Monday, October 16, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 29...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 29: Demi Seorang Suami



"Abang sanggup ceraikan Mel? Sampai hati abang!" jerit Ayra setelah dia menyedari bahawa dia telah diceraikan oleh Hafizal. Bengang rasanya apabila dia diceraikan sedangkan dia mengharapkan sebaliknya.

"Abang memang sampai hati, apa saja asalkan Mel dan kandungan Mel selamat!" bentak Hafizal, geram melihat bekas isterinya menjerit kepadanya.

Ayra terbungkam mendengar kenyataan Hafizal itu. Patutlah dia tidak datang haid bulan ini, rupanya sudah berisi.

"Kandungan Mel? Apa maksud abang, kandungan Mel?" tanya Ayra, inginkan kepastian.

"Semasa Mel pengsan kelmarin, abang hubungi doktor untuk periksa Mel. Mel positif mengandung, tapi abang tak sempat bawa Mel buat pemeriksaan penuh," terang Hafizal, lemah. Air mata Hafizal dilihat menitis.

Ayra yang sudahpun berdiri terduduk semula akibat terkejut apabila mendengar kata-kata Hafizal tadi.

"Walaupun dalam keadaan Mel begini, abang masih tegar ceraikan Mel?" tanya Ayra, geram dengan sikap bekas suaminya itu.

"Abang minta maaf, Mel. Abang harap Mel dapat jaga anak kita bila abang sudah tiada lagi."

"Anak abang kan? Abang jagalah sendiri! Kenapa pula Mel kena jaga anak itu sendiri? Mel tak kira, Mel akan pastikan abang terus hidup untuk jaga anak kita! Itu janji Mel!" bentak Ayra sebelum bangun dan beredar keluar dari bilik itu.

Ayra yang baru sahaja keluar dari bilik tersebut mula berjalan terhuyung-hayang kerana kepalanya mula berasa pening. Dia sama sekali tidak dapat menghadam apa yang didengarinya sedari tadi. Tidak dia sangka Hafizal sanggup menyembunyikan berita kehamilan sedangkan dia adalah orang yang hamil itu, bukannya suaminya.

Dia ternampak Wafi yang baru sahaja muncul di hadapannya. Sedaya upaya dia cuba berjalan menuju ke arah lelaki yang telah merosakkan hidupnya itu. Hatinya sakit mengenangkan lelaki itulah punca semua ini terjadi.

Akhirnya, Ayra rebah ketika dia tiba di hadapan Wafi menyebabkan Wafi menyambut Ayra daripada terjatuh. Namun, setelah dia berdiri semula, dia bertindak menolak Wafi dan menyerahkan dokumen yang dipegangnya kepada Wafi.

"Puas hati you?" tanya Ayra, sinis sebelum melangkah pergi dari situ, namun Wafi lebih cepat menarik tangan Ayra bagi menghalangnya dari pergi.

"You mengandung? I tak kira, I nak you gugurkan kandungan you!" arah Wafi lalu memandang wajah Ayra. Ayra masih tidak memandangnya.

"You dah janji you tidak akan usik semua hak milik I bukan? Kandungan ini milik I, jadi jangan nak pandai-pandai tentukan apa-apa!" bentak Ayra sebelum menarik tangannya lalu pergi dari situ.

"You dah janji nak bernikah dengan I bukan? Jadi, I nak you gugurkan kandungan itu sebab I tak nak jaga anak you dengan Hafizal seumur hidup I!" jerit Wafi yang menyebabkan Ayra berhenti melangkah.

Wafi melihat Ayra berpaling lalu berjalan semula mendekatinya. Ayra berhenti berhadapan dengannya lalu merenungnya tajam.

"Kalau benda senang beginipun you nak ambil jalan mudah, macam mana you nak jaga I seumur hidup youYou mahukan I, tapi you tak boleh terima anak I sebab dia anak Hafizal? Itu saja alasan yang you ada? I don't care, kalau you nak Iyou kena tunggu sampai anak I lahir. Selepas itu, kita tengok bagaimana. I takkan sesekali gugurkan kandungan ini walaupun you ugut untuk bunuh Hafizal sebab kalau you berani cabut nyawa dia, I takkan teragak-agak untuk tinggalkan you dan I akan pastikan you takkan jumpa I lagi! Faham?" tegas Ayra, berang.

"Do you love him that much?" tanya Wafi, ingin menduga.

Ayra masih kekal dengan wajah tanpa sebarang ekspresi. Dia hanya memandang Wafi tanpa terus menjawab soalan itu.

"You want the answer? I gave one! Yes, I do love him because he was my husband. Why? Jealous?" tanya Ayra, sinis.

"Baik sangatkah dia sampai you boleh jatuh cinta dengan dia dalam masa sebulan? I doubted that," jawab Wafi, sarkastik.

"Better than you, player! Lagipun, dalam hukum agama kita, seorang isteri wajib melupakan perasaannya kepada lelaki lain sebaik sahaja dia menikahi suaminya. In this case, it was Hafizal on the first place," jawab Ayra, geram.

"Now, since you are already divorced, I think you should forget him and be mine," ujar Wafi, bangga.

"I tak mungkin akan lupakan bapa kepada anak I. Untuk menjadi kekasih you semula, I boleh terima tapi dengan syarat memandangkan you sudah rampas keseluruhan hidup I. Deal or no deal?" jawab Ayra.

"Apa syaratnya?" tanya Wafi, geram.

"You tak boleh ambil apapun hak milik I, I nak you pastikan Hafizal terus hidup, dan I akan jumpa Hafizal bila-bila masa yang I suka!"

"What? Salahkah I jika I nak hak I balik? Ijal dah rampas you daripada I kot!"

"Dia tak pernah bersalah, tapi you! Di manakah you semasa I kena culik dulu? I was right under your nose, and where were you? You sibuk berjoli dengan teman-teman wanita you tanpa ada sikitpun perasaan nak ambil tahu di manakah I berada! Bila masa you dapat tahu I kena lelong? Selepas I dah selamat bernikah dengan Hafizal bukan?" tanya Ayra, bertubi-tubi membuatkan Wafi terpana.

Ayra memandang tajam wajah Wafi. Lelaki itu tidak menjawab soalan-soalan panasnya itu, sebaliknya hanya mendiamkan diri.

"Dia tak bersalah, sebab yang dia beli dulu adalah anak kepada Encik Mohd. Elyas. Akan tetapi, yang you rampas daripada dia adalah isteri dia, tanggungan dia! I nak you fikir masak-masak dengan apa yang you lakukan ini, you dah dapat semua yang dia ada. Perlukah you tarik kebebasan dia juga?" sambung Ayra lagi.

"You tahu kenapa I rampas hidup Ijal? You betul nak tahu?" tanya Wafi, setelah lama mendiamkan diri.

"Kenapa?" tanya Ayra.

"Selepas dia beli you, dia membuatkan markas I diserbu polis! Dia kacau periuk nasi I, dan I takkan maafkan dia untuk itu," jerkah Wafi yang mulai berang.

"Halalkah periuk nasi you masalahnya? Sudahlah, I malas nak bergaduh dengan you! I nak balik," ujar Ayra lalu melangkah pergi dari situ. Bengkak hatinya bertegang lidah dengan lelaki itu.

     *       *       *       *       *

Ayra yang sudah sedia menanti di hadapan bilik mesyuarat itu berpaling apabila menyedari kehadiran Wafi dan Hafizal bersama beberapa orang lelaki yang pernah dilihatnya sebelum ini. Ayra tahu Hafizal memandang wajahnya, namun dia memilih untuk tidak memandang wajah bekas suaminya kerana dia tak mahu ia menjadi isu kepada Wafi yang sudahpun mengesyakinya.

Ayra memilih untuk tersenyum walaupun hatinya masih lagi sebal dengan apa yang berlaku. Selepas dia pulang ke rumah mereka di Mont Kiara setelah Hafizal menceraikannya, hatinya sebak apabila menyedari bahawa Hafizal sudah tiada di dalam hidupnya. Sejak itu, dia mempunyai kesukaran untuk tidur walaupun dia memilih untuk tidur di dalam bilik tidurnya.

"Good morning, Encik Wafi and Encik Hafizal! Selamat datang ke mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah Mustaqim Ventures. Jemput masuk," sapa Ayra, mesra.

"Good morning to you too, Ayra. You look gorgeous as usual. Tak begitu Ijal?" ujar Wafi sebelum memandang ke arah Hafizal.

Hafizal tidak menjawab, sebaliknya hanya mengangguk.

"Jom kita masuk. Guys, you can wait here. Someone might have to be dismissed early," arah Wafi lalu menyangkutkan lengannya di atas bahu Hafizal dan menariknya masuk ke dalam bilik mesyuarat itu.

Tak lama selepas itu, Ayra masuk dan menutup pintu bilik mesyuarat dan duduk di belakang Hafizal bagi mencatatkan minit mesyuarat. Itu memang menjadi tugas Ayra setiap kali mesyuarat ahli lembaga pengarah.

"Selamat pagi semua, saya memohon maaf di atas panggilan saya yang mengejutkan ini andai ianya telah mengganggu jadual tuan-tuan dan puan-puan yang sibuk itu. Tujuan saya memanggil anda semua adalah untuk mencadangkan pemecatan CEO Mustaqim Ventures, Encik Megat Hafizal atas sebab skandalnya bersama model terkenal, Kathy Nada."

Ayra tidak sedikitpun terkesan dengan apa yang diperkatakan oleh Wafi itu kerana dia lebih mengetahui sejauh manakah kebenarannya. Dia percayakan Hafizal dalam hal ini, namun dia tahu agak sukar untuk menewaskan Wafi kerana peratusan sahamnya agak tinggi berbanding ahli kembaga pengarah yang lain. Melainkan dirinya mengundi sebagai pengarah syarikat, namun itu adalah mustahil kerana identitinya sebagai pengarah syarikat masih belum diketahui sesiapa kerana dia menggunakan Fred sebagai proksinya.

"Saya pasti semua orang telah melihat video berdurasi satu minit yang telah ditularkan di media sosial. Video aksi panas antara mereka berdua ini telah merosakkan imej syarikat secara amnya dan keluarga pakcik saya secara khususnya. Dengan ini, saya selaku salah seorang pengarah syarikat ingin mencadangkan pemecatan Encik Megat Hafizal selaku CEO berkuat kuasa serta-merta," jelas Wafi dengan riak wajah seperti orang yang baru sahaja memenangi nombor ekor.

"Saya serahkan majlis kepada PA Encik Hafizal, cik Ayra untuk mengira undi," ujar Wafi lalu duduk semula di tempatnya.

Kali ini giliran Ayra pula berdiri di belakang Wafi bagi menjalankan proses undian. Hafizal hanya memandang Ayra sepanjang proses undian berlangsung kerana dia tahu selepas ini mustahil untuknya bertemu dengan wanita itu.

"Hasil undian ahli lembaga pengarah bagi cadangan memecat Encik Megat Hafizal sebagai CEO berkuat kuasa serta-merta, 35% ahli lembaga pengarah bersetuju dengan cadangan tersebut, manakala 30% ahli lembaga pengarah tidak bersetuju, dan 35% pula tidak membuang undi," jelas Ayra.

Tiba-tiba, pintu bilik mesyuarat itu diketuk. Ayra berjalan menuju ke arah pintu lalu membukanya. Kelihatan Fred berada di hadapan Ayra sambil memegang dua helai kertas lalu diserahkan kepada Ayra.

"Ya encik, ada urusan apa di sini?" tanya Ayra, mesra.

"Saya Farid, proksi pemegang saham terbesar syarikat ini. Saya diberitahu oleh majikan saya bahawa hari ini ada diadakan mesyuarat tergempar ahli lembaga pengarah, jadi dia mewakilkan saya untuk mengundi," ujar Fred.

Sementara Fred memilih tempat duduknya, Ayra membaca helaian kertas yang diberikan oleh Fred yang tertulis:

Berikan kertas yang telah tersedia berlipat itu pada bos. Kehadiran saya pada pagi ini adalah untuk mengundi bagi pihak puan. Saya akan mengundi pemecatan bos supaya Wafi dapat menjadi CEO syarikat ini. Percayakan saya.

Ayra yang tidak menunjukkan sebarang ekspresi setelah membaca nota yang diberikan oleh Fred itu memandang ke arah Fred yang telahpun duduk bersama ahli lembaga pengarah.

"Encik Farid, untuk pengetahuan cik, saya memerlukan undian encik bagi meluluskan atau tidak meluluskan cadangan pemecatan Encik Megat Hafizal atas sebab merosakkan imej syarikat. Jadi, apakah keputusan Encik Farid?" tanya Ayra sambil memandang ke arah Fred yang baru sahaja duduk di kerusi yang paling belakang.

"Majikan saya telah memberikan undiannya, dan dia bersetuju dengan cadangan itu," jawab Fred yang sedang memandang Hafizal.

Ayra yang masih mengekalkan riak wajah tanpa ekspresi itu hanya menganggukkan kepalanya.

"Baiklah, dengan undian Encik Farid itu tadi, dengan ini hasil undian bagi cadangan pemecatan Encik Hafizal sebagai CEO, 68% bersetuju manakala 32% tidak bersetuju dan dengan ini, Encik Megat Hafizal Megat Mustaqim dipecat daripada jawatan CEO yang dipegangnya berkuat kuasa serta-merta," ujar Ayra.

"Akan tetapi, saya juga dikehendaki untuk mengumumkan bahawa Encik Hafizal telah menyerahkan sahamnya sebanyak 15% kepada Encik Megat Wafi dan dengan ini, Encik Hafizal tidak lagi menjadi ahli lembaga pengarah syarikat ini. Oleh yang demikian, Encik Hafizal diminta menyerahkan semula semua harta syarikat kepada saya sebaik sahaja mesyuarat ini tamat," jelas Ayra lagi.

"Sebelum kita meneruskan dengan agenda seterusnya, saya memohon agar Encik Hafizal meninggalkan bilik mesyuarat ini," pinta Ayra lalu berdiri di hadapan pintu yang telah dibuka.

Hafizal bangun dari tempat duduknya lalu berjalan menuju ke arah pintu. Semasa Hafizal berada di sebelah Ayra, Ayra sengaja melanggar tangannya dan menyelitkan sekeping kertas yang telah dilipat sebelum ini oleh Fred ke dalam genggaman tangan Hafizal.

"Encik Hafizal, sila tunggu di hadapan bilik CEO sehingga mesyuarat ini selesai. Terima kasih," pinta Ayra sebelum menutup semula pintu bilik mesyuarat.

     *     *     *     *     *

"Nah, ini semua harta syarikat yang saya pegang dan yang dalam kotak ini merupakan harta peribadi saya. Saya minta tolong awak letakkan dalam bilik tidur saya di rumah daddy saya. Boleh?" tanya Hafizal setelah menyerahkan sebuah kotak dan sebungkus beg plastik berisi barangan milik syarikat kepada Ayra.

"Baiklah, tuan. Nanti saya hantarkan," balas Ayra tanpa melihat wajahnya.

Sengaja Ayra mengekalkan panggilan itu, kerana baginya selamanya dia merupakan hak milik Hafizal kerana mana mungkin dia dapat melunaskan duit RM5 juta yang digunakan oleh Hafizal untuk membelinya dulu.

"Kunci kereta awak ada pada Fred. Nanti dia akan hantarkan pada awak bila masa yang sesuai tiba. Maafkan saya atas semua salah silap saya sepanjang saya menjadi majikan awak sejak awak mula bekerja di dalam syarikat ini sampailah saat ini. Saya nak awak tahu awaklah pekerja terbaik yang saya ada walaupun saya tahu awak selalu saja mengumpat saya," jelas Hafizal membuatkan Ayra memandangnya.

"Mengumpat? Bila masa?" tanya Ayra, hairan. Mana pula lelaki ini tahu bahawa dia selalu mengumpat lelaki itu.

"Sewaktu awak masih lagi menjadi penolong Encik Selamat. Saya tahu setiap kali saya suruh awak buat kerja-kerja yang remeh, awak akan mengomel tentang saya di belakang saya. Saya minta maaf kerana menyusahkan awak ketika itu, saya cuma nak tengok awak selalu. Kalau saya tahu ketika itu awak adalah teman wanita Wafi, mungkin saya takkan ganggu awak."

"Kalau saya diberikan peluang untuk mengundurkan masa, saya tetap akan pilih jalan ini tuan. Saya bersyukur dengan takdir saya, it is not that bad anyway. Being your wife is the best that I could ever imagine," jawab Ayra lalu tersenyum. Tak lama selepas itu, dia dapat melihat Hafizal tersenyum ke arahnya.

"I really miss that smile, abang. Thank you for giving it to me," ujar Ayra, lembut dan perlahan.

"My smile will be always yours. No matter what happened. Oh ya, boleh saya tanya sesuatu?"

"Apa dia, tuan?" tanya Ayra, selepas menjeling ke arah belakang Hafizal.

"Kenapa awak undi saya untuk dipecat? Awak percaya dengan berita itu?" tanya Hafizal, ingin tahu.

"Tuan rasa bagaimana?" tanya Ayra, sambil tersenyum sinis.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com