Thursday, October 12, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 25...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 25: Aku Sanggup

"Kenapa, Mel?" tanya Hafizal setelah mendapati isterinya masih tidak menanda tangani dokumen yang diberinya sebentar tadi.

"This is not right, abang. Ini semua harta abang, hasil titik peluh abang. Takkan senang-senang saja abang berikan pada Mel. Mesti ada sebab," jawab Ayra sambil memandang wajah Hafizal. Mana mungkin Hafizal akan sewenang-wenangnya memberikan hampir keseluruhan harta lelaki itu kepadanya tanpa sebab yang kukuh.

"Bukankah abang pernah katakan sebelum ini, semua yang abang lakukan pasti bersebab? Jadi, sekarang ini abang harap Mel tak tanya apa-apa mengenainya kerana abang perlu melindungi Mel. Mel milik abang, dan abang harap Mel akan sentiasa jadi milik abang. Harta ini abang amanahkan kepada Mel untuk menjaga harta abang sampai keadaan jadi aman semula," jelas Hafizal lalu memegang pipi mulus Ayra.

"Mel percayakan abang kali ini, sama macam dulu. Mel harap abang percayakan Mel juga, sekiranya selepas ini Mel melakukan sesuatu di luar jangkaan abang, Mel harap abang percayakan Mel," jawab Ayra sambil tersenyum. Dia dapat menghidu ada sesuatu yang tak kena dan ini mungkin akan menguji bagaimana kukuhnya hubungan mereka sebagai suami isteri.

"Abang percayakan Mel. Kalau tidak, abang tak amanahkan harta abang kepada Mel. Betul tak?" jawab Hafizal sambil tersenyum.

Akhirnya, Ayra mengambil dokumen tersebut lalu menanda tangani kesemuanya. Setelah selesai, dia memulangkan semula dokumen tersebut kepada Hafizal. Hafizal mengambil dokumen tersebut lalu diletakkan di dalam sampul surat berwarna perang.

"Sayang, hari ini Mel pergi kerja dengan ayah. Abang nak pinjam kereta Mel, abang ada urusan sikit. Tengahari nanti kalau sempat kita makan tengahari sekali ya. Mel tunggu di pintu masuk. Abang pergi dulu," pesan Hafizal lalu menghulurkan tangannya.

Ayra menyambut tangan Hafizal lalu menciumnya lama. Hairan juga Hafizal dengan kelakuan Ayra itu, namun dia memilih untuk berdiam.

"Abang, whatever happens, I need you to stay alive. Remember that. I love you," ujar Ayra setelah melepaskan tangannya.

"Jangan risau, abang akan kembali. Just know that I loved you before and still loving you till the rest of my life," jawab Hafizal lalu mencium pipi isterinya. Entah mengapa dia berasa begitu sebak hari ini seolah-olah ini kali terakhir dia dapat bermesra bersama isterinya.

Selepas itu, Hafizal beredar keluar menuju ke arah kereta Volkswagen Vento milik Ayra lalu memandu keluar dari rumahnya.

     *     *     *     *     *

"Kau kenapa ini, Ayra? Runsing sahaja aku tengok," tegur Erni apabila melihat Ayra mundar-mandir di dalam pantri. Mendengar kata-kata Erni, Ayra berhenti lalu memandang Erni.

"Suami aku dalam bahaya," jawab Ayra, resah.

"Kau ini, perasaan saja kot. Suami kau kerja apa sampai dia dalam bahaya? Polis? Tentera?" seloroh Erni, cuba menenangkan Ayra.

"Suami aku CEO, memanglah dia sentiasa dalam bahaya. Aku ini pun sama juga," ujar Ayra sebelum dia menutup mulutnya kerana terlepas cakap.

"CEO? Kau biar betul! CEO syarikat mana ini?" tanya Erni, ingin tahu.

Belum sempat Ayra menjawab soalan Erni itu, telefon bimbitnya berdering. Nama 'Fred' yang tertera membuatkan dia semakin resah. Tanpa berlengah, dia menjawab panggilan tersebut.

"Hello, puan. Puan sendirian ke sekarang?" tanya Fred, di hujung talian.

Ayra memandang Erni lalu mengisyaratkan jari telunjuknya di bibir tanda mahu Erni diam seketika.

"Ya, Fred. Saya sendiri. Kenapa?" tanya Ayra pula.

"Baiklah, saya nak puan dengar apa yang saya nak khabarkan ini tanpa sebarang soalan daripada puan. Begini, Qatrunnada bersama konco-konco Encik Wafi telah menculik bos pagi tadi. Jadi, saya yakin Encik Wafi pasti akan membawa berita buruk mengenai bos kepada puan. It can be a scandal or anything that can bring him down from his current position. Dia juga mungkin akan minta puan pujuk bos untuk serahkan harta kepadanya dan ceraikan puan. Saya nak minta puan bermain dengan situasi ini sebelum kita dapatkan bukti yang Encik Wafi mengetuai sindiket pemerdagangan manusia dan pelacuran. Puan jangan bimbang, Apai masih lagi akan mengawasi puan dari jauh. Apa-apa masalah, puan boleh hantarkan mesej rambang pada saya dan saya akan jejaki puan dengan GPS pada telefon bimbit puan ataupun gelang yang puan pakai sekarang. Jelas tak puan?" terang Fred, panjang lebar.

"Gelang? Gelang saya ada GPS tracker? Bos awak tahu tak rancangan awak ini?" tanya Ayra.

"Ya, puan. Bos arahkan saya untuk pasang transmitter GPS pada gelang puan untuk keselamatan. Tentang rancangan kita, tak, puan. Atas sebab itulah, saya minta tolong puan untuk bermain dengan situasi. Bos tidak mengenakan segala syarat pernikahannya dengan puan tanpa sebab. Jadi, puan memang sudah terlatih untuk menipu semua orang. Saya yakin puan boleh lakukan," jelas Fred lagi.

"Jadi, apa yang patut saya lakukan sekarang?" tanya Ayra lagi.

"Puan sepatutnya ada temu janji makan tengahari dengan bos bukan? Puan pura-pura tunggu dia di tempat yang dia arahkan. Oh ya, sebelum dia berjumpa Qatrunnada tadi, dia tinggalkan kereta puan dengan saya. Nanti saya hantarkan semula di rumah ya?" tanya Fred, inginkan kepastian.

"Baiklah, terima kasih Fred."

"Sudah tugas saya lindungi bos dan puan. Oh ya, kereta Proton Waja puan ada pada saya. Saya simpan di rumah saya. Bos yang arahkan kerana katanya kereta itu kereta peninggalan arwah ayah puan. Jadi, dia tak mahu jualkan kereta puan."

Ayra terkesima mendengar penjelasan Fred. Sangkaannya Hafizal telah menjual keretanya kerana ingin menggantikan dengan kereta yang digunakan sekarang. Ternyata banyak yang suaminya tahu tentang dirinya berbanding dia mengenali suaminya.

"Terima kasih, Fred. Kalau begitu, saya gerak dulu. Kalau ada apa-apa, awak hubungi saya," jawab Ayra sebelum mematikan talian. Selepas itu, dia memandang Erni.

"Betullah, Erni. Suami aku dalam bahaya. Jadi, aku kena pergi sekarang. Aku beritahu kau sekali ini saja, jangan kau tanya lagi apa-apa tentang ini. Suami aku sebenarnya adalah Encik Hafizal," ujar Ayra sebelum bangun meninggalkan pantri untuk mengambil beg tangannya.

Dengan pantas, dia menuju ke tingkat bawah sebelum ke pintu masuk syarikat. Dia memandang di sekelilingnya, tiada yang mencurigakan. Maka, dia mengambil keputusan untuk pura-pura menunggu seseorang.

"Tunggu siapa itu, Puan Ayra?" tanya Wafi yang telah menyebabkan Ayra terkejut dengan kehadirannya di situ.

"Encik Wafi buat apa di sini? Kenapa ya kebelakangan ini saya tengok Encik Wafi kerap sangat datang ke sini? Semasa kita bercinta dulu, Encik Wafi tak pernah pun datang ke sini," sindir Ayra, geram dengan kehadiran lelak itu di hadapannya.

"I nak ajak you makan tengahari," jawab Wafi, selamba.

"dah ada temu janji, maaf. Lain kali sajalah," tolak Ayra sambil menayangkan muka menyampah kepada Wafi.

"Temu janji? Dengan suami tersayangkah? You tak tahu cerita?" tanya Wafi, dengan wajah yang pura-pura hairan.

 "Cerita apa you ini? Jangan ganggu I boleh tak?" tanya Ayra, protes.

Wafi tersenyum apabila melihat wajah Ayra yang merah kerana menahan marah itu. Baginya, wanita itu kelihatan comel apabila sedang marah. Itu adalah salah satu ciri-ciri Ayra yang paling disukainya dulu.

"Suami you ada perempuan lain, dan orang itu tak lain tak bukan bekas teman serumah you yang telah menjual you dulu, Kathy Nada," terang Wafi lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ayra.

Ayra mencapai telefon bimbit Wafi dan memainkan video yang tertera di skrin. Alangkah terkejutnya dia melihat seorang wanita sedang asyik mencium bibir suaminya sendiri. Namun, dia lebih mengenali suaminya. Ciuman itu bukan dimulakan oleh suaminya, maka itu tidak normal kerana dia tahu Hafizal seorang yang dominan.

"Ini saja yang you ada?" tanya Ayra, sinis.

"You mungkin tak percaya, tapi adakah ahli lembaga pengarah akan berfikiran seperti you? Suami you akan jatuh dari kedudukannya sekarang, melainkan kalau you merayu minta tolong dengan I," jelas Wafi sambil tertawa.

Ayra menggenggam penumbuknya bagi menahan kemarahannya. Sungguh hina cara Wafi menjatuhkan suaminya. Namun, cara ini paling mudah sebenarnya.

"Apa yang you nak?" tanya Ayra, perlahan.

"Begitukah adab meminta tolong, Puan Ayra?" tanya Wafi, sarkastik.

Ayra melepaskan keluhan kecil, lalu melutut di hadapan Wafi. Dia sudah tidak peduli akan maruah dirinya, asalkan suaminya dapat diselamatkan.

"Tolong selamatkan I dengan Hafizal, Wafi. I merayu dengan you. Tolong selamatkan kami berdua," rayu Ayra, sebak.

"Apa ini Ayra? Janganlah begini, segan I dengan you tapi you jangan risau. I akan selamatkan you dengan Ijal. Dengan syarat," jawab Wafi, pura-pura kasihan sambil membantu Ayra untuk bangun semula.

"Apa syaratnya?" tanya Ayra, tanpa melihat wajah lelaki durjana yang telah memporak-perandakan rumah tangganya.

"I nak you pujuk Hafizal untuk serahkan harta dan dirinya pada I, dan ceraikan you. After that, I want you to be my lover again. Habis Iddah you, kita nikah. Deal?" jelas Wafi sambil tersenyum senget.

Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang wajah Wafi dengan pelbagai tanda tanya.

     *     *     *     *     *

Ayra baru sahaja tiba di markas apabila dia dibawa ke bilik di mana Hafizal berada. Sebaik sahaja dia tiba, alangkah terkejutnya dia apabila dia melihat Wafi membelasah Hafizal yang dibelenggu tangan dan kakinya, juga ditutup mata dan mulutnya. Keadaan suaminya yang sudah berlumuran darah itu membuatkan dia lebih kuat untuk melawan.

Tanpa berlengah, dia berlari menuju ke arah Wafi. Melihat kehadirannya, Wafi berhenti membelasah Hafizal lalu berpaling memandangnya.

"Apa ini, Wafi? You sudah janji dengan I yang you takkan sentuh dia!" bentak Ayra, marah dengan apa yang dilakukan oleh Wafi itu..

"Masalahnya, you belum bagi apa yang I nak! Jadi, I belasah dia cukup-cukup dulu. You nak suami you selamat atau tak? Kalau nak, you bagi apa yang I nak dulu!" jerkah Wafi, menjawab bantahan yang dikemukakan oleh Ayra itu tadi.

"Kalau I bagi, apa yang you boleh bagi pada I pula?" tanya Ayra, geram. Dia merenung wajah lelaki itu dengan perasaan kasihan kerana dia tahu lelaki itu hanya mahukan perhatian.

"I akan pastikan you dengan suami you akan terus hidup. How's that?" tanya Wafi, sinis.

"Okay, dan I tak nak you usik apa-apapun hak milik I! Boleh?" tanya Ayra.

"Sure, my dear. Your wish is my command," jawab Wafi lalu tertawa kecil sebelum memegang tangan Ayra.

Sebaik sahaja Wafi menghabiskan ayat terakhirnya, Ayra merengus geram lalu menarik tangannya semula.

"Kalau begitu, I nak bersendirian dengan dia. Itupun kalau you nak sesuatu itu," ujar Ayra, sinis.

"As you wish, darling. Jom semua! Bob, aku nak kau kunci pintu bilik ini. Takut-takut si Ayra ini buat onar pula," arah Wafi sebelum dia, Qatrunnada, Bob dan yang lain berjalan keluar dari bilik tersebut sebelum pintu bilik itu ditutup dan dikunci.

Ayra memerhatikan sekeliling bilik tersebut. Sangkaannya tepat apabila dia ternampak beberapa kamera litar dalaman terpasang di penjuru bilik tersebut. Dia memandang Hafizal yang masih lagi dibelenggu itu, perasaan sebak hadir dalam hatinya tetapi terpaksa dia sematkan jauh-jauh di dalam hatinya kerana dia perlu meraih kepercayaan Wafi.

Ayra mencangkung di hadapan Hafizal lalu membuka ikatan yang menutup mata dan mulut lelaki itu. Dia dapat melihat Hafizal membuka matanya dan memandangnya. Dia hanya mampu tersenyum tipis.

Ayra memandang Hafizal yang telahpun merenungnya. Pandangan mereka bertaut, membuatkan perasaan sebaknya timbul semula dan matanya mula berkaca.

"Abang, kita duduk atas katil ya?" tanya Ayra sambil tersenyum nipis sebelum dia memimpin Hafizal naik ke atas katil.

"Abang minta maaf sayang sebab sayang lihat abang dalam keadaan begini," ujar Hafizal, kesal.

"Rupanya ini perasaannya apabila abang jumpa Mel dulu," jelas Ayra. Ayra berasa hatinya pedih dan bagai ditoreh sembilu tajam tatkala melihat Hafizal yang berlumuran darah itu.

"Apa yang Wafi nak dari Mel?" tanya Hafizal, menukar topik.

"Dia nak abang tanda tangan dokumen ini," jawab Ayra lalu menyerahkan kesemua dokumen yang dipegangnya sedari tadi.

Hafizal mencapai dokumen yang diserahkan oleh Ayra lalu membacanya satu persatu. Setelah membacanya sehingga selesai, Hafizal memandang Ayra dengan riak wajah kehairanan. Ayra tahu Hafizal pasti akan memarahinya.

"Apa semua ini, sayang?" tanya Hafizal, dengan suara yang sedikit tinggi.

"Surat penyerahan semua harta dan diri abang kepada Wafi. Wafi nak abang tanda tangan untuk menjamin keselamatan kita berdua," terang Ayra dengan wajah tanpa ekspresi. Sengaja dia pamerkan wajah itu kerana dia tahu perbualan mereka sekarang dirakam.

Barulah dia faham apa yang dimaksudkan oleh Fred tadi. Memang Hafizal telah melatihnya untuk menjadi isteri kepada seorang CEO, bukannya isteri kepada Megat Hafizal semata-mata. Dia tidak boleh lemah di hadapan musuh. Ketika itulah, dia melihat Hafizal tersenyum sinis ke arahnya membuatkan dia lega kerana Hafizal amat mengenalinya.

"Tanda tangan surat ini dan kita semua akan selamat? Sedangkan klausa kedua menyatakan abang sama sekali tidak ada kebebasan untuk hidup seperti manusia biasa. Itu sayang kata selamat?" bantah Hafizal dengan nada meninggi membuatkan Ayra kelihatan sedikit terkejut pada mulanya, namun kemudian kembali kepada wajah tanpa ekspresinya itu.

"At least, that is the only thing that I can promise you for now," jawab Ayra lalu memegang tangan Hafizal.

Hafizal dapat merasakan Ayra memasukkan sesuatu di dalam tangannya. Namun, Hafizal tidak terus membukanya.

"Okay, I believe you. So, what's next?" ujar Hafizal sambil menanda tangani dokumen yang diberikan oleh Ayra tadi lalu dipulangkan semula kepada wanita itu.

Ayra hanya mendiamkan diri buat beberapa ketika membuatkan Hafizal memandang wajah isterinya. Sekali lagi, pandangan mereka bertaut dan itu menambahkan perasaan bersalahnya kerana dia perlu melanggar salah satu syarat pernikahan mereka.

"Are you sure you want that?" tanya Hafizal, membuatkan Ayra kaget.

"I don't have any choice, abang! Cuma, Ayra tak tahu bagaimana nak minta memandang Ayra tak dibenarkan untuk sebut apa-apapun mengenainya," tegas Ayra walaupun hatinya mengharapkan Hafizal tidak memahami kehendaknya.

"Ayra Melissa binti Mohd. Elyas, abang ceraikan awak dengan talak satu," lafaz Hafizal, tenang.

Ayra terbungkam. Saat yang dia paling elakkan akhirnya terjadi jua. Tanpa sedar, air matanya menitis jua.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com