Friday, February 24, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 9...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Maafkan ana sebab dah tak boleh nak update blog hari-hari sebab kesempitan waktu... So, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


Entah mengapa hari itu ringan kakinya memasuki bangunan pejabat tempat Aamir bekerja. Bangunan yang tersergam indah di Jalan Tun Razak itu dia jejaki untuk membuat kejutan buat suaminya.

Sejak akhir-akhir ini, Nadira sudah mula boleh bercakap dengan mesra apabila bersama suaminya itu. Tiada lagi nada acuh tak acuh yang keluar dari bibirnya. Dia tahu, dia sudah tak boleh menipu Aamir dan dirinya sendiri. Dia harus akui yang dia sayangkan Aamir.

Selepas ditunjukkan bilik pejabat Aamir oleh penyambut tetamu, dia berjalan menuju ke bilik yang dimaksudkan. Baru sedikit pintu bilik dikuaknya, dia dapat mendengar Aamir sedang berbual dengan seorang lelaki. Pada mulanya dia menyangkakan mereka berbincang tentang kerja, namun apabila namanya disebut, dia membiarkan pintu itu terbuka sedikit.

"Aku tak boleh tipu Dira lagi, Man. Walaupun dia layan acuh tak acuh, dia tetap isteri aku. Aku tak boleh terus menduakan dia,"luah Aamir, resah.

Tergamam Nadira mendengar perkataan "menduakan" itu. Apakah sudah hilang perasaan sayang Aamir pada dirinya sehinggakan suaminya itu tegar menduakannya?

"Chill, bro. Lya ni kan stok hilang sunyi kau saja, buat teman-teman kau. No hard feelings kan bro, jadi apa nak takut?"tanya Erman, rakan sekerja Aamir.

"Aku takut dosa. Kau tahu kan benda ini cuma mainan hawa nafsu? Sebelum bini aku dapat tahu, aku nak berhenti,"jelas Aamir sambil mengangkat kedua belah tangannya.

Nadira sudah hilang sabar, lantas dia membuka pintu pejabat lalu berjalan ke arah kerusi tempat suaminya duduk. Melihat kehadiran Nadira, Aamir berdiri lalu menelan air liur.

"Sekarang saya dah tahu, awak nak buat apa? Saya ingatkan bila awak masih layan saya dengan baik walaupun saya tak layan awak begitu, awak ikhlas terima saya seadanya. Ternyata saya silap bila saya lupakan trauma saya atas apa yang awak buat pada saya dulu hanya kerana saya yakin awak sayangkan saya! Saya bodoh sebab pulangkan balik kepercayaan saya pada awak!"jerit Nadira, seakan wanita gila. Erman sudahpun keluar dari bilik meninggalkan pasangan suami isteri tersebut sendirian sedari awal lagi.

"Abang minta maaf, Dira. Abang khilaf,"jawab Aamir, perlahan.

"Saya boleh maafkan awak, tapi awak kena ceraikan saya. Gunalah alasan apapun, asalkan awak ceraikan saya!"bentak Nadira, lalu keluar dari bilik tersebut menuju keluar. Aamir bertindak mengejar Nadira sehingga ke luar bangunan. 

Melihat Aamir mengejarnya, Nadira mula berlari melintas jalan tanpa menyedari ada kereta yang sedang laju menuju ke arahnya. Belum sempat Aamir menjerit memberi amaran kepada isterinya, dia dapat melihat dengan matanya sendiri Nadira sudahpun tercampak ke hadapannya akibat dilanggar.

Aamir melutut lalu mengangkat kepala Nadira. Air matanya tak dapat ditahan lagi, dengan pantas dia memeluk isterinya itu sambil meraung.

Erman yang baru saja turun dan melihat kejadian itu bertindak pantas menghubungi ambulans. Mujur dia berasa tidak sedap hati, kalau tidak pasti tiada siapa yang akan menghubungi ambulans walaupun pasangan itu dikerumuni orang ramai.

*      *     *     *     *

Azhar dan Syahira yang baru saja pulang dari majlis nikah kawan karib Azhar sejak sekolah menengah berlari menuju ke arah wad kecemasan dimana dia melihat Aamir sedang berdiri di hadapan bilik pembedahan dan berlumuran darah.

"Macam mana Ida, Aamir?"tanya Syahira sebaik saja mereka tiba.

"Tak tahulah, dah dekat 3 jam dia ada kat dalam itu. Banyak juga darah dia keluar tadi, memang parah dah aku tengok,"jawab Aamir, perlahan.

"Sabar banyak-banyak, Aamir. Ini dugaan untuk kau. Kami berdua sentiasa ada untuk kau,"sampuk Azhar pula.

Mendengar kata-kata Azhar, Aamir hanya mengeluh panjang. Semoga Allah SWT selamatkan isterinya.

Tiba-tiba, seorang doktor keluar dengan seorang jururawat dibelakang. Melihat doktor tersebut, Aamir berjalan ke arah doktor itu.

"Siapa ahli keluarga Sayyidah Nadira?"tanya doktor itu.

"Saya suaminya, macam mana dengan isteri saya, doktor?"jawab Aamir, resah.

"Alhamdulillah, dia selamat. Kalau encik lambat 5 minit, mungkin dia sudah tiada lagi. Akan tetapi, akibat kehilangan banyak darah di kepala, dia mungkin akan koma sehingga darah dapat kembali ke bahagian otaknya. Saya tak boleh jamin berapa lama, jadi harap encik bersabar banyak-banyak. Encik boleh uruskan hal kemasukan isteri encik ke unit jaagan rapi,"jelas doktor lalu beredar.

Mendengar penjelasan doktor itu, Aamir terduduk di tepi dinding hospital. Dia dapat rasakan dunianya telah kelam separuh apabila mengetahui bahawa Nadira koma. Walaupun begitu, dia masih lagi bersyukur Allah SWT masih selamatkan nyawa isterinya itu kerana andai isterinya tiada, dia tak dapat bayangkan bagaimana dia hendak meneruskan hidupnya. Lebih-lebih lagi, Nadira adalah satu-satunya wanita yang dia sayangi selepas ahli keluarganya.

Azhar dan Syahira hanya mampu melihat Aamir yang ternyata sedih itu. Mereka berdua tahu betapa Aamir menyayangi Nadira, namun apakan daya itulah ujian Allah SWT buat Aamir dan Nadira. Allah SWT takkan memberikan ujian sebegini berat buat mereka berdua seandainya mereka berdua tak mampu hadapinya. Setiap kejadian Allah SWT aturkan pasti ada hikmahnya.

*bersambung*



Foot print: Alhamdulillah... Dapat sesuaikan diri sebagai wanita berkerjaya... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com