Sunday, March 10, 2019

Di Sebalik Kisah Cinta Biasa Part 15

Part sebelumnya:

Part 1
Part 2
Part 3
Part 4
Part 5
Part 6
Part 7
Part 8
Part 9
Part 10
Part 11
Part 12
Part 13
Part 14

*****

"Dia ini siapa?" tanya Deena, ingin tahu.

"Kenapa perlu tahu? Diyana, ambil dokumen ini dan letak dalam kereta saya. Ini kunci kereta, awak tunggu saya dalam kereta. Lagi 5 minit saya sampai," jelas Syafiq lalu menghulurkan 1 set dokumen dan kunci keretanya kepada Amelia.

Amelia hanya menganggukkan kepalanya sebelum mengambil barang-barang tersebut lalu beredar.

"Oh, inikah perempuan yang Syafiq suka sangat itu? Nak pergi dating ke sampai tak nak jamah makanan yang Deena bawa?" tanya Deena, geram.

"Kalau kami nak dating sekalipun, apa hak Deena? Syafiq sudah lambat ini, Syafiq pergi dulu," jawab Syafiq, sinis sebelum berlalu pergi meninggalkan Deena bersama Aina yang sedari tadi tercengang melihat drama swasta di hadapannya.

Deena merengus geram apabila diperlakukan begitu. Dia memandang Aina yang sedang menahan tawanya. Semakin bengang rasanya melihat tingkah Aina itu.

"Apa tengok-tengok?" jerkah Deena membuatkan Aina menyambung kerjanya.

Deena yang bengang itu terus meninggalkan Aina akibat terlalu malu.

      *       *       *      *       *

Redzuan sedang melayari aplikasi Instagram apabila Ruzaini duduk berhadapan dengannya. Melihat kehadiran Ruzaini, dia menutup aplikasi tersebut lalu meletakkan telefon bimbitnya di tepi.

"Dah order belum?" tanya Ruzaini.

"Dah, kau punya pun aku dah pesankan. Sekejap lagi sampailah itu," jawab Redzuan lalu melihat-lihat sekelilingnya.

"Kenapa kau tengok-tengok begitu?" tanya Ruzaini, hairan dengan tingkah laku Redzuan.

"Zai tak ikut kau ke hari ini?" tanya Redzuan.

"Tak, dia nak balik sebab Dora ada di rumah malam ini. Amy pula out station tiga hari," jelas Ruzaini.

"Baru masuk kerja sudah out station?" tanya Redzuan.

"Alahai, kau ini. Macam tak tahu pula. Setahu aku, kau pernah dapat Syafiq itu sebagai pensyarah kan?"

"Pernah, tapi dia antara pensyarah yang paling sporting dalam fakulti kami. Aku tak pernah lihat sisinya yang ini."

"Serius? Patutlah Zai dengan Dora senyum-senyum saja bila beritahu aku pasal ini," jawab Ruzaini sambil menepuk dahi.

"Kenapa pula?" tanya Redzuan, hairan.

"Mereka berdua kata Syafiq itu hanya layan Amy seorang saja begitu. Agaknya dia sukakan Amy, sebab itulah dia layan Amy begitu," komen Ruzaini.

"Takkanlah sir Syafiq sukakan Amy? Tak ada perempuan lain lagikah?" Redzuan merengus geram.

"Aku tahu kau ajak Amy kahwin dan Amy berikan syarat tak boleh sentuh dia, tapi kau tak boleh pertikaikan soal hati orang lain. Dia berhak untuk ada perasaan pada sesiapapun," jelas Ruzaini.

"Macam mana kau tahu?"

"Aku tahulah, kau ingat Dora dengan Amy takkan beritahu Zai atau akukah?"

Redzuan terdiam. Mati akal hendak menjawab pertanyaan Ruzaini itu. Mujurlah tiba-tiba pesanannya tiba dan perbualan mereka mati selepas itu.

     *      *      *      *     *

Amelia yang baru sahaja turun ke lobi hotel itu tercengang melihat Syafiq yang sudahpun berada di lobi hotel. Sangkaannya, dia ingin menikmati makan malamnya sendirian tetapi melihat kelibat Syafiq, niatnya hanya kekal sebagai niat sahajalah.

Amelia mendekati Syafiq. Dia dapat melihat Syafiq memandangnya tatkala menyedari kehadirannya. Mata lelaki itu tidak berkelip memandangnya membuatkan dia berasa kurang selesa.

"Kenapa, tuan? Ada benda yang tak kenakah?" tanya Amelia sambil membetulkan selendangnya.

"Awak tak sedarkah pakaian kita sedondon?" tanya Syafiq, hairan.

Mendengar pertanyaan Syafiq, Amelia memandang ke arah Syafiq. Benar, dia memakai blaus berwarna biru laut dan berseluar jeans berwarna hitam disertakan selendang hitam berbunga menutup kepalanya manakala lelaki itu pula memakai baju kemeja-T polo dan berseluar jeans berwarna sedondon.

"Nak saya tukar bajukah? Saya naik sekejap," tanya Amelia, bingung mengapa hal ini dibangkitkan.

"Tak apalah, kita pun dah lambat. Ada orang dah tunggu kita. Jom," ujar Syafiq lalu bangun dan berjalan menuju ke luar hotel.

Amelia hanya mengikuti langkah Syafiq sehinggalah Syafiq membuka pintu belakang sebuah kereta Kia Spectra berwarna hitam dan mengisyaratkan agar Amelia masuk ke dalamnya.

Amelia hanya menurut kerana sangkaannya mereka akan menaiki Grab tetapi dia hairan apabila lelaki itu bertindak menutup pintu kereta itu sebelum masuk ke tempat duduk hadapan.

"Assalamualaikum, sir. Lama tak jumpa! Sir apa khabar sekarang?" tanya seorang wanita yang duduk di tempat pemandu. Suara itu terasa amat dikenali oleh Amelia, tetapi dia masih cuba memikirkan siapakah pemilik suara itu.

"Waalaikumussalam, Raisha. Lama juga tak jumpa awak. Awak buat apa sekarang?" tanya Syafiq selepas menjawab soalan wanita itu.

Amelia mula berfikir. Raisha? Apakah Raisha ini rakan sekelasnya semasa di universiti? Atau ada Raisha lain?

"Sir datang sini nak tayang kekasihkah? Senyap-senyap saja ya?" seloroh Raisha.

"Kekasih apanya? Cuba awak toleh belakang tengok betul-betul siapa itu," ujar Syafiq.

Raisha memandang ke arah Amelia tatkala dia berhenti di persimpangan lampu isyarat dan mula menjerit tatkala menyedari siapakah gerangan insan di belakangnya.

"Ya Allah, Amy! Lamanya tak jumpa! Kau apa khabar? Aku dengar hari itu kau tak sihat selepas kematian suami kau. Aku minta maaf, aku tak tahu pun kau sudah berkahwin," jelas Raisha.

"Tak apa, aku kahwin lari. Sebab itulah ramai tak tahu. Mujurlah mak ayah aku dapat cari aku, kalau tak mahu sasau aku seorang diri di Perlis itu," jawab Amelia sambil tersenyum nipis.

"Kenapa sampai macam itu sekali? Nanti kau cerita pada aku tahu, aku nak tahu. Tak apa, asalkan kau sudah sembuh sekarang, aku tumpang gembira. By the way, kenapa kau datang sini dengan sir?" tanya Raisha.

"Dia sekarang bekerja di bawah saya, kami berdua ada urusan dengan pejabat kerajaan negeri. Itulah sebabnya kenapa kami ke sini berdua. Awak ini, soalan saya tadi awak tak jawab," sampuk Syafiq.

"Oh, maafkan saya. Saya beginilah, jadi pemandu Grab sahaja. Alhamdulillah, bolehlah sara diri sikit-sikit. Lagipun, saya masih tinggal bersama ibu saya," jelas Raisha.

"Yalah, kerja sekarang pun susah nak cari bukan?" tanya Amelia pula.

"Susah sangat, Amy. Kat sini kerja bagus-bagus semua kaum lain yang dapat, sebab itulah kau jangan terkejut tengok orang kita ada ijazah tapi kerja kilang di sini," jelas Raisha lagi.

"Masalah itu bukan di Penang saja, satu Malaysia pun ada masalah yang sama. Aku pun bukan habis belajar terus dapat kerja, hampir enam bulan juga menganggur," luah Amelia.

"Lepas itu, sudah ada kerja nak berhenti bukan?" sindir Syafiq, tajam.

"Kalau saya tak sakit, saya tak berhenti kerjalah," jawab Amelia, geram.

"Seriuskah kau nak berhenti kerja, Amy? Janganlah, kerja sekarang susah dapat. Kau beruntung ada bos macam sir, panggil aku datang untuk hiburkan hati kau. Kalau tak kerana dia, mungkin lambat lagi kita dapat berjumpa," terang Raisha.

Mendengar kata-kata Raisha, Amelia terbungkam. Dia tahu Syafiq tahu Raisha merupakan kawan yang dia akan cari sekiranya Dora dan Zaidah tak dapat menenangkan hatinya. Sikap Raisha yang lebih rasional dan sentiasa gembira betul-betul membuatkan dia berfikir dari perspektif berbeza setiap kali dia mempunyai masalah.

"Awak ini, kenapa beritahu dia saya yang panggil awak?" pertanyaan Syafiq menbuatkan lamunan Amelia tadi terhenti.

"Kenalah beritahu dia, dia kena tahu apa yang sir buat untuk pulihkan dia. Setidaknya, dia takkan dapat membenci sir untuk itu," jelas Raisha.

Amelia hanya membiarkan saja Raisha berbual dengan Syafiq kerana kepalanya mula berdenyut sakit.

     *      *     *     *      *

Dora sedang melihat gambar-gambar lamanya yang berada di dalam album apabila tiba-tiba Zaidah duduk bersebelahan dengannya.

Menyedari kehadiran Zaidah, dengan pantas Dora menutup semula album gambar tersebut.

"Kau sudah janji bukan nak lupakan dia? Sudah 5 tahun dia tinggalkan kau, kenapa kau masih nak teringatkan dia?" tanya Zaidah, serius.

"Aku tahu dan aku benci diri aku sebab masih tak dapat melupakan dia," jawab Dora.

"Kau tahu kenapa kau masih tak jumpa pengganti kau?" tanya Zaidah.

"Kenapa?" tanya Dora pula.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com