Thursday, February 16, 2012

Hapuskanlah Egomu Sayang Part 7...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Alhamdulillah, ana dapat tahu cerpen ana yang ini dapat sambutan yang tak kurang hebatnya seperti yang pertama... Syukran jazzilan kawan-kawan... So, ana ingat nak sambung lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:


"Terima kasih sebab masakkan bubur untuk saya. Siap suapkan lagi,"ucap Nadira setelah habis semangkuk bubur ayam disuapkan oleh Aamir ke dalam mulutnya.

"Sama-sama. Nah, makan ubat pula,"jawab Aamir lalu menghulurkan gelas berisi air dan dua biji ubat demam kepada Nadira. Nadira mengambil ubat itu lalu memasukkan ke dalam mulut dan mengambil gelas pula lalu meneguk air di dalamnya. Selepas itu, dia menyerahkan kembali gelas itu kepada Aamir.

"Awak, saya nak solat Isyak dengan qada' Maghrib dulu boleh?"tanya Nadira.

"Yes, you may tapi lepas itu terus tidur. Abang nak kemas dapur sekejap. Kalau abang tahu Dira keluar bilik, siap Dira,"arah Aamir.

Nadira hanya mengangguk lemah lalu berjalan menuju ke arah bilik air.

Aamir hanya menghantar pemergian isterinya ke bilik air dengan pandangan yang tajam. Sedari dulu, memang dia tak pernah beri muka pada Nadira bila Nadira sakit. Tambahan pula, Nadira mengalami gastrik dan resdung yang agak teruk.

*     *      *      *     *

Syahira membuka blog milik Nadira dengan harapan dia boleh mendapat jawapan yang dia cari. Sejak 5 tahun lepas, Nadira tak lagi mengemaskini blognya secara umum. Benar jangkaannya, entri terakhir Nadira yang bertajuk "Maafkan isterimu ini" menjelaskan segalanya. Syahira membaca satu persatu hasil luahan hati kawan baiknya itu:

Saban malam aku menangisi khilafku ini... Aku telah cuba melenyapkan peristiwa hitam 5 tahun lepas hanya untuk suamiku ini... Namun aku gagal, gagal lagi. Kesannya sehingga termimpi-mimpi, saban malam aku hanya mampu bangun pagi-pagi buta hanya untuk menangis.

Aku hanya mampu menatap wajah suamiku dan menyentuhnya kala dia tidak menyedarinya. Ketika dia di kejauhan, aku pasti akan menatapnya. Ketika dia sedang tidur, aku akan mengusapnya. Itu saja yang aku mampu lakukan untuk lepaskan sayangku padanya. Tapi untuk membuat ketika dia sedar, belum masanya lagi. Aku perlu pastikan tempat aku terjamin, mungkin sebab terlalu fobia kot.

Aku harap suamiku akan maafkan aku, sungguh aku masih tak mampu untuk menjadi isteri mithali untuknya. Aku hanya seorang wanita biasa... Encik Suami, maafkan isterimu ini... :'(

Dari hati,
Puan Isteri

Berlinang air mata Syahira membaca luahan hati Nadira, meskipun ringkas namun dia dapat memahami apa yang ada di dalam hati kawan baiknya itu. Kerana berbeza manapun dia, mereka berdua tetap sama, tetap seorang wanita.

*     *     *     *     *

Tidur Aamir terganggu apabila dia mendengar bunyi dari dapur. Dengan pantas dia bangun dari sofa lalu menuju ke arah dapur dan terkejutnya dia melihat Nadira sedang memotong sayur.

"Dira buat apa ini?"tanya Aamir, tegas.

"Saya masaklah, takkan bertukang kot,"seloroh Nadira sambil ketawa kecil.

"It's not funny, Sayyidah Nadira. Demam lagi tak?"tanya Aamir sambil memegang dahi Nadira.

"Ish, panas lagi ini! Sudah, berhenti buat kerja, now!"arah Aamir yang berang dengan tingkah laku Nadira.

"Alahai, demam saja pun. Bukan nak mati pun. Bagilah saya masak, saya bosanlah duduk dalam bilik itu,"jawab Nadira menyebabkan wajah Aamir bertukar merah menahan marah.

"Demam tak demam, kalau sakit, abang tetap takkan bagi Dira masak and it's final! Pergi naik atas sekarang!"bentak Aamir lalu menuding ke arah luar dapur.

Nadira tidak menjawab kerana dia lihat wajah Aamir memang macam nak telan dia. Ternyata Aamir sudah mengamuk tahap maksimum.

"Yalah, saya naik. Pinjam buku awak kat rak buku itu boleh?"tanya Nadira.

"Anything but in the room only. Abang tak izinkan Dira keluar sampai abang panggil,"arah Aamir lagi.

Nadira berpaling untuk keluar lalu memuncungkan mulutnya tanda protes.

"Jangan nak buat mulut itik itu. Abang tak suka,"ucap Aamir tiba-tiba menyebabkan Nadira terkejut kerana dia membelakangi suaminya.

Nadira tidak menjawab lagi lalu terus naik ke dalam bilik tidurnya. Dia mula mencari buku yang menarik milik suaminya yang boleh dia baca. Tiba-tiba dia terjumpa buku "Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW" karya Abdul Malik bin Muhammad al-Qasim. Dengan pantas dia mencapai buku itu lalu berlujur di atas katil dan mula membaca.

Sedang dia leka membaca, dia langsung tak menyedari Aamir mengintainya dari belakang. Aamir tahu isterinya memang suka melawan, sejak dari dulu lagi. Namun, dia memang tahu yang isterinya tahu dia  takkan menang kerana sifatnya yang mahukan hitam, hitamlah yang dia akan dapat dan kerana itulah dia bersyukur dikurniakan Nadira sebagai isterinya.

*     *     *     *     *

Setelah sejam memasak makan tengahari, dia kembali ke bilik untuk memanggil isterinya makan. Namun, tersenyum lebar dia melihat isterinya sedang terlena dengan buku terletak di atas dada. Nadira yang dia kenal memang kuat tidur, dia ingat lagi dia pernah menengking Nadira di hadapan kawan-kawan sekelasnya kerana Nadira mencadangkan agar dia balik tidur saja ketika waktu tiada kelas.

Sayyidah Nadira yang dikenalinya cukup tabah. Wanita itu ketika dikenalinya, sangat-sangat suka menggembirakan orang lain tetapi apabila dia bersama wanita itu, barulah dia tahu apakah yang tersimpan di sebalik kegembiraan yang dia berikan pada orang lain, termasuklah dia. Wanita itu menyimpan 1001 masalah yang melanda dirinya hanya untuk melihat orang sesekelilingnya gembira.

Satu fakta yang Aamir tak pernah akui, dialah insan yang telah mengubah Nadira seluruhnya. Daripada seorang gadis yang periang, positif, tak mudah sensitif, suka melawak dan mengambil berat, dia telah mengubah gadis itu menjadi seorang gadis yang beremosi, sering menangis, sensitif, pentingkan masalahnya sendiri dan juga negatif. Ya, selama ini dia hanya tahu menyalahkan gadis itu kerana berubah, malah meninggalkannya terkontang-kanting tetapi sebenarnya, semua itu berlaku kerana salahnya juga. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?

"Dah berapa lama awak jadi tugu kat situ?"soalan Nadira menghentikan lamunannya. Dia memandang Nadira, wanita itu sudahpun duduk di birai katil, menghadapnya.

Aamir bertindak duduk di sebelahnya. Lama dia menatap wajah isteri yang dinikahi 3 bulan lepas, tetap sejuk matanya memandang.

"Abang minta maaf sebab tengking sayang tadi. Abang tak sengaja,"ucap Aamir, perlahan.

"Tak apalah, dah lupa dah pun. Awak lupa ke saya cepat reda marah kalau dapat tidur?"jawab Nadira lalu tersenyum.

Aamir memandang Nadira yang masih memandangnya. Mata mereka bertemu. Tanpa disedari, Aamir mendekatkan bibirnya dengan bibir Nadira. Nadira tidak meronta, malah matanya dipejam tanda dia merelakan.

*bersambung*



Foot print: Tak tahu nak rasa apa sekarang... Hahaha... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com