Sunday, February 12, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 3...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat ana mencoret dalam blog kelabu ini... Malam ini ana nak sambung cerpen bersiri ana... Idea tengah mencurah-curah ini... =) Untuk link part 1, klik sini dan part 2 pula sini...

"Assalamualaikum Ira, lama ke tunggu?"tanya Nadira sebaik saja dia duduk di hadapan Syahira yang sedang membelek telefon bimbit Blackberry Torch 9850 miliknya...

Mendengar kata-kata Nadira itu, dengan pantas Syahira meletakkan telefon bimbitnya di atas meja lalu menghulurkan tangan untuk bersalam. Seperti biasa, Syahira mencium tangan Nadira dan mereka berdua berpelukan sambil melagakan pipi mereka.

"Waalaikumussalam, aku baru saja sampai Ida. Pesan pun belum lagi,"jawab Syahira sambil tersenyum.

Tak lama kemudian, pelayan datang untuk mengambil pesanan mereka.

"Give me Hazel Cheese and iced water, please,"pesan Syahira.

"I would like to have Marble Cheese and iced water too. Thanks,"sambung Nadira pula.

Setelah pelayan itu menyalin pesanan mereka, dia pun berlalu pergi.

"Ada apa kau beria-ia nak jumpa aku? Musykil pulak aku,"seloroh Nadira setelah pelayan itu pergi.

"Saja, nak tanya Puan Sayyidah Nadira macam mana indahnya menjadi seorang isteri. Ceritalah,"jelas Syahira sambil mengenyitkan sebelah matanya.

Jawapan Syahira itu membuatkan Nadira terdiam. Takkanlah dia nak cakap dia tak berikan peluang unuk Aamir menyentuhnya?

"Okay saja. Macam orang lain juga,"jawab Nadira , acuh tak acuh.

"Jangan tipu aku, Ida. Aamir ada cakap dengan aku yang kau layan dia tak macam dulu. Why? Kau masih tak boleh nak maafkan dia ke? Kalau ya, kenapa kau kahwin dengan dia?"tanya Syahira bertubi-tubi menyebabkan Nadira mula rimas.

"Aku dah agak dah suami aku itu mesti akan cari kau punya, kau orang kan serupa. Kau nak tahu jawapan jujur aku? Aku dah lama maafkan dia, tapi aku tak pernah lupa apa yang dia buat pada aku. Walaupun untuk sesaat, Ira. Aku kahwin dengan dia, sebab Allah suruh aku kahwin dengan dia. Aku masih cuba untuk terima dia sebagai suami, susah sangat ke nak bagi aku masa? Aku masih jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri kecuali yang satu itu saja,"jelas Nadira, panjang lebar.

"Mungkin dah masa untuk kau lupakan semuanya, Ida. Kau menyeksa diri kau sendiri. Aku tak kisahkan dia sangat, mungkin itu karma dia tapi kau itu. Kau bukan macam ini, aku ingat Aamir tipu bila dia cakap kau dah berubah. Nampaknya aku salah,"luah Syahira.

"Aku memang dah berubah, Ira. Lama dah, cuma kau orang saja yang tak pernah perasan,"jawab Nadira, selamba.

"Dulu kau tak ego macam ini pun, Ida. Kau dah tahu apa yang jadi dengan Aamir sebab keegoan dia dulu, kenapa kau nak ulang benda yang sama?"tanya Syahira lagi.

"Aku tak ambil tahu pun dulu, lepas dia sambung belajar, aku terus berhenti ambil tahu pasal dia. Aku dah jauh hati dengan dia, sampailah dia masuk meminang bulan lepas,"jelas Nadira.

Terkedu Syahira apabila mendengar jawapan Nadira, rupanya banyak yang dia tak tahu tentang kawan baiknya itu. Kawan baiknya itu hanya menyimpan segalanya sendiri. Patutlah dia berubah secara mendadak begini.

*     *     *      *     *

Aamir sedang membaca buku "Apabila Allah Menduga Kita" karya Syed Alwi al-Attas yang dipinjam daripada isterinya itu apabila pintu bilik tidurnya dibuka dan Nadira masuk ke dalam bilik menuju ke arah meja solek untuk meletakkan beg tangannya. Selepas itu, dia terus menuju ke arah Aamir yang berlujur di atas katil.

Melihat isterinya mendekatinya, dia meletakkan buku itu di atas meja sisi katil lalu memandang Nadira. Nadira menghulurkan tangannya sebagai isyarat ingin bersalam dan apabila Aamir menyambut tangannya, dia mencium tangan suaminya itu.

"Ira kirim salam kat awak,"ucap Nadira, membuka bicara.

"Waalaikumussalam. Dira bawa kereta Kancil itu ke tadi?"tanya Aamir selepas menjawab salam.

"Yalah, takkan awak tak perasan kereta Kancil itu tak ada?"tanya Nadira, hairan.

"Abang tak perasanlah, sayang. Maafkan abang,"jawab Aamir lalu tersenyum.

"Baiklah. Oh ya, apa yang awak cakap pada Syahira sambil dia soal siasat saya?"tanya Nadira sambil merenung suaminya itu.

Aamir pula tersentak mendengar soalan cepumas isterinya itu. Lantas dia menelan air liur.

"Abang cakap Dira dah lain, itu saja,"jawab Aamir, jujur.

"Kenapa awak perlu kisah kalau saya ini lain?"duga Nadira, geram.

"Sebab Dira isteri abang, of course abang kisah! Dira tahu kan abang tak suka Dira banyak-banyak tanya, kenapa Dira buat lagi?"bentak Aamir.

"Ingatkan baran awak itu dah hilang, ada lagi rupanya,"sindir Nadira.

"So, you better watch your words. Or else, dengarlah apa yang abang nak cakap,"jawab Aamir, agak kasar.

Nadira membuat reaksi tak peduli dengan amaran yang suaminya itu keluarkan. 2 tahun perhubungan membuatnya cukup masak dengan perangai Aamir yang baran itu. Untuk meleraikan ketegangan antara mereka, Nadira keluar meninggalkan suaminya sendiri. Aamir pula hanya mampu mengeluh.

*bersambung*



Foot print: Harap-harap mulut mama tak masin! =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com