Bahagian 6
Bahagian 7
Bahagian 8
Bahagian 9
Bahagian 10
"Okay, faham tapi kenapa you ambil masa 4 tahun untuk keluar? I rasa kalau you minta cerai dalam tahun pertama sekalipun, I akan berikan. Tak ada masalah," ujar Muhaimin sambil tersenyum.
"Tapi you rasa you boleh bernikah dengan Lia kalau kita selesaikan sendiri? No, I don't think so," jawab Suraya.
"Macamlah papa suruh you kahwini I sebab dia suka you."
"But at least, I got that chance to marry you. I don't think she will receive the same chance without me," jawab Suraya sambil tersenyum sinis.
"What do you mean?"
"Papa tahu you ada Lia sejak sebelum I kahwini you lagi. Disebabkan dia semak latar belakang Lia, dia jumpa I. I dah tahu tentang hubungan you dengan Lia sejak mula lagi, tapi I sengaja pura-pura tak tahu untuk tengok sejauh mana you nak bawa Lia dalam perhubungan kau orang. I setuju berkahwin dengan you bukan hanya untuk tunaikan permintaan papa atau keluar dari keluarga Lia, tapi kerana I nak selamatkan Lia daripada diganggu oleh papa you. I letakkan syarat perkahwinan kita, salah satunya adalah you dengan Lia tak perlu berpisah kerana I," jelas Suraya, panjang lebar.
Suraya dapat melihat wajah Muhaimin berubah setelah penjelasan itu diberikan. Camellia pula hanya tertunduk malu.
"Maafkan Lia, kak sebab tak mampu nak pertahankan akak selama ini tapi akak sanggup gadaikan hidup akak demi Lia," sampuk Camellia, sebak.
"Hal antara akak dan ibu Lia, bukan tanggungjawab Lia. Akak buat begini untuk balas jasa ayah yang sudah besarkan akak sehingga terpaksa bercerai dengan ibu Lia untuk elak masalah daripada berlaku," jawab Suraya sambil memegang tangan Camellia.
Camellia tidak menjawab, sebaliknya hanya memeluk Suraya sebelum menangis teresak-esak. Suraya yang tergamam pada mulanya, akhirnya menyambut pelukan Camellia itu.
"Baiklah, I akan ikut semua rancangan you dan I akan pastikan you hidup dengan lebih baik selepas kita bercerai," jawab Muhaimin, serba salah.
"I sudah jangkakan bahagian pertama ayat you, tetapi bahagian kedua itu?" tanya Suraya selepas melepaskan pelukannya dengan Camellia tadi.
"Itu saja ganti rugi yang I boleh berikan setelah I buat hidup you begini selama 4 tahun ini. I rasa I tak layak dapat semua ini atas apa yang I buat pada you," jawab Muhaimin, lemah.
"I buat ini untuk keluarkan diri I, bukan untuk you. Jadi, tak perlu nak rasa bersalah sangat, it is a win-win situation for us anyway," jelas Suraya sambil tersenyum.
Muhaimin tergamam. Itulah kali pertama isterinya memberikan senyuman ikhlas buat dirinya, dan itu jugalah kali terakhir dia mempamerkan senyuman sebagai isterinya.
"Jauh sangat termenung itu, Muhaimin. Sampai I terangkan tentang majlis you pun you tak fokus," ujar Suraya, mematikan lamunan Muhaimin itu.
Muhaimin memandang sekelilingnya. Dia berada di dewan yang ditempah untuk majlis perkahwinannya lusa. Dia akan bernikah dengan Camellia, gadis yang dicintai sejak hampir 8 tahun lalu dan majlis perkahwinannya diuruskan oleh bekas isterinya sendiri, atas perjanjian wanita itu dengan bapanya.
"Sorry Su, I teringat bagaimana kita boleh bercerai cara baik sedangkan..."
"Sudah, benda dah lepas. Esok, you akan jadi suami Lia, sepupu ipar I. Tak jauh manapun kita nak lari, pusing-pusing jumpa juga. Jadi, tak payah nak bermasam muka dan bertegang urat sedangkan kita tak pernah mulakan apa-apapun," potong Suraya sambil tersenyum.
Muhaimin terpana, itulah senyuman yang sama Suraya berikan malam itu. Cantik rupanya bekas isterinya, andai dia tahu lebih awal, pastinya mereka berdua takkan bercerai.
"You tak ada niat nak kahwin lagikah?" tanya Muhaimin, tiba-tiba membuatkan Suraya terkedu.
"Kahwin lagi?"
"Dengan Haziq? I rasa dia tunggu you," jawab Muhaimin, sekali lagi membuatkan Suraya terpinga-pinga.
* * * * *
Datuk Muhsin sedang menonton televisyen bersama isterinya, Datin Nurina dan anak sulungnya, Hazlina apabila Suraya datang membawa dulang berisi teko teh dan cawan, diikuti oleh orang gaji keluarga itu, Makcik Jun yang membawa sepiring kuih lapis.
"Apa lagi yang kamu buat ini, Jun? Buat susah-susah saja," ujar Datin Nurina tatkala mengambil salah satu cawan teh yang dihidangkan oleh Suraya sebelum meneguk air teh tersebut.
"Bukan saya, Datin. Ini anak extra Datin yang masak kuih lapis ini, katanya kegemaran Datin," jawab Makcik Jun sebelum berlalu pergi.
"Alahai, kamu ini Suraya. Sejak kamu ada di sini, mesti akan masak sesuatu. Kalau begini, gemuklah mama," ujar Datin Nurina kepada Suraya yang duduk bersebelahan dengan Hazlina.
"Mama, Su bukannya datang selalu. Mama jangan over sangat ya?" jawab Suraya sambil tersenyum.
"Yalah, kalau tak disebabkan hari ini majlis perkahwinan Muhaimin, mesti kamu takkan balik rumah papa ini," ujar Datuk Muhsin pula.
"Oh ya, papa dengan mama tak pergi majlis itu?" tanya Suraya, hairan kerana melihat mereka berdua berada di rumah tatkala dia keluar dari bilik tadi.
"Ish, budak ini! Kamu itu yang pelik. Kamu tidur pukul berapa malam semalam sampai bangun tidur pukul 3 petang? Nak kata buruk perangai anak dara, macam tak kena pula! Mama dengan papa sudah balik dari perkahwinan itulah pukul 2 lebih tadi. Tak sanggup nak berlama-lama, teringat pula kamu yang dilayan macam sampah oleh mereka," bebel Datin Nurina.
"Apa mama ini?" tanya Suraya sambil mencebik mukanya.
"Oh ya, ma. Haziq tak balik sini ke? Kenduri tadi dia datang tak?" tanya Hazlina, ingin tahu.
"Haziq? Dia ada bengkel di Samarahan, lusa baru balik. Tak payahlah kamu nak tanya bila adik kamu itu nak balik, mama rasa anak mama semua perempuan sekarang," jawab Datin Nurina, sakit hati.
"Jauh hati sangat dia sekarang. Payah betul nak nampak muka dia kat rumah ini sejak 5 tahun lepas," ujar Hazlina membuatkan Suraya memandang Hazlina dengan wajah hairan.
"Papa tak rasa dia tahu Muhaimin kahwin lagi. Kalau dia tahu, dia tak bawa diri sampai ke Samarahan," jawab Datuk Muhsin pula.
"Papa tak nak beritahu diakah?" tanya Hazlina lagi.
"Buat apa? Kalau tak kerana papa jumpa Suraya dengan Tan Sri Mazlan dulu, papa pun tak tahu apa yang dia dah buat pada Suraya. Biarkan dia rasa pahitnya ubat yang dia telan sendiri. Nak sangat kan?" jelas Datuk Muhsin membuatkan Suraya berasa geli hati tatkala mengingat kembali detik yang mana Datuk Muhsin sepatutnya membawanya berjumpa dengan Haziq tetapi dibawanya pulang ke rumah pula.
"Besarnya rumah Datuk!" ujar Suraya yang kagum dengan kekemasan dan kecantikan rumah Datuk Muhsin sebelum duduk di atas sofa yang terletak di ruang tamu.
Tak lama selepas itu, muncul Datin Nurina yang berjalan menuju ke arah Suraya sebelum duduk di sebelahnya.
"Kenalkan ini isteri saya, Nurina. Ina, inilah gadis yang saya ceritakan. Bekas PA Haziq, Suraya," ujar Datuk Muhsin kepada keduanya.
Tanpa berlengah, Suraya berpaling ke arah Datin Nurina sebelum mencium tangan wanita itu. Datin Nurina tersenyum riang melihat reaksi Suraya itu.
"Panggil saja saya mama," ujar Datin Nurina.
"Kenapa mama?" tanya Suraya, hairan.
"Saya ingat nak ambil Suraya sebagai anak angkat kami. Tak perlu atas kertas pun tak apa, asalkan Suraya ada tempat nak balik sekiranya apa-apa terjadi kepada Suraya kelak," jelas Datuk Muhsin.
"Maksud Datuk?"
"Papa, bukan Datuk. Sepanjang perkenalan saya dengan Tan Sri Mazlan, saya tahu layanannya bagaimana terhadap orang yang tidak disukainya. Akan ada satu ketika kelak, Suraya akan buat keputusan untuk keluar dari rumah. Jadi, sampai masa itu kelak, saya yakin Suraya takkan ada tempat nak pergi. Saya nak ketika itu nanti, Suraya pulang ke rumah saya. Jangan keruhkan hubungan Suraya dengan keluarga Suraya lagi," terang Datuk Muhsin, panjang lebar.
"Tapi kenapa, Dat.. Papa?" tanya Suraya lagi.
"Kerana Haziq," jawab Datuk Muhsin.
"Haziq? Bukankah Tan Sri Mazlan suruh saya pujuk dia?" tanya Suraya, bertubi-tubi.
"Papa tak nak kamu pujuk dia lagi. Dia takkan setuju dengan cadangan kamu, sebagaimana kamu setuju dengan cadangannya untuk mengahwini Muhaimin. Jadi, papa nak ajar dia cukup-cukup atas kebodohannya sendiri," jawab Datuk Muhsin, membuatkan Suraya makin hairan.
"Kebodohannya?" tanya Suraya.
"Dia sayangkan kamu, sayang sangat. Atas perasaannya jugalah, dia lepaskan kamu kepada Muhaimin," jawab Datin Nurina, sebak.
Terbungkam Suraya mendengar kata-kata Datin Nurina itu. Begitu payahnya dia mengharungi keperitan ditolak di khalayak ramai oleh lelaki yang selama ini membalas perasaannya.
"Kenapa dia buat saya begini, mama? Apa salah saya?"
"Kamu tak salah, nak. Yang salah itu, Haziq. Dia trauma dengan Muhaimin, jadi dia tak mahu lagi ada kaitan dengan Muhaimin, walaupun menyayangi perempuan milik Muhaimin. Dia pernah kena belasah dengan Muhaimin hanya kerana menyukai teman wanita Muhaimin dalam diam," jawab Datuk Muhsin pula.
Sekali lagi Suraya terbungkam. Banyak lagi rupanya kisah silam Haziq yang belum dia ketahui. Patutlah sebegitu mudah dia lepaskan.
"Sudah sampai mana itu, Suraya?" tanya Hazlina yang mematikan lamunan Suraya.
"Sampai ke planet Pluto, kak. Jauh sana...."
Mendengar jawapan Suraya, kesemuanya tertawa.
* * * * *
Suraya sedang mengambil gambar bersama bekas teman-teman sekerjanya apabila seseorang mendekati mereka sambil tersenyum.
"Encik Tarmizi!"jerit Suraya, teruja membuatkan kesemuanya berhenti lalu memandang ke arah Tarmizi yang baru saja tiba.
"How are you, Suraya?" tanya Tarmizi, sebaik sahaja Suraya tiba di hadapan lelaki itu.
"Never been better than this, Encik Tarmizi!" jawab Suraya, ceria.
"I heard you are single now and your ex has been remarried last week," ujar Tarmizi, sambil tersenyum senget.
"Dia dah tahukah?" jawab Suraya, cemas.
"Jangan risau, sejak Su kahwin, dia tak ambil tahu tentang keluarga Tan Sri Mazlan lagi, lebih-lebih lagi Muhaimin. So, I doubt that he knew," jawab Tarmizi sambil mengenyitkan sebelah matanya.
"Lega, sebab papa dia suruh saya seksa hidup dia cukup-cukup," ujar Suraya.
"Dia masih tak tahu lagikah Su adalah anak angkat papanya?" tanya Tarmizi, hairan.
Suraya menggelengkan kepalanya. Sepanjang setahun dia menetap di rumah agam keluarga Datuk Muhsin, belum pernah sekalipun lelaki itu pulang ke rumah tersebut kecuali hari raya. Mujurlah ketika hari raya, dia memilih untuk pulang ke kampung halamannya di Alor Gajah, Melaka membuatkan mereka tidak pernah bertemu.
"Wow, shocking! So, what is the plan?" tanya Tarmizi, ingin tahu.
"Nope, I won't tell you now but I need you to participate," jawab Suraya.
"Amboi, Tarmizi! Bukan main lagi kau, mentang-mentanglah isteri tak ada!" jerkah seseorang yang membuatkan Tarmizi dan Suraya kaget. Keduanya berpaling ke arah suara itu dan melihat Haziq sedang berpeluk tubuh memandang mereka berdua.
Namun begitu, Haziq juga turut terkejut melihat kehadiran Suraya yang sama sekali tidak dijangkakan. Dia melihat sekeliling, tiada kelihatan kelibat Muhaimin di mana-mana membuatkan dia semakin hairan.
"Suraya?" tanya Haziq, inginkan kepastian.
"Yes, and you are?" tanya Suraya, membuatkan Haziq dan Tarmizi sama-sama terkejut!
*BERSAMBUNG*

0 comments:
Post a Comment