think Ida tak sayang Aamir. Cuma, kau orang itu yang tak tahu menilai. Sama macam mana dia tak tahu nak nilai kenapa Aamir tinggalkan dia dulu,"jawab Azhar, selamba.

"Hah? What do you mean?"tanya Syahira.

"Find the answer by yourself. Bila dah tahu jawapannya, U tanya I balik okay?"jawab Azhar sambil tersenyum.

Belum sempat Syahira menjawab, tiba-tiba telefon bimbitnya menyanyikan lagu Love You Like a Love Song nyanyian Selena Gomez tanda ada panggilan masuk. Dia mengeluarkan telefon bimbitnya dan nama "Ibu" tertera pada skrin. Dengan pantas dia menjawab.

"Hello, assalamualaikum ibu. Ada apa call kakak ini?"Syahira memulakan bicara.

"Waalaikumussalam, kakak dekat mana ini?"tanya Mak Jun di hujung talian.

"Kakak keluar makan dengan Azhar dekat KLCC. Ada apa ibu?"tanya Syahira.

"Ini ada orang masuk meminang kakak. Mahu terima atau tak?"tanya Mak Jun pula.

"Hah? Meminang? Siapa?"tanya Syahira.

Soalan itu menarik perhatian Azhar yang sedang menghirup air sejuk yang dipesannya. Lantas dia memandang Syahira yang sedang memandangnya.

"Azharlah. Apa jawapan kakak?"tanya Mak Jun lagi.

Riak wajah Syahira berubah mendadak apabila mendengar nama kawan baiknya itu disebut. Dia mula tak keruan.

"Cakap dengan mak ayah dia, jawapannya kejap lagi anak dia bagi okay? Bagilah mereka makan dulu ke apa ke,"jawab Syahira.

"Kamu nak beritahu dia sendiri ya? Baiklah, kirim salam pada dia. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam,"jawab Syahira lalu memutuskan talian. Dia menyimpan semula telefon bimbitnya ke dalam beg tangannya. Selepas itu, Azhar terus direnung tajam.

"Kenapa U pandang I macam itu?"tanya Azhar, hairan.

"Why me Azhar Khalid? Why not Inani?"tanya Syahira.

"Because I love you and not her,"jawab Azhar, selamba.

"Habis, nanti apa pula kata dia? Sudahlah orang fikir I ini perampas,"luah Syahira.

"Give me your answer first, my dear. Parents I tunggu I,"elak Azhar.

"I lebih rasa dia lebih layak untuk U,"jawab Syahira.

"Hanya I tahu apa yang terbaik untuk I. I dah buat solat istikharah and it's you, not her. Puas hati U?"bentak Azhar.

"Tapi I risaukan dia, kalau dia mengamuk nanti?"tanya Syahira, risau.

"Let her be. I want you to be my wife. Boleh berhenti merepek dan bagi jawapannya sekarang tak?"bentak Azhar lagi.

"My answer is yes, my dear. I will marry you,"jawab Syahira sambil tersenyum.

Mendengar jawapan Syahira, dengan pantas Azhar mengeluarkan telefon bimbit iPhone 4S miliknya lalu menghantar mesej kepada ibunya.

"Thanks, U,"luah Azhar sambil tersenyum lebar.

"No biggie,"jawab Syahira lalu membalas senyuman Azhar.

*     *      *      *       *

Aamir sedang membaca buku sambil duduk di atas sofa apabila telefon bimbit Nadira berdering. Pada mulanya dia hanya membiarkan kerana dia menyangka isterinya akan bangun tetapi apabila dia melihat Nadira sedikitpun tak bergerak, dia mencapai telefon bimbit isterinya itu lalu menjawab panggilan dari Syahira itu.

"Hello, assalamualaikum,"ucap Aamir.

"Waalaikumussalam, Aamir. Ida mana?"tanya Syahira di hujung talian.

"Dia tidur. Kenapa?"tanya Aamir.

"Tolong kejutkan boleh?"tanya Syahira lagi.

"Telefon dia sikit punya kuat pun dia tak bangun, aku nak kejut lagi? Memang tak bangunlah. Kenapa? Ada hal penting ke?"tanya Aamir pula.

"Aku dah dipinang, Aamir. Seronok sangat,"luah Syahira sambil ketawa kecil.

"Alhamdulillah dan tahniah. Siapakah insan bertuah itu? Azhar ke?"tanya Aamir lagi.

"Yup, azhar. Seronok kan?"jawab Syahira.

"Alhamdulillah penantian kau tak sia-sia,"ucap Aamir.

"Kau dengan Ida masih macam itu lagi ke?"tanya Syahira dengan nada yang tiba-tiba berubah.

"Masih, tapi aku kenal sangat bini aku itu. Dia berubah macam mana pun, dia tetap Sayyidah Nadira yang aku sayang dulu,"jawab Aamir sambil tersenyum.

"Tak apalah, mungkin Allah nak duga kau. Thanks okay, kirim salam kat Ida. Assalamualaikum,"kata Syahira.

"Waalaikumussalam,"jawab Aamir lalu memutuskan talian dan meletakkan kembali telefon bimbit Nadira di atas meja sisi katilnya.

Dia memandang isterinya yang sedang tidur dengan perasaan hairan. Nadira bukan jenis manusia yang tak bangun bila telefon berbunyi. Peliknya. Dia memegang tangan Nadira, panas.

"Dira demam ke?"Aamir bermonolog sendiri.

Dengan serta merta dia memegang dahi Nadira. Panas, memang sah demam. Dengan pantas dia menuju ke dapur lalu mengambil pelekat Coolfever di dalam peti ais dan naik semula ke dalam bilik tidur.

Pelekat itu dia lekatkan di dahi isterinya dan dia menyelimutkan isterinya memandangkan bilik mereka menggunakan penghawa dingin. Dia memandang jam dinding, jarum jam tersebut menunjukkan jam 7 petang.

"Aku mandi, solat dulu baru masak bubur untuk Diralah,"Aamir bermonolog lagi sebelum tangannya mencapai tuala lalu menuju ke bilik air.

*      *       *       *        *

Nadira membuka mata. Kepalanya terasa pening, agaknya dia tidur lama kot. Dia memandang jam dinding, alangkah terkejutnya dia melihat jarum jam pendek sudahpun melepasi angka 9. Astaghfirullah hallazim, dia tertinggal solat Maghrib.

"Kenapa Aamir tak kejutkan aku?"Nadira bertanya sendiri.

Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu di atas dahinya. Dia memegang dahinya, terasa seperti pelekat Coolfever. Demamkah dia? Semakin bingung dia memikirkannya.

Sedang dia berfikir, tiba-tiba Aamir masuk. Apabila dia melihat isterinya sudah bangun, dia mendekati katil lalu duduk disebelah Nadira.

"Sayang dah bangun? Mari sini abang cabut pelekat itu, abang nak rasa panas lagi tak badan Dira,"kata Aamir lalu mencabut pelekat yang sedari tadi melekat di atas dahi Nadira.

Nadira tidak menjawab, tidak pula menghalang. Dia masih bingung, tambah bingung dengan tingkah laku suaminya yang sangat menjaga itu.

"Dira tunggu sini, abang bawakan bubur dengan ubat demam untuk Dira ya?"pesan Aamir setelah mencabut pelekat itu.

"Tak apalah, saya turun makan sendiri. Sudahlah menyusahkan awak nak masak untuk saya,"jawab Nadira.

"Degil Dira ini masih tak hilang lagi ya? Abang cakap tunggu sini, jangan nak mengada,"bentak Aamir.

Nadira tidak lagi menjawab apabila Aamir sudah bertegas. Dengan pantas Aamir bangun dan keluar dari bilik tidur. Nadira hanya memandang pemergiaan Aamir. Kenapa suaminya berkelakuan begini?

"Kalau terus-terusan begini, aku pasti akan kalah,"Nadira bermonolog sendiri.

*bersambung*



Foot print: Kan bagus rasa macam ini... =)

Tuesday, February 14, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 5...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Malam ini ana ingat nak mula sambung cerpen bersiri ana... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Untung ada orang itu, suami sayang juga walaupun isteri dia layan dia macam nak tak nak. Aku ini, sayang orang bertahun-tahun pun orang itu tak sayang aku pun,"sindir Syahira setelah Aamir pergi membeli makanan.

"Untung jadi ada orang itu, kalau dapat orang yang ditunggu itu jadi suami pun, sekurang-kurangnya dia tak pernah khianati kau,"sindir Nadira pula.

"Belum tentu dapat lagi Ida, lainlah kau. Dah tentu-tentu halal pun kau layan dia macam mana dia layan kau dulu. Dulu, hubungan kau orang itu haram, dia buat macam itu, kau pun dapat saham pahala. Sekarang ini, kau buat dia macam ini, dia dapat saham dosa. Kau tak risaukan dia ke?"ceramah Syahira.

"Aku masih cuba nak terima, aku cuma minta masa. Kenapa semua orang susah sangat nak faham hah?"bentak Nadira akibat rimas dengan ceramah Syahira itu.

"Aku bukan apa, aku tak nak kau menyesal nanti. Itu saja,"jawab Syahira.

"Apa perasaan kau kalau hari-hari kau mimpikan saat dia tinggalkan kau? Tak pernah seharipun terlepas. Seronok ke?"tanya Nadira balik.

"Kau ini banyak fikir ke Ida? Kau selalu begitu. Nanti dia tinggalkan kau macam mana?"duga Syahira.

"Bukan jodoh akulah kalau macam itu,"jawab Nadira sambil memandang ke arah Aamir yang tiba dengan sedulang makanan.

"Suka hati kaulah, Ida. Jangan cakap aku tak beritahu,"jawab Syahira lalu beredar untuk membeli makanan.

"Kenapa dengan Ira itu sayang?"tanya Aamir yang masih terpinga-pinga.

"Dia marah saya tadi, pasal saya tak boleh layan awak macam mana isteri-isteri lain buat,"jawab Nadira, jujur.

"Peliklah Dira ini,"luah Aamir.

"Kenapa pula?"tanya Nadira, hairan.

"Kalau tak suka abang, kenapa jujur sangat?"tanya Aamir lagi.

"Ada saya cakap saya tak suka? Tak ada kan? Jangan fikir bukan-bukan boleh? Cuma saya masih tak boleh lupa apa yang awak buat pada saya dulu,"jawab Nadira.

"Insya-Allah, nanti abang akan ceritakan semuanya. Itu janji abang pada Ira dulu kan? Abang tahu Dira tahu tentang ini,"tanya Aamir.

"Tak payah bagi harapan lagilah. Saya tak nak terluka lagi,"jawab Nadira lalu menyuapkan ayam goreng ke dalam mulutnya.

Aamir hanya mampu memandang isterinya sayu. Dia tahu isterinya cepat fobia, jadi salahnya juga tak berterus terang dari mula.

*     *      *      *       *

"Hari ini saya rasa seronok sangat,"luah Aamir tiba-tiba. Nadira yang sedang memandu mengerling ke arahnya, hairan.

"Kenapa pulak, Aamir?"tanya Nadira.

"Sebab saya dah jatuh hati pada seorang wanita,"jelas Aamir.

"Habis itu, selama ini awak dengan saya, tak sayanglah?"tanya Nadira.

"Tak, hanya suka,"jawab Aamir, selamba.

"Siapa perempuan bertuah itu?"tanya Nadira, cemburu.

"Perempuan yang sayangkan saya seikhlasnya,"jawab Aamir, ingin menduga.

"Yalah,"rajuk Nadira.

"Saya harap saya boleh berkahwin dengan insan itu,"luah Aamir lagi sambil menjeling ke arah Nadira. Nadira masih berpura-pura selamba.

"Insya-Allah Aamir,"jawab Nadira, perlahan.

Tiba-tiba, lamunan Aamir terhenti. Dia menekup mukanya dengan kedua belah tangannya. Sesaat kemudian, dia mengeluh.

"Apakah aku salah dalam bertindak dulu, ya Allah? Ataupun caraku dulu terlalu kejam? Ya Allah, berikanlah aku kekuatan dalam memikat isteriku semula,"doa Aamir yang tanpa disedari didengari oleh Nadira dari belakang.

Nadira hanya membisu. Dia tahu suaminya terseksa, dia juga turut merasakannya. Akan tetapi, suaminya lebih menghargai keperitan daripada kesenangan, itulah yang membuatkan dia terpaksa berbuat begitu.

"Maafkan Dira, abang. Kalau abang boleh bersabar sikit saja lagi,"bisik hati kecil Nadira.

*      *       *       *       *

Syahira sedang membelek iPad miliknya apabila duduk seorang lelaki dihadapannya. Melihat kehadiran lelaki itu, Syahira menutup iPad itu lalu memandangnya.

"Sorry lambat, tadi jalan sesak. Dah lama sampai?"tanya Azhar, lelaki itu.

"Baru saja. So, how's Nani? Sihat?"sindir Syahira.

"U kalau tak sindir orang sehari, boleh tak? Dah 5 tahun I putus dengan Nani, kami kawan sajalah."

"Ada I tanya ke, Har? Tak ada kan?"tanya Syahira dengan nada menyampah.

"Ya Allah Ira, I memang tak ada apa-apa dengan dia,"jelas Azhar lagi.

"I don't think I should know that. So, apa cerita U nak datang jumpa I ni?"tanya Syahira, ubah topik.

"I heard Ida and Aamir dah kahwin. Betul ke?"tanya Azhar.

"Yes, why?"tanya Syahira pula.

"Kalau macam itu, kenapa Aamir tinggalkan Ida dulu?"tanya Azhar, hairan.

Syahira terkesima mendengar soalan itu. Sudah 5 tahun dia rahsiakan daripada semua orang, termasuklah kawan baiknya sendiri, Nadira dan Azhar. Apa patut dia beritahu Azhar sekarang?

*bersambung*



Foot print: Bertahanlah sikit lagi, kalau tak boleh bertahan, kenapa tunggu dulu? ;)

Monday, February 13, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 4...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Malam ini ana ingat nak mula sambung cerpen bersiri dari pukul 8 tadi, tapi disebabkan banyak sangat gosip-gosip panas melanda di Facebook, jadi ana tumpu pada yang itu dulu... =) Now, dah setel baru boleh sambung cerpen dengan lega... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:



  • Part 1
  • Part 2
  • Part 3


  • "Saya dah fikir masak-masak, saya dah tak nak ada kaitan dengan awak lagi, awak faham tak?"bentak Aamir akibat rimas dengan desakan Nadira.

    "Yalah, tapi kenapa tiba-tiba saja?"desak Nadira, tak puas hati.

    "Perlu ke awak tahu sebab untuk semua keputusan saya? You are not even my wife, Ida!"bentak Aamir lagi.

    "Tengok? Keluar dah baran awak itu. Kalau keputusan awak itu tak melibatkan saya, saya pun tak inginlah nak tahu!"balas Nadira, bengang.

    "Fikirlah apa yang awak nak fikir, Ida! Saya tak nak ambil peduli. Asalkan awak terima semua ini, itu lebih baik,"jawab Aamir lalu beredar.

    "Aamir! Saya tak habis lagi!"jerit Nadira setelah melihat Aamir sudahpun berlalu pergi. Namun, jeritannya tak diendahkan.

    "Aamir!"jerit Nadira lagi lalu terjaga. Bertambah terkejutnya dia melihat dia berada di atas katil. Dengan pantas dia melihat jam, sudah pukul 3 pagi. Tahulah dia hanya bermimpi.

    Dia melihat sebelah, Aamir sedang nyenyak tidur. Hajatnya ingin menunaikan solat tahajjud, namun rasanya lebih elok kalau dia kejutkan Aamir sekali.

    "Awak, bangun. Jom solat tahajjud,"gerak Nadira, lembut.

    Aamir mengeliat lalu bangkit. Dia memandang isterinya, hairan.

    "Kenapa awak pandang saya macam itu?"tanya Nadira yang juga hairan.

    "Dira cakap apa tadi?"tanya Aamir yang masih mamai.

    "Saya ajak awak solat tahajjud, jomlah,"ajak Nadira sambil menarik tangan suaminya itu.

    Alangkah terkejutnya Aamir melihat isterinya begitu. Kalau sebelum ini, jangankan tarik tangan, sentuh dia pun tidak. Memang jauh bezanya.

    "Yalah, yalah. Jom,"jawab Aamir.

    Melihat suaminya masih boleh melayan kerenahnya, Nadira tersenyum puas.

    *     *      *      *       *

    "Dira mimpi apa semalam?"tanya Aamir, memecah kesunyian pagi sambil menyapu jem pada sekeping roti.

    "Hah? Apa awak cakap ini?"tanya Nadira pula, pura-pura tak memahami soalan suaminya.

    "Dira jerit panggil abang malam tadi itu kuat kot. Nasib baik abang tak pekak,"jawab Aamir, selamba.

    Terkelu lidah Nadira mendengar jawapan Aamir itu. Naik merah mukanya menahan malu.

    "Kalau dah jerit pun panggil awak, mimpi awaklah. Lagi mau tanya,"jawab Nadira sambil tersipu malu.

    "Wah, satu perubahan baik itu! Mimpi apa?"tanya Aamir lagi.

    "Mimpi kena tinggal,"jawab Nadira, selamba.

    "Kena tinggal? Dulu ke sekarang?"tanya Aamir, tak puas hati.

    "Dululah. Kalau sekarang, ada yang tak senang duduk nanti,"seloroh Nadira sambil tersenyum nakal.

    "Dira fobia kat abang ke sampai Dira jadi macam ini?"tanya Aamir, resah.

    "You know me well, Aamir. Tak perlu awak tanya soalan yang awak tahu sendiri jawapannya,"jawab Nadira lalu mengangkat pinggannya ke dapur.

    Mendengar jawapan isterinya, dia mula dihantui perasaan serba salah.

    *      *      *       *       *

    "Sorry lambat, aku ada overtime tadi,"jelas Syahira setelah duduk di hadapan Nadira.

    "Tak apa, kami pun baru sampai. Kan Dira?"jawab Aamir sambil mengerling ke arah Nadira.

    "Ha'ah, Ira. Kami baru sampai,"jawab Nadira lalu tersenyum.

    "Kau orang tak beli makanan lagi ke?"tanya Syahira setelah melihat tiada makanan di atas meja.

    "Aku nak beli, tapi Dira suruh tunggu kau. Jadi, tunggulah dulu. So, kau dah sampai, aku ingat aku nak belikan sekali. Kau nak apa?"jelas Aamir.

    "Tak payah, aku pergi nanti. Kau belikan untuk kau orang dulu,"jawab Syahira.

    "Okay,"jawab Aamir, hendak berlalu.

    "Awak tahu ke nak beli apa?"tanya Nadira, hairan.

    "Tahu saja, snack plate 1, dua-dua kentang putar kan? I'm never forget,"jawab Aamir, selamba.

    Nadira hanya mampu mengangguk, lidahnya terkelu seribu bahasa. Syahira yang menyaksikan kejadian itu hanya mampu tersenyum.

    *bersambung*



    Foot print: Senior ana cakap, kalau tulang rusuk dia memang kat ana, tak ke mana pun... ;)

    Sunday, February 12, 2012

    Hapuskanlah Egomu Sayang Part 3...

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat ana mencoret dalam blog kelabu ini... Malam ini ana nak sambung cerpen bersiri ana... Idea tengah mencurah-curah ini... =) Untuk link part 1, klik sini dan part 2 pula sini...

    "Assalamualaikum Ira, lama ke tunggu?"tanya Nadira sebaik saja dia duduk di hadapan Syahira yang sedang membelek telefon bimbit Blackberry Torch 9850 miliknya...

    Mendengar kata-kata Nadira itu, dengan pantas Syahira meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Seperti biasa, Syahira mencium tangan Nadira dan mereka berdua berpelukan sambil melagakan pipi mereka.

    "Waalaikumussalam, aku baru saja sampai Ida. Pesan pun belum lagi,"jawab Syahira sambil tersenyum.

    Tak lama kemudian, pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.

    "Give me Hazel Cheese and iced water, please,"pesan Syahira.

    "I would like to have Marble Cheese and iced water too. Thanks,"sambung Nadira pula.

    Setelah pelayan itu menyalin pesanan mereka, dia pun berlalu pergi.

    "Ada apa kau beria-ia nak jumpa aku? Musykil pulak aku,"seloroh Nadira setelah pelayan itu pergi.

    "Saja, nak tanya Puan Sayyidah Nadira macam mana indahnya menjadi seorang isteri. Ceritalah,"jelas Syahira sambil mengenyitkan sebelah matanya.

    Jawapan Syahira itu membuatkan Nadira terdiam. Takkanlah dia nak cakap dia tak berikan peluang unuk Aamir menyentuhnya?

    "Okay saja. Macam orang lain juga,"jawab Nadira , acuh tak acuh.

    "Jangan tipu aku, Ida. Aamir ada cakap dengan aku yang kau layan dia tak macam dulu. Why? Kau masih tak boleh nak maafkan dia ke? Kalau ya, kenapa kau kahwin dengan dia?"tanya Syahira bertubi-tubi menyebabkan Nadira mula rimas.

    "Aku dah agak dah suami aku itu mesti akan cari kau punya, kau orang kan serupa. Kau nak tahu jawapan jujur aku? Aku dah lama maafkan dia, tapi aku tak pernah lupa apa yang dia buat pada aku. Walaupun untuk sesaat, Ira. Aku kahwin dengan dia, sebab Allah suruh aku kahwin dengan dia. Aku masih cuba untuk terima dia sebagai suami, susah sangat ke nak bagi aku masa? Aku masih jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kecuali yang satu itu saja,"jelas Nadira, panjang lebar.

    "Mungkin dah masa untuk kau lupakan semuanya, Ida. Kau menyeksa diri kau sendiri. Aku tak kisahkan dia sangat, mungkin itu karma dia tapi kau itu. Kau bukan macam ini, aku ingat Aamir tipu bila dia cakap kau dah berubah. Nampaknya aku salah,"luah Syahira.

    "Aku memang dah berubah, Ira. Lama dah, cuma kau orang saja yang tak pernah perasan,"jawab Nadira, selamba.

    "Dulu kau tak ego macam ini pun, Ida. Kau dah tahu apa yang jadi dengan Aamir sebab keegoan dia dulu, kenapa kau nak ulang benda yang sama?"tanya Syahira lagi.

    "Aku tak ambil tahu pun dulu, lepas dia sambung belajar, aku terus berhenti ambil tahu pasal dia. Aku dah jauh hati dengan dia, sampailah dia masuk meminang bulan lepas,"jelas Nadira.

    Terkedu Syahira apabila mendengar jawapan Nadira, rupanya banyak yang dia tak tahu tentang kawan baiknya itu. Kawan baiknya itu hanya menyimpan segalanya sendiri. Patutlah dia berubah secara mendadak begini.

    *     *     *      *     *

    Aamir sedang membaca buku "Apabila Allah Menduga Kita" karya Syed Alwi al-Attas yang dipinjam daripada isterinya itu apabila pintu bilik tidurnya dibuka dan Nadira masuk ke dalam bilik menuju ke arah meja solek untuk meletakkan beg tangannya. Selepas itu, dia terus menuju ke arah Aamir yang berlujur di atas katil.

    Melihat isterinya mendekatinya, dia meletakkan buku itu di atas meja sisi katil lalu memandang Nadira. Nadira menghulurkan tangannya sebagai isyarat ingin bersalam dan apabila Aamir menyambut tangannya, dia mencium tangan suaminya itu.

    "Ira kirim salam kat awak,"ucap Nadira, membuka bicara.

    "Waalaikumussalam. Dira bawa kereta Kancil itu ke tadi?"tanya Aamir selepas menjawab salam.

    "Yalah, takkan awak tak perasan kereta Kancil itu tak ada?"tanya Nadira, hairan.

    "Abang tak perasanlah, sayang. Maafkan abang,"jawab Aamir lalu tersenyum.

    "Baiklah. Oh ya, apa yang awak cakap pada Syahira sambil dia soal siasat saya?"tanya Nadira sambil merenung suaminya itu.

    Aamir pula tersentak mendengar soalan cepumas isterinya itu. Lantas dia menelan air liur.

    "Abang cakap Dira dah lain, itu saja,"jawab Aamir, jujur.

    "Kenapa awak perlu kisah kalau saya ini lain?"duga Nadira, geram.

    "Sebab Dira isteri abang, of course abang kisah! Dira tahu kan abang tak suka Dira banyak-banyak tanya, kenapa Dira buat lagi?"bentak Aamir.

    "Ingatkan baran awak itu dah hilang, ada lagi rupanya,"sindir Nadira.

    "So, you better watch your words. Or else, dengarlah apa yang abang nak cakap,"jawab Aamir, agak kasar.

    Nadira membuat reaksi tak peduli dengan amaran yang suaminya itu keluarkan. 2 tahun perhubungan membuatnya cukup masak dengan perangai Aamir yang baran itu. Untuk meleraikan ketegangan antara mereka, Nadira keluar meninggalkan suaminya sendiri. Aamir pula hanya mampu mengeluh.

    *bersambung*



    Foot print: Harap-harap mulut mama tak masin! =)

    Hapuskanlah Egomu Sayang Part 2...

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ana yang tersayang ini... Ana ingat ana nak sambung cerpen bersiri ana yang ke-3... Untuk link part 1, sila klik sini...

    "Kenapa diam? Abang tanya ini,"tanya Aamir lagi apabila dia melihat tiada respon daripada Nadira.

    "Sebab Allah mahukan awak jadi suami saya. Awak adalah jawapan untuk istikharah saya,"jawab Nadira, perlahan.

    "Baik, abang terima jawapan Dira. Cuma, abang rasa abang dah kahwin dengan Nadira yang lain. Bukan dengan yang abang kenal dulu,"luah Aamir apabila melihat tingkah laku Nadira yang agak lain dimatanya.

    "Sayyidah Nadira yang awak kenal itu dah awak bawa sekali dengan awak waktu awak tinggalkan saya dulu. Jadi, nak tak nak awak kena terima saya yang sekarang ini,"jawab Nadira lalu beredar menuju ke arah bilik air.

    Jawapan Nadira benar-benar tidak memuaskan hati Aamir. Pasti ada yang tak kena dengan isterinya itu. Dengan pantas Aamir mencapai telefon bimbitnya itu lalu membuka aplikasi Blackberry Messenger (BBM) dan mencari nama seseorang yang boleh membantunya mencari jawapan yang dia mahukan. Pemilik nama Nur Syahira akhirnya menarik perhatiannya. Kawan baik isterinya itu pasti boleh membantunya. Lantas dia menaip pesanan yang hendak dihantar:

    Me : Assalamualaikum Ira, aku nak minta tolong kau. Aku rasa ada yang tak kena dengan Ida. Dia macam susah saja nak terima aku. Cakap pun nak tak nak, dia cakap dia dah tak macam dulu. Betul ke?

    Tak lama selepas itu, Syahira membalas:

    Syahira : Waalaikumussalam, Ida berubah? Hahaha... Dengan kau saja kot, dengan orang lain tak macam itu pun. Biasa saja. Itulah, dulu waktu kau nak tinggalkan dia dulu, kenapa kau main pakai tinggal saja? Ada kau tahu penderitaan dia? Kau tahu ego kau saja.

    Aamir serba salah pula membaca jawapan Syahira itu, lantas dia membalas:

    Me : Aku nak dekati dia pun tak ada ruang yang diberi, macam mana aku nak tebus salah aku? Aku tak naklah kahwin dengan batu. Sepatah aku cakap, sepatah dia jawab. Kadang-kadang tak jawab pun.

    Selang beberapa minit, Syahira membalas:

    Syahira : Baru 12 jam nikah, dah complain ya? Yang kau seksa dia 5 tahun dulu itu ada dia complain kat kau? Padahal dah banyak kali dia rasa nak call kau, maki hamun kau tapi dia masih lagi waras tau? Oh, kau rasa kau kahwin dengan batu ke, Aamir? Dulu, kau batukan diri kau dan biarkan dia saja yang bercakap macam cakap dengan orang gila itu kira baik ya? Bagus, buatlah lagi Aamir Arsyad. =)

    Aamir mula merasa rimas dengan jawapan Syahira itu.

    Me : Aku pernah mengaku dengan dia dulu, aku tak boleh dia diam. Dia memang nak seksa aku ke, Ira? Tolonglah aku, weh. Pujuklah dia agar dia tak macam itu depan aku. Aku rindu Nadira yang dulu. =(

    Selepas itu, Syahira membalas:

    Syahira : I'll try, but no promises. Deal?
    Me : Deal, thanks kawan... =)
    Syahira : No biggie. ;)

    Selepas Syahira menjawab mesejnya itu, dia menutup aplikasi tersebut lalu meletakkan semula telefon bimbitnya di atas meja tepi katil mereka. Tak lama kemudian, Nadira keluar dari bilik air lalu menuju ke arah katil dan membaringkan diri disebelah tempat dia duduk itu.

    "Tidurlah awak. Dah lewat, jumpa esok. Assalamualaikum,"ucap Nadira lalu menutupkan matanya.

    Melihat isterinya begitu, Aamir hanya mampu mengeluh.

    *     *      *      *      *

    Mak Aamir, Mak Aina sedang menyusun cawan di atas meja makan apabila Nadira turun ke dapur. Melihat kehadiran menantunya itu, Mak Aina berhenti menyusun cawan.

    "Assalamualaikum mama,"ucap Nadira lalu mencium tangan Mak Aina.

    "Waalaikumussalam, Ida. Dah subuh?"tanya Mak Aina.

    "Alhamdulillah, sudah mama. Dengan Aamir tadi, tapi dia sambung tidur lepas itu. Ida turun ini nak tengok apa yang boleh Ida bantu mama kat bawah ini,"jawab Nadira.

    "Oh ya ke. Ida tolong bancuhkan air boleh? Teko atas meja itu Ida bancuhkan kopi ya. Aamir cakap Ida tak minum kopi, jadi untuk Ida dengan Aamir punya, mama serahkan pada Ida nak bancuh air apa. Teko untuk air kamu berdua mama dah letak tepi bekas gula itu. Milo ada dalam bekas hijau dalam kabinet atas, teh pula dalam bekas kuning. Hot chocolate yang Aamir beli kat Tesco semalam pun mama dah letak kat atas juga. Pandai-pandai Ida ya,"terang Mak Aina panjang lebar.

    "Okay, mama. Makan?"tanya Nadira.

    "Makan, mama dah goreng nasi tadi. Ada dalam kuali lagi, Ida tolong sendukkan, letak dalam mangkuk ya,"jawab Mak Aina sambil memegang bahu menantunya itu.

    "Baik, mama. Ida settle semua. Mama jangan risau,"kata Nadira sambil tersenyum.

    "Okay then. Mama nak solat sekejap, nanti mama turun balik ya sayang?"jelas Mak Aina.

    Nadira hanya mengangguk. Melihat respon Nadira, Mak Aina beredar ke tingkat atas dan Nadira menuju ke dapur dengan teko kopi yang diambil dari atas meja tadi. Nadira membancuh kopi dalam teko itu dan membancuh teh untuk dia dan Aamir memandangkan dia tak sukakan kopi manakala Aamir tak boleh minum kopi kerana alahan. Dia ingat lagi Aamir pernah muntah-muntah setelah terminum kopi yang terhidang untuk minum petang ketika mereka sama-sama menghadiri kursus kepimpinan di universiti.

    Setelah selesai kerja yang dipesan oleh Mak Aina, Nadira duduk di atas kerusi meja makan lalu mengeluarkan telefon bimbit Samsung Galaxy Y miliknya lalu melayari laman sosial Facebook untuk menghantar status.

    Sedang dia leka dengan laman sosial itu, Mak Aina dan ayah Aamir, Pak Zaini tiba di meja makan. Dengan pantas Nadira menutup laman sosial itu dan mula melayan kedua mentuanya itu. Sedang dia melayan mereka, Aamir muncul lalu mengambil tempat di sebelah Nadira.

    Tanpa disuruh, Nadira menyenduk sepinggan nasi goreng lalu diserahkan kepada suaminya itu. Selepas itu, dia menuang pula secawan teh untuk Aamir juga.

    "Kenapa rasa kopi hari ini lain, Aina? Tak macam selalu,"tanya Pak Zaini, memecah kesunyian.

    "Menantu abang yang bancuh hari ini. Kenapa? Tak sedap ke?"tanya Mak Aina.

    "Sedap, tapi kalau abang, abang suka isteri abang ini bancuh,"jawab Pak Zaini bagi mengambil hati isterinya.

    Nadira hanya tersenyum melihat adegan romantik mentuanya itu. Aamir yang menyedari tingkah laku isterinya itu hanya memandang Nadira dengan rasa geli hati.

    "Hah, Aamir. Sedap tak teh yang bini Aamir bancuh itu?"tanya Mak Aina kepada Aamir pula.

    "Sedap sangat, mama. Tak salah Aamir pilih isteri kan, mama?"jawab Aamir sambil menjeling ke arah Nadira.

    Mendengar pujian Aamir, Nadira tak senang duduk akibat malu. Tak betah dia berada di situ lalu bangun menuju ke dapur. Melihat isterinya, Aamir berhenti makan lalu mengikut langkah Nadira.

    "Kenapa ini, Dira? Abang ada salah cakap ke?"tanya Aamir yang risau melihat Nadira hanya bersandar di dinding.

    "Awak tak ada salah apa-apa, cuma saya malu dengan pujian awak itu,"jawab Nadira.

    "Alahai, abang cakap betullah. Memang sayang punya air sedap. Takkan abang nak tipu. Sudah, jom makan,"pujuk Aamir lalu menarik tangan Nadira.

    Nadira tidak membantah lalu membiarkan saja suaminya menariknya semula ke meja makan.

    *bersambung*



    Foot print: Kesabaran itu tiada had. Catch up later guys, daa~

    Saturday, February 11, 2012

    Hapuskanlah Egomu Sayang Part 1...

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ini... So, macam mana? Tak sabar nak tunggu cerpen bersiri ke-3 ana? Wah, terharunya... Alhamdulillah, selama 2 bulan bergiat aktif dalam bidang penulisan cerpen, banyak ulasan positif yang ana dapat dan sekarang ana nak teruskan dengan cerpen bersiri ke-3 ana yang bertajuk "Hapuskanlah Egomu Sayang"... Selamat membaca... =)

    "Along, tadi ada rombongan meminang datang nak meminang along,"terang Mak Lina, ibu kepada Nadira.

    "Hah? Tapi along mana ada boyfriend. Takkanlah ada yang masuk meminang,"luah Nadira, hairan.

    "Memanglah kau tak ada boyfriend tapi ex boyfriend ada kan?"sindir Mak Lina.

    "Ada itu memanglah ada, tapi dah kahwin dah semuanya,"jelas Nadira.

    "Ya ke semua? Bukan ada seorang lagi ke yang tak kahwin lagi?"duga Mak Lina.

    "Mana mama tahu?"tanya Nadira yang terperanjat dengan jawapan ibunya itu.

    "Sebab yang tak kahwin lagi itulah yang masuk meminang kamu. Mestilah mama tahu,"jawab Mak Lina, selamba.

    "Hah? Mama biar betul! Mama juga yang cakap dia dah tak nak along dulu,"luah Nadira yang semakin terkejut.

    "Mama pun sangka begitu, tapi mama pun manusia juga. Buat salah, along. Mama tak sangkalah Aamir masuk meminang kamu,"jawab Mak Lina yang masih keliru itu.

    "Habis itu, mama cakap apa pada mak ayah dia?"tanya Nadira, ingin tahu.

    "Mama minta seminggu untuk kamu fikirkan, mereka setuju. Kalau ikutkan, mama tak ada halangan kalau kamu nak terima dia tapi mama faham mungkin kamu tak nak sejarah berulang. Jadi, terpulang pada kamu untuk buat keputusan, long. Apapun keputusan kamu, mama sokong dari belakang,"luah Mak Lina sambil tersenyum.

    Mendengar kata-kata ibunya, Nadira memeluk ibunya erat. Dia tahu dia harus istikharah.

    *     *      *      *      *

    Aamir sedang menaip laporan projek pada komputer ribanya apabila telefon bimbit Blackberry Curve 9350 miliknya berbunyi tanda mesej masuk. Lantas dia berhenti menaip lalu membuka peti masuk mesejnya. Nama pengirim yang muncul adalah Nadira dan mesejnya yang dihantar:

    Nadira : Assalamualaikum, ini Ida. Boleh Ida tahu adakah pemilik nombor ini masih Aamir Arsyad ke?

    Mesej wanita yang dipinangnya 3 hari lepas benar-benar membuatkannya tersenyum, lalu dia membalas:

    Me : Waalaikumussalam, Ida. Ya, saya Aamir. Ida apa khabar?

    Tak lama selepas itu, mesej dari Ida masuk lagi.

    Nadira : Sihat Alhamdulillah. Lega Ida bila tahu Aamir tak tukar nombor, almaklumlah dah hampir 5 tahun kita tak berhubung. Kalau Aamir tak masuk meminang Ida, mungkin Aamir dah hilang dari ingatan Ida kot. =)

    Terpana seketika Aamir apabila membaca mesej Nadira itu. Selama 5 tahun, sekalipun dia tak pernah melupakan gadis itu meskipun dia cuba berulang kali. Namun, tegar sungguh gadis itu membuangnya dari ingatan?

    Me : I never change my number, because I hope you will find me. By the way, apa hajat Ida mesej Aamir ini?

    Nadira menjawab beberapa minit kemudian.

    Nadira : I want to talk about your proposal to marry me.

    Berdebar rasa hati Aamir apabila membaca mesej Nadira ini. Ternyata wanita idamannya sejak 7 tahun lepas memang penuh dengan kejutan. Tak pernah berubah sifatnya yang satu ini.

    Me : Okay, ada apa yang boleh dibincangkan?

    Tak lama kemudian, Nadira membalas.

    Nadira : Ida nak beri jawapan Ida. Harap Aamir redha sebagaimana Ida sudah redha dengan semua ini. =)

    Semakin hebat debaran yang dirasakan Aamir apabila membaca mesej Nadira yang satu ini.

    Me : Insya-Allah, apa jawapan cik Sayyidah Nadira? Boleh saya tahu?

    Selang beberapa minit, mesej Nadira masuk. Terkesima Aamir membaca jawapan yang diberikan Nadira. Semakin laju peluh yang bercucuran jatuh di dahinya. Ya Allah, apakah ini yang terbaik untuk semua orang?

    *     *      *      *      *

    "Saya dah buat keputusan, kita putus sajalah,"ucap Aamir, perlahan namun masih boleh didengari oleh Nadira yang duduk di kerusi sebelahnya.

    "Tapi kenapa?"tanya Nadira, tak puas hati.

    "Sebab awak membosankan saya,"jawab Aamir, tanpa ada rasa bersalah.

    Nadira memandang ke dalam mata Aamir, dia tahu Aamir menipunya. Itu hanya alasannya saja.

    "Saya kenal awak, Aamir. Kita dah bersama untuk 2 tahun, perlukah awak tipu saya?"tanya Nadira, geram.

    "Terpulang pada awak nak fikir apa, saya beri pilihan pada awak untuk tunggu atau tinggalkan saya. Cuma, jangan harapkan apa-apa daripada saya lagi,"jelas Aamir lalu beredar meninggalkan Nadira yang terpinga-pinga. Air mata gadis itu mula mengalir membasahi pipinya.

    "Sayang fikir apa itu sampai abang kat depan ini pun sayang tak sedar?"tanya Aamir, menghentikan lamunan Nadira.

    "Tak ada apa-apalah. Awak dah mandi dah? Saya nak mandi pula,"Nadira berbasa-basi sebelum bangun untuk meninggalkan lelaki yang sudah dinikahinya 12 jam lepas.

    Namun, langkahnya terbantut apabila tangannya ditarik Aamir. Lantas, dia berpaling lalu memandang suaminya itu.

    "Nak pergi mana itu? Abang nak cakap sikit,"kata Aamir membuatkan secara automatik Nadira duduk kembali di tempat dia duduk tadi lalu menundukkan wajahnya ke lantai.

    "Boleh abang panggil Ida dengan nama panggilan Dira?"tanya Aamir, membuka bicara.

    "Terpulang pada awak, saya tak ada halangan,"jawab Nadira, perlahan.

    "Boleh tak panggil abang ini abang, bukan awak lagi? I'm your husband, not your boyfriend,"tegas Aamir.

    "Sorry, tapi saya tak boleh. Bagi saya masa untuk sesuaikan diri dengan everything, including to accept you as my husband after 5 years you left me hanging,"jawab Nadira lalu memandang wajah Aamir.

    Aamir dapat melihat ada mutiara jernih dimata Nadira. Itulah kelemahan Nadira yang seringkali membuatkan Nadira dimarahinya. Dia akui dia tak boleh melihat air mata Nadira gugur sejak dia lihat wanita itu menangis dihadapannya 6 tahun lepas.

    "Baiklah, tapi kalau macam itu kenapa Dira terima abang dulu?"tanya Aamir, hairan.

    Nadira hanya memandang lelaki yang berada dihadapannya dan kemudiannya menundukkan wajahnya ke bumi. Berat untuk dia menjawab soalan itu.

    *bersambung*



    Foot print: Nama yang berlainan, tetapi maksud yang serupa... =) Catch up later guys, daa~

    Friday, February 10, 2012

    Perbezaan Dua Cerpen...

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Alhamdulillah malam semalam (bukan pagi ke?) ana telah berjaya menamatkan cerpen bersiri ana yang kedua, "Pengorbanan Sahabat Sejati"...

    Post ini adalah post pemisah antara cerpen kedua dan cerpen ketiga yang bakal ana tulis mungkin bermula dari petang atau malam ini... Pasti korang semua tertanya-tanya kenapa wujudnya post ini kan? Post ini dibuat kerana pendapat yang diutarakan daripada salah seorang pembaca blog ini tentang kedua-dua cerpen nukilan ana... So, ana buat post ini untuk menjelaskan tentang kedua-dua cerpen ini... =)

    ♥ Kekuatan Wanita Itu ♥

    Cerpen yang berkisar tentang pengorbanan seorang isteri kepada seorang lelaki biseksual dalam mengubah naluri suaminya itu adalah cerpen pertama yang menggunakan isu keagamaan sebagai tema. Secara jujurnya, kisah ini adalah adaptasi kisah benar yang telah ana tunggang terbalikkan agar menjadi lebih sedap untuk dibaca... 


    Maka tak hairanlah kalau korang semua menganggap watak Sarah itu terlalu sempurna, kerana pada hakikatnya watak Sarah yang asal (dunia realiti) taklah sempurna mana dimata ana... Beza watak asal dan watak yang ana ciptakan ini hanyalah Sarah itu tak pernah terfikir langsung untuk berputus asa dalam membantu suaminya bermujahadah... ;)


    Watak Fauzi pula hanya diubah dari segi karakter, ana cantikkan lagi sifat teguh dalam pendirian watak itu dan tanamkan sifat tak berputus asa yang lebih kental, tetapi apabila Fauzi kalah dengan godaan nafsu, ana buatkan ianya lebih kejam apabila Fauzi bertindak menunjukkan sifat bangganya dengan dosa yang dilakukan sedangkan watak asal Fauzi itu tak pernah bangga dengan dosanya sendiri...


    Cerpen ini memang ana akui sangat berat kerana isu biseksual yang ingin berubah jarang sekali diketengahkan... Ana berani mati mengambil isu ini untuk diketengahkan setelah membuat research selama 2 tahun... Maka cerpen itulah hasilnya... =)

    ♥ Pengorbanan Sahabat Sejati ♥

    Cerpen yang berkisar tentang 4 orang sahabat yang sanggup mengorbankan cinta mereka demi persahabatan ini adalah 100% hasil karya ana sendiri, tetapi diinspirasikan oleh karya kedua kawan baik ana ketika di sekolah rendah dulu, iaitu Raden... Bezanya, yang mengorbankan diri itu tidak terkorban... =)


    Mungkin kerana ianya adalah hasil karya ana 100%, maka ana membuatkan tema dan plot cerpen itu lebih ringan dan kurang unsur keagamaan... Walau bagaimanapun, ana cuba juga untuk menyelitkan sedikit mesej-mesej agama dalam cerpen itu, seperti keempat-empat watak itu bebas daripada gejala "couple", dosa isteri yang mengingati lelaki selain suaminya serta apa yang diperlukan dalam Islam ketika menceraikan isteri.


    Lagipun, ana hasilkan cerpen ini sesuai untuk bacaan remaja, especially budak sekolah... So, tak adalah cerpen ana berat sangat kan? ;)

    So, diharap korang jelas dengan perbezaan kedua cerpen ini... Dalam berkarya, kita tak boleh membuat karya yang hampir serupa saja... Hendaklah dipelbagaikan, kalau tidak nanti orang akan bosan... Jadi, ana tak boleh stereotaip sangat... =) Okay la, nak makan dulu... Catch up later guys, daa~

    Foot print: Terima kasih kepada orang yang menjatuhkan ana dulu kerana memberikan ana kekuatan untuk hidup pada hari ini... =)

    Pengorbanan Sahabat Sejati Part 11 (Akhir)...

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Tengahari ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


    "Terima kasih sebab sudi jadi saksi aku, bro. Aku cuma nakkan yang terbaik untuk sahabat aku. Kau orang berdua adalah sahabat aku yang paling aku sayang,"ucap Safwan kepada Shafrizal sebaik saja mereka keluar dari bilik Mahkamah Syariah Ipoh.

    "Tak ada hal, cuma aku kasihan kat kau. Kau kena bayar denda,"jawab Shafrizal.

    "Money is not everything, my friend. Aku tahu kau jaga bekas isteri aku baik-baik, almaklumlah janda berhias mana ada idah,"seloroh Safwan sambil tersenyum nakal pada Ainul yang berdiri di sebelah Shafrizal.

    "Bijak jugak kan Wan ni, Rizal? Mar pun lupa dia tak pernah sentuh Mar,"sampuk Ainul.

    Mendengar jawapan Ainul, mereka berdua ketawa besar.

    "Oh ya, kau macam mana?"tanya Shafrizal.

    "Setiap pengorbanan ada ganjaran, bro. Kau dah dapat ganjaran kau, mestilah ganjaran aku pun ada,"jawab Safwan.

    "Maksud kau?"tanya Shafrizal.

    "Sebenarnya aku dah madukan Mar untuk seminggu, tapi nikah gantung saja,"jawab Safwan sambil tersenyum.

    "What? Wan madukan Mar? How dare you do this to me, ex husband!"jerit Ainul lalu memukul bekas suaminya dengan beg tangannya.

    "Alahai, Wan kahwin sebelum kita cerai sebab nak buat plan B kalau dibuatnya Mar itu kental sangat. Maafkan Wan ya,"jelas Safwan.

    "Okay, Mar maafkan tapi siapa wanita bertuah itu?"tanya Ainul, hairan.

    "Alia Masturah binti Mazlan,"jawab Safwan sambil tersenyum lebar.

    "Apa? Mas?"jawab Shafrizal dan Ainul, serentak.

    *     *     *     *     *

    "Abang, boleh Mar tanya sesuatu?"tanya Ainul kepada suaminya.

    "Apa dia, sayang?"balas Shafrizal sambil memandang isterinya itu. Senyuman manis terukir di bibirnya.

    "Kenapa abang tak mengaku dari mula yang abang sayangkan Mar?"

    "Sebab abang tak nak perasaan abang membawa kepada maksiat. For me, no couple before nikah. Sebab itulah bila kawan baik abang masuk minang sayang dulu, abang mengalah. Matlamat tak menghalalkan cara, Mardhiah."

    "I love when you call me Mardhiah,"puji Ainul sambil mengusap rambut Shafrizal.

    "I love when you call me abang,"jawab Shafrizal sambil tersenyum nakal.

    "We love when both of you are not overacting in public,"sampuk Safwan dan Masturah yang tiba-tiba muncul entah dari mana.

    "Macam mana kau orang tahu kitaorang kat sini?"tanya Shafrizal.

    "Ingat tak waktu kau beritahu aku pasal mimpi kau kat Mekah dulu? Kau ada mention kan tasik UTP ini tempat kegemaran Mar?"tanya Masturah.

    "Oh ya, aku ingat. Anyway, aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab berkorban untuk kami berdua. Kau orang memang sahabat sejati aku,"ucap Shafrizal.

    "Sahabat sejati takkan ambil perempuan idaman sahabatnya sebagai isteri,"seloroh Safwan.

    "Setiap yang berlaku ada hikmah, Wan. Kalau tak, takkan boleh tersayang Mas kan?"sampuk Ainul pula.

    "Tahu tak apa. Dulu tak pandang pun Mas ini,"celah Masturah.

    "Yalah, abanglah salah kan?"rajuk Safwan.

    "Alahai, merajuk pula suami Mas ini. Lelaki tak elok merajuk. Buruk,"jawab Masturah sambil menarik kedua belah pipi Safwan.

    Ainul dan Shafrizal hanya ketawa melihat keletah kedua kawan baik mereka itu. Sesungguhnya ternyata jodoh mereka berempat tersangatlah kuat kerana keikhlasan mereka dalam bersahabat itu sangat jelas malah sanggup untuk mengorbankan kehendaknya demi kehendak yang lain...

    *Tamat*



    Foot print: Elak apa yang boleh dielak, ubah apa yang boleh diubah, tipu selagi mampu untuk menipu... Semoga berjaya! =)

    Wednesday, February 8, 2012

    Pasangan dekat? Mudah atau mudarat?

    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu yang soooooo not lawa ni... Tapi nak buat camne kan? I need the cherry blossom soooooo much.... =)

    So, hari ini topik ana agak tak ada kena mengena dengan ana... Okay, jangan jadi hipokrit Nadiah, pernah dan mungkin masih ada kaitan dengan ana... Diinspirasikan oleh dua "adik" comel dan hensem, my juniors, which are better I don't mention up their names... The topic that has been chosen is about "love in the same place"...

    Hah? Love in the same place? Apa maksudnya? Maksudnya berpasangan dengan rakan sekolej, satu sekolah, ataupun satu tempat kerja? Ada faham? Okay, some people might found it as interesting and easier since your partner is at the same place as yours, but trust me, everything has their own pros and cons...

    Kenapa ana cakap macam itu? Simple, ana pernah alami yang dekat and yang jauh... Jadi, ana boleh bagi 10 kelebihan dan 10 kelemahan berpasangan (tak kiralah couple atau berkahwin) dengan rakan sekolej, sekolah dan sekerja.... Nak tahu? Tengok bawah ye:

    10 Kebaikan:


    - Senang nak berjumpa, nak lepas rindu, nak berbincang, nak dipantau dan yang sefrekuensi dengannya...

    - Semua orang tau pasangan itu adalah pasangan kamu...

    - Cepat kenal hati budi...

    - Banyak kenangan manis bersama...

    - Kenal kawan-kawan pasangan...

    - Boleh jaga kesihatan pasangan...

    - Kalau merajuk, boleh tunjuk... Untung-untung dapat pujuk...

    - Senang nak perbaiki hubungan...

    - Kalau susah, pasangan boleh tolong-menolong...

    - Perasaan dapat ditonjolkan dengan lebih berkesan...

    10 Kelemahan pula:

    - Bila dah senang jumpa and blah blah blah, maka cepatlah cemburu buta...

    - Membawa kepada pergaduhan yang kerap...

    - Bila cepat kenal hati budi, mungkin cepat bosan...

    - Banyak kenangan manis, banyak juga kenangan pahit...

    - Kalau putus atau gaduh, semua orang tahu...

    - Susah nak larikan diri kalau putus...

    - Kalau putus, menyusahkan "mutual friends" (kawan takkan nak ngaku kan? Tapi fact okay!)...

    - Alasan nak putus itu memang banyak: tak serasilah, ada orang lainlah, bosanlah...

    - Makan budi banyak sangat... Jaga-jaga...

    - Membawa kepada maksiat...

    Bila ana state begini, tak semestinya jauh itu lebih baik... Pada ana, sama saja... Kalau ada perasaan sayang dan percaya, tahanlah... Kalau tak, sayonara... So, tepuk dada tanya selera... =)

    Okaylah, banyak kerja ini... Catch up later guys, daa~

    Foot print: Kalau anda sanggup buat luahan hati kat tempat public, anda memang berani mati! =)

    Tuesday, February 7, 2012

    Pengorbanan Sahabat Sejati Part 10...


    Assalamualaikum wbt...

    Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Tengahari ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


    "What? Kau gila ke, Wan? Kau nak kahwin dengan aku sedangkan kau dah kahwini Mar? Oh tidak, Wan. Memang aku sayangkan kau, tapi aku tak sanggup nak khianati kawan baik aku sendiri. Even kalau korang berdua bercerai pun, aku masih tak sanggup nak hadapi kenyataan aku akan ganti tempat dia. Apa salah dia, Wan sampai kau nak buat begini?"ceramah Masturah apabila Safwan mengutarakan cadangannya untuk mengahwininya kerana ingin isterinya meminta cerai daripadanya.

    "Dia tak salah pun, tapi aku yang salah. Sebab aku buta sangat tak nampak hati dua orang kawan baik aku sendiri,"jawab Safwan, perlahan.

    Masturah terkelu mendengar jawapan Safwan. Melihatkan wajah Safwan yang sayu itu, telah membantutkan kemarahan yang bersarang di hati Masturah.

    "Kau dah tahu?"tanya Masturah.

    "Dah, aku terjumpa surat yang aku bagi kat Mar yang Rizal bagi sebelum dia gila dulu,"jawab Safwan, lemah.

    "Wan, Rizal memang sayangkan Mar, tapi Rizal lagi sayangkan kau,"luah Masturah, jujur.

    "Sebab itu dia suruh Mar kahwini aku kan? Aku tahu,"tanya Safwan.

    "Bukan itu saja, Wan. Ada lagi satu perkara yang Rizal buat semata-mata untuk pastikan perkahwinan kau orang berlangsung,"jawab Masturah.

    "Hah? Apa kau cakap ini?"tanya Safwan, hairan.

    "Kau ingat tak kejadian yang dia call kau untuk jemput Mar kat kedai makan kan? Malam itu mereka bergaduh besar, sebab Mar nak putuskan pertunangan dia dengan kau,"cerita Masturah.

    "Ingat, kenapa dengan kejadian itu?"tanya Safwan, ingin tahu.

    "Waktu itu, Mar cakap dia nak putuskan pertunangan kau orang, tapi Rizal tak benarkan. Dia nak juga Mar kahwin dengan kau. Jadi, dia berpura-pura gila supaya Mar akan ikut cakap dia,"jelas Masturah, resah.

    "What? Jadi, selama ini dia tak gila?"tanya Safwan.

    "Tak. Malah, dia hadir waktu kau orang nikah dulu, tapi dia tengok dari luar saja. Selama tiga bulan ini, dia ke London dan Mekah, buat umrah."

    Mendengar penjelasan Masturah, Safwan bungkam. Sampai begitu sekali kawan baiknya itu berkorban demi kebahagiaannya. Layakkah dia menerima semua pengorbanan ini?

    "Maafkan aku andai kau rasa aku hanya menggunakan kau, tapi aku nak tebus silap aku yang tak pernah perasan perasaan kau pada aku dan perasaan mereka berdua. Boleh kau terima aku, Mas?"tanya Safwan.

    Masturah memandang Safwan. Ya Allah, bantulah aku membuat keputusan...

    "Bagi aku masa sampai hujung minggu ini. Aku perlu istikharah dulu, ini soal masa depan. Tak boleh dipandang remeh,"jawab Masturah, tenang.

    "Baiklah, aku beri kau masa untuk fikirkan,"jawab Safwan.

    Mendengar jawapan Safwan, Masturah tersenyum hambar. Dia benar-benar celaru.

    *     *     *     *     *

    Ainul yang sedang memasak itu berhenti memasak dan menutup api dapur apabila pintu rumahnya diketuk. Dengan pantas dia menuju ke hadapan dan membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia melihat dua orang lelaki yang tak dikenali dihadapannya.

    Belum sempat dia bersuara, salah seorang lelaki itu menyembur sesuatu kepadanya dan selepas pandangan terus kelam.

    Apabila dia sedar, dia sedang berlujur pada sebatang tiang konkrit dalam sebuah bilik yang sangat besar. Dia cuba bergerak, namun tangan dan kaki diikat dengan rantai besi. Malah, mulutnya dilekat dengan pita pelekat.

    Namun, ada lagi sekujur tubuh yang membuatkannya lebih terkejut. Tubuh seorang lelaki yang paling dikenalinya dan paling dirindui. Iaitu seorang lelaki yang bernama Adam Shafrizal.

    Hendak dipanggil, mulutnya tak boleh dibuka. Sedang dia memikirkan untuk melepaskan diri, kedengaran pintu bilik dibuka. Ainul menoleh dan terkejutnya dia melihat suaminya masuk ke dalam bilik itu.

    Dia memandang Safwan penuh tanda tanya. Safwan membalas pandangannya dan kemudiannya memandang Shafrizal yang masih tak sedarkan diri itu. Tak lama selepas itu, dia mendekati Ainul lalu mencabut pita pelekat di mulut Ainul.

    "Kenapa abang buat macam ini pada Mar?"tanya Ainul.

    "Apa-apapun, tunggu Rizal sedar dulu. Baru kita cerita ya,"jawab Safwan, tenang.

    "Apa semua ini? Mar tak fahamlah, abang."

    "Sabar dulu, abang tak nak cerita benda yang sama dua kali. Oh ye, sayang nak makan? Abang suapkan."

    "Mar tak laparlah,"jawab Ainul, pendek.

    Kedengaran bunyi rantai besi berlaga menyebabkan Ainul dan Safwan memandang ke arah Shafrizal. Kelihatan Shafrizal sudahpun sedar dan terpinga-pinga memandang mereka berdua. Safwan bangun lalu berjalan menuju ke arah kawan baiknya itu dan membuka pita pelekat di mulut Shafrizal.

    "Apa semua ini, Wan? Kenapa kau culik aku dengan Mar?"tanya Shafrizal pula.

    "Aku memang nak explain pun, Mar dah tanya tadi tapi aku tunggu kau sedar saja. Aku sengaja culik kau orang berdua dan ikat kau orang berdua sebab aku tahu kalau aku cuba temukan kau orang berdua, memang harapanlah kan? Mar tak pelik ke bila abang suruh Mar pakai tudung sebab ada orang nak datang tengahari tadi? Padahal abang tak suka orang datang rumah kita,"jelas Safwan.

    "Pelik memang pelik, tapi manusia boleh berubah. Kenapa abang perlu buat sampai macam ini?"jawab Ainul.

    "Sebab abang rasa dah sampai masa untuk abang buat apa yang sepatutnya abang buat untuk betulkan keadaan,"jelas Safwan.

    "Apa ini? Mar tak faham,"tanya Ainul.

    Tiba-tiba, kedengaran pintu dibuka dan dua orang yang telah melakukan aktiviti menculik Ainul dan Shafrizal tadi masuk.

    "Kenalkan, ini anak buah abang, Hazwan dan Imran. Abang yang suruh mereka culik kamu berdua padahal itu bukan kerja mereka pun. Mereka berdua ini eksekutif jualan kat syarikat abang kerja. Jadi, Mar, Rizal, aku minta maaf kerana terpaksa culik kau orang dan bersaksikan Hazwan, Imran dan kau, Rizal, abang ceraikan Mar dengan talak satu,"luah Safwan lalu berpaling ke arah lain.

    Shafrizal terkedu mendengar lafaz talak yang dikeluarkan Safwan manakala air mata Ainul sudahpun berguguran. Sesungguhnya, Shafrizal tak sampai hati melihat wajah Ainul yang sudah basah dengan air matanya itu.

    *bersambung*



    Foot print: Ana tak suka 8hb, fakta! =)

    Cuba baca yang ini:

     
    design by suckmylolly.com