Monday, February 6, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 8...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Pagi ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


Alhamdulillah, setelah 3 bulan bertunang, Ainul dan Safwan akhirnya selamat dinikahkan di Masjid Negeri, Seremban. Selepas itu, mereka terus ke rumah Ainul di Taman Paroi Jaya, Seremban untuk kenduri walimatul urus. Hasil persetujuan keluarga kedua belah pihak, kenduri Ainul di Seremban dan Safwan di Teluk Intan akan dilakukan secara kecil-kecilan kerana mereka nak menghindarkan perkara-perkara yang tak penting seperti menepung tawar dan bersanding.

Malam itu, Ainul yang sedang menyikat rambutnya terkejut apabila Safwan datang memeluknya dari belakang. Dia sama sekali tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri, lebih-lebih lagi ketika kawan baiknya masih lagi dirawat di Hospital Bahagia. Tapi bagaimana harus dia menjelaskan kepada Safwan?

Melihat isterinya yang resah, dia meleraikan pelukannya. Hatinya diulit kebimbangan andai tindakannya tadi mengejutkan isterinya.

"Sayang okay?"tanya Safwan, bimbang.

"Saya okay, cuma terkejut saja,"bohong Ainul.

"Mar tak ready lagi kan? Boleh abang tahu kenapa?"tanya Safwan.

"Mar serba salahlah. Kita sedap-sedap kat sini, tapi Rizal..."

Safwan meletakkan jari telunjuknya di bibir Ainul tanda menyuruh Ainul untuk berhenti setakat itu saja. Ainul seakan terpukau melihat reaksi Safwan sebegitu. Marahkah dia?

"Abang tahu Mar sedih sebab dia tak dapat hadir majlis kita kan? Abang pun sedih juga, tapi hidup harus diteruskan. Kalau lepas setahun dua baru dia sembuh, takkan kita nak tunggu sampai waktu itu?"tanya Safwan.

Ainul memandang Safwan. Serba salahnya semakin memuncak. Kalaulah suaminya tahu dia tak bersedia untuk menyerahkan segalanya kepada sang suami kerana hatinya masih dengan orang lain. Astaghfirullah hallazim, semoga Allah SWT mengampunkan dosanya itu.

"Baiklah, abang tahu Mar celaru. Abang bagi Mar masa, tapi kalau lepas ini abang tuntut, abang akan pastikan Mar takkan boleh lari dari abang,"ugut Safwan dalam manjanya.

Mendengar kata-kata suaminya, dia menelan air liur. Mampukah dia merelakan dirinya ketika itu?

*     *      *      *      *

"Kenapa kau tak muncul saja depan mereka tadi? Mar tanya aku kenapa kau tak sihat lagi untuk tengok mereka menikah. Mereka berdua sebenarnya harapkan kau ada,"tanya Masturah, tak puas hati.

Shafrizal hanya berdiam. Dia cuba menyembunyikan kekecewaannya melihat gadis idamannya menjadi milik kawan baiknya sendiri.

"Rizal, aku tanya kau ini! Kau ini betul-betul dah sihat ke atau kau lari dari hospital?"tanya Masturah setelah tiada respon daripada teman baiknya itu.

"Aku tak pernah gila pun. Aku berpura-pura gila supaya Mar kahwin dengan Wan dan batalkan niatnya untuk putus tunang,"jawab Shafrizal, lemah.

"Sebab itulah kau minta family kau tak benarkan kami melawat kau selepas itu? Sebab nak sembunyikan hakikat yang kau tak ada dalam wad itu. Macam itu?"tanya Masturah, dalam keadaan terperanjat.

"Ya, Mas. Sebab itulah,"jawab Shafrizal, pendek.

"Kau di mana sepanjang 3 bulan ini?"tanya Masturah lagi.

"Aku ke London selama dua bulan setengah dan buat Umrah selepas itu. Aku minta kebenaran company tempat aku kerja untuk uruskan projek kat London itu dan lepas selesai, aku terus ambil cuti untuk ke Mekah. Maafkan aku sebab tak beritahu kau sebelum ini, aku bimbang kau tak sampai hati nak rahsiakan daripada Mar,"jelas Shafrizal, panjang lebar.

"We are best friends, sampai hati kau tak beritahu aku? Tapi Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga pintu hati kau nak mengaku segalanya. Tapi kenapa sekarang, kenapa bukan sebelum kau ke Mekah saja?"tanya Masturah.

"Sebab sepanjang aku di Mekah, ada satu peristiwa yang buat aku rasa bersalah,"jawab Shafrizal.

"Apa dia?"tanya Masturah.

"Pada suatu malam, aku buat solat Istikharah kat Masjidil Haram. Kau tahu aku mimpi apa?"tanya Shafrizal.

"Mimpi apa?"tanya Masturah, hairan.

"Aku mimpi Taman Tasik UTP,"jawab Shafrizal.

"Jadi, kenapa dengan taman tasik itu?"tanya Masturah lagi.

"Kau tak tahu ke? Taman Tasik UTP adalah tempat kegemaran Mar sewaktu kita belajar dulu setiap kali dia ada masalah,"jawab Shafrizal.

"Aku tahu, tapi aku tak faham kenapa kau kena mimpi itu,"luah Masturah.

"Aku rasa Mar akan ditimpa masalah selepas ini dan kali ini, cuma aku saja penyelesaiannya. Itu yang aku fahamlah,"jawab Shafrizal.

"Okay, tapi nasihat aku satu saja. Jangan bermain dengan api, Rizal. Lebih-lebih lagi melibatkan kawan baik kita sendiri,"tegas Masturah.

"Insya-Allah, aku tahu batas aku Mas. Terima kasih sebab ingatkan,"jawab Shafrizal lalu tersenyum.

Masturah tidak menjawab lalu menghirup air Fresh Orange dihadapannya. Dia sudah mula berasa tak sedap hati. Apakah yang akan terjadi selepas ini?

*bersambung*



Foot print: Biarkan ia berlalu... =)

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com