Bahagian sebelumnya:
"Suami you ada perempuan lain, dan orang itu tak lain tak bukan bekas teman serumah you yang telah menjual you dulu, Kathy Nada," terang Wafi lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ayra.
- Bahagian 1
- Bahagian 2
- Bahagian 3
- Bahagian 4
- Bahagian 5
- Bahagian 6
- Bahagian 7
- Bahagian 8
- Bahagian 9
- Bahagian 10
- Bahagian 11
- Bahagian 12
- Bahagian 13
- Bahagian 14
- Bahagian 15
- Bahagian 16
- Bahagian 17
- Bahagian 18
- Bahagian 19
- Bahagian 20
- Bahagian 21
- Bahagian 22
- Bahagian 23
- Bahagian 24
- Bahagian 25
Bahagian 26: Sayang Itu Ada, Tapi Untuk Siapa?
Ayra mencapai telefon bimbit Wafi dan memainkan video yang tertera di skrin. Puas hati Wafi melihat riak wajah Ayra yang terkejut itu. Mungkin Ayra sudah termakan dengan video yang diambil ketika Hafizal tidak sedarkan diri itu.
"Ini saja yang you ada?" tanya Ayra, sinis. Wafi terkesima. Ayra nampaknya tidak terpedaya dengan video tersebut. Tak apa, ada cara lain.
"You mungkin tak percaya, tapi adakah ahli lembaga pengarah akan berfikiran seperti you? Suami you akan jatuh dari kedudukannya sekarang, melainkan kalau you merayu minta tolong dengan I," jelas Wafi sambil tertawa.
"Apa yang you nak?" tanya Ayra, perlahan.
"Begitukah adab meminta tolong, Puan Ayra?" tanya Wafi, sarkastik. Dia sudahpun memeluk tubuh kerana dia tahu dia sedang memenangi permainan ini.
Ayra melepaskan keluhan kecil, lalu melutut di hadapan Wafi. Wafi terkejut melihat tindakan Ayra, namun tidak ditunjukkan kerana dia tidak mahu Ayra membaca fikirannya. Dia sama sekali tidak menyangka Ayra akan bertindak sebegitu bagi menyelamatkan suami yang dikahwini akibat terpaksa itu.
"Tolong selamatkan I dengan Hafizal, Wafi. I merayu dengan you. Tolong selamatkan kami berdua," rayu Ayra, sebak.
"Apa ini Ayra? Janganlah begini, segan I dengan you tapi you jangan risau. I akan selamatkan you dengan Ijal. Dengan syarat," jawab Wafi, pura-pura kasihan sambil membantu Ayra untuk bangun semula.
"Apa syaratnya?" tanya Ayra, tanpa melihat wajah Wafi. Wafi cuba membaca tindakan Ayra, namun wajah Ayra yang tiada ekspresi itu menyukarkan kerjanya.
"I nak you pujuk Hafizal untuk serahkan harta dan dirinya pada I, dan ceraikan you. After that, I want you to be my lover again. Habis Iddah you, kita nikah. Deal?" jelas Wafi sambil tersenyum senget.
Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya memandang wajah Wafi dengan riak wajah hairan. Wafi yang melihat keadaan Ayra tersenyum riang.
* * * * *
* * * * *
"Bagaimana dengan Ayra? Kau sudah berikan lokasi kita kepadanya?" tanya Wafi sambil membelek dokumen-dokumen yang perlu ditanda tangani. Dia lebih gemar menyemak sendiri dokumen perjanjian dan pembayaran hutang sejak dirinya ditipu oleh Harry. Serik rasanya ditipu sebanyak hampir RM3 juta.
"Sudah, bos. Dia kata dia akan tiba dalam masa setengah jam lagi," jawab Bob yang sedari tadi berdiri di hadapannya.
"Bagus, Bob. Qat, Hafizal sudah sedar?" tanya Wafi kepada Qatrunnada yang duduk di atas sofa berhampirannya. Wanita yang berbaju gaun separas peha berwarna merah itu memandangnya.
"Belum lagi, tuan. Mungkin kesan ubat yang saya suntik itu memberikan kesan yang begitu lama kepadanya. Setiap orang bukankah mempunyai reaksi yang berbeza untuk ubat yang sama?" jawab Qatrunnada sambil mengikat rambutnya yang terurai sejak tadi.
"Oh ya, bagaimana dengan penghantaran Harry ke Thailand? Sudah selesaikah?" tanya Wafi lagi. Dia melihat wajah Qatrunnada. Tiada ekspresi yang ditunjukkan oleh wanita itu. Tahulah dia Qatrunnada masih menyimpan kemarahannya terhadap bekas teman lelakinya itu.
"Sudah selesai, pihak pembeli sudahpun menerimanya. Kata mereka, mereka akan membuat pembayaran setelah urusan pemeriksaan selesai," ujar Bob.
"Okay, good. Qat, kau tahu tak kenapa aku masih menyimpan kau sedangkan aku boleh menjual kau kepada pembida kedua tertinggi? Banyak juga nilai bidaannya, RM1 juta untuk kau sahaja," tanya Wafi lalu memandang Qatrunnada yang sedang bermain aplikasi permainan di tablet milik geng tersebut yang selalunya diletakkan di atas meja kopi berhadapannya.
"Saya tak rasa saya ada hal untuk mempersoalkan kredibiliti tuan. Kalau tuan nak beritahu, saya sedia mendengarnya," jawab Qatrunnada tanpa memandang wajah Wafi kerana masih leka dengan permainan yang dimainkannya.
"Inilah sebabnya aku simpan kau. Kau pandai ambil hati aku. Walaupun kau sedang sibuk bermain game, kata-kata kau masih lagi mampu menyenangkan hati aku. Paling aku kagum, kau berjaya melunaskan hutang kau sebanyak RM1 juta hanya dalam masa lima hari. Aku rasa kalau aku guna kau sebulan, kau sendiri pun akan kaya, apatah lagi aku," ujar Wafi sambil tersenyum.
Qatrunnada menghentikan permainannya lalu memandang ke arah Wafi. Wafi dapat melihat wajah wanita itu berkerut memandangnya. Entah apalah yang difikirkannya, tidak dapat ditafsir oleh Wafi.
Tiba-tiba, dia ternampak pergerakan di skrin CCTV yang dipasang sekitar markas. Dia dapat melihat Wafi sudahpun duduk berteleku di atas katil tempat dia berada.
"Hafizal sudah sedar, jom semua. Aku ada hutang nak lunaskan dengan dia ini!" arah Wafi lalu bangun dan berjalan keluar dari biliknya menuju ke arah bilik kurungan Hafizal.
Sebaik sahaja dia tiba, orang bawahannya yang berjaga di hadapan bilik tersebut membukakan mangga yang mengunci pintu bilik tersebut lalu membuka pintu bilik itu. Wafi, Qatrunnada, Bob dan beberapa orang bawahannya masuk ke dalam bilik tersebut. Wafi berjalan mendekati Hafizal, namun Qatrunnada dan yang lain hanya berhenti di pertengahan sahaja.

"Apa khabar, sepupu kesayanganku? Maafkan aku kalau-kalau layanan istimewa aku ini buatkan kau tak selesa. Aku cuma nak bagi kau rasa apa yang isteri kau pernah rasa dulu. Bagaimana rasanya?" tanya Wafi bertubi-tubi setelah duduk di birai katil di mana Hafizal berada.
"Khabar baik, sepupu. Tak payah minta maaf, aku memang teringin nak merasa kehidupan begini. Bagus juga rasanya, tak sempat nak penat. Tak ada benda nak buat pun," jawab Hafizal, sarkastik.
"Kau ini Ijal, mulut memang nak rasa penumbuk aku agaknya. Kau turun dari katil itu sekarang!" bentak Wafi lalu menarik Hafizal supaya lelaki itu bangun dari katil.
"Bob, kau tekup mata dengan mulut mamat ini!" arah Wafi, lantang.
Sebaik sahaja arahan dikeluarkan, Bob telah bertindak menekup mulut dan mata Hafizal dengan kain hitam yang dibawanya tadi. Ini telah membuatkan pandangan Hafizal kelam dan dia tidak dapat bertutur dengan jelas.
Wafi telah bertindak menumbuk Hafizal dengan kuat dan tumbukan itu membuatkan Hafizal jatuh ke lantai dan bibirnya mula berdarah. Wafi menarik Hafizal semula untuk bangun lalu menumbuk semula berkali-kali sehingga hatinya puas. Kemarahannya kepada seupupunya dilepaskan melalui semua tumbukan itu.
Setelah beberapa ketika, dia dapat mendengar ada bunyi tapak kaki yang menghampirinya. Dia berhenti menumbuk Hafizal lalu berpaling dan melihat Ayra berada di belakangnya.
"Apa ini, Wafi? You sudah janji dengan I yang you takkan sentuh dia!" bentak Ayra.
"Masalahnya, you belum bagi apa yang I nak! Jadi, I belasah dia cukup-cukup dulu. You nak suami you selamat atau tak? Kalau nak, you bagi apa yang I nak dulu!" jerkah Wafi, menjawab bantahan yang dikemukakan oleh Ayra itu tadi.
"Kalau I bagi, apa yang you boleh bagi pada I pula?" tanya Ayra, geram.
"I akan pastikan you dengan suami you akan terus hidup. How's that?" tanya Wafi, sinis.
"Okay, dan I tak nak you usik apa-apapun hak milik I! Boleh?" tanya Ayra.
"Sure, my dear. Your wish is my command," jawab Wafi lalu tertawa kecil sebelum memegang tangan Ayra. Seronok rasanya dapat bergurau dengan wanita itu.
Ayra merengus geram sebelum menarik semula tangannya. Melihat reaksi Ayra, Wafi tersenyum puas.
"Kalau begitu, I nak bersendirian dengan dia. Itupun kalau you nak sesuatu itu," ujar Ayra, sinis.
"As you wish, darling. Jom semua! Bob, aku nak kau kunci pintu bilik ini. Takut-takut si Ayra ini buat onar pula," arah Wafi sebelum berjalan keluar dari bilik itu lalu melihat orang bawahannya menutup dan mengunci pintu bilik itu.
Wafi, Qatrunnada dan Bob berjalan masuk ke dalam bilik Wafi lalu menonton skrin CCTV. Mujurlah dia melaburkan duit lebih untuk memasang mikrofon tersembunyi di dalam bilik tersebut. Dapatlah dia mendengar perbualan keduanya.
* * * * *
"Apa? Mengandung? Maknanya, tempoh Iddah Ayra akan jadi selepas dia bersalin bukan? tanya Wafi, inginkan kepastian.
"Kalau tak silap, betullah itu. Jadi, bos kena tunggu lama lagilah untuk nikahi Ayra?" tanya Bob pula.
"Ini tak boleh jadi! Ayra kena gugurkan kandungannya, kalau tidak aku bunuh Hafizal!" bentak Wafi lalu berlari keluar menuju ke bilik kurungan Hafizal semula.
Setibanya dia di sana, kelihatan Ayra baru sahaja keluar dari bilik tersebut bersama dokumen yang telahpun ditanda tangani oleh Hafizal. Wajah Ayra nampak sangat terkejut dan pucat lesi. Jalannya juga terhuyung-hayang.
Akhirnya, Ayra rebah ketika dia tiba di hadapan Wafi menyebabkan Wafi menyambut Ayra daripada terjatuh. Namun, setelah dia berdiri semula, dia bertindak menolak Wafi dan menyerahkan dokumen yang dipegangnya kepada Wafi.
"Puas hati you?" tanya Ayra, sinis sebelum melangkah pergi dari situ, namun Wafi lebih cepat menarik tangan Ayra bagi menghalangnya dari pergi.
"You mengandung? I tak kira, I nak you gugurkan kandungan you!" arah Wafi lalu memandang wajah Ayra. Ayra masih tidak memandangnya.
"You dah janji you tidak akan usik semua hak milik I bukan? Kandungan ini milik I, jadi jangan nak pandai-pandai tentukan apa-apa!" bentak Ayra sebelum menarik tangannya lalu pergi dari situ.
"You dah janji nak bernikah dengan I bukan? Jadi, I nak you gugurkan kandungan itu sebab I tak nak jaga anak you dengan Hafizal seumur hidup I!" jerit Wafi yang menyebabkan Ayra berhenti melangkah.
Wafi melihat Ayra berpaling lalu berjalan semula mendekatinya. Ayra berhenti berhadapan dengannya lalu merenungnya tajam.
"Kalau benda senang beginipun you nak ambil jalan mudah, macam mana you nak jaga I seumur hidup you? You mahukan I, tapi you tak boleh terima anak I sebab dia anak Hafizal? Itu saja alasan yang you ada? I don't care, kalau you nak I, you kena tunggu sampai anak I lahir. Selepas itu, kita tengok bagaimana. I takkan sesekali gugurkan kandungan ini walaupun you ugut untuk bunuh Hafizal sebab kalau you berani cabut nyawa dia, I takkan teragak-agak untuk tinggalkan you dan I akan pastikan you takkan jumpa I lagi! Faham?" tegas Ayra, berang.
Wafi terkesima mendengar kata-kata Ayra itu. Sebegitu sayangkah dia pada bekas suaminya sehingga dia sanggup menawarkan dirinya sebagai tebusan asalkan suaminya dapat terus hidup?
"Do you love him that much?" tanya Wafi, ingin menduga.
Ayra masih kekal dengan wajah tanpa sebarang ekspresi. Dia hanya memandang Wafi tanpa terus menjawab soalan itu dan ianya membuatkan jantung Wafi berdegup kencang.
*BERSAMBUNG*

0 comments:
Post a Comment