Thursday, October 12, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 24...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 24: Menyerah Kalah

"Kenapa, Mel?" tanya Hafizal setelah mendapati isterinya masih tidak menanda tangani dokumen yang diberinya sebentar tadi.

"This is not right, abang. Ini semua harta abang, hasil titik peluh abang. Takkan senang-senang saja abang berikan pada Mel. Mesti ada sebab," jawab Ayra sambil memandang wajah Hafizal.

Hafizal memandang isterinya. Selama ini dia meragui kewujudan seorang wanita yang tulus ikhlas mencintainya tanpa memandang sesen pun harta yang dimilikinya. Baginya, semua wanita yang hadir pasti punya agenda sendiri.

"Bukankah abang pernah katakan sebelum ini, semua yang abang lakukan pasti bersebab? Jadi, sekarang ini abang harap Mel tak tanya apa-apa mengenainya kerana abang perlu melindungi Mel. Mel milik abang, dan abang harap Mel akan sentiasa jadi milik abang. Harta ini abang amanahkan kepada Mel untuk menjaga harta abang sampai keadaan jadi aman semula," jelas Hafizal lalu memegang pipi mulus Ayra.

"Mel percayakan abang kali ini, sama macam dulu. Mel harap abang percayakan Mel juga, sekiranya selepas ini Mel melakukan sesuatu di luar jangkaan abang, Mel harap abang percayakan Mel."

Hafizal memandang isterinya. Mungkinkah Ayra sudah tahu sesuatu?

"Abang percayakan Mel. Kalau tidak, abang tak amanahkan harta abang kepada Mel. Betul tak?" jawab Hafizal sambil tersenyum. Dia perlu meyakinkan Ayra bagi membuatkan wanita itu bersetuju untuk menjaga hartanya. Dia tak punya masa yang begitu banyak. Wafi pasti telah merancang sesuatu di belakangnya, meskipun dia sendiri tak tahu mengapakah sepupunya harus bertindak sebegini? Adakah kerana Ayra atau ada sebab lain?

Akhirnya, Ayra mengambil dokumen tersebut lalu menanda tangani kesemuanya. Setelah selesai, dia memulangkan semula dokumen tersebut kepada Hafizal. Hafizal mengambil dokumen tersebut lalu diletakkan di dalam sampul surat berwarna perang.

"Sayang, hari ini Mel pergi kerja dengan ayah. Abang nak pinjam kereta Mel, abang ada urusan sikit. Tengahari nanti kalau sempat kita makan tengahari sekali ya. Mel tunggu di pintu masuk. Abang pergi dulu," pesan Hafizal lalu menghulurkan tangannya.

Ayra menyambut tangan Hafizal lalu menciumnya lama. Hairan juga Hafizal dengan kelakuan Ayra itu, namun dia memilih untuk berdiam.

"Abang, whatever happens, I need you to stay alive. Remember that. I love you," ujar Ayra setelah melepaskan tangannya.

"Jangan risau, abang akan kembali. Just know that I loved you before and still loving you till the rest of my life," jawab Hafizal lalu mencium pipi isterinya. Entah mengapa dia berasa begitu sebak hari ini seolah-olah ini kali terakhir dia dapat bermesra bersama isterinya.

Selepas itu, Hafizal beredar keluar menuju ke arah kereta Volkswagen Vento milik Ayra lalu memandu keluar dari rumahnya.

     *     *     *     *     *

"Hai, Encik Hafizal! Lama sudah tunggu I?" tanya seorang wanita yang tiba-tiba duduk di hadapannya. Mujurlah ini tempat awam, kalau tidak pasti dia telah bertindak menengking wanita itu.

"I nak jumpa Wafi, kenapa you pula yang datang Kathy?" tanya Hafizal, hairan.

"Wafi hantar I jumpa you, dia kata kalau nak berjumpa dia, kena ikut I," jawab Qatrunnada sambil memegang tangan Hafizal.

Melihat kelakuan Qatrunnada, dengan pantas dia menarik semula tangannya.

"Mana dia?" tanya Hafizal, resah. Hatinya mula rasa tak sedap.

"Dia ada di dalam kereta. Marilah," ujar Qatrunnada lalu bangun untuk beredar.

Hafizal tiada pilihan, selain mengikut kehendak Qatrunnada. Namun, apabila dia tiba di kereta Honda Jazz milik Qatrunnada, ada seorang lelaki datang memegang tangannya dari belakang sebelum Qatrunnada menyuntiknya dengan sesuatu. Tak lama selepas itu, pandangannya terus kelam.

     *     *     *     *     *

Sebaik sahaja dia tersedar, dia melihat dirinya berada di atas katil di dalam sebuah bilik asing. Dia cuba bangun, namun kepalanya yang sakit membuatkan tangannya mula memegang kepalanya dan ketika itulah dia menyedari tangannya dirantai pada sebuah tiang berhampiran. Dia melihat kakinya juga turut dirantai pada tiang yang sama.

Hafizal melihat sekelilingnya, dirinya sendiri tidak berbaju dan hanya berseluar panjang putih sahaja. Mujurlah ada selimut untuk dia memanaskan badan, kalau tidak pasti dia akan mati kesejukan di situ.

Namun begitu, dia harus memikirkan bagaimana hendak melepaskan diri daripada cengkaman sepupunya itu kerana dia lebih bimbangkan keselamatan Ayra dan kandungan yang masih tidak diketahui oleh sesiapa itu. Dia bimbang kalau-kalau Wafi bertindak ganas ke atas Ayra, pasti kandungannya berada di dalam bahaya dan seterusnya, membahayakan isterinya juga.

Sedang dia duduk berteleku memikirkan masa depannya itu, tiba-tiba pintu biliknya dibuka. Kelihatan Qatrunnada dan Wafi masuk ke dalam bilik tersebut, bersama beberapa orang lelaki. Wafi berjalan mendekati Hafizal, namun Qatrunnada dan yang lain hanya berhenti di pertengahan sahaja.

"Apa khabar, sepupu kesayanganku? Maafkan aku kalau-kalau layanan istimewa aku ini buatkan kau tak selesa. Aku cuma nak bagi kau rasa apa yang isteri kau pernah rasa dulu. Bagaimana rasanya?" tanya Wafi bertubi-tubi setelah duduk di birai katil di mana Hafizal berada.

"Khabar baik, sepupu. Tak payah minta maaf, aku memang teringin nak merasa kehidupan begini. Bagus juga rasanya, tak sempat nak penat. Tak ada benda nak buat pun," jawab Hafizal, sarkastik.

"Kau ini Ijal, mulut memang nak rasa penumbuk aku agaknya. Kau turun dari katil itu sekarang!" bentak Wafi lalu menarik Hafizal supaya lelaki itu bangun dari katil.

"Bob, kau tekup mata dengan mulut mamat ini!" arah Wafi, lantang.

Sebaik sahaja arahan dikeluarkan, Bob telah bertindak menekup mulut dan mata Hafizal dengan kain hitam yang dibawanya tadi. Ini telah membuatkan pandangan Hafizal kelam dan dia tidak dapat bertutur dengan jelas.

Tak lama kemudian, Hafizal terasa dirinya ditumbuk dan tumbukan itu membuatkan dia jatuh ke lantai. Dia ditarik semula untuk bangun lalu ditumbuk semula berkali-kali sehingga tenaganya mulai habis. Dia tahu dirinya telah dibelasah dengan teruk walaupun matanya tak dapat melihat.

Setelah sekian lama dibelasah, dia dapat mendengar ada bunyi tapak kaki yang menghampirinya. Ketika bunyi tapak kaki itu kedengaran merupakan saat dia berhenti dibelasah.

"Apa ini, Wafi? You sudah janji dengan I yang you takkan sentuh dia!" bentak suatu suara yang amat dikenalinya. Ayra!

"Masalahnya, you belum bagi apa yang I nak! Jadi, I belasah dia cukup-cukup dulu. You nak suami you selamat atau tak? Kalau nak, you bagi apa yang I nak dulu!" jerkah Wafi, menjawab bantahan yang dikemukakan oleh Ayra itu tadi.

"Kalau I bagi, apa yang you boleh bagi pada I pula?" tanya Ayra, geram.

"I akan pastikan you dengan suami you akan terus hidup. How's that?" tanya Wafi, sinis.

"Okay, dan I tak nak you usik apa-apapun hak milik I! Boleh?" tanya Ayra.

"Sure, my dear. Your wish is my command," jawab Wafi lalu tertawa kecil.

Sebaik sahaja Wafi menghabiskan ayat terakhirnya, kedengaran Ayra merengus geram. Entah apalah yang Wafi lakukan pada isterinya itu.

"Kalau begitu, I nak bersendirian dengan dia. Itupun kalau you nak sesuatu itu," ujar Ayra, sinis.

"As you wish, darling. Jom semua! Bob, aku nak kau kunci pintu bilik ini. Takut-takut si Ayra ini buat onar pula," arah Wafi sebelum kedengaran bunyi-bunyi tapak kaki mula menjauhinya dan seterusnya bunyi pintu ditutup dan dikunci.

Sangkaannya Ayra akan terus membukakan ikatan di mata dan mulutnya sebaik sahaja pintu dikunci, namun suasana sunyi buat beberapa ketika sebelum mata dan mulutnya dilepaskan daripada belenggu kain itu.

Perlahan-lahan Hafizal memandang ke arah hadapannya. Ayra sedang mencangkung di hadapannya sambil tersenyum tipis.

Hafizal merenung ke dalam mata Ayra, ingin mencari jawapan kepada semua soalan di dalam benak hatinya. Meskipun pandangan mereka bertaut, Ayra tidak lari dari pandangan tersebut. Malah, sinar matanya mempamerkan perasaan sedih yang sangat dalam.

"Abang, kita duduk atas katil ya?" tanya Ayra sambil tersenyum nipis sebelum dia memimpin Hafizal naik ke atas katil.

"Abang minta maaf sayang sebab sayang lihat abang dalam keadaan begini," ujar Hafizal, kesal.

"Rupanya ini perasaannya apabila abang jumpa Mel dulu," jelas Ayra.

Kata-kata Ayra membuatkan Hafizal terbungkam. Benar, ketika kali pertama dia ketemu Ayra dalam keadaan Ayra yang hanya bergaun panjang tanpa lengan berwarna putih itu, dia berasa sangat sedih dan hatinya bagai ditoreh dengan sembilu tajam.

"Apa yang Wafi nak dari Mel?" tanya Hafizal, tak sanggup untuk terus membicarakan tentang topik sebelumnya itu. Dia tahu setiap perbualan mereka dirakam dan ditonton oleh kesemua mereka yang berada di situ tadi.

"Dia nak abang tanda tangan dokumen ini," jawab Ayra lalu menyerahkan kesemua dokumen yang dipegangnya sedari tadi.

Hafizal mencapai dokumen yang diserahkan oleh Ayra lalu membacanya satu persatu. Setelah membacanya sehingga selesai, Hafizal memandang Ayra dengan perasaan hairan. Dia tahu dia harus berpura-pura tidak tahu untuk selamatkan dirinya, Ayra dan kandungan mereka.

"Apa semua ini, sayang?" tanya Hafizal, dengan suara yang sedikit tinggi.

"Surat penyerahan semua harta dan diri abang kepada Wafi. Wafi nak abang tanda tangan untuk menjamin keselamatan kita berdua," terang Ayra dengan wajah tanpa ekspresi.

Meskipun wajah isterinya tiada ekspresi, namun antonasi yang digunakan membuatkan Hafizal cukup faham akan maksud sebenar isterinya. Ternyata dia tidak silap melatih isterinya. Tanpa sedar, dia menguntumkan senyuman sinis buat isterinya.

"Tanda tangan surat ini dan kita semua akan selamat? Sedangkan klausa kedua menyatakan abang sama sekali tidak ada kebebasan untuk hidup seperti manusia biasa. Itu sayang kata selamat?" bantah Hafizal dengan nada meninggi membuatkan Ayra kelihatan sedikit terkejut pada mulanya, namun kemudian kembali kepada wajah tanpa ekspresinya itu.

"At least, that is the only thing that I can promise you for now," jawab Ayra lalu memegang tangan Hafizal.

Hafizal dapat merasakan Ayra memasukkan sesuatu di dalam tangannya. Namun, dia tidak membukanya kerana bimbang akan dirampas oleh Wafi.

"Okay, I believe you. So, what's next?" ujar Hafizal sambil menanda tangani dokumen yang diberikan oleh Ayra tadi lalu dipulangkan semula kepada wanita itu.

Ayra hanya mendiamkan diri buat beberapa ketika membuatkan Hafizal memandang wajah isterinya. Sekali lagi, pandangan mereka bertaut dan Hafizal dapat mengagak apa yang diperlukan oleh Ayra.

"Are you sure you want that?" tanya Hafizal, ingin menguji.

"I don't have any choice, abang! Cuma, Ayra tak tahu bagaimana nak minta memandang Ayra tak dibenarkan untuk sebut apa-apapun mengenainya."

"Ayra Melissa binti Mohd. Elyas, abang ceraikan awak dengan talak satu," lafaz Hafizal, tenang walaupun dalam hatinya bergelora bagai dilanda tsunami.

"Abang minta maaf Mel, abang harap Mel dapat kuatkan hati Mel untuk abang," getus hati kecil Hafizal ketika memandang Ayra yang sedang tergamam.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com