Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
Tuesday, March 6, 2012
Hapuskanlah Egomu Sayang Part 12...
Posted by Izzah Nadiah at 8:37 AM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Saturday, March 3, 2012
Hapuskanlah Egomu Sayang Part 11...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini...Ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
"Jadi apa, doktor?"tanya Aamir, resah.
"Jadi isteri encik tak dapat bersuara buat sementara waktu kerana kecederaannya itu memberi kesan kepada kotak suaranya. Saya harap encik bersabar,"jelas doktor lalu mengeluh.
"Macam mana doktor boleh tak sedar tekaknya cedera? Kata dah check semuanya,"luah Aamir, tak puas hati.
"Maafkan saya encik, saya tak perasan tekaknya mengalami kecederaan. Lagipun, saya tak tahu bagaimana Puan Nadira dilanggar. Andai saya tahu lebih awal pun saya tetaptak boleh lakukan apa-apa,"jelas doktor.
"Teknologi dah canggih, jangan berikan alasan kuno itu, doktor. Wang bukan masalah bagi saya,"bentak Aamir.
"Saya faham perasaan encik Aamir, tapi saya bukan Tuhan. Saya masih seorang manusia. Saya harap encik Aamir bersabar banyak-banyak. Buat solat hajat, semoga Puan Nadira cepat sembuh. Saya akan benarkan Puan Nadira keluar hospital esok, Encik Aamir bawa dia pulang dan tenangkan hatinya. Dia perlukan encik lebih dari segalanya,"pesan doktor itu sebelum dia beredar meninggalkan Aamir.
Aamir hanya mampu mengeluh panjang mengenangkan ujian Allah SWT padanya ini.
"Ya Allah, Kau sembuhkanlah isteriku dan berikanlah dia kesihatan yang baik. Amin..."doa Aamir dalam hatinya.
* * * * *
Syahira sedang duduk termenung di atas sebuah bangku di Taman Tasik Titiwangsa apabila Azhar duduk di sebelahnya. Syahira memandang Azhar, ternyata bakal tunangnya itu memang sejuk matanya memandang.
"Kenapa ini, Ira? U risau pasal apa ini?"tanya Azhar, lembut.
"Macam mana U tahu I risau?"tanya Syahira pula.
"Tengok muka pun I dah boleh baca. U risaukan apa, U risaukan Nani ke?"tanya Azhar.
"Of course I risau, makin lama makin berani dia serang I. Tak dapat cara kasar, buat cara halus. Beritahu orang sana sini kononnya I rampas U daripada dia. Semalam dia buat kecoh kat ofis I, cakap I ini perempuan jalang. I malu, Har. Malu! Kenapa U tak terus terang saja pada dia semuanya, Har?"luah Syahira sambil memandang ke arah lain.
"Sabarlah sayang, sikit saja lagi. Manalah tahu lepas kita bertunang nanti, dia akan berhenti kacau U. Dia akan berubah ke, mana kita tahu kan? Fikir positif okay?"pujuk Azhar.
"Yalah itu, I ini kan perampas U. Fakta itu akan berubah ke?"sindir Syahira, geram.
"Ish, kenapa cakap macam itu? Cukuplah U tahu yang I sayangkan U. Kenapa mesti pedulikan dia?"tanya Azhar yang hairan dengan pernyataan Syahira itu.
"Cakap senanglah, Har. Bukan U yang orang cakap perampas itu, tapi I! Malunya I hanya Allah saja yang tahu,"bentak Syahira lalu beredar dari situ.
Melihat reaksi Syahira, Azhar hanya mampu menggelengkan kepalanya. Tipulah andai dia katakan dia tak rimas dengan kerenah Syahira dan Inani yang kadangkala menyesakkan nafasnya.
* * * * *
Sejak Nadira kehilangan suaranya, ternyata hidup Aamir dan Nadira bertambah sunyi. Nadira tak mahu memandangnya langsung, apatah lagi untuk cuba berkomunikasi dengannya. Fikir Aamir, mungkin Nadira masih tak dapat menerima hakikat yang dia tak mampu bercakap untuk sementara waktu.
Malam itu, selepas seminggu Nadira keluar hospital, Aamir yang sedang membaca buku "Dimana Dia Di Hatiku" karya Pahrol Md Juoi terkejut apabila telefon bimbitnya berdering tanda ada mesej masuk. Telefon bimbitnya jarang sekali masuk mesej pada waktu malam. Lantas dia mengambil telefon bimbitnya itu lalu membuka mesej.
Tambah mengejutkan apabila mesej itu dihantar oleh Nadira. Dia menoleh ke arah Nadira yang berbaring disebelahnya. Sangkanya Nadira sudahpun lena memandangkan Nadira sedang tidur mengiring membelakanginya. Lantas pandangannya kembali ke skrin untuk membaca mesej yang dihantar oleh isterinya itu:
Nadira : Dira minta ampun atas semua salah silap Dira sebelum ini, abang.
Tidak berkelip mata Aamir membaca mesej itu. Abang? Selama 6 bulan perkahwinan mereka, sekalipun isterinya itu tak pernah memanggilnya "abang". Dia mula menjadi hairan pada mulanya, namun lama-kelamaan dia tersenyum lalu membalas mesej itu:
Me : Abang ampunkan Dira, atas segalanya. :)
Tak lama selepas itu, mesej Nadira masuk lagi. Sahlah isterinya itu hanya berpura-pura tidur.
Nadira : Atas segalanya? Termasuklah sepanjang kita kahwin?
Semakin lebar senyuman Aamir membaca mesej Nadira itu. Nak tergelak pun ada. Bila gila-gila isterinya datang, memang kerenahnya selalu buat Aamir tersenyum. Itulah keunikan Sayyidah Nadira yang telah mengunci hatinya dulu.
*bersambung*
Foot print: Alhamdulillah... Semuanya selamat... =)
Posted by Izzah Nadiah at 5:52 AM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Tuesday, February 28, 2012
Hapuskanlah Egomu Sayang Part 10...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Maafkan ana sebab dah tak boleh nak update blog hari-hari sebab kesempitan waktu... So, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
"Nak, baliklah rehat. Mama boleh tolong tengokkan Ida. Kamu itu mama tengok, dah teruk sangat dah ini. Dah naik cekung dah muka kamu. Balik ya, nak. Kalau ada apa-apa, mama hubungi kamu,"pujuk Mak Aina ketika dia dan Pak Zaini datang melawat Nadira yang sudahpun dipindahkan ke wad biasa setelah melepasi zon kritikal.
"Tak nak, mama. Aamir tak nak berganjak daripada Dira. Mungkin inilah balasan Allah pada Aamir sebab zalimi Dira dulu,"jawab Aamir.
Mak Aina terkesima mendengar jawapan Aamir. Lantas dia menarik kerusi lain yang terletak berhampiran dan duduk di depan Aamir.
"Apa yang kamu buat pada Dira, Aamir? Cuba cakap pada mama,"tanya Mak Aina, ingin tahu.
"Apa yang Aamir buat ini bukannya lepas kami dah jadi suami isteri, tapi 5 tahun lepas. Waktu Aamir buat keputusan nak lepaskan Dira dulu,"jelas Aamir, perlahan.
"Apa yang kamu buat waktu itu?"tanya Mak Aina lagi.
"Mama tahu kan dulu Aamir ada teman wanita? Diralah orangnya, mama. Tapi 5 tahun lepas, Aamir nekad nak lepaskan dia tapi Aamir berhutang dengan dia. Memang akhirnya Allah dah tunjukkan, dia adalah jodoh Aamir. Mungkin juga Allah beri Aamir peluang untuk tebus salah Aamir, tapi dalam masa yang sama Allah titipkan banyak dugaan pada Aamir, sepertimana Allah bagi dugaan pada Dira waktu kami bercinta dulu,"luah Aamir, sebak.
"Astaghfirullah hallazim, Aamir. Tapi mama tak faham, dugaan apa yang Aamir maksudkan pada Ida dulu?"tanya Mak Aina lagi.
"Dulu, Aamir duakan dia. Tapi Aamir tak lepaskan dia sebab Aamir dah janji nak berubah. Dia beri Aamir peluang, tapi Aamir buat kesalahan yang sama untuk kali kedua. Dia beri peluang lagi, Alhamdulillah selepas itu Aamir berubah tapi sebaik saja Aamir sedar yang Aamir hanya sayangkan dia, Aamir tinggalkan dia dengan alasan Aamir dah bosan. Dia tak percaya dan minta Aamir jelaskan, tapi Aamir tak jelaskan. Mungkin sebab itulah selepas Aamir sah jadi suami dia, dia layan Aamir acuh tak acuh, dia jadi macam orang asing. Banyak diam, bercakap bila perlu. Dia tahu Aamir tak boleh tengok dia diam, dia buat Aamir resah sangat. Tapi itulah yang dia lakukan, duga Aamir dengan kelemahan Aamir sendiri,"jelas Aamir, panjang lebar.
"Aamir, itulah yang kita panggil karma. Benar, Allah berikan jodoh kita itu orang yang kita sayang sekian lama tapi Allah takkan berikan dia dengan mudah sebab Allah tak nak Aamir sia-siakan dia sepertimana Aamir sia-siakan dia dulu. Matlamat tak menghalalkan cara, Aamir. Perasaan kamu berdua memang dah lama ada, tapi cara kamu berdua itulah yang salah. Mama kenal anak mama ini, kamu tinggalkan dia sebab kamu nakkan yang halal dengan dia. Tapi hati wanita ini lembut, walaupun pada luarannya dia ganas. Kalau Aamir terangkan situasi sebenar pada dia dulu, mungkin dia takkan ada untuk Aamir sekarang. Sebab dia dah lepaskan Aamir seluruhnya. Allah itu Maha Mengetahui, Dia dah tetapkan yang terbaik untuk kita sejak kita dalam rahim lagi. Yakin dengan takdir-Nya, Dia tak pernah salah. Tapi mama pun tak salahkan Ida, sebab dia buntu lepas Aamir tinggalkan dia. Bayang-bayang Aamir sentiasa ada dengan dia. Mungkin sebab itu dia menduga Aamir selepas kahwin, sebab dia takut kehilangan Aamir untuk kali kedua,"nasihat Mak Aina, panjang lebar pula.
"Maksud mama?"tanya Aamir, hairan.
"Dia sayangkan kamu, sangat. Dari dulu sampailah selepas dia dah jadi milik kamu. Dia masih menjaga maruah kamu sebagai seorang suami walaupun dia tak layan kamu seperti isteri lain. Dia masih jaga makan pakai kamu, walaupun dia tak bermanja dengan kamu. Dia masih tahu setiap kegemaran kamu, walaupun dia macam tak endahkan kamu. Dia masih tahu apa yang kamu tak suka, walaupun dia mengelak nak bertentang dengan kamu. Sebabnya satu saja, sebab dia sangat sayangkan kamu dan dia paling takut kehilangan kamu,"jawab Mak Aina sambil memandang Nadira yang terlantar di atas katil disebelahnya.
Terkelu Aamir mendengar penjelasan ibunya itu. Kenapa dia terlupa yang Nadira memang pandai berkias? Kenapa dia hanya lihat pada perkara yang tersurat tetapi tidak pada yang tersirat? Astaghfirullah hallazim, kenapalah hamba-Mu ini lalai, ya Allah?
"Mama tahu hari-hari kamu mengaji untuk dia. Mama yakin Ida pun tahu itu. Kalau Allah masih merestui hubungan kamu, insya-Allah Dia akan pulangkan Ida untuk kamu. Banyakkan tawakkal, banyakkan berdoa. Serahkan semuanya pada yang kat atas itu, nak. Dia yang berikan segalanya buat kita,"pujuk Mak Aina.
Aamir tidak menjawab, sebaliknya hanya mampu mengalirkan air matanya kerana terharu. Sesungguhnya Allah sedang mengujinya sekarang, dan sebagai suami dia harus kuat kali ini. Demi Allah dan demi seorang isteri. Sekilas dia memandang isterinya, dia terlihat jari-jemari isterinya bergerak-gerak. Dengan pantas dia berlari ke kaunter jururawat untuk menjelaskan keadaan isterinya. Mak Aina hanya mampu menggelengkan kepalanya saja.
"Alhamdulillah, Kau dah makbulkan doaku. Maka, Kau titipkanlah kebahagiaan buat anakku, Aamir Arsyad Ruzaini dan menantuku, Sayyidah Nadira Abdul Salim. Amin ya Rabbal 'Alamin..."doa Mak Aina, tanda syukurnya ke hadrat Illahi.
*bersambung*
Foot print: Cedera parah... =)
Posted by Izzah Nadiah at 8:06 AM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Friday, February 24, 2012
Hapuskanlah Egomu Sayang Part 9...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Maafkan ana sebab dah tak boleh nak update blog hari-hari sebab kesempitan waktu... So, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
Posted by Izzah Nadiah at 5:40 AM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Monday, February 20, 2012
Hapuskanlah Egomu Sayang Part 8...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Alhamdulillah, hari ini ana telahpun mendapat IC baru ana dan juga pekerjaan. Maaflah kalau lepas ini ana tak dapat nak update blog selalu. Anyway, ana ingat nak sambung cerpen lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
"Dah berapa jam saya tertidur?"tanya Nadira, mamai.
"Sejam saja. Lupa ke apa yang jadi tadi?"tanya Aamir sambil tersenyum nakal.
Nadira cuba mengingatkan kembali. Oh tidak, adakah dia telah menyerahkan dirinya kepada suaminya?
"Aduhai, Sayyidah Nadira. Kalau kau dah serahkan diri kau pun, bukan dapat dosa. Dapat pahala lagi ada,"bisik hati kecil Nadira.
"Ingat, ingat. Belum hilang ingatan lagi,"jawab Nadira, selamba.
Aamir memegang tangan Nadira, lembut. Nadira tersentak dengan tingkah suaminya itu.
"Terima kasih kerana buat abang rasa sayang milik abang,"ucap Aamir lalu tersenyum.
"Sama-sama,"jawab Nadira, acuh tak acuh.
"Cepat mandi, lepas sayang mandi, kita solat ya,"arah Aamir, lembut tapi tegas.
Seperti dipukau, Nadira bertindak mengikut apa yang di arah. Hairan Aamir melihat tindak-tanduk Nadira yang sama sekali berlainan dengan sebelum ini.
* * * * *
"Awak nak lauk apa untuk piknik itu?"tanya Nadira yang sedang membelek-belek ayam di rak sejuk beku. Aamir hanya mengiringi Nadira manakala Suriani, kawan baik mereka berdua sedang mencari barang untuk rumahnya.
"Saya nak lauk hati boleh?"tanya Aamir sambil tersenyum nakal.
"Sejak bila pulak awak makan hati ini, Aamir? Hari itu waktu kenduri kahwin sepupu Syahira, awak kata awak tak makan hati pun,"tanya Nadira, hairan.
"Saya nak hati awak,"jawab Aamir, selamba.
"Aamir Arsyad!"Nadira menjerit kecil lalu memukul Aamir dengan beg tangannya. Aamir pula sudahpun ketawa besar.
"Ala, janganlah marah. Okay, serius. Saya tak kisah apapun, asalkan boleh telan masuk mulut,"jawab Aamir.
"Kalau macam itu, saya masak kegemaran awak, ayam goreng. Okay tak?"cadang Aamir.
"Anything will do, my dear,"jawab Aamir lalu tersenyum manis.
Entah kenapa semakin dia menolak Aamir, semakin banyak kenangan manis mereka menerjah fikiran Nadira. Entah kenapa malam itu dia benar-benarkan rindukan suasana dahulu. Bukan dia tak boleh nak kembalikan suasana itu, tapi hatinya benar-benar terluka atas apa yang Aamir lakukan padanya. Air mata sudahpun mencurah-curah.
"Abang tak kahwin dengan Dira untuk tengok air mata Dira lagi. Cukuplah abang tengok dulu, please don't make it fall again,"ucap Aamir yang datang entah dari mana lalu mengelap air mata isterinya itu.
Nadira terkesima mendengar kata-kata suaminya, entah mengapa hatinya terusik mendengar kata-kata itu. Semakin laju air mata yang jatuh ke pipinya.
Melihat isterinya begitu, dengan pantas Aamir menarik Nadira lalu mereka berpelukan. Tiada suara kedengaran, hanya tangisan Nadira yang jelas terdengar.
* * * * *
"Maaf lambat, traffic jam tadi," kata Azhar yang duduk di hadapan Inani dan Syahira duduk di sebelah Azhar.
"It's okay. Eh, Ira pun ada? I thought awak datang seorang,"sindir Inani yang tak selesa dengan kehadiran Syahira.
Wajah Syahira sudahpun berubah masam. Perubahan wajah Syahira itu dapat dilihat oleh Azhar.
"Saya bawa Ira sebenarnya ada hal nak beritahu awak. Saya risau saya tak kuat nak beritahu, jadi saya terpaksa bawa Ira sekali,"jawab Azhar.
"Apa yang susah sangat awak nak beritahu saya sendiri sampai awak kena bawa Ira?"Inani sudah mula meninggikan suaranya.
"I guess awak dah salah faham dengan saya. Memang saya layan awak baik, tapi hubungan kita hanya sekadar kawan. Saya harap awak faham,"terang Azhar, perlahan.
"So, awak nak cakap awak pilih Ira, macam itu?"tanya Inani.
"Yes, you are right. Saya pilih dia, bukan sebab dia yang sentiasa ada untuk saya. Bukan sebab dia saja yang sayang saya, tapi sebab dia dah sentuh hati saya,"luah Azhar.
"Habis itu, kenapa panggil saya sayang? Kenapa bagi saya harapan, Azhar Khalid? Kenapa?"bentak Inani.
"Sebab saya tak sampai hati,"jawab Azhar.
"Habis, sekarang sampai hatilah?"bentak Inani lagi.
"Nope, sekarang saya dah muak dengan perangai awak yang asyik salahkan Ira for everything sejak dari mula lagi. Jangan salahkan cinta yang tak berlabuh pada tempatnya, Nani. Mungkin kita tak ada jodoh,"jelas Azhar.
"Kau orang belum kahwin lagi, ada apa dengan jodoh?"sindir Inani.
"Kalau kami tak ada jodoh, saya terima. Tapi untuk saya kembali pada awak untuk kali ketiga, mungkin tidak. Cukuplah awak permainkan hati saya sebelum kita putus 5 tahun lepas,"tegas Azhar.
Syahira tidak mampu bersuara, hanya mampu melihat. Dia benar-benar terkejut dengan semua yang diucapkan oleh Azhar.
Inani yang berang dengan kata-kata Azhar bangun lalu mencurah air limau ais yang dipesannya ke arah lelaki itu.
"Terima kasih atas harapan palsu itu, I hope you like it,"ucap Inani lalu berlalu pergi.
Azhar terkejut dengan tindakan bekas teman wanitanya itu manakala Syahira terkelu melihat bakal tunangnya sudah basah lencun dengan limau ais.
"Kat sebelah itu ada kedai baju kan?"tanya Azhar, lembut.
"Ada, nak I pergi belikan baju ke? U tunggu sini, I pergi,"jawab Syahira lalu berjalan keluar dari kedai makan itu. Azhar hanya memerhatikan Syahira dari jauh.
"Thanks sebab ada untuk I,"Azhar bermonolog sendiri lalu mengeluh panjang.
*bersambung*
Foot print: Ana rindu.... :'(
Posted by Izzah Nadiah at 6:53 AM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Thursday, February 16, 2012
Hapuskanlah Egomu Sayang Part 7...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Alhamdulillah, ana dapat tahu cerpen ana yang ini dapat sambutan yang tak kurang hebatnya seperti yang pertama... Syukran jazzilan kawan-kawan... So, ana ingat nak sambung lagi... Macam biasa, part sebelumnya ada di bawah:
Aku harap suamiku akan maafkan aku, sungguh aku masih tak mampu untuk menjadi isteri mithali untuknya. Aku hanya seorang wanita biasa... Encik Suami, maafkan isterimu ini... :'(
Dari hati,
Puan Isteri
Berlinang air mata Syahira membaca luahan hati Nadira, meskipun ringkas namun dia dapat memahami apa yang ada di dalam hati kawan baiknya itu. Kerana berbeza manapun dia, mereka berdua tetap sama, tetap seorang wanita.
* * * * *
Tidur Aamir terganggu apabila dia mendengar bunyi dari dapur. Dengan pantas dia bangun dari sofa lalu menuju ke arah dapur dan terkejutnya dia melihat Nadira sedang memotong sayur.
"Dira buat apa ini?"tanya Aamir, tegas.
"Saya masaklah, takkan bertukang kot,"seloroh Nadira sambil ketawa kecil.
"It's not funny, Sayyidah Nadira. Demam lagi tak?"tanya Aamir sambil memegang dahi Nadira.
"Ish, panas lagi ini! Sudah, berhenti buat kerja, now!"arah Aamir yang berang dengan tingkah laku Nadira.
"Alahai, demam saja pun. Bukan nak mati pun. Bagilah saya masak, saya bosanlah duduk dalam bilik itu,"jawab Nadira menyebabkan wajah Aamir bertukar merah menahan marah.
"Demam tak demam, kalau sakit, abang tetap takkan bagi Dira masak and it's final! Pergi naik atas sekarang!"bentak Aamir lalu menuding ke arah luar dapur.
Nadira tidak menjawab kerana dia lihat wajah Aamir memang macam nak telan dia. Ternyata Aamir sudah mengamuk tahap maksimum.
"Yalah, saya naik. Pinjam buku awak kat rak buku itu boleh?"tanya Nadira.
"Anything but in the room only. Abang tak izinkan Dira keluar sampai abang panggil,"arah Aamir lagi.
Nadira berpaling untuk keluar lalu memuncungkan mulutnya tanda protes.
"Jangan nak buat mulut itik itu. Abang tak suka,"ucap Aamir tiba-tiba menyebabkan Nadira terkejut kerana dia membelakangi suaminya.
Nadira tidak menjawab lagi lalu terus naik ke dalam bilik tidurnya. Dia mula mencari buku yang menarik milik suaminya yang boleh dia baca. Tiba-tiba dia terjumpa buku "Sejarah Kehidupan Nabi Muhammad SAW" karya Abdul Malik bin Muhammad al-Qasim. Dengan pantas dia mencapai buku itu lalu berlujur di atas katil dan mula membaca.
Sedang dia leka membaca, dia langsung tak menyedari Aamir mengintainya dari belakang. Aamir tahu isterinya memang suka melawan, sejak dari dulu lagi. Namun, dia memang tahu yang isterinya tahu dia takkan menang kerana sifatnya yang mahukan hitam, hitamlah yang dia akan dapat dan kerana itulah dia bersyukur dikurniakan Nadira sebagai isterinya.
* * * * *
Setelah sejam memasak makan tengahari, dia kembali ke bilik untuk memanggil isterinya makan. Namun, tersenyum lebar dia melihat isterinya sedang terlena dengan buku terletak di atas dada. Nadira yang dia kenal memang kuat tidur, dia ingat lagi dia pernah menengking Nadira di hadapan kawan-kawan sekelasnya kerana Nadira mencadangkan agar dia balik tidur saja ketika waktu tiada kelas.
Sayyidah Nadira yang dikenalinya cukup tabah. Wanita itu ketika dikenalinya, sangat-sangat suka menggembirakan orang lain tetapi apabila dia bersama wanita itu, barulah dia tahu apakah yang tersimpan di sebalik kegembiraan yang dia berikan pada orang lain, termasuklah dia. Wanita itu menyimpan 1001 masalah yang melanda dirinya hanya untuk melihat orang sesekelilingnya gembira.
Satu fakta yang Aamir tak pernah akui, dialah insan yang telah mengubah Nadira seluruhnya. Daripada seorang gadis yang periang, positif, tak mudah sensitif, suka melawak dan mengambil berat, dia telah mengubah gadis itu menjadi seorang gadis yang beremosi, sering menangis, sensitif, pentingkan masalahnya sendiri dan juga negatif. Ya, selama ini dia hanya tahu menyalahkan gadis itu kerana berubah, malah meninggalkannya terkontang-kanting tetapi sebenarnya, semua itu berlaku kerana salahnya juga. Kalau tiada angin, masakan pokok bergoyang?
"Dah berapa lama awak jadi tugu kat situ?"soalan Nadira menghentikan lamunannya. Dia memandang Nadira, wanita itu sudahpun duduk di birai katil, menghadapnya.
Aamir bertindak duduk di sebelahnya. Lama dia menatap wajah isteri yang dinikahi 3 bulan lepas, tetap sejuk matanya memandang.
"Abang minta maaf sebab tengking sayang tadi. Abang tak sengaja,"ucap Aamir, perlahan.
"Tak apalah, dah lupa dah pun. Awak lupa ke saya cepat reda marah kalau dapat tidur?"jawab Nadira lalu tersenyum.
Aamir memandang Nadira yang masih memandangnya. Mata mereka bertemu. Tanpa disedari, Aamir mendekatkan bibirnya dengan bibir Nadira. Nadira tidak meronta, malah matanya dipejam tanda dia merelakan.
*bersambung*
Foot print: Tak tahu nak rasa apa sekarang... Hahaha... =)
Posted by Izzah Nadiah at 7:13 AM 0 comments
Labels: Cerpen Bersiri
Cuba baca yang ini:
-
Bahagian sebelumnya: Bahagian 1 Bahagian 2 Bahagian 3 Bahagian 4 Bahagian 5 Bahagian 6 Bahagian 7 Bahagian 8 Bahagian 9 Bahagian ...
-
Bahagian 1: Perubahan Hidup Ayra Cahaya yang terang mengejutkan Ayra daripada lenanya. Lena yang sama sekali tidak direlakannya. Alangkah ...
-
Assalamualaikum wbt... Alhamdulillah dengan limpah karunia-Nya dapat lagi ana mencoret dalam blog kelabu ana ini... Malam ini ana ingat na...


