Thursday, October 5, 2017

Kau Kunci Hatiku Bahagian 21...

Bahagian sebelumnya:

Bahagian 21: Rancangan Menjatuhkan

Wafi juga turut terkedu dengan kehadiran Ayra di sebelah Puan Sri Halimatun. Dia sama sekali tidak menyangka keluarga pakciknya sudah mengetahui siapa Ayra di dalam hidup Hafizal.

"Mel, apa Mel buat di sini? Abang rasa abang cakap dengan cukup jelas tadi, Mel jangan keluar dari rumah bukan?" tanya Hafizal, keras.

Wafi dapat melihat Ayra terbungkam mendengar soalan yang berbaur amaran keras dari Hafizal itu.

"Ijal nak marah Ayra kenapa? Mummy yang paksa dia datang sini ikut mummy. Salahkah mummy nak ajak menantu mummy balik rumah mummy? Sudahlah hidup dia yang terkongkong dek kamu," sindir Puan Sri Halimatun membuatkan semua mata memandang ke arah Hafizal.

Hidup terkongkong? Patutlah sejak Ayra dibeli oleh Hafizal, amat sukar untuk dirinya menemui Ayra. Rupanya Ayra telah dikongkong oleh sepupunya.

"Mel mengadu dengan mummy ke?" tanya Hafizal lalu merenung tajam ke arah Ayra menyebabkan Ayra menggelengkan kepala sebelum beralih tempat ke arah belakang Puan Sri Halimatun.

"Bukan Ayra yang mengadu, mummy tanya Apai, pengawal peribadi Ayra itu. Mula-mula dia takut juga nak beritahu, tapi bila mummy ugut dia, laju saja dia menjawab. Kalau mummy tahu kamu apa-apakan Apai mahupun Ayra, jaga kamu Ijal!" tegas Puan Sri Halimatun dengan renungan tajam menjadi peneman.

Wafi melihat Hafizal mengeluh berat sebelum berlalu pergi dari situ menuju ke tingkat atas. Lantas, dia berpaling memandang ke arah Ayra yang terbungkam.

"Apa kamu tunggu lagi, Ayra? Pergilah pujuk suami kamu itu!" arah Puan Sri Halimatun.

Namun begitu, Ayra masih tidak berganjak dari tempat dia berdiri membuatkan dia mendekati wanita itu.

"Ayra, kalau awak tak nak pujuk Ijal, saya nak berbicara dengan awak sebentar boleh?" tanya Wafi.

Ayra hanya memandangnya tanpa sebarang jawapan kepada soalan yang diajukannya tadi. Tak lama kemudian, Ayra terus berlalu menuju ke tingkat atas rumahnya, barangkali untuk memujuk Hafizal.

"Alahai, mana nak cari isteri begitu sekarang. Ayra itu lurus betul, seboleh-bolehnya dia tak mahu Ijal marahkan dia," komen Puan Sri Halimatun selepas melihat adegan drama yang dibintangi oleh anak dan menantunya itu.

"Mummy, siapa Ayra itu? Isteri abang Ijal ke? Habis itu, kenapa abang Ijal masih nak bertunang dengan kak Salwa?" bertubi-tubi soalan yang dikemukakan oleh Husaini yang sedari tadi melihat sahaja drama swasta yang terjadi di hadapan matanya.

"Ya, Husaini. Dia isteri Ijal, sudah sebulan mereka bernikah tetapi mummy dapat tahu dua minggu lepas. Teruk bukan abang kamu?" jawab Puan Sri Halimatun yang baru sahaja duduk di salah sebuah sofa yang berada di ruang tamu itu.

"Maksud mummy, dia bernikah dengan Ayra ini senyap-senyap? Jadi, kenapa mummy tak batalkan sahaja rancangan mummy untuk nikahkan abang dengan kak Salwa?" tanya Husaini lagi.

"Ya, katanya ada masalah sikit. Mummy ada juga merisik dengan pejabat agama, mereka kata pernikahan mereka berdua bukan berpunca daripada tangkap khalwat, tetapi dipercepatkan kerana kesihatan pakcik Ayra," terang Puan Sri Halimatun.

Wafi yang menjadi saksi perbualan dua beranak itu berjaya mendapatkan serba sedikit maklumat mengenai pernikahan Ayra dan Hafizal. Namun begitu, adakah keluarga emak saudaranya itu tahu bagaimana mereka berdua bertemu?

"Auntie tahu di mana mereka bertemu?" tanya Wafi.

"Tahu, mereka berdua bekerja sekali. Sebelum mereka bernikah, Ayra merupakan Penolong Pengurus Pentadbiran di syarikat Ijal. Selepas mereka bernikah, Hafizal menaikkan pangkat Ayra bagi mengisi kekosongan selama berbulan-bulan sebagai pembantu peribadinya itu. Kata Ijal, dia sudah memujuk Ayra untuk menjadi PA dia sejak PA lamanya berhenti, namun ditolak mentah-mentah oleh Ayra," terang Puan Sri Halimatun lagi.

"Oh ya ke, patutlah dia pilih Ayra jadi isterinya. Untuk memudahkan dia menarik Ayra menjadi pembantunya," teka Wafi.

"Taklah, Wafi. Dia berkahwin dengan Ayra memang sebab dia sayangkan Ayra. Dia sudah lama memendam rasa kerana fikirnya Ayra ada seseorang yang disukainya," terang Puan Sri Halimatun.

Wafi terkesima mendengar penjelasan Puan Sri Halimatun. Kiranya selama ini sepupunya itu mempunyai perasaan terhadapnya isterinya sekarang? Kenapa Hafizal tidak pernah berterus terang kepadanya?

Namun begitu, dendamnya terhadap Hafizal tidak terpadam sama sekali, sebaliknya semakin membara. Dia harus menghancurkan Hafizal bagi memuaskan hatinya.

     *     *     *     *     *

Wafi sedang bermain dengan aplikasi permainan di telefon bimbitnya apabila Bob membawa Qatrunnada yang memakai gaun merah tanpa lengan separas peha ke dalam biliknya. Melihat kehadiran Qatrunnada, Wafi berhenti bermain dan menyimpan telefon bimbitnya di dalam poket lalu bangun dari sofa tempat dia duduk dan berjalan menuju ke arah Bob dan Qatrunnada.

"Berapa minah ini dapat malam ini?" tanya Wafi kepada Bob.

"Adalah, dalam RM4 ribu. Klien dia banyak orang besar, bos. Almaklumlah, bekas model," jawab Bos, sinis.

"Bagus, tapi jauh lagi nak cecah RM2.93 juta itu. Kalau perlu, maksimumkan penggunaan dia ini. Tak kira apapun yang klien nak, berikan saja. Faham?" arah Wafi lalu memandang Qatrunnada. Jarak antara mereka sangat dekat sehingga Wafi dapat merasakan nafas Qatrunnada yang tidak stabil itu.

"Oh ya, aku nak kau kosongkan jadual dia untuk esok kerana aku nak dia buat sesuatu untuk aku," sambung Wafi lalu memandang ke arah Bob.

"Buat apa, bos?" tanya Wafi.

"Aku nak dia pergi jumpa Hafizal. Dia kena buat sesuatu yang boleh memalukan Hafizal jikalau perkara itu diketahui umum. Apa saja, aku tak kisah."

Wafi memandang semula ke arah Qatrunnada. Wanita itu dilihat digari tangannya, bagi menghalangnya daripada berbuat sesuatu yang boleh menyusahkannya mahupun orang-orang bawahannya. Wanita itu juga tidak dibenarkan bersuara semenjak dia dibeli oleh Wafi.

Namun begitu, ada sesuatu yang paling ketara, badannya mulai susut akibat seringkali menjadi mangsa nafsu serakah insan-insan bergelar lelaki. Kadangkala dalam sehari, lebih daripada sepuluh orang lelaki menidurinya.

"Baik, bos. Nanti saya bawa Qat ke Mustaqim Ventures esok," jawab Bob.

"Bagus. Minah ini ada kerja lagikah untuk hari ini?" tanya Wafi yang kembali duduk di sofa tempat dia duduk tadi.

Bob tidak menjawab, hanya menggelengkan kepalanya.

"Tinggalkan dia di sini. Kau boleh rehat," arah Wafi.

Bob yang memegang rantai yang disambung pada gari yang membelenggu tangan Qatrunnada menyerahkan rantai tersebut kepada Wafi lalu beredar. Qatrunnada kini berdiri di hadapan Wafi tanpa sebarang kata.

"Kau dengar apa yang aku nak cakapkan ini. Aku nak musnahkan Megat Hafizal, seluruhnya. Sampai dia tak lagi menjadi seorang manusia. Jadi, aku memerlukan kau untuk capai matlamat aku. Kalau kau berjaya, aku akan bebaskan kau dan berikan kau sedikit wang untuk kau teruskan hidup," terang Wafi.

"Tuan nak saya buat apa dengan Megat Hafizal?" tanya Qatrunnada.

"Aku nak kau goda dia sampai dia lupa yang dia ada isteri. Ketika itu, aku akan gunakan isu ini untuk jatuhkan dia dari syarikat dan dalam masa yang sama, aku akan berikan dia kesusahan kewangan sehingga dia datang melutut dengan aku supaya selamatkan dia," terang Wafi sambil tersenyum lebar.

"Kalau itu yang tuan nak, saya akan lakukan."

"Kalau kerja kau bagus, aku akan bebaskan Harry sekali. Macam mana?" tanya Wafi sambil memandang Qatrunnada yang sedang tunduk memandang lantai.

"Tak perlu, tuan. Saya tak ada rancangan untuk kembali pada dia," jawab Qatrunnada, serius.

"Kisah cinta tak menjadi nampaknya. Kenapa? Kau kecewa dia lari tinggalkan kau dulu?" tanya Wafi, ingin tahu.

"Saya serahkan diri saya kepada tuan untuk melunaskan apa yang sudah saya belanjakan. Hal tuan dengan dia, bukan urusan saya. Tuan buatlah apa saja yang tuan mahu pada dia, saya tak mahu tahu."

"Bagus, kau sangat mendengar kata," jawab Wafi lalu menarik rantai yang dipegangnya sedari tadi membuatkan Qatrunnada hilang pertimbangan lalu jatuh dan melutut di hadapan Wafi.

Wafi mula mendekati Qatrunnada lalu mencium bibir wanita itu dengan rakus. Qatrunnada tidak melawan, lebih-lebih lagi dengan belenggu di tangannya. Maka, ciuman akhirnya membawa kepada sesuatu yang lain.

     *     *     *     *     *

Tengahari itu, setelah selesai berjumpa dengan sepuluh pemegang stok minoriti syarikat Mustaqim Ventures, dia memilih untuk berdiri di hadapan pintu masuk Mustaqim Ventures bagi menunggu kehadiran Ayra.

Tak disangka langkah kanan baginya kerana Ayra sedang berdiri di hadapan pintu bangunan pejabat itu ketika dia tiba di situ. Inilah peluang keemasan yang tidak harus dia lepaskan.

"Tunggu siapa itu, Puan Ayra?" tanya Wafi yang telah menyebabkan Ayra terkejut dengan kehadirannya di situ.

"Encik Wafi buat apa di sini? Kenapa ya kebelakangan ini saya tengok Encik Wafi kerap sangat datang ke sini? Semasa kita bercinta dulu, Encik Wafi tak pernah pun datang ke sini," sindir Ayra, geram dengan kehadiran lelak itu di hadapannya.

"I nak ajak you makan tengahari," jawab Wafi, selamba.

"I dah ada temu janji, maaf. Lain kali sajalah," tolak Ayra sambil menayangkan muka menyampah kepada Wafi.

"Temu janji? Dengan suami tersayangkah? You tak tahu cerita?" tanya Wafi, dengan wajah yang pura-pura hairan.

 "Cerita apa you ini? Jangan ganggu I boleh tak?" tanya Ayra, protes.

Wafi tersenyum apabila melihat wajah Ayra yang merah kerana menahan marah itu. Baginya, wanita itu kelihatan comel apabila sedang marah. Itu adalah salah satu ciri-ciri Ayra yang paling disukainya dulu.

*BERSAMBUNG*

0 comments:

Cuba baca yang ini:

 
design by suckmylolly.com