Sunday, October 15, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 28...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 28: Demi Seorang Isteri

"Abang sanggup ceraikan Mel? Sampai hati abang!" jerit Ayra setelah dia menyedari bahawa dia telah diceraikan oleh Hafizal.

"Abang memang sampai hati, apa saja asalkan Mel dan kandungan Mel selamat!" bentak Hafizal, geram melihat bekas isterinya menjerit kepadanya.

"Kandungan Mel? Apa maksud abang, kandungan Mel?" tanya Ayra, inginkan kepastian.

"Semasa Mel pengsan kelmarin, abang hubungi doktor untuk periksa Mel. Mel positif mengandung, tapi abang tak sempat bawa Mel buat pemeriksaan penuh," terang Hafizal, lemah. Air mata lelakinya menitis akibat kesedihan yang tak dapat dibendung.

Hafizal dapat melihat Ayra yang sudahpun berdiri terduduk semula apabila mendengar kata-kata Hafizal tadi.

"Walaupun dalam keadaan Mel begini, abang masih tegar ceraikan Mel?" tanya Ayra, geram dengan sikap bekas suaminya itu.

"Abang minta maaf, Mel. Abang harap Mel dapat jaga anak kita bila abang sudah tiada lagi."

"Anak abang kan? Abang jagalah sendiri! Kenapa pula Mel kena jaga anak itu sendiri? Mel tak kira, Mel akan pastikan abang terus hidup untuk jaga anak kita! Itu janji Mel!" bentak Ayra sebelum bangun dan beredar keluar dari bilik itu.

"Mel, abang tak mahu Mel tanggung semuanya sendiri. Biar abang saja yang tanggung," ujar Hafizal pada diri sendiri.

     *     *     *     *     *

Beberapa hari selepas itu, Hafizal disuruh untuk mandi dan bersiap dengan mengenakan seluar hitam, kemeja putih, tali leher hitam dan kot hitam seperti pakaiannya ke tempat kerja sebelum ini. Dia seperti sudah menduga apakah sebab di sebalik semua ini.

Sangkaannya tepat apabila dia menyedari dirinya berdiri di hadapan bilik mesyuarat lembaga pengarah Mustaqim Ventures bersama Wafi dan beberapa orang bawahan Wafi yang ditugaskan mengawal dirinya daripada berbuat sesuatu yang bodoh.

Kedatangan mereka disambut oleh Ayra yang sudah sedia menanti di hadapan bilik mesyuarat itu. Hafizal mengambil kesempatan itu untuk memandang wajah yang dirinduinya, meskipun wajah itu tidak mahu bertentangan mata dengannya.

Wajah Ayra tidak secantik selalu. Mukanya sembap, matanya bengkak seperti baru lepas menangis. Badannya juga sedikit susut dan nampak tidak bermaya. Meskipun wanita itu mengukir senyuman bagi menyambut kehadiran semua pengarah syarikat, namun dia lebih mengetahui bahawasanya senyuman itu palsu.

"Good morning, Encik Wafi and Encik Hafizal! Selamat datang ke mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah Mustaqim Ventures. Jemput masuk," sapa Ayra, mesra.

"Good morning to you too, Ayra. You look gorgeous as usual. Tak begitu Ijal?" ujar Wafi sebelum memandang ke arah Hafizal.

Hafizal tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk.

"Jom kita masuk. Guys, you can wait here. Someone might have to be dismissed early," arah Wafi lalu menyangkutkan lengannya di atas bahu Hafizal dan menariknya masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Bilik mesyuarat itu telahpun penuh dengan kehadiran semua ahli lembaga pengarah termasuklah Tan Sri Mustaqim. Wafi memilih untuk duduk di sebelah hadapan memandangkan dia adalah orang yang meminta agar mesyuarat ini diadakan, manakala Hafizal duduk di sebelah kanan Wafi dan berhadapan dengan ayahnya.

Tak lama selepas itu, kelihatan Ayra menutup pintu bilik mesyuarat dan duduk di belakang Hafizal bagi mencatatkan minit mesyuarat. Itu memang menjadi tugas Ayra setiap kali mesyuarat ahli lembaga pengarah.

"Selamat pagi semua, saya memohon maaf di atas panggilan saya yang mengejutkan ini andai ianya telah mengganggu jadual tuan-tuan dan puan-puan yang sibuk itu. Tujuan saya memanggil anda semua adalah untuk mencadangkan pemecatan CEO Mustaqim Ventures, Encik Megat Hafizal atas sebab skandalnya bersama model terkenal, Kathy Nada."

Hafizal yang sedari tadi tunduk terus memandang ke arah Wafi yang sedang berdiri di tempat duduknya tadi.

"Sejak bila aku ada skandal dengan Kathy ni?" getus hati kecil Hafizal.

"Saya pasti semua orang telah melihat video berdurasi satu minit yang telah ditularkan di media sosial. Video aksi panas antara mereka berdua ini telah merosakkan imej syarikat secara amnya dan keluarga pakcik saya secara khususnya. Dengan ini, saya selaku salah seorang pengarah syarikat ingin mencadangkan pemecatan Encik Megat Hafizal selaku CEO berkuat kuasa serta-merta," jelas Wafi dengan riak wajah seperti orang yang baru sahaja memenangi nombor ekor.

Hafizal terkesima mendengar penjelasan Wafi itu. Kenapa dia sahaja yang tidak mengetahui perkara ini? Adakah Ayra telah menonton video itu? Apakah responnya? Adakah atas sebab ini dia meminta cerai beberapa hari lepas?

"Saya serahkan majlis kepada PA Encik Hafizal, cik Ayra untuk mengira undi," ujar Wafi lalu duduk semula di tempatnya.

Kali ini giliran Ayra pula berdiri di belakang Wafi bagi menjalankan proses undian. Hafizal hanya memandang Ayra sepanjang proses undian berlangsung kerana dia tahu selepas ini mustahil untuknya bertemu dengan wanita itu.

"Hasil undian ahli lembaga pengarah bagi cadangan memecat Encik Megat Hafizal sebagai CEO berkuat kuasa serta-merta, 35% ahli lembaga pengarah bersetuju dengan cadangan tersebut, manakala 30% ahli lembaga pengarah tidak bersetuju, dan 35% pula tidak membuang undi," jelas Ayra.

Memandangkan undian dikira mengikut peratusan saham, Hafizal tahu 35% yang tidak mengundi itu adalah Ayra memandangkan Ayra merupakan pemegang saham terbesar syarikat manakala Wafi merupakan pemegang saham kedua terbesar dengan 30% setelah dicampur dengan sahamnya yang telah diberikan kepada Wafi dan bakinya adalah milik lima orang ahli yang lain termasuklah bapanya.

Tiba-tiba, pintu bilik mesyuarat itu diketuk. Ayra berjalan menuju ke arah pintu lalu membukanya. Hafizal tidak melihat wajah insan yang berada di sebalik pintu kerana dihalang oleh Ayra.

"Ya encik, ada urusan apa di sini?" tanya Ayra, mesra.

"Saya Farid, proksi pemegang saham terbesar syarikat ini. Saya diberitahu oleh majikan saya bahawa hari ini ada diadakan mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah, jadi dia mewakilkan saya untuk mengundi," ujar suatu suara dari luar bilik itu.

Entah mengapa suara itu kedengarannya seperti amat dikenalinya. Setelah dia melihat pemilik suara itu yang berjalan di hadapannya, dia melopong akibat terkejut.

"Fred? Fred adalah proksi Ayra?" tanya Hafizal, di dalam hatinya.

"Encik Farid, untuk pengetahuan cik, saya memerlukan undian encik bagi meluluskan atau tidak meluluskan cadangan pemecatan Encik Megat Hafizal atas sebab merosakkan imej syarikat. Jadi, apakah keputusan Encik Farid?" tanya Ayra sambil memandang ke arah Fred yang baru sahaja duduk di kerusi yang paling belakang.

"Majikan saya telah memberikan undiannya, dan dia bersetuju dengan cadangan itu," jawab Fred yang sedang memandang Hafizal.

Hafizal terbungkam mendengar jawapan yang diberikan oleh Fred itu. Ayra telah mengkhianati kepercayaannya dengan menjatuhkannya. Namun begitu, dia tak mampu untuk membenci bekas isterinya itu kerana dia faham andai Ayra melakukan semua ini kerana marah dengannya yang telah berlaku curang dengannya dan juga telah menceraikannya.

"Baiklah, dengan undian Encik Farid itu tadi, dengan ini hasil undian bagi cadangan pemecatan Encik Hafizal sebagai CEO, 68% bersetuju manakala 32% tidak bersetuju dan dengan ini, Encik Megat Hafizal Megat Mustaqim dipecat daripada jawatan CEO yang dipegangnya berkuat kuasa serta-merta," ujar Ayra.

"Akan tetapi, saya juga dikehendaki untuk mengumumkan bahawa Encik Hafizal telah menyerahkan sahamnya sebanyak 15% kepada Encik Megat Wafi dan dengan ini, Encik Hafizal tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat ini. Oleh yang demikian, Encik Hafizal diminta menyerahkan semula semua harta syarikat kepada saya sebaik sahaja mesyuarat ini tamat," jelas Ayra lagi.

"Sebelum kita meneruskan dengan agenda seterusnya, saya memohon agar Encik Hafizal meninggalkan bilik mesyuarat ini," pinta Ayra lalu berdiri di hadapan pintu yang telah dibuka.

Hafizal dengan pasrahnya, bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu. Semasa dia berjalan di sebelah Ayra, tangannya berlanggar dengan tangan Ayra dan dia dapat merasa seperti Ayra memasukkan sesuatu di dalam genggaman tangannya, seperti sebelum ini.

"Encik Hafizal, sila tunggu di hadapan bilik CEO sehingga mesyuarat ini selesai. Terima kasih," pinta Ayra sebelum menutup semula pintu bilik mesyuarat.

Hafizal berpaling dan memandang 'pengawal peribadinya' sebelum mengeluh.

     *     *     *     *     *

"Nah, ini semua harta syarikat yang saya pegang dan yang dalam kotak ini merupakan harta peribadi saya. Saya minta tolong awak letakkan dalam bilik tidur saya di rumah daddy saya. Boleh?" tanya Hafizal setelah menyerahkan sebuah kotak dan sebungkus beg plastik berisi barangan milik syarikat kepada Ayra.

"Baiklah, tuan. Nanti saya hantarkan," balas Ayra tanpa melihat wajahnya.

Hafizal terkedu. Sangkaannya Ayra tidak akan mengekalkan panggilan 'tuan' itu setelah apa yang terjadi, tetapi ternyata dia silap.

"Kunci kereta awak ada pada Fred. Nanti dia akan hantarkan pada awak bila masa yang sesuai tiba. Maafkan saya atas semua salah silap saya sepanjang saya menjadi majikan awak sejak awak mula bekerja di dalam syarikat ini sampailah saat ini. Saya nak awak tahu awaklah pekerja terbaik yang saya ada walaupun saya tahu awak selalu saja mengumpat saya," jelas Hafizal membuatkan Ayra memandangnya.

"Mengumpat? Bila masa?" tanya Ayra, hairan.

"Sewaktu awak masih lagi menjadi penolong Encik Selamat. Saya tahu setiap kali saya suruh awak buat kerja-kerja yang remeh, awak akan mengomel tentang saya di belakang saya. Saya minta maaf kerana menyusahkan awak ketika itu, saya cuma nak tengok awak selalu. Kalau saya tahu ketika itu awak adalah teman wanita Wafi, mungkin saya takkan ganggu awak."

"Kalau saya diberikan peluang untuk mengundurkan masa, saya tetap akan pilih jalan ini tuan. Saya bersyukur dengan takdir saya, it is not that bad anyway. Being your wife is the best that I could ever imagine," jawab Ayra lalu tersenyum.

Hafizal memandang Ayra, cuba mencari keikhlasan di dalam mata Ayra dan sinar mata Ayra menunjukkan keikhlasan itu. Tanpa sedar, terukir senyuman di bibirnya.

"I really miss that smile, abang. Thank you for giving it to me," ujar Ayra, lembut dan perlahan.

"My smile will be always yours. No matter what happened. Oh ya, boleh saya tanya sesuatu?"

"Apa dia, tuan?" tanya Ayra, selepas menjeling ke arah belakang Hafizal.

"Kenapa awak undi saya untuk dipecat? Awak percaya dengan berita itu?" tanya Hafizal, ingin tahu.

"Tuan rasa bagaimana?" tanya Ayra, sambil tersenyum sinis.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com