Friday, March 8, 2019

Di Sebalik Kisah Cinta Biasa Part 14

Part sebelumnya:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13

*****

"Apa? Budak itu dah kahwin?" tanya Puan Rasyida.

"Sudah, tapi kematian suami pada hari yang sama. Kemalangan jalan raya," jawab Syafiq dengan nada yang kendur.

"Innalillah wainnailaihi rajiun. Cuma, abang tak faham kenapa suaminya kemalangan tanpanya? Bukankah selepas nikah selalunya pasangan suami isteri akan berkepit serupa belangkas? Aku dengar cerita, suaminya kemalangan dengan perempuan lain. Betulkah?" tanya Syahir pula.

Mendengar soalan Syahir, kesemua ahli keluarga memandang ke arah Syafiq.

"Betul. Syafiq yang uruskan jenazah bersama-sama dengan ayah Amelia," jawab Syafiq.

"Itukah sebabnya kenapa kau ambil cuti seminggu beberapa minggu lepas?" tanya Syahir sambil terbeliak matanya.

Syafiq hanya menganggukkan kepalanya. Malas untuk bercerita lebih-lebih, bimbang keluarganya tidak boleh menerimanya.

"Kalau tak dapat Amelia ini, ayah tak tahulah nak kata apa," ujar Raja Shamsuddin.

"Kenapa?" tanya Syafiq, hairan.

"Yalah, sudah rapat dengan ayahnya bukan?" seloroh Syahir sambil tersenyum.

"Yang rapat itu ayahnya, anaknya tak mahu tak guna juga," jawab Syafiq sambil mengeluh.

"Itulah, dulu elok-elok ada Deena, pergi tinggalkan. Nak juga yang susah," sindir Puan Rasyida.

"Mama, kami lelaki suka yang susah nak dapat. Perempuan ada kualiti," jawab Syahir.

"Payah sangatkah kamu nak dapatkan Nisa ini?" tanya Puan Rasyida sambil memandang Nisa, mengharapkan sokongan.

"Err... Saya terima Syahir pun sebab dia tunggu saya lima tahun, mama," jawab Khairunnisa sambil tersengih.

"Ish, payahlah kau orang ini! Nisa pun tak nak sokong mama," luah Puan Rasyida, geram diperlakukan begitu.

Mendengar kata-kata Puan Rasyida, semuanya tertawa.

     *     *     *     *     *

Dora sedang menonton televisyen apabila Zaidah keluar dari bilik tidurnya. Melihat kelibat Dora, Zaidah menghampiri kawan baiknya itu lalu duduk bersebelahan dengannya.

"Kau tengok cerita apa itu?" tanya Dora, ingin tahu.

"Drama, tajuknya Setelah Cinta itu Pergi. Aku menyampah betul dengan si Ikram ini. Tak suka," jawab Dora, sedikit beremosi.

"Amy mana?" tanya Zaidah, hairan kerana dia tidak melibat kelibat Amelia sehari suntuk hari ini.

"Tidur, esok dia mula bekerja. Hari itu dia pergi pemeriksaan lanjutan, doktor sudah berhentikan ubat-ubatannya. Cuma, dia berikan sedikit ubat penenang sebagai backup sekiranya dia menunjukkan simptom-simptom kemurungan sekali lagi," ujar Dora.

"Aku ingat dia nak berhenti kerja. Kalau aku, aku sudah tak boleh nak hadap muka sir lagi. Malu weh," luah Zaidah.

"Memang dia nak berhenti kerja, tapi sebelum dia cuti hari itu, sir buat dia tandatangani kontrak pekerjaan baru yang membuatkan dia tak boleh berhenti kerja selama 5 tahun. Kau tahu kenapa? Sebabnya, sir dah tahu dia akan letak jawatan sekiranya apa-apa terjadi pada dirinya atau arwah Azam kelak. Jadi, dia tak mahu apa yang berlaku ini membuatkan dia kehilangan seorang pekerja yang sangat baik," jelas Dora, panjang lebar.

"Dia tak mahu kehilangan pekerjakah atau tak mahu kehilangan Amy? Macamlah aku tak nampak, sir masih sayangkan Amy. Amy itu saja yang aku tak faham kenapa dia nak tolak tuah. Sir itu nampak saja suka mendera, tapi dari dulu lagi aku tahu setiap apa yang dia suruh itu pastinya bersebab," hurai Zaidah pula.

"Aku tahulah, tapi Amy tak mahu terima sesiapapun. Hari itu, Wan ajak dia kahwin tahu?" ujar Dora.

"Habis itu, dia jawab apa?" tanya Zaidah, ingin tahu.

"Dia jawab, dia setuju sekiranya Wan tak sentuh dia langsung selepas nikah," jawab Dora, selamba.

"What? Biar betul kau ini? Habis itu, Wan setujukah dengan syaratnya?" tanya Zaidah lagi.

"Inilah yang paling aku terkedu. Mula-mula Wan tak setuju, tapi bila Amy suruh dia cari orang lain, terus dia setuju. Cumanya, Amy suruh dia balik dan berfikir dalam masa 3 bulan ini. Selepas dia habis iddah, baru mereka akan bincangkan semula," terang Dora.

"Aku rasa hidup Amy ini boleh buat novel. Pelik-pelik sajalah hidup dia itu."

"Sinetron pun boleh."

"Tahu tak apa. Oh ya, aku nak beritahu kau satu berita ini."

"Apa dia, Zai?"

"Aku dengan Zaini akan bernikah lagi enam bulan," ujar Zaidah sambil tersenyum.

"Ya Allah, seronoknya! Alhamdulillah, akhirnya bersatu juga kau orang ya? Siapa sangka, cinta monyet boleh bawa ke jinjang pelamin? Tahniah, aku gembira untuk kau," jawab Dora yang teruja sebelum memeluk Zaidah.

"Alhamdulillah, aku pun tak sangka. Macam-macam aku sudah lalui dulu. Waktu aku ditinggalkan dulu, aku ingat aku tak boleh nak hadap semua itu. Mujurlah ada dia yang tiba-tiba hantar mesej di Facebook aku dulu. Kalau tak kerana sokongan dia, aku tak jadi diri aku yang sekarang ini."

"Yalah, lagipun aku kerja ikut syif, susah nak jumpa kau. Bila aku kerja siang, kau pergi dating. Bila aku kerja malam, dah tentu-tentu takkan jumpa, bukan? Oh ya, kau sudah beritahu Amy?"

"Sudah, semalam. Dia gembira tapi aku tak tahulah kenapa, aku dapat rasakan ada benda yang mengganggu fikirannya."

"Kenapa?"

"Dia mungkin masih trauma dengan perkahwinan. Sebab dia kata dia gembira, tapi riak wajahnya macam orang nampak hantu. Pucat lesi terus wajahnya," jelas Zaidah, bimbang.

"Sama-samalah kita doakan dia. Sekiranya Wan betul-betul jodohnya, semoga Allah permudahkan urusannya," jawab Dora sambil memegang tangan Zaidah bagi menenangkan kawan baiknya itu.

"Tapi aku lagi suka dia dengan sir Syafiq. Nampak cantik bila bersama. Wan ini okay, tapi dia ada baran sikit. Cepat melenting. Aku takut dia hilang sabar melayan kerenah Amy nanti. Lagipun, orang seperti Amy tak boleh dipaksa hatinya. Takut dia murung pula."

"Itulah, sejujurnya aku juga bimbang. Hari itupun dia banyak kali mempertikaikan Amy. Semua serba tak kena, tapi sebab dia dah bersetuju dengan syarat Amy, aku diamkan saja. Mungkin Amy nak berikan dia satu lagi peluang. Manalah tahu bukan?"

"Semoga Allah permudahkan semuanya buat kita semua. Semoga kau juga bertemu lelaki idaman kau, yang boleh menjaga kau lebih baik daripada mantan kau itu. Biar lelaki yang datang teguh pendiriannya tapi lembut dalam pertimbangannya. Apa-apapun, aku cuma nak kau bahagia," jelas Zaidah sambil tersenyum.

Dora hanya mengaminkan doa Zaidah sambil tersenyum. Benar, dia mengharapkan kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya yang boleh membuatkan dia melupakan bekas kekasihnya dulu.

     *      *     *      *     *

Amelia sedang meneliti peti masuk emelnya apabila Emily mendekati Amelia.  Kehadiran Emily membuatkan Amelia berhenti membuat kerjanya lalu memandang Emily dengan perasaan hairan.

"Ini fail projek kita di Pulau Pinang yang tuan Syafiq suruh saya serahkan kepada awak. Projek ini merupakan projek kerajaan negeri dalam mempromosikan negeri itu melalui makanan. Setakat ini, saya sudah kumpulkan 50 peniaga makanan yang mahu menyertai acara ini. Kita perlu cari lagi 50 peniaga makanan untuk cukupkan kuota kerana kerajaan negeri mahukan 100 peniaga makanan menyertai acara ini dan seboleh-bolehnya, setiap peniaga menjual makanan yang berbeza. Setiap peniaga juga hanya boleh menjual sejenis menu sahaja bagi mengurangkan pertindihan menu," terang Emily, panjang lebar.

"Baik, setakat ini makanan apa yang sudah ada?" tanya Amelia, ingin tahu.

"Asam laksa, pasembur, mee sotong, ais kepal, dan jeruk madu merupakan antara makanan yang sudah ada. Kita sudah ada 25 peniaga makanan berat, 8 peniaga air, 14 peniaga pencuci mulut dan 3 peniaga kudapan. Sekiranya ada peniaga luar Pulau Pinang yang berminat, mungkin dari negeri Kedah, Perlis ataupun Perak, ianya amat dialu-alukan," jelas Emily lagi.

"Idea yang menarik itu, bos. Mungkin kita boleh ketengahkan makanan yang mungkin asing pada orang Malaysia kini seperti nasi ulam, Seri Muka Bakar ataupun mentarang. Makanan ini masih boleh ditemui di utara Kedah dan Perlis. Macam nasi ulam, ramai orang keliru antara nasi ulam utara dan pantai timur. Nampak lebih kurang tetapi bahan-bahannya ada sedikit berbeza," jawab Amelia.

"Awak ini, kalau projek makanan, mesti awak teruja lebih. Awak punya pengetahuan sudah kalah Wikipedia. Boleh buka kedai ini," seloroh Emily.

"Tak ada apalah, bos. Semua projek pun menarik, cuma makanan adalah minat saya. Saya nak sangat mencuba makanan baru serata dunia," hurai Amelia sambil tersenyum.

"Baguslah kalau awak ada impian. Oh ya, awak okay ke dengan keputusan tuan menolak perletakan jawatan awak?"

"Apa pilihan yang saya ada, bos? Dia sudah gunakan kuasa veto miliknya, maka saya harus menghadapinya. Memang letih nak mendengar umpatan pekerja bahagian lain, tapi itu bahagian saya. Saya redha," terang Amelia sambil tersenyum nipis.

"Awak seorang yang sangat kuat, saya tahu. Saya yakin awak boleh hadapinya. Saya doakan awak mendapat sesuatu yang baik suatu hari nanti," ujar Emily sambil menepuk bahu Amelia sebelum berlalu pergi.

Amelia yang masih lagi melihat fail projek pesta makanan Pulau Pinang itu terkedu apabila ada kelibat berdiri di sebelahnya. Dia menoleh dan melihat Khidir, pemandu Syafiq sedang memandangnya.

"Cik Amelia, tuan minta cik Amelia bersedia untuk bertolak dalam masa sejam," ujar Khidir.

"Khidir ikut sekalikah ke Penang?" tanya Amelia.

"Tidak, tuan minta saya beritahu cik Amelia saja. Selepas ini, tuan suruh saya balik," jelas Khidir.

"Maksudnya?" tanya Amelia.

"Tuan pandu sendiri ke sana nanti. Baiklah, saya minta diri dulu," ujar Khidir sebelum berlalu pergi.

Mendengar jawapan Khidir, Amelia terbungkam. Masakan tuan ingin memandu sendiri? Pasti dia punya agenda lain, fikir Amelia.

Namun begitu, Amelia tidak mahu berfikir panjang mengenainya. Dia mula menyiapkan segala dokumen yang ingin dibawa ke sana dan meletakkannya di dalam beg kerjanya sebelum dia mengambil beg pakaiannya yang ditinggalkan di dalam keretanya.

      *      *      *      *      *

Syafiq baru sahaja ingin keluar dari biliknya apabila Deena tiba bersama bungkusan makanan. Melihat kehadiran Deena, Syafiq merengus geram.

"Hai, Syafiq. Jom makan, Deena bawakan makanan ini," ujar Deena sambil tersenyum.

"Deena ini tak faham bahasa Melayukah? Kita sudah putus, bukan? Kenapa masih datang ke sini?" tanya Syafiq, geram.

"Takkan jumpa sebagai kawan pun tak boleh?" tanya Deena, manja.

"Tapi nada suara Deena ini bukan macam kawan, macam orang yang masih rasa dia kekasih," jawab Syafiq, berang.

"Deena memang begini, bukan? Jomlah, makan dulu. Penat-penat Deena beli ini, makanlah sikit," ajak Deena.

"Makanlah dengan dia dulu, tuan. Saya boleh tunggu, lagipun kita bukan kejar masapun," sampuk Amelia yang baru sahaja tiba untuk mengambil sebahagian dokumen yang ada pada Syafiq.

"Dia ini siapa?" tanya Deena, ingin tahu.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com