Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Petang ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:
Petang adalah rutin bagi Ainul untuk pergi mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran di Kelas Pengajian al-Quran kawasan perumahannya. Malah, itulah yang menjadi penghilang bosan sejak dia berhenti kerja atas permintaan suaminya. Almaklumlah, bukan mudah untuk seorang wanita berkerjaya untuk menjadi seorang suri rumahtangga.
Namun, petang itu tanpa dijangka Safwan pulang awal ke rumah. Dia terus menuju ke bilik tidur untuk berehat sementara menunggu kepulangan isterinya. Namun, hasratnya dimatikan apabila dia terlihat laptop kepunyaan Ainul yang diletakkan di meja kerja milik isterinya.
Memandangkan isterinya tiada di rumah, dia mengambil kesempatan itu untuk membuka laptop itu. Sementara dia menunggu laptop itu hidup, dia membuka laci meja tersebut. Terdapat diari isterinya dan sebuah kotak kecil. Dia tahu diari isterinya itu tak patut untuk dia buka, jadi dia bertindak untuk membuka kotak itu.
Didalam kotak tersebut, terdapat gambar dia, Ainul, Shafrizal dan Masturah yang diambil ketika part 1 sehinggalah part 5. Akan tetapi, apa yang lebih menarik perhatiannya adalah sekeping kertas yang juga terdapat di dalam kotak itu.
Dia ingat lagi, itulah surat yang mak Shafrizal berikan kepadanya untuk diserahkan kepada isterinya. Malah, selepas kewujudan surat itulah, Ainul semakin kerap bersedih. Jadi, dia harus baca surat itu untuk mengetahui apakah sebenarnya yang membuatkan Ainul bersedih.
Alangkah terkejutnya dia apabila membaca isi kandungan surat itu. Barulah dia tahu kenapa isterinya tak bersedia untuk disentuh olehnya. Rupanya hati isterinya selama ini ada pada kawan baiknya sendiri. Patutlah malam itu Shafrizal bertindak menelefonnya agar menjemput isterinya di kedai makan. Rupanya dia ingin membuang isterinya demi dia. Patutlah isterinya meminta agar dipercepatkan perkahwinan mereka. Rupanya dia ingin menunaikan hajat insan yang disayanginya.
Ya Allah, apa yang patut dia lakukan sekarang?
* * * * *
"Mar, abang keluar jumpa Rizal sekejap ya. Abang mungkin balik lewat, Mar kunci saja pintu nanti. Abang bawa kunci,"kata Safwan sambil menuruni tangga dalam keadaan yang terburu-buru.
"Abang tak nak makan dulu? Mar siapkan,"tanya Ainul sebaik saja keluar dari dapur.
"Tak apalah, abang nak cepat. Nanti apa-apa hal, mesej atau call abang ya,"jawab Safwan.
"Baiklah kalau macam itu. Hati-hati ya,"pesan Ainul lalu mencium tangan suaminya.
"Baiklah, assalamualaikum."
"Waalaikumussalam,"jawab Ainul yang masih terkedu apabila Safwan bertindak mencium dahinya seperti ketika upacara membatalkan wudhuk mereka dulu.
Ainul hanya menghantar pemergian suaminya dengan pandangan yang amat sayu. Entah kenapa dia merasakan sesuatu akan berlaku. Hatinya benar-benar tak sedap.
"Ya Allah, selamatkan suamiku. Berikan dia perlindungan dari segala bahaya yang mendatang. Amin ya Rabbal 'Alamin..."doa Ainul.
* * * * *
"Ada apa kau tergesa-gesa nak jumpa aku ini, Wan?"tanya Shafrizal selepas Safwan selesai memesan makanannya.
"Kenapa kau tak pernah beritahu aku yang kau sayangkan Mar?"tanya Safwan pula.
"Itu cerita lama, Wan. Aku rasa benda itu dah tak penting lagi,"jawab Shafrizal.
"Kenapa kau harus berkorban untuk aku?"tanya Safwan lagi.
"Sebab kau kawan baik aku. Kau saja yang aku ada selain keluarga aku. Lagipun bila aku tengok kau kerap ke hospital waktu part 5 dulu, aku bimbang kalau-kalau kau tak dapat tunaikan hajat kau,"jelas Shafrizal.
"Hajat apa? Untuk peristerikan Mar?"tanya Safwan, mencari kepastian.
Shafrizal menggangguk lemah.
"Aku dah tunaikan hajat aku, kau boleh ambil dia balik. Aku akan lepaskan dia,"jawab Safwan.
"Weh, bro. Agak-agaklah. Kau ingat bini kau itu anak patung ke yang kau boleh bagi kat orang lain sesuka hati kau?"tanya Shafrizal dengan nada yang agak kasar.
"Kalau bini aku itu anak patung, sekarang juga aku dah bagi dia kat kau. Tapi dia bukan anak patung, jadi aku kena ambil masa untuk pulangkan buah hati kau itu. Aku tak nak lagi jadi penghalang antara kau orang berdua,"luah Safwan.
"Tapi dia pilih kau kan?"tanya Shafrizal.
"Untuk apa dia pilih aku demi kau, Rizal? Untuk apa? Dia lebih kisahkan kau yang duduk kat Hospital Bahagia dulu, daripada aku yang ada depan mata dia. Aku dah 6 bulan kahwini dia, tapi sekalipun aku tak pernah sentuh dia. Ambillah hati kau balik, jangan seksa hati kau orang lagi,"bentak Safwan.
"Habis, kau?"tanya Shafrizal.
"Kau jangan risaukan aku. Aku okay. Mar sentiasa cuba bahagiakan aku walaupun dia tak pernah dapat sayangkan aku macam mana dia sayangkan kau,"jelas Safwan.
"Tapi masalahnya, Mar takkan setuju dengan benda ini."
"Jangan risau, bro. Dia bini aku, aku tahulah nak buat macam mana,"jawab Safwan lalu tersenyum.
Mendengar jawapan Safwan, Shafrizal hanya mampu menggelengkan kepalanya. Serba salah dibuatnya mengenangkan kawan baik yang sanggup mencari jalan untuk menceraikan isterinya semata-mata ingin dia bahagia.
*bersambung*
Foot print: Sejarah mungkin berulang... =)

0 comments:
Post a Comment