Bahagian sebelumnya:
- Bahagian 1
- Bahagian 2
- Bahagian 3
- Bahagian 4
- Bahagian 5
- Bahagian 6
- Bahagian 7
- Bahagian 8
- Bahagian 9
- Bahagian 10
- Bahagian 11
- Bahagian 12
- Bahagian 13
- Bahagian 14
- Bahagian 15
- Bahagian 16
- Bahagian 17
- Bahagian 18
- Bahagian 19
- Bahagian 20
- Bahagian 21
- Bahagian 22
- Bahagian 23
- Bahagian 24
- Bahagian 25
- Bahagian 26
- Bahagian 27
- Bahagian 28
- Bahagian 29
- Bahagian 30
- Bahagian 31
- Bahagian 32
- Bahagian 33
- Bahagian 34
- Bahagian 35
Bahagian 36: Kejutan Buat Si Dia
Wafi sedang menyemak rekod duit keluar masuk geng apabila Bob masuk ke dalam biliknya, membawa dokumen lalu diletakkan di atas meja Wafi. Ini membuatkan Wafi berhenti menyemak lalu mengambil dokumen yang diberikan oleh Bob.
"Are you serious? Semua hartanah dan saham Ijal dalam Mustaqim Ventures ada pada Ayra?" tanya Wafi, hairan dengan apa yang dibacanya.
"Ya, dengan menggunakan Encik Farid sebagai proksi," jelas Bob.
"Siapa sebenarnya Farid ini? Apa kaitan dia dengan pasangan suami isteri ini?" tanya Wafi, ingin tahu.
"Encik Ahmad Farid bin Abdul Latif adalah pengawal peribadi Hafizal. Dia merupakan bekas pegawai polis dan dia berhenti berkhidmat atas sebab kesihatan," terang Bob.
"Pangkat dia semasa dalam pasukan polis?" tanya Wafi lagi.
"Inspektor, bos."
"Adakah dia penyebab markas kita kena serbu dulu?" tanya Wafi, inginkan kepastian.
"Tidak, bos. Hafizal sendiri yang membuat laporan polis mengenai geng kita dulu," jelas Bob.
"Aku nak kau siasat Farid ini. Mesti dia ada kelemahan yang boleh digunakan untuk mengugutnya," arah Wafi.
"Baiklah, bos. Ada apa-apa lagi tak? Kalau tak ada, saya gerak dulu," jawab Bob.
"Tak ada," ujar Wafi lalu mengisyaratkan dengan tangan supaya Bob beredar.
Bob baru sahaja keluar apabila Ayra masuk ke dalam bilik Wafi sambil memegang beg plastik. Kehadiran Ayra menarik perhatian Wafi.
"Apa itu?" tanya Wafi selepas menyimpan semua dokumen yang diberikan oleh Bob tadi.
"Nasi putih lauk ayam paprik, kegemaran you bukan?" ujar Ayra sambil meletakkan bungkusan yang dipegangnya di atas meja Wafi.
"Sukanya! Sudah lama tak makan masakan you. Oh ya, I dapat tahu sesuatu," terang Wafi sambil membuka bekas makanan yang dibawa oleh Ayra tadi sebelum memakannya.
"Apa dia?" tanya Ayra, hairan.
"I sudah tahu siapa pemegang saham terbesar syarikat kita. Tak tahu pula jadi staf boleh dapat saham syarikat," jawab Wafi.
Wafi dapat melihat perubahan wajah Ayra ketika Wafi mengeluarkan kata-kata itu.
"Siapakah? Bukankah dia menggunakan proksi, tiada siapa yang pernah melihatnya bukan?" tanya Ayra, ingin menduga.
"Dia ada saja depan kita semua selama ini, I sahaja yang tak perasan. Pandai betul Ijal merangka strategi ya?" sindir Wafi.
Ayra mulai resah. Melihat Ayra, Wafi tersenyum puas.
"Kenapa you tak pernah munculkan diri you? Siap gunakan proksi bagai," tanya Wafi.
"I tak mahu terlibat dengan urusan syarikat. Tak minatlah," jawab Ayra, tanpa sebarang ekspresi.
"You tahu, tak ada sesiapapun tahu tentang kandungan you. You rasa apa akan berlaku kalau seluruh syarikat tahu you mengandungkan anak Hafizal?" tanya Wafi, sambil tersenyum sinis.
"You nak harta I? No way, you promised me that you will never touched anything mine! So, no!"
"Kalau begitu, jangan salahkan I kalau seluruh syarikat dapat tahu tentang kandungan you," jawab Wafi sambil tersenyum nakal.
Ayra masih mengekalkan riak wajah tanpa ekspresinya itu. Malas hendak bergaduh panjang.
* * * * *
Wafi sedang berbincang dengan Wendy, pengurus sumber manusia apabila dia terdengar bunyi bising dari luar biliknya. Tahulah dia bahawa Ayra sudahpun tiba di pejabat.
Rancangannya merosakkan nama baik Ayra telahpun membuahkan hasil. Perbualannya di telefon yang diada-adakan kelmarin agar didengari perempuan kepoh syarikat, Izreen akhirnya membawa kepada penyebaran berita kehamilan Ayra walaupun tiada sesiapapun di dalam syarikat yang mengetahui pernikahan Ayra itu.
Atas sebab itu jugalah Wendy datang berjumpa dengannya. Wafi perlu membuat keputusan sama ada ingin membawa kes Ayra ke lembaga tata tertib ataupun tidak. Sudah pasti dia tak mahu membawa kes tersebut kerana kemungkinan besar Ayra boleh dipecat.
Wafi berjalan menuju ke arah pintu biliknya lalu membukanya. Dia memandang Ayra, kehadirannya membuatkan Ayra berpaling dan memandangnya.
Wafi berjalan menuju ke arah pintu biliknya lalu membukanya. Dia memandang Ayra, kehadirannya membuatkan Ayra berpaling dan memandangnya.
"Ayra, masuk pejabat saya sekarang," arah Wafi sebelum masuk semula ke dalam bilik lalu duduk semula di atas kerusinya.
Tak lama kemudian, Ayra masuk ke dalam biliknya. Dia yang sedang duduk memandang Ayra. Ayra tidak duduk, sebaliknya hanya berdiri tidak jauh dari tempat Wendy duduk.
"Ada apa Encik Wafi panggil saya?" tanya Ayra, lembut.
"Wendy ada sampaikan aduan mengenai awak kepada saya. Katanya, sudah heboh satu syarikat tentang berita kehamilan awak. Ada apa-apa yang awak nak jelaskan?" terang Wafi sambil memandang Ayra.
"Bukankah itu merupakan hal peribadi saya?" tanya Ayra, hairan dengan sikap semua orang.
"Memanglah, Ayra tapi awak tak pernah mengumumkan tentang perkahwinan pada bahagian sumber manusia, jadi kami menganggap kehamilan awak..."
"Adalah anak luar nikah, begitu Wendy? Saya memang tidak pernah umumkan perkahwinan saya, tetapi tak semestinya anak ini anak luar nikah. Saya memang sudah berkahwin, cuma dokumen yang boleh mengesahkan perkahwinan saya ada pada suami saya dan dia berada di luar kawasan sekarang," jawab Ayra lali menjeling ke arah Wafi.
"Boleh awak berikan sekurang-kurangnya gambar dokumen tersebut secepat mungkin?" tanya Wendy.
"Kalau saya tak boleh berikan dokumen tersebut?" tanya Ayra, ingin menduga.
"Saya terpaksa membawa kes ini kepada lembaga tatatertib syarikat dan awak boleh dipecat," jawab Wendy.
Ayra memandang ke arah Wafi yang sedang memandangnya lalu memandang semula ke arah Wendy. Wafi mengharapkan Ayra merayu agar Wafi menyelamatkannya.
"Baiklah, Wendy. Hantarkan saja kes ini pada lembaga tatatertib. Saya ada masalah saya sendiri yang tak memungkinkan untuk saya membuktikan perkahwinan saya," jawab Ayra.
"Baiklah, kalau begitu. Encik Wafi, bagaimana? Boleh saya teruskan dengan kes Ayra ini?" tanya Wendy pada Wafi pula.
"Tak payah, Ayra memang sudah berkahwin. Jadi, tak perlu dipanjangkan isu ini," arah Wafi.
"Ini melibatkan imej syarikat, Encik Wafi. Takkan saya nak diamkan saja?" bantah Wendy sambil menjeling ke arah Ayra. Panas hati Ayra dengan gelagat mereka berdua.
"Masalahnya, Ayra memang sudah berkahwin. Cuma, tak ada bukti saja bukan? Bukti gambar boleh?" tanya Wafi sambil mencari gambar Ayra dan Hafizal ketika pernikahannya di dalam telefon bimbitnya sebelum menyerahkan telefon bimbitnya itu kepada Wendy.
Wajah Wendy bertukar pucat setelah melihat skrin telefon bimbit Wafi itu. Wafi memandang Ayra, wajah wanita itu masih lagi kekal tanpa ekspresi.
"Saya tak tahu pula Ayra berkahwin dengan Encik Hafizal. Kenapa rahsiakan?" tanya Wendy kepada Ayra menyebabkan Ayra menjeling tajam ke arah Wafi.
"Saya dan Encik Hafizal ada sebab sendiri kenapa kami rahsiakan. Akan tetapi, saya nak minta tolong awak sesuatu, Wendy," jawab Ayra menyebabkan Wafi mulai hairan.
"Apa dia, Ayra?" tanya Wendy, hairan.
"Jangan bersihkan nama saya. Maksud saya, jangan beritahu sesiapa tentang perkahwinan saya dengan Encik Hafizal. Biarkan saja cakap-cakap orang ini berlalu pergi sendiri," pinta Ayra.
Wafi yang mendengar permintaan Ayra terkedu lalu merenung Ayra. Tak lama kemudian, dia mula berpeluk tubuh. Ayra hanya memandangnya begitu.
"Awak ini kenapa, Ayra?" tanya Wafi.
Ayra yang tidak menjawab pertanyaan Wafi membuatkan wajah Wafi mula berubah.
"Wendy, awak selesaikan kes Ayra dulu. Saya ada perkara nak dibincangkan dengan Ayra," arah Wafi sambil tersenyum.
Wendy hanya mengangguk sebelum bangun lalu meninggalkan bilik lelaki itu. Wafi hanya memandang pemergian Wendy sebelum memandang semula ke arah Ayra.
"Duduk, Ayra," arah Wafi dengan wajah yang sangat serius.
Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya menurut arahan Wafi.
"Kenapa dengan you ini? I sudah tolong you bersihkan nama you, tapi ini yang you balas pada I?" tanya Wafi, geram dengan tingkah laku Ayra tadi.
"I tahu you bukan jenis manusia yang tolong orang ikhlas. Entah-entah you yang mulakan semua ini," jawab Ayra, selamba.
"Jangan pandai-pandai menuduh kalau tak ada bukti," bantah Wafi.
"Siapa saja dalam syarikat ini yang tahu anak dalam kandungan I ini anak Hafizal? You seorang saja tau?" tanya Ayra, berang.
"Entah-entah kawan you yang sebarkan, suka-suka saja you tuduh I!" jerkah Wafi, mempertahankan dirinya.
"You ingat I ini apa? Tak ada sesiapapun tahu tentang perkahwinan I dengan Hafizal, apatah lagi tentang kandungan I!" bentak Ayra.
"Kawan you pun tak tahu?" tanya Wafi lagi. Ayra menggelengkan kepalanya.
"Kenapa cakap Ijal senang-senang saja you ikut? Kalau arahan I ini, liat sahaja!"
"Semasa Hafizal jadi bos I, arahan dia pun I tak ikut. I dengar cakap dia pun sebab dia suami I, bukan sebab dia adalah bos I," jawab Ayra dengan riak wajah selamba.
"Baiklah, memang I orangnya yang sebabkan fitnah ini tersebar! I sudah pesan bukan, kalau you tak serahkan harta Ijal yang ada pada you, I akan pastikan you akan menanggung malu?" ujar Wafi, angkuh.
"I tahu, sebab itulah I suruh Wendy biarkan sahaja isu ini padam sendiri. I akan tanggung semuanya, seperti yang dijanjikan oleh you hari itu," jawab Ayra, masih mengekalkan riak wajah selambanya itu.
"Apa yang you dapat dengan buat semua ini? Ijal takkan dapat bersama dengan you pun!" bentak Wafi.
"I tak kisah, asalkan I boleh tengok muka dia pun dah cukup," jawab Ayra.
"Oh, begitu? Kalau begitu, mulai hari ini I tak benarkan you jumpa dia lagi! Kalau I dapat tahu you jumpa dia, I takkan teragak-agak untuk jual dia! Now, get out of my sight!" jerkah Wafi.
Ayra tidak menjawab, sebaliknya hanya bangun lalu meninggalkan bilik tersebut. Wafi membaling fail yang ada di hadapannya ke lantai, geram dengan perangai Ayra.
* * * * *
"Bob, kau siapkan Ijal! Aku sudah ada pembeli yang telah membuat bayaran ke atas Ijal, sekejap lagi dia tiba untuk mengambil Ijal," arah Wafi sebaik sahaja Ayra duduk di atas sofa ruang tamu markas tersebut.
Wafi dapat melihat Ayra terpinga-pinga apabila dia mendengar arahan terakhir Wafi tadi. Itu telah memberikan kepuasan kepada Wafi.
Wafi dapat melihat Ayra terpinga-pinga apabila dia mendengar arahan terakhir Wafi tadi. Itu telah memberikan kepuasan kepada Wafi.
"Apa you cakap tadi? You sudah jual Hafizal? I bersusah payah ikut cakap you, I tak jumpa Hafizal selama tiga bulan untuk you, and yet you still sell him? How dare you do this to me?" jerit Ayra yang sekian lama menahan kemarahannya terhadap lelaki durjana itu.
"I tak ada cakap yang I takkan jual dia kalau you dengar cakap I, you lupakah? I cuma cakap, kalau I dapat tahu you jumpa dia, I takkan teragak-agak untuk jual dia. Itu sahaja. You tahu tak, tiga bulan I berkira-kira nak jual dia ataupun tidak," sindir Wafi sambil tersenyum puas.
Wafi dapat melihat Bob dan beberapa orang bawahan Wafi mengheret Hafizal yang sudah tersedia digari kaki dan tangan serta ditutup matanya dengan kain hitam lalu dibiarkan melutut di hadapan Ayra.
"Kenapa you jual dia? You dah janji dengan I yang you takkan jual dia! I sudah buat apa yang you nak, kenapa you mungkir janji?" jerit Ayra.
"Dia hak milik I, jadi suka hatilah I nak jual dia ataupun simpan dia! You itu, kekasih I saja! Apa hak you untuk pertikaikan keputusan I?" bentak Wafi, sambil tersenyum sinis.
"Kalau begitu, you jual I sekali! I ini hak milik dia, just in case you forgotten," jawab Ayra.
"Siapa nak perempuan mengandung seperti you? Lainlah kalau you nak I jual anak you itu," jawab Wafi, sinis.
"You ingat semua benda dalam dunia ini boleh dijual belikah? You sebenarnya marah sebab I tak berikan perkara terakhir yang you minta, bukan?" tanya Ayra, geram.
"I tak hadaplah benda itu, kalau I boleh dapat RM10 juta hanya dengan menjual seorang manusia! Selama inipun I kaya sebab jual manusia apa?" bentak Wafi, bongkak.
"You berbicara serupa orang tak ada iman ya, Wafi?" sindir Ayra lagi.
"Sudah, pembeli Ijal sudah sampai. I nak you diam, Ayra."
"Kalau I tak nak diam?" tanya Ayra.
"Bob, kau gari tangan Ayra dan tekup mulut dia. Aku nak dia saksikan sesi jual beli suaminya," arah Wafi lalu tertawa besar.
Bob mendekati Ayra lalu menarik kedua belah tangan Ayra ke belakang membuatkan Ayra terjerit akibat terkejut. Selepas itu, Bob menggari tangan Ayra lalu didudukkan wanita itu di atas sofa terdekat sebelum menekup mulut Ayra dengan pita pelekat yang dipegangnya.
Selepas itu, Wafi bangun lalu mendekati lelaki yang dikatakan pembeli Hafizal itu. Sebaik sahaja dia melihat wajah lelaki itu, dia terpana.
Selepas itu, Wafi bangun lalu mendekati lelaki yang dikatakan pembeli Hafizal itu. Sebaik sahaja dia melihat wajah lelaki itu, dia terpana.
"Well, well, well, Encik Farid! You rupanya yang telah membeli Hafizal! What a small world! Tak sangka you tahu tentang portal lelongan kami," ujar Wafi, mesra.
Bulat mata Ayra melihat Fred yang bersalaman dengan Wafi itu.
"I sudah tahu sejak you buka cik Ayra untuk lelongan lagi. I cuba bida untuk dia, tapi tak sangka ada orang lain yang dapat dia," jawab Fred, mesra.
"Orang yang you beli itulah yang telah membeli Ayra," jelas Wafi.
"Kalau begitu, mungkinkah selepas ini you akan tipu I dan menyebabkan I terjual pula?" tanya Fred sebelum ketawa besar.
"Ish, ke situ pula Encik Farid! Tak adalah, Hafizal ini special case. Jangan risau, ianya takkan berulang. Jadi, bagaimana? Nak periksa Hafizal dulu atau nak ambil terus?" tanya Wafi setelah menjelaskan perkara sebenar kepada Fred.
"I ambil teruslah, tapi I ada tawaran untuk you. How about I pay you another RM5 million for Ayra?" tawar Fred membuatkan Wafi terkesima lalu memandang wajah Fred.
"Come on, RM5 million is the price Hafizal paid for Ayra before," jelas Wafi.
"Kira baguslah I nak beli Ayra dengan harga asal, melihatkan keadaan dia sekarang," jawab Fred, sinis.
Keadaan sepi seketika, tanpa ada suara dari Wafi mahupun Fred membuatkan Ayra rasa berdebar memandangkan apapun boleh terjadi.
"Deal!" ucap Wafi, tiba-tiba.
"Wow, plot twist! I thought you will never sell Ayra, since she is your girl friend," seloroh Fred membuatkan Wafi tertawa kecil.
"She's no longer useful for me, so you can have her," jawab Wafi.
"Ini duit RM5 juta you, so can I take both of them?" tanya Fred.
"Okay, done. Boleh, they are yours now. Bob, tutup mata Ayra dan bawa mereka berdua ke dalam kereta Encik Farid ini," arah Wafi sebelum Hafizal ditarik untuk bangun dan dipimpin masuk ke dalam kereta. Ayra pula didukung oleh Bob memandangkan dia sudah pengsan lalu diletakkan di dalam kereta milik Fred.
"Baiklah, Encik Farid. Terima kasih atas urusan jual beli yang berjaya ini. Have a nice trip back!" ujar Wafi sambil bersalaman dengan Fred sebelum Fred masuk ke dalam keretanya lalu meluncur pergi.
"Kau sudah siasat tentang Farid? Mana dia dapat duit banyak-banyak untuk beli Ijal dan Ayra ini?" tanya Wafi kepada Bob.
"Sebelum dia ke sini, informer saya dapat maklumat dia berjumpa dengan Tan Sri Megat Mustaqim. Mungkin dia yang memberikan dana tersebut," jelas Bob.
Tiba-tiba, beberapa kereta polis masuk ke dalam markas lalu berhenti di perkarangan markas. Melihat keadaan itu, Wafi dan Bob mula melarikan dirinya mengikut laluan rahsia di dalam bilik Wafi manakala semua orang bawahannya kali ini tertangkap.
"Tak guna punya Hafizal! Kena kurung pun boleh musnahkan organisasi aku lagi!" ngomel Wafi setelah dia masuk ke dalam kereta Proton Saga yang diletakkan tidak jauh dari markas untuk kegunaan melarikan diri.
Pengalaman lalu telah membuatkan dia berhati-hati dalam merangka markas barunya. Atas sebab itulah, dia dan Bob berjaya melarikan diri. Namun begitu, orang yang dia paling bimbangkan adalah Qatrunnada, bukan dirinya.
*BERSAMBUNG*
"Baiklah, Encik Farid. Terima kasih atas urusan jual beli yang berjaya ini. Have a nice trip back!" ujar Wafi sambil bersalaman dengan Fred sebelum Fred masuk ke dalam keretanya lalu meluncur pergi.
"Kau sudah siasat tentang Farid? Mana dia dapat duit banyak-banyak untuk beli Ijal dan Ayra ini?" tanya Wafi kepada Bob.
"Sebelum dia ke sini, informer saya dapat maklumat dia berjumpa dengan Tan Sri Megat Mustaqim. Mungkin dia yang memberikan dana tersebut," jelas Bob.
Tiba-tiba, beberapa kereta polis masuk ke dalam markas lalu berhenti di perkarangan markas. Melihat keadaan itu, Wafi dan Bob mula melarikan dirinya mengikut laluan rahsia di dalam bilik Wafi manakala semua orang bawahannya kali ini tertangkap.
"Tak guna punya Hafizal! Kena kurung pun boleh musnahkan organisasi aku lagi!" ngomel Wafi setelah dia masuk ke dalam kereta Proton Saga yang diletakkan tidak jauh dari markas untuk kegunaan melarikan diri.
Pengalaman lalu telah membuatkan dia berhati-hati dalam merangka markas barunya. Atas sebab itulah, dia dan Bob berjaya melarikan diri. Namun begitu, orang yang dia paling bimbangkan adalah Qatrunnada, bukan dirinya.
*BERSAMBUNG*
0 comments:
Post a Comment