Friday, February 3, 2012

Pengorbanan Sahabat Sejati Part 6...

Assalamualaikum wbt...

Alhamdulillah dengan limpah dan karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog ini... Pagi ini ana ingat nak sambung cerpen bersiri kedua ana ini... Klik dibawah untuk link part sebelumnya:


Malam itu hati Ainul tak tenang. Dia tahu hatinya masih mengharapkan seseorang yang tak hadir dalam hidupnya lebih daripada seorang kawan baik. Dengan pantas dia mengambil iPhone 4G miliknya lalu menghubungi Shafrizal.

"Hello, assalamualaikum,"sapa Shafrizal di hujung talian.

"Waalaikumussalam, Rizal. I need to meet you,"jawab Ainul.

"Malam ini? Tak manislah, Mar. Esok boleh?"tolak Shafrizal.

"No, i need to meet you up by tonight!"tegas Ainul.

"Apa yang urgent sangat sampai tak boleh tunggu?"tanya Shafrizal, hairan.

"Pasal hati kita,"jawab Ainul, ringkas.

Lama Shafrizal mendiamkan diri. Apabila tiada respon, Ainul mulai resah.

"Baiklah, aku jemput kau dalam masa 15 minit lagi. Impiana Casuarina kan?"jawab Shafrizal.

"Yup, betullah itu,"jawab Ainul, lega.

"Okay, see you later. Assalamualaikum,"ucap Shafrizal.

"Waalaikumussalam,"jawab Ainul lalu memutuskan talian. Ketika dia ingin menyimpan telefon bimbitnya di dalam beg tangannya, alangkah terkejutnya dia melihat Masturah mencekak pinggang dihadapannya.

"Kau nak pergi jumpa Rizal ke?"tanya Masturah.

Ainul menggangguk lemah.

"Aku kena selesaikan masalah hati aku. Aku tak boleh terus-terusan macam ini,"jawab Ainul.

"Kalau kau tahu kau tak ada perasaan dengan Wan, kenapa terima pinangan dia dulu?"tanya Masturah.

"Sebab keluarga aku berkeras, Mas. Aku tak ada pilihan,"jawab Ainul.

"Baiklah, kali ini aku akan biarkan kau jumpa Rizal. Tapi lain kali, aku terpaksa beritahu Wan kalau kau ulangi benda yang sama,"tegas Masturah.

Mendengar keputusan Masturah, dengan pantas Ainul bangun lalu memeluk rakan baiknya itu.

"Terima kasih Mas, sayang kau sangat-sangat."

"Sama-sama kawan. Aku buat macam ini sebab aku sayangkan kau,"jawab Masturah.

Selepas itu, mereka meleraikan pelukan dan Ainul dengan pantas keluar dari biliknya. Masturah hanya menghantar Ainul dengan pandangan yang sayu.

*     *      *      *      *

"Ada apa kau beria-ia nak jumpa aku ini?"tanya Shafrizal setelah mereka memesan minuman.

"Aku rasa aku nak batalkan pertunangan aku dengan Wan,"luah Ainul.

"Apa? Kenapa pula?"tanya Shafrizal, sedikit terkejut.

"Sebab aku tak sayangkan dia,"jawab Ainul, jujur.

"Jangan, Mar. Macam manapun, tolonglah jangan kecewakan dia. Dia benar-benar ikhlas nak memperisterikan kau,"jawab Shafrizal.

"Habis itu, hati aku macam mana? Biarkan saja?"tanya Ainul, bengang.

"Walau apapun jadi, tolong terima dia. Aku mohon sangat pada kau,"pohon Shafrizal.

"Aku tak sayangkan dia, aku sayangkan kau!"bentak Ainul dan menutup mulutnya dengan tangannya selepas itu.

Shafrizal pula terkelu mendengar pengakuan Ainul itu. Jadi, selama ini perasaannya memang berbalas?

"Lupakan aku dan terimalah dia. Itu saja permintaan aku. Aku harap kau akan mengerti keadaan aku,"jawab Shafrizal.

"Aku tak boleh buang perasaan aku, aku dah cuba. Tapi tak boleh. Tolonglah aku, Rizal,"rayu Ainul.

"Untuk kebaikan semua orang, tolong terima dia! Aku tak boleh nak bahagiakan kau!"bentak Shafrizal.

Shafrizal terus mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Safwan. Ainul hanya boleh mendengar apa yang Shafrizal ucapkan.

"Hello, assalamualaikum... Wan, kau kat mana? Haaa... Kat depan kedai? Masuklah, jemput tunang kau ini. Terima kasih sebab benarkan aku keluar dengan dia tadi, sekarang aku rasa lebih baik kau yang jemput dia balik. Okay, assalamualaikum."

"Kau beritahu dia, Rizal? Kenapa beritahu dia?"tanya Ainul.

"Sebab dia tunang kau, dia berhak untuk tahu,"jawab Shafrizal, hambar.

"Kau memang kejam, Rizal! Aku benci kau!"tengking Ainul tanpa mempedulikan orang ramai yang sudah mula memerhatikan adegan pertengkaran mereka.

"Biar aku kejam, tapi satu hari nanti kau akan berterima kasih untuk aku!"bentak Shafrizal pula.

"Baiklah, mulai hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi!"

"You won't see me again! Even in your dream!"

Mendengar jawapan Shafrizal, Ainul bangun lalu beredar. Shafrizal hanya mampu menundukkan kepalanya dan meletakkan kedua tangannya di atas kepalanya.

"Maafkan aku, Mar. Sebab aku sayangkan kaulah, aku terpaksa lepaskan kau. Maafkan aku,"Shafrizal bermonolog sendiri. Air matanya gugur ke bumi.

*bersambung*


Foot print: Hati ini bukan kristal...

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com